script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Akta ISA Bukan Untuk Tujuan Politik, Kenyataan Dangkal Daripada Seorang Pemimpin UMNO Yang Takutkan Hilang Kuasa Sebenarnya

Sungguh memualkan apabila mendengar ucapan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak (foto) kononnya ISA tidak akan digunakan sesuka hati bagi tujuan politik. Sebaliknya kata Najib, ISA akan digunakan terhadap mana-mana rakyat atau individu yang boleh memudaratkan rakyat dan negara. Beliau berkata demikian di majlis pelancaran Jalinan Rakyat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dekat Kuala Lumpur baru-baru ini. Kenyataan Najib ini seolah-olah menggambarkan betapa dangkalnya mentaliti jumud pemimpin UMNO dan BN itu sendiri dalam menilai sesuatu isu. Kenyataan bahawa ISA tidak akan digunakan untuk tujuan politik adalah satu gambaran awal yang ia memang bermaksud dan memberi isyarat ke arah itu sebenarnya. Jika ISA tidak mahu digunakan untuk tujuan politik, maka sepatutnya ia dihapuskan dan tidak dipertahankan. Apakah Najib tidak yakin dengan undang-undang yang telah ada di negara kita?. Jika ini keadaannnya, apatah lagi rakyat marhaen ini sebenarnya. Seorang pemimpin besar UMNO sendiri mahu mempertahankan ISA kononnya bukan untuk tujuan politik, bermakna dia tidak percaya lagi kepada undang-undang yang telah termaktub dalam perlembagaan negara. Soalnya, siapakah yang telah memusnahkan institusi kehakiman dan badan perundangan itu. Bukankah mereka itu sendiri sebenarnya yang telah merosakkan kepercayaan dan keyakinan rakyat jelata terhadap Kedaulatan Undang-Undang dan Keluhuran Perlembagaan yang terdapat dalam prinsip Rukunegara itu sejal sekian lamanya

Undang-undang di Malaysia, sudah menjadi "Law Of The Jungle" dan mendapat persepsi negatif daripada masayarakat antarabangsa. Ini semua kerana kerakusan pemimpin UMNO dan BN untuk berkuasa dan terus mempertahankan kuasa, biarpun mereka tahu yang parti mereka sudah tidak mampu untuk menjadi pemerintah di bumi Malaysia yang tercinta ini. Ketakutan hilang kuasa inilah yang menyebabkan mereka takut kiranya dijatuhkabn kelak. Berbagai kepincangan bakal terdedah dan diketahui rakyat. Hasilnya, ISA perlu digunakan sebagai benteng terakhir untuk mempertahankan keegoaan mereka. Lantaran itulah juga, mereka masih ingin ISA dikekalkan !! Malah, bagi mereka pula apa sahaja yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat pula semuanya untuk tujuan politik semata-mata. Sedangkan isu ISA adalah menyeluruh, malah turut mendapat perhatian parti komponen BN sendiri sebenarnya. Malah, terdapat banyak NGO termasuk Majlis Peguam sendiri mendesak agar ISA itu dimansuhkan. Ini bermakna isu ISA adalah isu sejagat yang perlu diperjuangkan, bukannya isu politik menurut persepsi puak-puak UMNO. Walhal mereka sebenarnya yang sering berpolitik tidak tentu masa. Jika benar mereka tidak berpolitik, mengapa Najib tidak mengarah pihak polis membenarkan permit Himpunan Gerakan Membantah ISA (GMI) itu diluluskan.


Inilah "Banjingan UMNO" yang sanggup bertindak kejam terhadap rakyat
Bukankah kerana kekangan politik menyebabkan beliau mengarahkan polis agar "berperang" dengan rakyat yang tidak berdosa !! Jika tidak kerana politik, apakah sanggup Najib melihat rakyat dizalimi sedemikian rupa oleh pihak polis semasa himpunan itu dilakukan. Kenapa beliau tidak membenarkan sahaja ia diteruskan dan pihak polis sendiri mengawal pergerakan yang berhimpun agar senantiasa teratur dan tersusun. Manakala, kerahkan pasukan polis trafik pula untuk mengawal pergerakan lalu lintas. Rasanya, semunya akan dapat berjalan dengan tenang dan teratur tanpa ada sebenaranag kekecohan melampau. Ini tidak, bila serangan demi serangan gas pemedih mata dan pancuta air water canon dilakukan maka sudah pasti ia menimbulkan keadaaan yang tidak tenteram dan huru-hara. Masalahnya, siapakah yang memulakannya?. Bukankah, pihak polis yang bertindak melulu? Mereka mengikut arahan siapa?. Ketua mereka iaitu Musa Hassan. Siapa pula yang memberi arahan kepada Musa Hassan, jika bukan Najib Razak?. Semua ini sudah dapat dibaca oleh rakyat. Oleh itu usahlah Najib berpura-pura tidak tahu yang polis bertindak ganas terhadap rakyat. Semua ini adalah rancangan dan agenda politik beliau sendiri sebenarnya. Dengan satu panggilan atau SMS sahaja, sudah pasti arahan itu akan dituruti membabi buta oleh pihak polis pangkat bawahan yang terpaksa menjadi "banjingan UMNO" itu. Akhirnya rakyat yang berarak secara aman untuk mempertahankan kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan diperlakukan sewenang-wenangnya oleh pihak polis. Mereka dipukul, diherdik, dipijak-pijak, dikejar, digari, diterajang dan berbagai lagi adengan yang cukup mengerikan dapat dilihat pada hari tersebut. Bukanhkah ini bukti jelas yang segala yang terjadi itu adalah atas arahan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional itu sendiri !!

