script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Kontroversi Isu Penyebaran Klik Video Tahanan Di Siksa, Kenapa SPRM Perlu Takut Dan Melatah Jika Mereka Berada Di Pihak Yang Benar

Amat memeranjatkan bila pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tiba-tiba membuat laporan polis terhadap "bloggers" yang menyiarkan Klip Video tahanan disiksa baru-baru ini. SPRM seolah-olah gusar bahawa kes yang berlaku terhadap tahanan didalam klik itu hampir sama dengan apa yang terjadi kepada Mendiang Teoh Beng Hock. Maka itu, mereka membuat laporan polis kononnya penyiaran klip video tersebut boleh menjatuhkan kreadibiliti dan maruah SPRM. Malah mereka juga berpendapatan bahawa klip itu juga bakal menghilangkan keyakinan rakyat kepada badan pencegahan rasuah yang kononnya profesional dan telus itu. Lucu benar melihat gelagat puak-puak SPRM ini sebenarnya. Kenapa mereka harus melatah jika merasakan mereka tidak bersalah. Langkah terdesak yang dilakukan dengan membuat laporan polis seolah-olah mengesahkan lagi apa yang berlaku itu. Rakyat sebenarnya sudah lama hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap SPRM. Malah, rakyat memang menganggap SPRM sebenarnya adalah "talibarut" kerajaan UMNO dan Barisan Nasional. Ia ditambah lagi dengan tindakan kebudak-budakan dan "double standard" pihak terbabit dalam menjalankan siasatan terhadap laporan yang dibuat oleh rakyat. SPRM lebih berselerea menyiasat laporan yang membabitkan pemimpin pembangkang, sebaliknya mana-mana laporan yang melibatkan pemimpin UMNO dan BN sengaja dikapankan dan dikuburkan begitu sahaja. Inilah hakikat sebenarnya yang berlaku. Maka itu, usahlah mereka terfikir bahawa penyiaran klip video itu bertujuan untuk menjatuhkan maruah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu sebenarnya.

Tentang persoalan ini, masihkah kita ingat dengan kejadian seorang ahli UMNO yang tturut disiksa oleh SPRM ketika menjelangnya pemilihan parti itu awal Januari lalu?. Beliau ialah saudara Halimi Kamaruzzaman (foto), yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Maran, Pahang. Halimi telah mendakwa beliau dipukul sepanjang empat hari ditahan reman di pejabat SPRM Kuantan pada mulai 23 Januari dalam siasatan berhubung politik wang. Dalam laporan polis yang dibuatnya [Salinan di sini], dia mendakwa dipukul di bahagian kepala, perut dan bahu bertubi-tubi oleh tiga pegawai SPRM, ditendang di bahagian rusuk dengan lutut,d ipaksa telanjang dan berguling-guling di atas lantai dalam keadaan bogel, dicekik sehingga tidak bernafas, ditolak ke dinding, ditendang ketika dipaksa berguling-guling atas lantai, diketuk kepala dengan bakul sampah berkali-kali dan kemudian diugut akan diletakkan puntung rokok pada kemaluan. Melihat kepada apa yang berlaku dan dilaporkan oleh Halimi ini, membuktikan kepada rakyat bahawa jika puak UMNO sendiri pun mereka boleh bertindak sedemikian rupa. Maka, apatah lagi dengan penyokong Pakatan Rakyat !!. SPRM tidak boleh berdolak dalih lagi dalam hal ini, kerana kenyataan yang dibuat oleh Halimi itu hanya dinafikan oleh Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Datuk Abu Kassin Mohammad, kononnya Halimi membuat laporan palsu. Namun, sehingga ke hari ini SPRM tidak mengemukakan tindakan saman terhadap Halimi jika benar laporan itu palsu. Ini bermakna, kemungkinan besar laporan yang dibuat itu ada kebenarannya. Justeru itu jugalah, kita harus sedar dan melihat kes yang berlaku terhadap Teoh Beng Hock ini kemungkinan besar lebih hebat lagi daripada apa yang berlaku terhadap pemimpin UMNO seperti Saudara Halimi Kamaruzzaman ini !!

[Hanya rakyat sahaja yang dapat melihat kebenaran sekarang dan bukannya SPRM. Mereka sebenarnya sudah tersasar dari matlamat asal penubuhannya. Sangkaan kita bila Badan Pencegah Rasuah (BPR) bertukar kepada sebuah suruhanjaya, maka kes-kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa dapat dibenteras dengan berkesan secara profesional. Namun, segalanya musnah dan punah bila melihat hasil kerja yang ditunjukkan oleh SPRM. Malah, isu lembu yang melibatkan MB Selangor juga dilihat satu unsur khianat SPRM yang awal-awal lagi pesuruhjayanya sudah mengatakan mempunyai bukti-bukti kukuh untuk mendakwa Tan Sri Khalid Ibrahim. Begitu juga dalam isu bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Fairus Khairuddin dulu. SPRM awal-awal lagi mengatakan mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa beliau. Namun, bila beliau tidak masuk UMNO dan meletakkan jawatan akhirnya SPRM dengan mudah mengatakan tidak ada bukti kukuh untuk mendakwa Fairus. Banyak lagi kekeliruan yang timbul sebenarnya. Malah semuanya membuktikan kepada kita bahawa SPRM bukan bekerja untuk rakyat, sebaliknya mereka bekerja untuk UMNO dan Barisan Nasional sejak dulu, kini dan selamanya].


