JERANTUT [2.30 pm] - Sultan Pahang, Sultan Hj.Ahmad Shah (foto), tidak dapat menahan kesedihan baginda ketika bertitah merasmikan sambutan Jubli Perak Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang (SMKA TAHAP) di sini, hari ini. Baginda mula kelihatan sebak sebaik saja bertitah mengenai nama sekolah berkenaan yang diambil sempena nama Allahyarhamah isteri baginda, Tengku Afzan Tengku Panglima Perang Muhammad. "Seribu makna buat saya sebab sekolah ini mengambil nama sempena nama Tengku Ampuan Afzan, isteri saya yang dikasihi," titah baginda. Sebaik saja menitahkan ayat tersebut, Sultan Ahmad Shah, berhenti seketika dan mendiamkan diri sambil menundukkan kepalanya sebelum kedengaran esakan kecil disusuli dengan genangan air mata di tubir mata baginda. Keadaan itu berlarutan lebih kurang seminit, menyebabkan hadirin dalam dewan sekolah turut hiba seolah-olah memahami kerinduan baginda kepada Allahyarhamah isterinya, yang mangkat pada tahun 1988 itu. Sebaik saja perasaannya dapat dikawal, baginda bertitah bahawa baginda pernah datang ke sekolah itu beberapa tahun lalu dan kenangan lawatan itu masih tersimpan kukuh dalam memori baginda. Baginda sekali lagi sebak dan menitiskan air mata ketika bercerita mengenai pencapaian sekolah itu dalam tempoh 25 tahun penubuhannya. "Dalam 25 tahun penubuhan sekolah ini, banyak perubahan yang berlaku di mana warga sekolah menikmati pelbagai kemudahan prasarana untuk kemajuan pendidikan dan penambahbaikan bangunan sekolah untuk keselesaan dalam usaha meningkatkan pencapaian pelajar," titah baginda sambil mengeluarkan sapu tangan dan mengesat air mata yang menitis. Sultan Ahmad Shah turut melahirkan rasa bangga baginda terhadap pencapaian sekolah itu dalam bidang akademik dan ko-kurikulum yang dianggap setanding dengan sekolah-sekolah lain di negara ini. Sehubungan itu, baginda berharap semua warga sekolah itu dapat memanfaatkan segala kemudahan pendidikan yang disediakan dengan sebaiknya untuk meneruskan kecemerlangan warga pendidik dan juga pelajar. Pada majlis itu juga, baginda Sultan Pahang turut bermurah hati untuk mendermakan wang sebanyak RM50,000 bagi mengisi tabung sekolah terbabit.
[Daulat Tuanku, semoga dipanjangkan umur dan dapat memerintah negeri Pahang dengan aman dan makmur hendaknya. Sultan Pahang adalah antara salah seorang raja yang cukup berjiwa rakyat dan senantiasa sanggup turun ke padang walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Malah, kelibatnya yang sering berada bersama rakyat ketika dalam situasi susah dan senang menyebabkan baginda amat disayangi oleh rakyat jelata negeri ini. Justeru itu, PDO tidak hairan yang Tuanku Sultan juga berjiwa sensitif dan boleh sebak ketika nama bekas isterinya itu disebut dan dijadikan nama sekolah terbabit. Semoga Tuanku akan menjadi payung buat seluruh rakyat Pahang dan tidak terpengaruh dengan mana-mana parti politik bagi memberi keadilan kepada seluruh rakyat di negeri ini hendaknya].

teguran buat wartawan pdo turun ke padang untuk main bola turun padang barulah membawa erti yang anda maksudkan sebenarnya(guru BM)
BalasPadamturun kepadang bermaksud, nak poton rumput la tu
BalasPadamturun ke padang nak membodek sama uwek... ka ka ka..
BalasPadam