K.TERENGGANU, 26 Ogos [4.10 pm] - Menteri Besar, Datuk Ahmad Said (foto), yakin kemelut politik di Terengganu akan dapat diselesaikan tidak lama lagi berdasarkan sokongan majoriti wakil rakyat Barisan Nasional (BN) terhadap beliau sekarang. Katanya hubungan beliau dengan wakil-wakil rakyat BN semakin baik dan keadaan itu dapat dilihat dengan kehadiran mereka pada persidangan dua hari Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, yang berakhir hari ini. "Apabila kita cadangkan (usul) mereka menyokong dan apabila pengundian dijalankan mereka semua setuju," katanya kepada pemberita selepas persidangan dewan hari ini. Ditanya mengenai sikap wakil-wakil BN yang berdiam diri tanpa mengambil bahagian dalam perbahasan, seolah-olah membuat protes secara senyap terhadap beliau, Ahmad berkata: "Kita nak buat macam mana?" "Saya bukan ada remote control yang boleh kawal keluar suara dan sebagainya macam nak buat jalut bercakap. Jadi biarlah rakyat menilai sendiri mereka" katanya. Ahmad tidak menafikan masih ada "tiga atau empat" wakil rakyat BN yang enggan berkerjasama dengan beliau mempimpin negeri itu dan sebagai Timbalan Pengerusi UMNO.[Kemelut UMNO Terengganu ini sebenarnya tidak akan selesai selagi Mat Said masih berlembut dengan seteru beliau iaitu Idris Jusoh. Dalam UMNO kuasa adalah segalanya. Maka itu, Idris tidak akan berdiam diri selagi belum memperolehi semula kuasa. Tambahan pula beliau tahu yang kerajaan pusat lebih memerlukan beliau sebagai MB bukannya Mat Said. Namun penderhakaan puak-puak Mat Said terhadap Sultan Trerengganu dipandang sepi oleh pemimpin UMNO, lantaran mereka mahukan Idris naik. Jika Mat Said tidak berhati-hati maka beliau yang akan terhumban selepas ini akibat diterajang oleh puak Idris].
Rosol Nafi Lapan ADUN BN Akan Sertai PKR
[Team Idris Jusoh terutamanya Rosol ini menafikan perkara ini kerana mereka tahu akan berhadapan dengan tindakan yang lebih besar jika ia diketahui oleh pucuk pimpinan tertinggi UMNO. Lagi pun, mana mungkin puak-puak Idris ini dapat bergabung dengan PAS semata-mata untuk kuasa, ini kerana jika berjaya membentuk kerajaan baru dengan PAS di Terengganu sekali pun nasib mereka bagai telur dihujung tanduk. Ini kerana mereka tidak boleh lagi untuk menipu dan merompak wang rakyat. Inilah yang tidak dapat diterima oleh puak-puak Idris Jusoh yang memang kemaruk untuk kuasa dan kemewahan itu sebenarnya. Maka itulah Rosol terpaksa berselindung dan menafikan perkara ini].
Inkues, Teoh Dikatakan Bergaduh Dengan Tan
[Sesuatu yang amat mengejutkan bilamana laporan seperti ini timbul. Apakah ia berkaitan dengan surat misteri yang menjelaskan secara terperinci pembabitan orang kanan SPRM Selangor, maka mereka terpaksa mereka cipta berbagai alasan bagi menyelamat diri masing-masing. Malah, mana mungkin Tan boleh bergaduh dalam pejabat SPRM sehingga membawa kepada pembunuhan. Nampak benar SPRM dalam ketakutan sekarang ini, dan cuba mencari berbagai usaha untuk menafikan pembabitan puak mereka. Pasti selepas ini akan terjelma banyak lagi alasan-alasan bagi menafikan perkara ini].