Share:

9 ulasan:

  1. diharap apa yg dah terjadi terhadap SPRM ini membuatkan mereka sedar tentang tugas sebenar mereka...
    menyiasat untuk mencari KEBENARAN, bukan untuk mencari KESALAHAN...
    sedarlah wahai bangsa ku, jgn lah menganayai hidup org lain...

    BalasPadam
  2. adakah negara kita ni seperti di Pilipin, Afganistan, Myanmar, Bangladesh, Pakistan sampai rakyatnya merempat mempengaruhi kita untuk tukar kerajaan??? truk sangat ke malaysia nie??adakah rakyat kita yg kebulur tak makan nasi n kkurangan air minum, ramai yg dibuang kerja seramai negara2 maju yg lain tapi kerajaan tidak mengambil apa2 langkah sewajarnya....truk sgt ke pemimpin malaysia seteruk pemimpin junta tentera myanmar?? kenapa nak melihat keburukan sahaja tapi kebaikan pulak trus dilupakan....tengokla negara kita suda sampai ke tahap menjadi contoh negara2 islam yg lain baik dari segi ekonomi dan politiknya...hanya kerana melayan tuntutan org yg kecewa dan gila kuasa ni kita mau gadaikan kemakmuran negara kita? lihat sajalah sekeliling kita negara2 jiran kita yg mengalami pertukaran kerajaan dengan parti yg berbeza smuanya takmampu bangkit daripada kegemilangan kerajaan terdahulu, inikan pulak janji nak ubah kepada yg lebih baik....betullah negara kita semakin tenat dengan isu ekonomi tetapi akan bertambah tenat lagi jika kita berterusan menunjukkan pada dunia negara kita ini seolah2 tidak selamat dengan rusuhannya da demontrasinya...hanya org2 yg tak berakal panjang saja yg enggan menerima kerana mudah dipengaruh dan org2 yg malas berusaha seolah2 menjadi mangsa penindasan kerajaan walhal org lain baik pendatangpun kalau berusaha bersungguh2 bole berjaya di malaysia....jgn jadi bahan eksperimen pertukaran kerajaan yg akhirnya kita keseluruhan menanggung musibah....da elok2 kerja dgn kerajaan belajar di universiti kerajaan tapi dibelakang jd antikerajaan...ini sebenarnya PENGKHIANAT....seandainya pertukaran kerajaan sekalipun akan berlaku, lihatlah kerajaan baru hanya mampu menyalahkan kerajaan lama seandainya negara kita tidak mampu pulih seperti sebelumnya..da pengikut yg kononnya setia mengangguk setuju walaupun tidak mendapat apa2...

    BalasPadam
  3. SPRM tak senang duduk ke atau PDO yg tak senang duduk!!!! suka2 provoke video tah dr mana2 tah yg kononya ada link dengan kes exco mati tu, suka2 buat hal, menghasut rakyat, sekarng suka2 la tangung...

    tolongla JGN guna isu semasa untuk merosakkan lg keharmonian negara. suka sgt provoke cerita2 panas, cita jer la apa yg berlaku, tak payah la nak jadi james bond, nak pandai2 tokok tambah cita untuk sedap pembaca, kalau pembaca yg bodoh pecaya dan masuk neraka PDO masuk sekali...

    BalasPadam
  4. YG BUAT PDO NI DA KONPEM MASUK NERAKA..YG BACA NI TAK PASTI LAGI SBB AKUPUN BACA JUGAK TAPI BACA MACAM MAJALAH HIBURAN JER..

    BalasPadam
  5. insyaallah nak mati esok,,tau lah apa azab yang mereka akan terima nanti.

    BalasPadam
  6. Obviously u got tonnes of haters here,PDO
    Nevertheless,keep up the good work in revealing the truth regarding our corrupt institutions upholding justice in the face of a tyrannic government

    BalasPadam
  7. Menentang Akta Zalim dikatanya Pengkhianat Bangsa Melayu. Pada mereka kalau tambah zalim bererti pejuang bangsa Melayu. Bodohnya mereka itu. Disokong pula oleh orang-orang yang dungu.

    BalasPadam
  8. ORANG UMNO AKAN MEMPERTAHANKAN UMNO, WALAU MACAMANA SEKALIPUN, BEGITU JUGAK DENGAN PENYOKONG PKR.

    WALAUPUN PEMIMPIN UMNO MENOLAK HUKUM HUDUD, PENYOKONG2 UMNO JUGAK AKAN MENOLAK HUKUM HUDUD, ITULAH YG DIKATAKAN, PEMIMPIN DAN AHLI SE IA DAN SEKATA.

    KALAU PEMIMPIN MEREKA TERKENTUT DIKHALAYAK RAMAI, MEREKA AKAN MEMPERTAHANKAN PEMIMPIN MEREKA DAN AKAN MEYATAKAN SAYA YG KENTUT, BUKAN PEMIMPIN YG TERKENTUT. INILAH
    PERJUANGAN SEJATI DAN SEKATA.

    PKR TAK AKAN MAMPU BERBUAT DEMIKIAN.

    BalasPadam
  9. bos umno kentut dan berak dlm mulut penyokongnya tkde hal penyokong mrk mampu telan asal ada habuan sepanjang masa...hahaha itulah harga diri seorang bernama UMNO

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Tunjuk Surat Bukti, Komitmen FGV Holdings Berhad (FGV) Bayar Premium Tanah RM72.364 Juta Kepada Pahang 30 Nov Ini

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang tegas berpegang dengan komitmen secara bertulis FGV Holdings Berhad (FGV) berhubung pembayaran tunggakan pre...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.