KUANTAN [10.32 am] - Susulan pendedahan eksklusif kami tentang isu kelulusan permit hiburan "Funfair Hadhari" yang didapati menyeleweng dan tidak berlandaskan peraturan yang ditetapkan oleh pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), maka kami difahamkan satu "mesyuarat tergempar" telah diadakan berkenaan isu kontroversi ini semalam. Menurut sumber dalaman Majlis Perbandaran terbabit, mesyuarat itu diadakan bagi tujuan untuk menerangkan senario sebenarnya yang berlaku. Satu keputusan telah dicapai oleh kebanyakan ahli mesyuarat, namun ia telah ditentang oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran terbabit selaku Pengerusi Mesyuarat. Difahamkan YDP berkenaan iaitu Dato' Azizan Ahmad tetap mahukan ia diadakan dan "persetankan" segala cemuhan serta komen yang dilemparkan oleh rakyat termasuk pendedahan oleh Pahang Daily Online ini. Beliau dengan egonya tidak mahu permit kelulusan tersebut dibatalkan kerana penganjur "Funfair Hadhari" berkenaan telah mula tiba dengan beberapa buat traler yang membawa muatan peralatan terbabit. Ini akan menimbulkan kemarahan kepada pihak penganjur atas alasan mereka sudah mengeluarkan modal yang besar untuk tujuan itu. Satu persoalan yang timbul sekarang, kenapakah Yang Dipertua Majlis Perbandaran itu begitu mempertahankan penganjuran "Funfair Hadhari" tersebut. Sedangkan, kami telah menghuraikan dua kesalahan besar yang telah berlaku iaitu jaraknya yang dibawah 10 km dari pusat bandar dan kelulusan dua permit serentak dalam satu masa. Nampaknya, Yang Dipertua Majli Perbandaran Kuantan (MPK) terbabit seolah-olah telah "dibeli" dan mendapat "habuan" daripada pihak penganjur.
Dato' Nan Diseru Gunakan Kuasa Batalkan Projek
Maka itu, adalah diharapkan pihak Kerajaan Negeri Pahang melalui Exco Agamanya iaitu YAB Menteri Besar Pahang sendiri, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto), dapat mengambil keputusan yang tegas untuk menghalang aktiviti ini diadakan di tapak berkenaan. Jika pemimpin yang berkuasa seperti Menteri Besar pun tidak dapat berbuat apa-apa dalam hal ini. Maka apalah gunanya melaung-laungkan kerajaan UMNO dan BN mengamalkan pendekatan "Islam Hadhari" dalam mendidik umat Islam ke arah kebaikan?.Tinjauan krew kami ke lokasi terbabit iaitu di kawasan lapang Tanah Putih bersebelahan Pasaraya Besar Giant, kini sedang sibuk dijalankan kerja-kerja pemasangan. Kelihatan beberapan buah traler yang membawa peralatan permain "Funfair Hadhari" itu sedang bersiap sedia untuk tugasan masing-masing. Suara rakyat supaya projek ini dibatalkan nampaknya sengaja tidak mahu diendahkan oleh Yang Dipertua Majlis berkenaan. Sedangkan kami difahamkan bahawa semua ahli mesyuarat dan Ahli Majlis Perbandaran terbabit sendiri menolak projek itu diadakan di lokasi berkenaan. Namun, anehnya seorang Yang Dipertua Majlis Perbandaran yang beragama Islam itu sanggup gunakan "kuasa veto" untuk terus benarkan ia dilaksanakan dengan sewenang-wenangnya !!
Gagal Bertindak, YDP MPK Wajar Letak Jawatan
Kami juga difahamkan Yang Dipertua Majlis Perbandaran, Kuantan Dato' Azizan Ahmad (foto) juga terlalu lemah dalam membuat keputusan. Malah beliau dilihat tidak layak lagi untuk menjadi ketua sebuah agensi kerajaan seperti Majlis Perbandaran Kuantan. Banyak isu-isu rakyat nampaknya gagal diselesaikan dan pihak terbabit lebih banyak mendera rakyat dengan berbagai tindakan yang bertujuan untuk mengisi kantung mereka semata-mata. Misalnya masalah saman "letak kereta" yang kini bagaikan pesta dan menjadi-jadi sejak sistem parkir perkomputer dilaksanakan beberapa tahun kebelakangan ini. Malah pihak terbabit dipercayai mengaut untung yang berlipar ganda dengan sistem berkenaan. Kantung Majlis Perbandaran Kuantan semakin terisi dan penuh hasil duit saman dan kompaun parking yang dikenakan kepada rakyat. Semua ini amat ketara sejak beliau mengambil alih tampuk pentadbiran MPK. Soalnya sekarang, apakah MPK sudah ketandusan wang lantaran beliau membenarkan "Funfair Hadhari" itu dilaksanakan juga, walhal sudah terang lagi bersuluh ia jelas melanggar peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak mereka sendiri. Justeru itu juga, kami menyeru supaya Yang Dipertua MPK terbabit meletakkan jawatan jika beliau gagal menangani isu ini dengan sebaik mungkin, untuk kepentingan rakyat secara keseluruhannya. Jika kontroversi ini gagal ditangani segera maka dikhuatiri ianya bakal memberi impak yang besar kepada politik UMNO dan BN Pahang sendiri dalam pilihanraya umum yang akan datang !!