SPRM Dedah Teoh Terbabit Lulus Projek Palsu
SHAH ALAM, 26 Ogos [2.35 pm] - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendedahkan kegiatan empat syarikat Bumiputera yang meminjamkan kepala surat syarikat mereka kepada individu tertentu untuk menjalankan projek yang tidak wujud yang mendapat kelulusan Teoh Beng Hock (foto dengan tunang) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah. Pegawai penyiasat SPRM Selangor, Mohd Anuar Ismail, dalam keterangannya pada inkues kematian Teoh, berkata demikian berdasarkan empat keping invois yang diperoleh dan dicetak daripada komputer riba Teoh semasa dia disoal siasat di pejabat SPRM pada 15 dan 16 Julai lepas. "Pegawai penyiasat telah melakukan siasatan terhadap empat dokumen ini dan menunjukkan keempat-empat syarikat ini telah meminjamkan kepala surat syarikat mereka kepada individu tertentu dan telah menerima komisen (kerana meminjamkan kepala surat)," kata Mohd Anuar saksi ke-16 prosiding itu.[SPRM nampaknya mahu mengalih pandangan rakyat terhadap isu pembunuhan yang berlaku sebenarnya. Jika pun terdapat unsur rasuah yang melibatkan Teoh dalam hal ini, kenapakah kejadian "mati" itu boleh berlaku dalam kawasan pejabat SPRM. Isu Teoh rasuah dengan projek palsu itu perkara lain. Masalah yang rakyat ingin tahu sekarang ialah siapakah yang membunuh Teoh dan siapakah orang terakhir yang menyiasat Teoh sehingga membawa kepada kematian misteri anak muda itu. SPRM cuba lari daripada tajuk kini !!].
Exco, Sultan Perkenan Gugurkan ADUN Lunas
[Kasihan benar melihat ADUN Lunas, ini kerana rezekinya tidak sama dengan dua exco Perak yang turut melompat parti dulu. Jika di Perak, perbuatan terkutuk itu berakhir dengan rampasan kuasa oleh BN. Namun, nasih Md Radzhi agak malang sekali kerana perbuatan beliau itu langsung tidak memberi kesan kepada Pakatan Rakyat. Malah PAS masih terus menang dalam pilihanraya kecil DUN Permatang pasir 25 Ogos lalu. Apakah akan terjadi kepada beliau selepas ini agaknya. Terhina dimata BN dan juga rakyat di kawasan beliau sendiri. Mungkinkah ini akan membawa kepada perletakan jawatannya dari politik?].
Cicit Tok Janggut Mahu Jasa Moyang Dihargai
PASIR PUTEH, 26 Ogos [1.23 pm] - Cicit kepada Allahyarham Tok Janggut, pahlawan Melayu yang menentang penjajahan Inggeris pada tahun 1914, mahu kerajaan memberi perhargaan yang setimpal terhadap jasa moyangnya sempena menyambut kemerdekaan negara yang ke-52. Sulaiman Ismail, 85, berkata sekiranya kerajaan sanggup memberi penghargaan kepada pejuang kemerdekaan seperjuangannya di negeri-negeri Pahang, Perak dan Negeri Sembilan dengan membina memorial mengenai mereka kenapa tidak pada moyangnya. "Ini penting kepada generasi sekarang dan akan datang supaya mereka tidak hilang jati diri," katanya di Kg. Batu Hitam hari ini.
[Sebenarnya apa yang diharapkan oleh Cicit Tok Janggut ini hanya akan membuang masa beliau sahaja. Kerana, sejak akhir-akhir ini kerajaan UMNO dan BN sudah banyak memadamkan laporan sejarah Melayu tentang perjuangan pahlawan terdahulu dalam menuntuk kemerdekaan atau menghalau penjajah Inggeris dari bumi tercinta ini. Mereka malah mengaku bahawa kemerdekaan negara ini diperolehi tanpa pertumpahan darah. Padahal ia jelas bertentangan dengan hakikat sebenar. Malah mereka lebih suka mempopularkan kononnya kemerdekaan negara itu hanya diperolehi oleh pejuang UMNO sahaja. Akhirnya lipatan sejarah lama pahlawan Melayu akan dipadamkan dari kamus kemerdekaan].






Khusus kpd jeneral2 Umno Phg atau Bera,
BalasPadamTolong beritahu wakil Parlimen Bera yang juga menteri supaya menyelesaikan segera masalah ketiadaan gula di kawasan Melayu di Kuala Lumpur dan Selangor. Dahlah makan bubur kacang pada bulan Puasa aje, tahun ni tak de gula pulak. Makan gaji buta ke?
Don't bother,Pakatan Terengganu
BalasPadamRosol Wahid n his goons were the ones who call HRH Sultan Mizan "natang" n murka that their beloved Deris Jusoh was not re-elected MB
I can imagine Utusan painted Pakatan Terengganu as traitors 4 aligning themselves as a bunch who call the Yang Dipertuan Agong "natang"
Nasihat buat rosol wahid tak baik gelar org "natang" tambah lg dia AGUNG kita. Ikut adat melayu lama rosol blh dihukum sula atau pancung khalayak ramai kerana ini dah lbh dari menderhaka pada RAJA AGAMA DAN NEGARA
BalasPadam