KUALA LUMPUR [9.00 am] - Seperti yang telah dijangkakan, himpunan ISA yang sepatutnya berlaku dengan aman akhirnya telah menimbulkan satu keadaan huru-hara dan ketegangan yang amat memalukan. Bagi pihak kerajaan, mungkin mereka menganggap penganjur program itu, bertindak salah kerana meneruskan juga perhimpunan biarpun sudah diberi amaran oleh pihak polis. Alasan mereka bahawa kerajaan memang sedang mengkaji untuk penambahbaikan ISA, dan tidak perlulah rakyat dari seluruh pelusuk negara menunjukan protes jalanan seperti itu. Kononnya, kerajaan amat peka dan akan menerima segala pandangan yang diberikan. Malah, kerajaan juga mahu, supaya segala komen dan pandangan itu diluahkan mengikut saluran yang betul. Maka itulah rakyat dipersalahankan konon membiarkan diri mereka dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu, malah mereka tutut mengatakan bahawa himpunan ISA yang dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) hanya membuang masa dan untuk kepentingan individu tertentu. Masalahnya sekarang, kenapa himpunan yang sepatutnya berlaku dengan aman dan tenang itu menjadi kecoh serta kacau bilau?. Siapakah yang memulakan pertarungan? Dan apakah selama ini pandangan rakyat diberi perhatian oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional tentang perkara ini?. Sudah berbuih mulut, pemimpin politik baik dari Pakatan Rakyat mahu pun komponen BN sendiri yang mahu Akta Zalim dan Tidak Berperikemanusiaan itu dihapuskan. Namun, apakah mereka mendengar suara-suara ini?. Rakyat sebenarnya bukan mahukan penambahbaikan !! Tetapi, rakyat mahu supaya akta itu dimansuhkan dan Kem Tahanan ISA di Kemunting, Perak dihapuskan !! Itu yang jelas sebenarnya. Ini kerana sudah ramai rakyat yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman akta itu sejak sekian lama. Namun kenapa masih mahu dipertahankan?Penahanan tanpa bicara, yang jelas bertentangan dengan lunas undang-undang itu tidak sepatutnya berlaku di zaman moden ini. Akta yang sudah lapok yang digunakan untuk menghalang gerakan komunis oleh penjajah Inggeris itu perlu dihapuskan !!. Ia jelas melanggar hak-hak asasi manusia malah kebebasan dari sudut agama Islam itu sendiri. Namun, kenapakah akta zalim ISA ini masih mahu dipertahankan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional yang kononnya mengatakan negara ini adalah sebuah negara Islam Hadhahri?. Mengapakah akta ini amat perlu bagi mereka?. Sedangkan di negara kita, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang itu sendiri masih ada untuk dipertahankan. Bayangkan, penjenayah yang dituduh membunuh, merompak, mengedar dadah serta terbabit dengan jenayah kritikal boleh dibicarakan di mahkamah terbuka. Kenapa rakyat Malaysia yang hanya menulis, bersuara, dan betrtentangan pendapat dengan kerajaan itu mahu disumbatkan ke dalam ISA. Ingatkah kita kepada Bentong Kali, Botak Chin, Mona Fendy dan ramai lagi penjenayah "popular" di negara kita dulu?. Mereka semua ini jelas sekali boleh mengganggu ketenteraman awam, malah amat berbahaya buat seluruh rakyat. Bila ditangkap, mereka dibenarkan menggunakan peguambela dan dibicarakan di mahkamah terbuka !! Sedangkan rakyat yang jelas belum tentu apakah dosa mereka, telah diperlakukan seperti binatang. Mereka ditahan dan disoal siasat dan akhirnya dihumbankan ke dalam tahanan ISA. Bayangkan, tanpa diketahui oleh keluarga dan sahabat handai terdekat. Mereka ditangkap dan dibawa ke satu tempat yang tidak diketahui di mana, kemudian diperlakukan sewenang-wenangnya. Akhirnya terpaksa merengkok dalam penjara selama beberapa tahun, atas satu kesalahan yang terkadang mereka sendiri pun tidak mengetahuinya. Inilah yang dikatakan zalim !! Kenapa pembunuh Altantunya, Noritta Shamsuddin tidak ditahan ISA? Sedangkan mereka lebih berbahaya !!