Rakyat Kecewa Susulan Tindakan Majlis Perbandaran Kuantan
Meluluskan Permit Taman Hiburan Funfair Di Kawasan Larangan
[Justeru itu, kuasa Menteri Besar Pahang amatlah diperlukan dalam menangani hal ini. Jika tidak, sudah pasti ramai rakyat yang akan terus memberontak dan campurtangan politik akan berlaku. Sepatutnya dalam penerapan konsep Islam Hadhari, unsur hiburan seperti ini dapat dihapuskan. Ia langsung tidak membentuk manusia menjadi insan bertaqwa dan berakhlak mulia. Malah penganjuran aktiviti seperti itu bakal menggalakkan lagi aktiviti maksiat dan kemungkaran. Ia ditambah lagi dengan bulan keberkatan menjelangnya sambutan Ramadhan pada tahun ini. Jangan sampai rakyat mengadakan demontrasi jika projek ini diteruskan !!. Satu laporan polis dan SPRM juga akan dibuat terhadap YDP Majlis Perbandaran Kuantan bagi menyiasat sama ada terdapatnya unsur rasuah dalam kes ini lantaran beliau beriya-iya benar mahukan projek ini diteruskan biarpun mendapat bantahan dari kalangan rakyat !!].
Dato' Nan Diseru Gunakan Kuasa Batalkan Projek
Maka itu, adalah diharapkan pihak Kerajaan Negeri Pahang melalui Exco Agamanya iaitu YAB Menteri Besar Pahang sendiri, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto), dapat mengambil keputusan yang tegas untuk menghalang aktiviti ini diadakan di tapak berkenaan. Jika pemimpin yang berkuasa seperti Menteri Besar pun tidak dapat berbuat apa-apa dalam hal ini. Maka apalah gunanya melaung-laungkan kerajaan UMNO dan BN mengamalkan pendekatan "Islam Hadhari" dalam mendidik umat Islam ke arah kebaikan?.Tinjauan krew kami ke lokasi terbabit iaitu di kawasan lapang Tanah Putih bersebelahan Pasaraya Besar Giant, kini sedang sibuk dijalankan kerja-kerja pemasangan. Kelihatan beberapan buah traler yang membawa peralatan permain "Funfair Hadhari" itu sedang bersiap sedia untuk tugasan masing-masing. Suara rakyat supaya projek ini dibatalkan nampaknya sengaja tidak mahu diendahkan oleh Yang Dipertua Majlis berkenaan. Sedangkan kami difahamkan bahawa semua ahli mesyuarat dan Ahli Majlis Perbandaran terbabit sendiri menolak projek itu diadakan di lokasi berkenaan. Namun, anehnya seorang Yang Dipertua Majlis Perbandaran yang beragama Islam itu sanggup gunakan "kuasa veto" untuk terus benarkan ia dilaksanakan dengan sewenang-wenangnya !!Gagal Bertindak, YDP MPK Wajar Letak Jawatan

Rakyat Kecewa Susulan Tindakan Majlis Perbandaran Kuantan
Meluluskan Permit Taman Hiburan Funfair Di Kawasan Larangan









datok adenan cari pitih nak bayar saman berjuta-juta tuh... biaq pi la funfair tu...
BalasPadamentah apo la bangang sangat PDO ni. kalau ko tak nak gi biar lah orang lain nak gi. mu duk la senyap senyap.
BalasPadamFor 10.33, Inilah yang dikatakan umno
BalasPadamhadari dunggu maksiat aja yang tau.
ala anon 12.27 kata hadari la apa la... tapi kat aku tgk hari tu kat tganu ada funfair...org pas pun pi juga...siap bawa anak2 naik mainan lagi... aku kenala kawan aku tu org kuat pas...tapi dia tetap bawa anak2 dia pi main... biasala benda ni beb... org yg dungu aje yg tolak benda2 yg menggembirakan kat dunia ni...mcm ni tolak konon...tapi dok mengata dan fitnah org buat juga... hang sembahyang tak benti2 pun buat apa kalau asyik dok mengata kat org... fikir2 la sendiri utk ke sana beb
BalasPadam