[Apakah ini caranya kerajaan UMNO dan BN melaknasakan satu tindakan terhadap rakyat yang hanya ingin menyatakan pandangan dan sikap tidak puas hati mereka kepada satu akta zalim yang sudah bertahun lamanya menghantui sebahagian besar rakyat Malaysia ini agaknya?. Salahkah mereka kerana ingin bersuara untuk mempertahankan hak-hak rakyat. ISA amatlah kejam kerana kaedah menahan tanpa bicara mana-mana rakyat yang disyaki boleh memudaratkan negara. Sedangkan mahkamah dan sistem kehakiman sudah lama ada di Malaysia. Apakah kerajaan sendiri tidak yakin lagi dengan sistem kehakiman itu sendiri?. Jika begini caranya maka sudah pasti anak-anak cucu kita dan generasi akan datang akan terus hidup dalam ketakutan dan sentiasa dirundung malang selamanya].

Share:

7 ulasan:

  1. ni lagi satu pdo yg banggang... bos hang yg takut ngan isa tu sebenarnya... kau pun takut juga kot ... sebab suka menghasut org. kau takut kau pun disumbat dalam erk... ha buatla kenyataan yg melampau lagi walaupun itu semua fitnah semata2... moga engko akan ke dalam juga hahahah...dalam mana aku tak tau...ISA ke kubur entahla

    BalasPadam
  2. Kalo dah pencacai dia pun dungu,apatah lagi ketuanya.Zaman mahadey dulu,isa digunakan utk apa??Beratus ratus pemimpin politik pembangkang ditahan didalamnya.Sama saja najib ni dgn dia.ISA bukannya digunakan untuk menyelamatkan negara tapi untuk menyelamatkan umno.Sampaikan wartawan pun disumbat kedalam.Tapi yang mencetuskan perkauman tdk ditahan kalau dia orang bn..Penjenayah,pengedar dadah,penyeledup,pembunuh yg membahayakan rakyat dan negara tdk digunakan isa.ISA mesti dihapuskan,undang2 perbicaraan mahkamah sudah ada.

    BalasPadam
  3. kuasa..kuasa....kuasa..boleh buat apa saja

    BalasPadam
  4. semua orang potliik takut hilang kuasa sebab bila hilang kuasa hidup dikejar dosa

    BalasPadam
  5. hari-hari gaduh pasai politik...
    pikiqlah sama apa nak jadi dengan Malaysia,,, mai tengok sendiri kat Summit Bukit Mertajam, Ratusan ribu warga asing dah menjajah,, macam-macam ada.. Bangla,Nepal, Burma,Vietnam,Negro,Loas,Indon,dan banyak lagi... ada yang buka restoran Nepal, restoran Bangla, kedai CD tak terkata,,, tak silap ada 30 kedai.. yang buka kedai arak pon ada..ini baru sekitar Bukit Mertajam.. Cuba bayangkan tempat-tempat lain..

    Hang pikiq sendiri...

    BalasPadam
  6. ITU LA YANG KITA NAK. BAGI KAFIR HARBI JADI KERAJAAN. BARU BEST. SEMUA BOLEH. MALAYSIAN BOLEH.

    BalasPadam
  7. Jangan hapus ISA buat masa ini, Negara masih memerlukannya. Bila PR jadi pemerintah, bolih gunakan ISA untuk tangkap menteri ameno ni, lepas tangkap barulah hapuskan ISA. Macam buka pintu,sumbat menteri menteri ni kat dalam pastu tutup dan sealkan pintu tu, terus tak leh kuar. He he he, kering kat dalam.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Tunjuk Surat Bukti, Komitmen FGV Holdings Berhad (FGV) Bayar Premium Tanah RM72.364 Juta Kepada Pahang 30 Nov Ini

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang tegas berpegang dengan komitmen secara bertulis FGV Holdings Berhad (FGV) berhubung pembayaran tunggakan pre...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.