Inilah yang membingungkan rakyat sebenarnya. Maka itu mereka melihat ISA yang ada bukanlah untuk menahankan mereka yang didapati mengganggu ketenteraman negara sebenarnya. ISA masih dipertahankan untuk kepentingan UMNO dan Barisan Nasional. Kerajaan melihat, ISA boleh dijadikan "batu loncatan" untuk mencampakkan sesiapa sahaja yang didapati menentang dan boleh menjatuhkan kreadibilti mereka. Soalnya, kenapa orang-orang seperti Ayah Pin, Rasul Melayu dan ramai lagi yang jelas membawa ajaran sesat dan cukup berbahaya untuk umat Islam di negara ini, tidak pula ditangkap dan ditahan ISA?. Ini kerana mereka itu menjalankan tugas berdasarkan "selera kerajaan". Inilah hakikat yang sebenarnya !!. Maka itulah, kita melihat apa yang berlaku terhadap himpunan ISA semalam adalah amat keterlaluan buat rakyat yang mahu menunjukkan protes aman mereka. Malah, tujuan perarakan himpunan ISA itu adalah untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara agar akta zalim itu dihapuskan Kenapa pihak polis sanggup bertindak diluar batasan kemanusiaan. Menggempur rakyat yang tidak berdosa seolah-olah melancarkan peperangan buat mereka. Pihak polis telah bertindak terlalu zalim kepada rakyat yang mahu mempertahankan diri mereka sendiri !!. Inilah yang berlaku, bila himpunan ISA yang berlaku semalam menjadi medan pertempuran pihak polis dengan rakyat yang tidak berdosa. Nampak jelas kerajaan UMNO dan BN, telah memperalatkan polis untuk kepentingan mereka. Sedangkan jika polis mengawal perarakan itu secara aman, apa salahnya!. Samalah juga dengan perarakan Maulidul Rasul, Hari Kebangsaan, Pesta Flora dan Fauna serta sebagainya. Tidak bolehkan mereka bersikap profesional, kerana hak-hak untuk berhimpuan secara aman itu sebenarnya termaktub dalam perlembagaan negara. Namun, kenapa polis dijadikan "alat dan perkakas" untuk bertindak diluar batasan kemanusiaan itu sendiri?. Tidak bolehkah mereka berpihak kepada rakyat?. Sedangkan yang menjadi mangsa mungkin keluarga dan sahabat handai mereka sendiri !!. Kenapakah ini berlaku?. Apakah pihak polis sebenarnya sudah menajdi seperti "robot" yang telah di"remote kontrol" oleh manusia yang bertopengkan "binatang" !!
Inilah yang harus ditentang oleh rakyat sebenarnya. Bila himpunan untuk mempertahankan hak rakyat dikatakan "himpunan haram" dan digempur oleh mereka. Namun, jika himpunan untuk mempertahankan dasar kerajaan maka pihak polis akan bertindak mengawal pergerakan itu. Lihat sahaja dengan himpunan 10,000 ribu pelajar UITM Shah Alam, ketika membantah isu kuota kaum lain ke institusi itu oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dulu. Bukankah pihak polis turut mengawal pergerakan dan lalulintas agar ia berlaku dengan aman dan tenteram. Namun, kenapa bila ia dilakukan oleh rakyat, maka dihalang dan kekerasan berlaku !!. Inikah dia polis yang dikatakan profesional itu. Kononnya ia haram kerana tidak mendapat permit. Soalnya mahukah polis memberikan permit?. Inilah masalahnya bila kuasa ada ditangan mereka yang "bangang" dan tidak membaca perlembagaan negara. Pihak polis bertindang "luas biasa" dengan menyerang rakyat yang tidak berdosa. Mereka ditembak dengan gas pemedih mata, disembur air kimia (water canon) yang dibancuh dengan pekat, mereka ditangkap dan digari, disepak teranjang dan ditengking seperti binatang, malah ada diantara mereka yang dipijak dan diperlakukan sewenang-wenangnya tanpa belas kasihan. Tidak cukup dengan pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU), mereka menghantar pula polis biasa untuk mengejar, menghambat dan menangkap sesiapa sahaja yang didapati mencurigakan. Akhirnya beratus-ratus orang rakyat yang memperjuangkan "hak-hak mereka sendiri" itu telah ditahan dibawa dengan kenderaan polis ke lokasi-lokasi yang tidak diketahui.
