script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Sensasi: Rakyat Yang Menyertai Himpunan Aman Gerakan Mansuhkan ISA Digelar Umpama Lembu Lembu Korban Oleh Puak Blogger Karat UMNO !!

Membaca posting terbaru tulisan "Blogger Karat UMNO" iaitu seperti exco Pahang yang dikenali sebagai BraveHeart menyebabkan ramai dikalangan rakyat hampir muntah dibuatnya. Apa tidaknya, nampak benar beliau antara blogger UMNO yang telah dibutakan mata, buta hati dan buta sejarah sebenarnya. Malah, lebih "panas" lagi bila beliau sanggup menggelarkan rakyat yang berjuang untuk mempertahankan "prinsip demokrasi" dan "hak-hak asasi manusia" sebagai "lembu-lembu korban". Hinanya rakyat dimata blogger UMNO bila "jiwa dan hati" beliau telah menebal dengan dasar penjajah itu. Mereka langsung tidak boleh melihat dari pandangan "akal dan fikiran" yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Otak mereka sudah semakin "dunggu" dan "bangang" disebabkan oleh dasar penjajah dan UMNO karat yang semakin menebal itu. Mereka juga tidak mahu melihat bahawa Himpunan Mansuhkan ISA itu adalah untuk masa depan mereka sebenarnya. Apa yang mereka faham, segala perhimpunan yang dilakukan oleh rakyat atau Pakatan Rakyat akan dianggap sebagai "perbuatan yang hina dan tidak waras". Hanya kerja-keraj yang dilakukan oleh puak-puak UMNO sahaja yang dianggap "betul". Inilah dia bukti jelas betapa rosakkan minda puak-puak ini. Perhimpunan GMI yang sepatutnya berlaku dengan aman dan tenteram itu telah dikacau ganggu oleh pihak polis dan termasuk juga mereka. Sedangkan apa yang diperjuangkan adalah untuk mereka juga. Bayangkan jika akta zalim ISA itu terus digunakan sampai bila-bila, mungkin satu hari nanti mereka juga akan menjadi mangsa seterusnya. Apakah mereka fikir undang-undang seperti ini baik untuk sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini. Kita sudah ada mahkamah, peguam dan hakim-hakim yang arif lagi bijaksana untuk membicarakan sesuatu kes. Maka itu, kenapa perlu digunakan ISA untuk menahan rakyat tanpa bicara. Bukankah ini zalim namanya?. Mereka langsung tidak boleh membezakan "keadilan yang sebenarnya" yang mana "hak dan bathil". Bayangkan jika kejadian semasa himpunan ISA itu berlaku ke atas kaum keluarga mereka sendiri. Apakah mereka langsung tidak mempunyai hati dan perasaan, lantaran menganggap bahawa rakyat-rakyat yang berjuang untuk mempertahankan hak itu sebagai lembu korban.

Apa yang amat mengecewakan ialah melihat "mentaliti blogger UMNO" ini yang lebih rendah daripada budak-budak "Tadika Kemas" sebenarnya. Mereka langsung tidak boleh melihat hatta menerima kebenaran yang berada di depan mata. Bagi mereka hanya kerajaan UMNO dan Barisan Nasional sahaja yang "betul" biarpun merompak wang rakyat di depan mata. Ini kerana mereka rela menutup segalanya apabila menerima "tempias" dan berbagai lagi hambuan terutamanya menjelang pilihanraya. Inilah dia sikap yang jelas melambangkan betapa "rosaknya" jiwa nurani puak-puak ini. Perhimpunan yang dianjurkan oleh rakyat dianggap haram dan tidak berlandaskan undang-undang oleh pihak polis. Ini disokong pula oleh puak-puak Blogger UMNO itu. Namun, jika perhimpunan itu dilakukan oleh puak-puak mereka maka semuanya "halal". Lihat sahaja dulu apa yang berlaku dalam perhimpunan anjuran Taiko Karat UMNO di Universiti Teknologi Mara iaitu Ibrahim Abu Shah. Beliau sanggup memaksa pelajar UITM dengan jumlah yang besar melebih 10 ribu orang untuk berarak ke Bangunan SUK Selangor, semata-mata bagi menunjukkan bantahan dalam isu kuota bukan bumiputera di IPT terbabit. Kenapa pihak polis tidak menghalang perhimpunan dan perarakan itu, malah turut sama terlibat menjaga lalu-lintas?. Apakah berlaku kekecohan bila polis berkerjasama?. Tapi kenapa himpunan rakyat seperti ISA ini polis tidak mahu bersikap profesional dengan menjaga pergerakan rakyat. Kenapa mahu dibawa trak-trak FRU yang sarat dengan air asid "water canon" dan peluru "gas pemedih mata" semata-mata untuk "berperang dengan rakyat"?. Wajarkah ini terjadi dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini?


