script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

SPR Umumkan Pilihanraya Selewatnya 10 Ogos

GEORGETOWN [11.45 am] - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, selewat-lewatnya 10 Ogos ini berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata bagaimanapun pihaknya masih menunggu surat makluman kekosongan kerusi DUN Permatang Pasir itu daripada Speaker (DUN) Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain. "Surat makluman berkenaan kemungkinan akan diterima selewat-lewatnya Isnin ini dan selepas itu SPR akan mengadakan mesyuarat membincangkan tarikh penamaan dan pengundian," katanya.

[Apakah SPR akan bersikap telus dalam menentukan tarikh pilihanraya kali ini. Langkah mengadakan pilihanraya pada hari bekerja (Selasa) amatlah "jahat". Ini kerana mereka merancang untuk menangkan BN sebenarnya. Sepatutnya tarikh pilihanraya mestilah dipilih pada hari cuti umum dan bukannya hari bekerja. Namun, atas desakan kerajaan UMNO dan BN, SPR rela menyatakan keputusan itu tepat. Tepak "kepala hotak" SPR !! Inilah yang amat kita "murkakan" sebenarnya. Penentuan tarikh adalah penting untuk memastikan pengundi luar dapat balik dengan selesa. Jika hari bekerja, kenapa tidak dibuat hari Isnin?. Kerana SPR tidak mahu orang ramai mengambil cuti Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin untuk balik berkempen dan mengundi. Sebab itu dipilih hari Selasa, susah untuk diluluskan oleh majikan dan ini akan memberikan peluann kepada BN].

Jenazah ADUN Dikebumikan Selepas Solat Asar

KUALA LUMPUR [11.12 am] - Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman (foto), akan dikebumikan di kampungnya di Permatang Pasir, Pulau Pinang selepas solat Asar petang ini. Jenazahnya sudah dibawa keluar dari Institut Jantung Negara (IJN), di sini, jam 9.30 tadi dan dijangka tiba di rumahnya di Permatang Pasir, 2 petang ini. Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pasir. Turut menziarahi Allahyarham di IJN pagi tadi ialah Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail. Bekas Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang selama 14 tahun itu menjadi Adun Permatang Pasir selama tiga penggal mulai 1999 dan kini satu-satunya ADUN PAS di Pulau Pinang. DUN Permatang Pasir terletak di kawasan Parlimen Permatang Pauh yang memang sinonim sebagai kubu kuat pakatan rakyat dan Anwar.

Share:

8 ulasan:

  1. al fatihah
    Mengundi lagi kita
    YB Pakatan Rakyat ramai yg dijemput pergi..dugaan..dugaan..
    Kita yg hidup ni cepat2lah bertaubat
    Jgn plak asyik dok memaki org,tak sempat mintak ampun..tak sempat bertaubat..dah dipanggil illahi

    BalasPadam
  2. Alfatihah..Semoga rohnya dicucuri rahmat..amin

    BalasPadam
  3. Al Fatihah.

    PDO plak belum apa2 lagi dah mula menuduh itu, menuduh ini..

    BalasPadam
  4. anonym12:21pm-bukankah betul hari mengundi dmu hari selasa tudoh apa kebendanya?.nak ingatkan sprm berbuat baiklah selalu, jahat jangan sekali.

    BalasPadam
  5. bro maw kene pebetul peribahasa tu, dia orang keliru kat buat jahat jangan sekali, tu yang depa dok buat berkali-kali tu... kat kita maksudnya lain, jangan buat jahat langsung.. kat depa dah jadi lain

    BalasPadam
  6. al- Fatihah..
    PDO ni pun.. dah dibagi kemenangan berkali2 pun masih anggap SPR jahat? kang kalo diorang betul2 wat jahat kang..? kempunan weh nanti..

    BalasPadam
  7. http://pkrpasdap.blogspot.com

    Menang macam Manik Urai

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Najib Akan Terus Kekal Dalam Penjara Kajang Sehingga Denda RM50 Juta Yang Disyaratkan Ke Atasnya Dibayar Kepada Mahkamah

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan kekal dalam Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta yang disyaratkan ke at...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.