[Krew kami melihat sendiri apa yang berlaku. Ternyata polis bermaharajalela seolah-olah negara ini telah menjadi "negara polis". Inilah hasilnya dek kerana "hubungan erat" antara Perdana Menteri Najib Razak dengan Hishahmuddin Hussin Menteri Dalam Negeri. Kerana mereka berdua adalah saudara "sepupu". Maka itulah, perancangan rapi dilakukan bagi menjadikan polis benar-benar menjadi "alat serta perkakas" oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Hasilnya, kini polis semakin dibenci oleh rakyat. Bahkan rakyat sudah hilang kepercayaan kepada pihak polis, lantaran mereka membenarkan diri mereka patuh "membabi buta" segala arahan yang tidak masuk akal. Mereka memang sudah hilang bertimbangan, seolah-olah bekerja hanya untuk "boss". Taat membabi buta tanpa memikirkan kenapa rakyat berhimpun?. Rakyat memperjuangkan hak-hak dan masa depan mereka. Apakah mereka fikir kerana mereka polis, maka mereka boleh sewenang-wenangnya mengerjakan rakyat yang tidak berdosa. Serangan jahat polis ini mengingatkan kita kepada derita dan kezaliman rakyat Palestin kepada rejim Zionis Israel. Apa yang berlaku semalam membuktikan segalanya. Apapun, syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan hadapan "Unit Amal PAS" yang tidak gentar berhadapan dengan musuh rakyat iaitu FRU dan Polis. Buat keluarga mereka yang ditangkap, semoga bersabar dengan dugaan ini dan tabah dalam menghadapi segalanya].






aku minta org2 bodo yg dok sertai perhimpunan tu di hantar ke Indon or Iran/Iraq biar depa hidup ngan cara tu... negara aman saja dok cari bala ... nak tunjuk samseng sgt konon... tak tau bersyukur....
BalasPadamSyukur maknanya mentaati perintah Allah dan menjauhi larangannya, contoh tutup aurat isteri sendiri pun tak mampu syukur apanya?
BalasPadamTAK ADA HUKUM DALAM ISLAM BOLEH TAHAN ORANG LAIN TANPA BICARA, MATALAMAT TIDAK AKAN MENGHALALKAN CARA.
Itu la bila orang jahil mengatakan orang lain bodoh...
sapa bodoh. saya rasa anon 8.30 bodoh, sapa samseng,anon 8.30.saya dia samseng. apa kena-mengena dengan demo dengan aman. awat dengan demo tak jadi aman ke,bila beri pendapat janganlah hanya pentingkan diri sendiri je atau sebelah pihak. mengapa tak kaji perkara itu daripada terjadi? Anon sedar atau tidak? pandangan telah disuarakan melalui saluran dan media yang betul, melalui protes/keputusan pilihanraya kecil dan umum, melalui parlimen, perbincangan , forum, parti-parti yang sah baik pembangkang mahupun parti pemerintah, pemimpin-pemimpin tapi mengapa dipandang sepi? Jangan dok syok aje bila bercakap. Macam budak tak sekolah. Bila bercakap jangan ikut emosi sendiri je. kena tengok emosi orang lain yang yang telah terlibat sama. Saudara pun ada saudara-mara bukan. Demo itu sepatutnya diberi ruang dengan perarakan aman dengan pemantuan pihak-pihak penguasa kerana dibayar gaji untuk memelihara mereka, janganlah mementingkan kuasa,pangkat,anugerah,nama dan popular saja.Wasalam.
