script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

Pesuruhjaya SPRM Dan KPN Bertanggungjawab

ALOR GAJAH [12.10 am] - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto), mahu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan bertanggungjawab atas kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock. Bercakap kepada media selepas memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Hock di kediaman keluarganya di Taman Sri Kelemak Jaya, di sini, pagi ini, beliau berkata kerajaan tidak boleh berdolak dalik berhubung kes itu kerana ia membabitkan kematian. "Ketua Polis Negara dan Ketua Pesuruhajaya SPRM harus bertanggungjawab atas kematian Teong Beng Hock," katanya selepas turut mengucapkan takziah ibu bapa Beng Hock iaitu Teoh Leng Hui, 60, dan isterinya, Cheong Siew Hua, 56. Beng Hock, Setiausaha Politik Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Perumahan dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor, ditemui mati di koridor tingkat 5, Plaza Masalam, Khamis lalu, beberapa jam selepas disoal siasat SPRM bagi membantu siasatan kes salah guna peruntukan wakil rakyat dari Pakatan Rakyat. Anwar berkata, pemimpin Pakatan Rakyat akan mengadakan satu mesyuarat khas dalam tempoh terdekat ini untuk menentukan tindakan seterusnya.

[Kes yang berlaku terhadap Teoh kini menjadi perhatian dunia. Tiada alasan lagi yang perlu diberikan oleh pihak SPRM dan Polis tentang kes ini. Ternyata kematian mendiang Teoh yang penuh misteri itu, bakal mengundang seribu persoalan dikalangan rakyat. Maka ketua kedua-dua agensi itu harus bertanggungjawab, kerana ia berlaku didalam kawalan dan kawasan SPRM sendiri. Sudah pasti wujud sesuatu yang tidak kena dalam kes ini. Malah, tindakan SPRM yang menjalankan siasatan membabi buta seola-olah menurut arahan kerajaan BN itu dipercayai menjadi punca segalanya ini berlaku. Sedangkan, laporan berjuta-juta wang rakyat hilang ketika Khir Toyo berkuasa di Selangor, langsung tidak mahu disiasat oleh SPRM selama ini. Malah telah banyak laporan yang dibuat, namun selera mereka hanya kepada pemimpin Pakatan Rakyat. Ini bermakna, SPRM dan PDRM memang berkomplot dengan UMNO untuk menjatuhkan kerajaan pilihan rakyat ini secara jahat. Inilah yang berlaku di Perak dulu !! SPRM juga yang memulakan isu rasuah seks dan duit terhadap dua Exco PKR itu, sebelum rampasan kuasa berlaku. Kini negeri Selangor dijadikan sasaran, dan SPRM semakin kemaruk untuk membuktikan kesetiaan dan ketaatan mereka kepada kerajaan UMNO dan Barisan Nasional sebenarnya].

Teoh, MCA Mahu Suruhanjaya DiRaja Ditubuhkan

KUALA LUMPUR [12.08 am] - Parti komponen BN, MCA hari ini mahu kerajaan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi memastikan siasatan kes kematian setiausaha politik Exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock, dibuat secara telus, profesional dan tidak diragui rakyat. Setiausaha Agung MCA, Datuk Ir Wong Foon Meng (foto), berkata MCA akan membawa saranan itu kepada kerajaan dan kepimpinan tertinggi negara tidak lama lagi. Sehubungan itu, Wong yang juga Yang Dipertua Dewan Negara yang baru, berkata usul itu akan dibawa ke mesyuarat Kabinet yang akan datang dan mungkin akan dimaklumkan kepada kepimpinan negara lebih awal lagi. "Kita memahami apa yang berlaku di atas mendiang Beng Hock dan kita berpendapat kematiannya perlu disiasat dengan cara yang sebaik mungkin, setelus mungkin. "Sehubungan itu, MCA beranggapan adalah lebih baik kes ini disiasat oleh satu suruhanjaya penyiasatan khas yang boleh diterima semua," katanya pada sidang media di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini.

[Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional kini bakal bergolak sebenarnya. Selepas Gerakan menyuarakan kepada kerajaan agar satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan untuk menyiasat kes Teoh Beng Hock. Maka kini, kenyataan yang sama disuarakan pula oleh pimpinan MCA iaitu parti kedua terbesar dalam komponen BN. Nampaknya isu ini bakal memberi pengajaran yang amat bermakna buat pemimpin UMNO agar lebih berhati-hati dengan segala tindakan mereka selepas ini. Jika kematian Kugan dan yang lain-lainnya di penjara, dianggap bukan kes yang besar kerana mereka tidak terlibat dengan politik. Sesuailah ia dikatakan tidak harus dipolitikkan oleh pihak berkuasa. Namun, kes yang berlaku terhadap Teoh adalah isu politik. Puncanya kerana kerakusan SPRM mengikut arahan UMNO untuk menyiasat dan mendakwa pemimpin Pakatan Rakyat kononnya terlibat dengan rasuah. Maka, yang menjadi mangsa pula adalan Setiausaha Politik Exco Selangor. Apakah isu ini bukan isu politik?. Pemimpin UMNO sudah gusar dan takut, rakyat terutamanya kaum Cina bangkit menolak BN gara-gara kes ini. Maka itu, PDO yakin kes ini bakal mempercepatkan kejatuhan serta penolakan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ke-13 tidak lama lagi].
Share:

11 ulasan:

  1. KAH..KOH..KEH.. LEPAIH NI UMNOBN PULAK TUNDUK KAT PERMINTAAN ORANG CINA. KAH..KOH..KEH.. BARU BETUL BARUA GERAKAN DAN MCA.