Bukti, Antara Dua Darjat "hak rakyat untuk berhimpun secara aman"

Di Malaysia hari ini seolah-olah sudah ada dua undang-undang untuk rakyat. Satunya untuk puak-puak yang menyokong kerajaan dan satu lagi untuk yang menentang kerajaan. Bagi puak-puak yang menyokong kerajaan, maka mereka akan "kebal" dari undang-undang, hatta melakukan apa sahaja tindakan yang jelas bercanggah dengan undang-undang itu sendiri. Namun, bagi mereka yang menentang kerajaan sudah pasti tidak akan dibenarkan melakukan apa sahaja yang dianggap boleh menjatuhkan mereka biarpun telah termaktub dalam undang-undang dan perlembagaan. Malaysia tanahairku sudah menjadi kucar-kacir bila mengamalakan sikap "double standard" seperti ini. Undang-undang dan perlembagaan kini bukan lagi dijunjung tetapi telah "dipijak-pijak" oleh mereka yang terlalu rakus untuk mempertahankan kuasa. Akhirnya dek kerana takut dengan kebangkitan suara rakyat dari seluruh pelusuk negara, pasukan polis digunakan sewenang-wenang untuk berhadapan dengan rakyat bagi tujuan mempertahankan segala apa yang dilakukan oleh mereka. Termasuklah dalam isu ISA ini, sebenarnya. Ini kerana mereka tahu bahawa hanya ISA sahaja yang bakal menjadi benteng terakhir untuk menakut-nakutkan pemimpin pembangkang. Dengan ISA mereka boleh melakukan apa sahaja tuduhan terhadap rakyat yang tidak berdosa. Inilah yang ditentang oleh rakyat dan mahukan agar ia dimansuhkan. ISA yang dulunya diwujudkan untuk membendung pengaruh gerakan Komunis oleh British, kini dijadikan alat untuk mematikan suara-suara sumbang siapa sahaja yang didapati tidak sehaluan dengan dasar mereka. Apakah dasar seperti ini, mahu terus dipertahankan dan terlalu digilai oleh puak-puak blogger UMNO. Ia jelas bermakna mereka ini sebenarnya adalah "lembu-lembu yang harus dikorbankan" dan bukannya rakyat.

Klik sini untuk baca artikel bangang blogger BraveHeart itu

[Dek kerana kedangkalan puak-puak blogger UMNO untuk menghuraikan sesuatu isu, maka wajarlah kami gelarkan mereka sebagai "tukun tiruan" yang wajar dihumbankan ke lautan. Mereka seronok kerana mendapat habuan dan kemewahan tajaan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional, tidak seperti krew-krew kami yang terpaksa mengikat perut untuk mempertahankan hak-hak rakyat serta kedaulatan undang-undang di negara ini. Untung duniwi jauh sekali untuk kami nikmati. Apa yang ada hanyalah sumbangan dan sokongan dari kalangan pembaca bagi membolehkan Pahang Daily Online terus bersuara. Biarpun kami tahu, kini blog panas ini semakin di"attack" oleh pihak-pihak yang berkenaan namun demi kebenaran serta keadilan . Perjuangan ini tetap akan diteruskan hingga ke titisan darah yang terakhir. Biarlah kami mati sebagai "pengkhianat" kepada manusia yang khianat kepada Allah dan rakyat, daripada kami mati sebagai "penjilat" manusia yang bertopengkan binatang. Kami redha dengan segala apa yang bakal dihadapi, malah kami tidak sedikit pun gentar dengan segala asakan mereka ini. Bagi kami puak-puak blogger UMNO ini menulis dengan tidak menggunakan akal fikiran yang waras disebabkan kealpaan serta kehinaan yang sudah sebati dalam diri mereka sejak dulu, kini dan selamanya].

Share:

11 ulasan:

  1. eheheehe... mantap PDO!!!
    aku tak mau jadi penjilat!!!
    dan anak2ku jadi penjilat,,,,
    dan keturunanku

    BalasPadam
  2. Kah...koh...keh... sibraveheart hanya berani menulis je tak padan dengan namanya... macam kj jugak bila ajak berdemo terus menyorokkan diri.

    budak kampung online

    BalasPadam
  3. braveheart adalah contoh blogger penjilat ubn yang hampir nak pupus! pembaca dah muak akan penulisan yang diutarakan mereka. spesis baghal dan bongok yang susah nak diajar. merekalah yang masih lagi menjunjung kezaliman ubn. memang dasar pengikut dajjal.

    BalasPadam
  4. MEMANG BODOH PUN ,MELAyu jadi lembu korban dap ,dap beri ucapan membakar,orang cina dan india diam diri,yang jadi gila babi orang melayu bodoh ,awat bodoh sangat

    BalasPadam
  5. Orang Melayu adalah:-

    Raja2 Melayu
    Pemimpin Melayu
    Dan Umat Melayu

    Siapa yg dimaksudkan jadi gila
    babi orang melayu bodoh sangat.

    Yang cakap benar ni, orang melayu jugak ke? atau Kafir yg suka melihat
    bangsa Melayu berpecah belah.

    BalasPadam
  6. Penyokong Umno jugak terlibat dalam demo aman, tetapi kekalkan ISA, bagaimana dengan Pewaris, Pekeda dan NGO2 yg berdemo pada hari tersebut, lembu juga ke mereka?

