script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: Kes kematian Teoh Beng Hock, Apakah Penemuan Surat Misteri Bakal Menjadi Lembaga Misteri Dalam Kes Pembunuhan Noritta Itu Dulu

Sebelum ini kami sudah mendedahkan bahawa kes yang menyebabkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak rakus dan drastik terhadap pimpinan Kerajaan Negeri Selangor adalah tindakan "balas dendam" mantan MB Selangor, Khir Toyo. Khir begitu marah apabila Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor menggantung beliau dari menghadiri sidang DUN selama setahun. Akibat tidak berpuasa hati itulah beliau telah merancang sesuatu dengan pegawai atasan di SPRM untuk melakukan "gerak gempur" bagi menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim. Hasilnya, berbagai fail tentang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang diperkatakan itu telah dideahkan. Malah, lebih memalukan ialah fail-fail yang melibatkan penggunaan wang untuk jamun, membeli bendera dan semua majlis rasmi kerajaan negeri dianggap sebagai rasuah serta penyelewengan. Samalah yang berlaku kepada Tan Sri Khalid sebelum itu, tentang masalah lembu korban dan penggunaan kenderaan peribadi beliau pun dijadikan bahan untuk SPRM mendakwa pimpinan kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu. SPRM malah begitu ghairah untuk membuat tindakan, sehingga menutup semua kes dan laporan yang dibuat terhadap pimpinan UMNO dan Barisan Nasional di negeri Selangor. Rasuah dan penyelewengan yang melibatkan jutaan ringgit sengaja mahu ditutup, tetapi penggunaan wang oleh beberapa orang ADUN dan Wakil Rakyat Selangor bagi tujuan penduduk setempat sekitar beberapa ratus dan ribu ringgit dianggap sebagai menyeleweng. Hatta membeli bendera Malaysia untuk diagih-agihkan ke seluruh kawasan dalam DUN terbabit pun dianggap rasuah. Malah, ada juga ADUN dan Exco yang dituduh menyeleweng hanya kerana menaikkan kain rentang "ucapan terima kasih" kepada pengundi di kawasan mereka selepas pilihanraya ataupun menjelangnya Hari Raya nanti.

Siasatan Rasuah Dan Kes Teoh Mengelirukan


Pendek kata, pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor harus dipersalahkan hanya kerana menggunakan wang kerajaan negeri untuk keperluan asas di tempat masing-masing. Bagi Khir Toyo dan kuncu-kuncunya, setiap wang ringgit yang digunakan oleh kerajaan negeri untuk tujuan itu adalah penyelewengan dan salah guna kuasa. Sebaliknya wang rasuah dan penyelewengan projek, tanah dan tender yang dilakukan oleh mereka, dihalalkan pula oleh SPRM. Akibat kerakusan Khir Toyo inilah akhirnya kini SPRM Selangor berhadapan dengan satu situasi yang amat genting. Kes kematian Setiausaha Poltik Exco Selangor, Teoh Beng Hock yang berlaku di pejabat SPRM Selangor di Bangunan Masalam, dekat Shah Alam baru-baru ini benar-benar mengejutkan semua pihak. Malah, ramai yang kini tidak yakin dengan Inkues yang dilakukan oleh Suruhanjaya Siasatan Di Raja atas kes itu. Malah, terdapat bukti jelas memang ada ruang-ruang tertentu untuk pihak berkenaan seperti polis, pakar forensik, pendakwaraya hatta hakim sendiri yang cuba untuk menutup kes ini sebagai kematian biasa atau membunuh diri. Biarpun teori kematian Teoh dikaitkan dengan pembunuhan, namun anehnya Pakar Forensik cuba mengaitkan kematian Teoh dengan tindakan yang tidak wajar dilakukan itu. Malah, ramai yang mahu kes ini ditangani dengan betul oleh kerajaan. Jika tidak, sudah pasti mereka akan terus menolak kerajaan UMNO dan BN dalam pilihanraya umum akan datang. Malah, peluang untuk Pakatan Rakyat pimpinan PKR terus berkuasa di Selangor bertambah cerah jika kes Teoh gagal ditangani dengan betul dan secara lebih profesional.