    BalasPadam
  2. Ketrampilan DSAI sbg oppotunis amat jelas dan ketra sekali. Dlm segala hal beliau akan kedepan utk memperjuangkan keadilan dan kesamarataan. Namun beliau ada agendanya tersendiri dan segala perjuangannya beliau amatlah berharap kpd balasan dan imbuhan. Dlam kes Teoh ini beliau nampak beriya-riya benar menuduh dan menyalahkan pihak kerajaan walaupun hasil siasatan belum lagi diumumkan. Sbg oppotunis inilah peluang paling berharga bagi beliau utk memutar belitkan isu ini supaya rakyat akan terpengaruh dgn teori beliau sekaligus mengajak rakyat membenci kerajaan. Inilah kerja DSAI sejak dari zaman beliau di UM hingga kehari ini. Sikap anti establishment utk kepentingan diri sendiri amat tebal.
    Walaupun Suruhajaya DiRaja akan ditubuhkan dan akan menjalan siasatan secara telus dan berintegriti, jika keputusannya nanti tidak melibatkan pihak SPRM, adalah dijangka bukan mudah pihak pembangkang utk menerimanya. Pada mereka ini terutama pada ketuanyanya DSAI semua badan siasatan dinegara ini adalah tidak bebas, tidak telus dan tidak berintegriti selagi keputusan siasatan tersebut tidak memihak kpd mereka. Contoh terdekat ialah pada kes liwatnya. Sehingga sekarang perbicaraan penuh masih lagi belum bermula akibat putar belit dan permintaan itu dan ini sehingga hakim pun seakan terpengaruh dgn DSAI. Fikirkanlah, betapa jahatnya siDSAI ini..

    BalasPadam
  3. AMENO/BN PEMBUNUH!!!SIAL!!!ANJING!!!BABI NEGARA!!!

    BalasPadam
  4. suruh dsai hang tu selesai kes buntut dia dulu jangan dok putar sana putar sini,kita nak fokas kes dia jangan dok aleh fokas ,selesai kes bomtut dulu

    BalasPadam
  5. Saya hanya nak sebut bahawa kita orang Islam yakin ajal dan maut adalah kerja Allah SWT. Jika ajal sudah tiba, tak jatuh bangunan pun tetap akan mati. Jadi hati2lah dlm hal ini.

    BalasPadam
  6. penganut penganut tu peduli apa kalau ajal sudah tiba atau belum. agenda politik mereka yang lebih penting.

    BalasPadam
  7. cakap jangan sebarang cakapSelasa, Julai 21, 2009 6:16:00 PTG

    anon 454 penganut apa yang hang maksud,hang dah pikiak habis ke apa yang hang tuduh,jangan tuduh sebarangan,kami tak mengucap ke tak sembayang ke tak puasa ke.mulut tu jaga sikit,nanti puak ni sumpah celaka kat hang, binasa nanti

    BalasPadam
  8. Anonymous Anonymous said...

    AMENO/BN PEMBUNUH!!!SIAL!!!ANJING!!!BABI NEGARA!!!

    Tuesday, July 21, 2009 10:27:00 AM
    ========================
    mamat ni dah tak ada idea apa dah ni. yg tau maki hamun. awak tau mengucap ke idak ni. kalau tak ada idea yg bernas tak payahla dok cari dosa maki hamun org.... macam org kuno dok dalam hutan aje ko ni

    BalasPadam
  9. esok ada majlis memperingati 7 hari kematian mendiang Teoh, semua dijemput hadir dan jangan lupa bawa lilin dan colok bersama,mancis disediakan,ajaklah sesiapa yg memang nak jadi pembela kononnya,,

    BalasPadam
  10. org pertama nak di ajak mestila anwar.... pastu ajakla nik ajis sama... tapi nik ajis membisu la pula lepas pilihanraya manik urai tu ya...moga nik ajis berhenti berpolitik la... tumpukan pada "TOK GURU" dah la... dah makin senja ni

    BalasPadam
  11. HUSAM KATA OK, TAKPA, NIZAR BAKAR LILIN,FATWA GOLONGAN ENDORGAN MANA BOLIH PAKAI

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Najib Akan Terus Kekal Dalam Penjara Kajang Sehingga Denda RM50 Juta Yang Disyaratkan Ke Atasnya Dibayar Kepada Mahkamah

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan kekal dalam Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta yang disyaratkan ke at...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.