BalasPadamMemang bagus,cara sauadara tadi berhujah,bernas.Tapi yang tak bagusnya saudara ni tak mengkaji,tak selidik dan tak buat penilaian dari semua sudut dan aspek secara mendalam.Kesian saudara ni kena tipu secara senyap senyap kerana kesilapan saudara yang membuta tuli menyokong yang akan membawa rebah.Belajarlah buka minda.Jngn semua yang keluar kat semua TV semua betul2 belaka.Jangan esok saya takut saudara menganggap pemimpin UM dan B tu semua nya maksum sudahlah.Tak lut dari sebarang Dosa.Buat rumah berjuta juta rakyat merintih dibiarkan.Kaji dan sedarlah dan selidik elok.Dimana HAK RAKYAT YANG DAH 50 TAHUN MERDEKA.Forum anjuran pihak SONa tu macam orang jual ubat pelali jer.Percaya sekali terbuai buai mimpi.Ikhlas ANAK TUALANG>
BalasPadamKEPADA MANUSIA YANG DUNGU MENONTON TV ANJURAN KERAJAAN KARAT MEMANG AKAN DITIPU BULAT2. KAJI SEMULA AKTA ISA ADALAH GULA2 NAJIB DAN PENYOKONGNYA ITULAH TERJADI KEPADA SURUHANJAYA DIRAJA NAJIB. JUAK2 YANG SUKA AKAN GULA2 INI UMPAMA SEMUT BILA DISPRAY AKAN MENGGEDIK DAN BERTEMPIARAN LARI DAN MATI. HISHAMUDDIN AKAN KETAWA SAMPAI BERGULING KERANA DEKLARASI TIDAK SAMPAI KE ISTANA. ZAHID HAMIDI PULA AKAN MELONCAT UMPAMA KERA KERANA GMI TIDAK BERJAYA. MANAKALA IBRAHIM ALI AKAN MENGHENTAK2 PERUTNYA KEDINDING SAMBIL MENAHAN KETAWA. RAKYAT YANG BIJAK AKAN MEMBUKTIKAN PILIHAN MEREKA DI PERMATANG PASIR. WARGA KAMPUNG LEBIH MENGETAHUI DENGAN ADANYA SALURAN MAYA.
BalasPadamaku nak tanya la kpd anon2 kat atas tu..dah berapa ramai org awam yg baik2,yg tak buat apa-apa,yg tak terlibat dgn anasir jahat di ISA kan? dan berapa ramai tahanan ISA yg mampus kat dlm tu..cuba hampa tgok bekas2 tahan ISA..depa smua sihat,malah lebih sihat drp org biasa..malah depa cukup dikenali..cukup glamor..kalau ISA tu terok..depa ni dah gila..dah sasau..cuba geng2 PAS atau PKR ni berarak bantah atau tentang penganut HINDU yg masih dok buat bising ,pukul gendang mcm org gila ditengah2 mlm (pukul 12 mmlm masih asyik pukul gendang)upacara agama yg paling buat bising sampai tgh mlm..langsung tak fikir ttg bayi atau org yg nak berehat..apatah lagi kuil2 dekat dgn perumahan Islam..ini bukan soal perkauman tetapi soal org nak hidup aman..nak bising2 suruh buat kuil jauh dalam hutan..Unit Amal Pas patut buat demon kat dia orang ni..bukan demon ttg ISA,sebab ISA masih relevan terutama kalau kita tak buah salah apa2.
BalasPadamHai batu cave Boy, jangan melalut kebenda lain. Ini bukan soal aman atau bukan. soalnya sesuatu perkara itu ada sebab dan akibatnya.Jika mereka berhak apa salahnya. dan hak awak pula berhak juga nak bercakap. Bagus juga sekurang-kurangnya PM terbuka minda agar demo/perhimpunan dibuat di stadium-stadium. Kalau tak mungkin PM tak kata gitu. Saya percaya idea PM itu ikhlas. Kalau tak digoyong pokok manakan dapat buahnya tunggulah buah tu hingga masak atau busuk barulah dapat makan. Maksudnya bila sudah berlaku sesuatu barulah hendak bertindak. sama maksud peribahasa" Nasi sudah menjadi bubur".
BalasPadamorg melayu yg dok sertai phimpunan haram tu..wat malu ja kt kaum lain...
BalasPadamorg melayu yg buat demo tu bkn tau apa sgt... dok ikut bontot ketua dia aje... apa yg dia org dpt entahla... tapi padanla dpt pedih mata tu pun kira ok la... kalau dok kat umah or masjid baca quran or berzikir lebih bagus lagi la bro2 ISLAM. Berdoa agar semua pemimpin2 ni benar2 ikhlas dan menjalankan tugas dgn betul itu lebih afdal daripada dok melalak tak ketahuan hala tu... mengganggu ketenteram org je... hilang habis rezeki kawan2 yg ikhlas mencari rezeki utk anak bini... benda tu semua engko org semua tak fikir pula no... sian betul ngan melayu islam ni
BalasPadamkERAJAAN PUN BODOH,
BalasPadamPEMBANGKANG PUN BODOH,
SEBAB TU HAMPA DOK BERKELAHI.
YANG CERDIK AKU, HA..HA..HA...
KERJASAMA..KERJASAMA...KERJASAMA...