Surat Misteri Teoh vs Lembaga Misteri Noritta

Keputusan pihak polis untuk tidak menyiasat siapakah pegawai SPRM terakhir yang menyiasat Teoh Beng Hock hingga lewat pagi juga amat mencurigakan. Sedangkan pakar DNA mengesahkan ada tanda DNA pada talipinggang dan baju Teoh dijumpai. Malah, kesan-kesan darah dan cap jari yang hilang seolah-olah menunjukkan ada pihak yang diarahkan untuk memadamkan semuanya. Sejak awal lagi rakyat melihat Teoh kemungkinan besar telah dibunuh dari atas lagi sebelum mayatnya dibawa turun ke bawah oleh pihak terbabit bagi mengaburi mata umum kononnya Teoh jatuh atau bunuh diri. Soalnya, kenapa Teoh disiasat begitu lama di pejabat SPRM hingga lewat pagi, dan siapakah pegawai terahir itu?. Kenapa dia tidak dipanggil sebagai saksi utama kes ini?. Inkues Teoh yang dibuat oleh kerajaan seolah-olah mahu mengesahkan yang Teoh membunuh diri dan tidak langusng mahu mengaitkan unsur jenayah dalam hal ini. Mana mungkin seorang anak muda seperti Teoh sanggup membunuh diri, sedangkan keesokan harinya beliau akan melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya. Inilah yang menjadi persoalan dan sepatutnya dijawab secara profesional oleh pihak terbabit. Anehnya, siasatan pihak terbabit lebih menjurus kepada mahu menutup kes dan menyelamatkan seseorang. Inilah yang amat ditakuti oleh rakyat, malah ia pernah berlaku dalam kes pembunuhan pragawati Noritta Shamsuddin (foto) dulu. Semua tertuduh bebas dan dilepaskan termasuk Haneff Basree, sedangkan dalam masa yang sama pihak polis mengatakan terdapat "dua lembaga yang tidak dikenalpasti" membunuh mangsa yang menjadi misteri hingga ke hari ini.

Surat Misteri Bakal Merungkai Segala-Galanya


Apakah cerita yang sama juga akan berlaku. Teoh akan dikatakan dibunuh oleh "lembaga misteri" selepas ini. Ia bagi mengelakkan pihak-pihak tertentu didapati bersalah dan menerima hukuman. Inilah dia undang-undang di Malaysia yang dikatakan sudah punah dan rosak sebenarnya. Maka, ditakdirkan Allah akhirnya muncul pula "surat misteri" berkaitan pembunuhan Teoh Beng Hock. Membaca surat tersebut sahaja sudah meremangkan "bulu roma" kita. Ini kerana sangkaan awal bahawa kes Teoh adalah satu "pembunuhan" seolah-olah bakal terjawab. Surat yang mempunyai lambang rasmi SPRM itu jelas sekali bisa merungkaikan berbagai persoalan. Malah, lebih jelas lagi nama mantan MB Selangor Khir Toyo juga ada disebut dengan jelas sebagai punca angkara semua ini. Jika ini benar, maka tulisan kami dalam artikel terdahulu ada kebenarannya. Proses "balas dendam" menyebabkan segala adengan ini berlaku. Ada pihak yang bakal terperangkap dengan kes ini. Soalnya, apakah surat msiteri itu akan disiasat dengan adil, sedangkan laporannya amat jelas sekali mengaitkan seseorang yang berjawatan besar dalam SPRM Selangor. Patutlah selama ini, setiap laporan kes rasuah yang melibatkan Khir Toyo dan kerajaan negeri Selangor terdahulu ditutup serapat-rapatnya oleh pihak terbabit. Rupanya ada individu yang telah "dipelihara" oleh kerajaan negeri itu sendiri. Maka selamatlah mereka di atas muka bumi ini.

[Kenyataan yang dibuat oleh pengirim dalam surat misteri itu amatlah mengejutkan sekali. Malah memang terdapat kebenaran kini siapakah pegawai terakhir yang menyiasat Teoh Beng Hock, dan mengapakah beliau tidak "punch card" ketika balik pagi itu. Jika kejadian ini disiasat oleh pasukan luar terutamannya Amerika Syarikat, seperti yang kita lihat dalam dramadi TV maka sudah pasti pembunuh sebenar Teoh Beng Hock pasti akan dapat dikenalpasti. Namun, dek kerana ia berlaku di Malaysia yang mengamalkan "Law Of The Jungle" bermakna kemungkinan besar berbagai alasan lagi yang akan diberikan oleh pihak berkenaan. Inilah yang amat ditakuti oleh rakyat, sedangkan surat misteri itu dikirimkan menerusi orang dalam SPRM Selangor sendiri yang sudah tidak tahan untuk melihat kejahatan dan kebobrokan manusia yang berjiwa binatang dari terus memegang tampuk kekuasaan itu buat selama-lamanya nanti].
Share:

2 ulasan:

  1. Sebelum ini saya pernah minta pihak-pihak berkenaan minta siasat antara mantan Menteri besar Selangor dgn SPRM dalam comment blog-blog ini.

    BalasPadam
  2. buat apa nak sibuk orang dah jadi mantan,jangan kita yang diberi kuasa turut mengunakan kuasa .bukti diri bersih itu yang lebih dipinta,masing 2 dah berkuasa kan,baik bn atau pr ,rakyaat nak tengok

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Tunjuk Surat Bukti, Komitmen FGV Holdings Berhad (FGV) Bayar Premium Tanah RM72.364 Juta Kepada Pahang 30 Nov Ini

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang tegas berpegang dengan komitmen secara bertulis FGV Holdings Berhad (FGV) berhubung pembayaran tunggakan pre...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.