    BalasPadam
  7. Kerajaan double standard

    BalasPadam
  8. Saya dah baca artikel BH, komen saya

    i. BH masih tidak faham mengapa Demo berlaku. Mengapa BH memperkatakan tentang nelayan, orang kampung seolah-olah mereka tidak layak memperkatakan tentang ISA. Mengapa pulak BH demo untuk sesetengah pemimpin. Soalnya, itu memang kehendak sebahagian kumpulan dalam sistem politik yang subur. Apa yang berlaku patut menjadi teladan. Adakah kerana ada kebimbangan sesetengah pihak bahawa setiap perubahan yang berlaku bukan atas keperihatinan mereka. Ini masalahnya, apabila sudah menjadi bara barulah hendak bertindak, so populiriti bimbang menurun. Keadaan hampir sama seperti PPSMI.Oleh itu kerajaan perlu bersikap lebih proaktif mengkaji keinginan dan keperluan rakyat agar mereka mendahului orang lain.

    2. BH perlu sedar, mengapa perlu bersikap perkauman. Inilah tanda-tanda budaya rakyat Malaysia yang semankin dibimbangi. Saya berpendapat, saya pun tak mahu ISA digunakan oleh pihak-pihak lain pula pada masa depan. Pada masa itu adakah kita perlu berdemo lagi? Ini bukan soal menjaga pertuanan Melayu, tetapi menjaga negara dari pihak-pihak yang rakus pada masa depan..

    BalasPadam
  9. Apa kerajaan barisan nasional kebanggaan puak puak karat umno boleh lakukan hanya gertakan tauke gula pun tk mampu nk berbuat apa-apa inikan pula nak berlakon baik dpn rakyat dgn gula-gula hacks... piiiiraaahhh

    Woi gov msia yg dakwa hero bijak membangun kemajuan moden...harga gula pun ko tk mampu nk control...jadah apa ko ni...mana kuasa mu kerajaan mana hero kamu.. mana kekuatan kamu... mana???

    Tauke gula ugut kamu dah terkencing..esok lusa minyak sawit pun mau naik... tulat petrol wajib dah naik.. inilah kerajaan rakyat utk rakyat spisis umno karat. puii puii

    Kerajaan Barisan Nasional jika kamu benar ikhlas mengaku kerajaan rakyat kamu tkkan tunduk pada tauke gula tauke sawit dan lain lain tauke...kamu ni jantan tiada batu.

    BalasPadam
  10. Kalau lembu2 korban dpt pahala juga masalahnya puak2 UMNO karat ni Lembu2 yg dicucuk hidung terutama puak2 akar umbi dan bloggers macam braveheart tu.Mereka ni cukup bangga pemimpin mereka dtg kekampung dgn BMW dan Mercedes. Bodeknya terlebih2. Kalau boleh punggung pemimpin UMNO pun mereka nak jilat. UMNO bagi sijil penghargaan sikit mulalah diri rasa besar. Perjuangan pun tak tau utk apa. Yg mereka tau kononnya memperjuangkan bangsa melayu, poooraaahhh. Apa yg ada pada mereka sekarang. Yg kaya raya Menteri, Adun dan ketua bahagian UMNO, yg lain hampasss. Allah dah janji pada hari akhirat dihimpunkan manusia di padang masyar utk dihakimi dosa dan pahala mereka. Allah pun mencipta mahkamah utk manusia di adili. Apakah pauk2 UMNO dan penyokong ISA lebih tinggi drp ALLAH? kerana sanggup mengadili rakyat tanpa dihadapkan mahkamah didunia ni? Akta ISA dah memang zalim dan lari drp Islam, sedar2lah sikit. Cuba Akta ISA digunakan pada ibu/bapa /keluarga walaupun mereka tahu ibu/ayah mereka tak bersalah, baru mereka akan melalak macam anjing gila, dah gila jadi babi pulak.Kebanyakkan puak2 penyokong UMNO bukanya celik Agama Islamnya sebab benda2 basic pun tak leh pikir. Tak percaya kau org tengok drp air muka puak2 ni. Kalau dah dasar otak setakat tadika kemas, kira dah karat ler tu dan perlu humban ke laut jer.

    BalasPadam
  11. TAKBIR!!!!

    SOKONG ANON 2:18 AM PERJUANG NASIB RAKYAT RAMAI BKN BERJUANG UTK BANGSA IAITU PM MENTERI2 KETUA BAHAGIAN DAN SEKOR DUA KETUA KAMPUNG HAPRAK..

    TAKBIR!!!!
    SELAMAT TINGGAL BN MASA KIAN HAMPIR BN MENCARI TAPAK DUNIA BARU

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Tunjuk Surat Bukti, Komitmen FGV Holdings Berhad (FGV) Bayar Premium Tanah RM72.364 Juta Kepada Pahang 30 Nov Ini

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang tegas berpegang dengan komitmen secara bertulis FGV Holdings Berhad (FGV) berhubung pembayaran tunggakan pre...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.