Menjelang 1 Ramadhan 1430, genaplah lapan warkah rayuan pengundi yang telah saya tulis dan tandatangani. Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku lapan pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya. Apa yang hanya boleh kita baca dari tujuh pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat telah menang sebanyak enam kali berturut-turut. BN cuma menang sekali; itupun di Batang Ai, Sarawak. Ini realiti dan ini kenyataan. Pada kali ini Kerusi Permatang Pasir menjemput kita sekali lagi untuk turun ke gelanggang. Walaupun dengan penuh berat, kita terpaksa melepaskan Allahyarham Dato’ Hamdan kita untuk kembali menemuiNya. Bagi kita yang hidup, tuntutan sambungan jihad demi sebuah tanggungjawab wajib diteruskan. Sudah tiga penggal calon kita bersusah payah untuk mengangkat Islam dan sudah lima belas tahun rakyat di Permatang Pasir memperbaharui kepercayaan agar PAS terus menerajui kerusi DUN Permatang Pasir ini. Jika dibaca nilai istiqamah pengundi di sini di masa-masa lalu, ia jelas menunjukkan betapa tingginya iltizam, kenyakinan dan komitmen mereka. Walaupun mereka tentu boleh faham bahawa apalah sangat memberi kemenangan kepada PAS di kerusi ini dari segi memerintah negeri, namun pada saya, majoriti yang diraih Allahyarham pada 8 Mac 2008, melebihi 5,000 undi adalah teramat mahal.
Bagi pengundi Islam tanpa mengira bangsa, mereka tentu ingin merakamkan sokongan mereka kepada sebuah gerakan Islam yang membawa perjuangan Islam syamil yang sebenar. Mereka tidak sanggup memangkah parti UMNO yang mengamalkan Islam dari klon sekular; agama suku dan politik suku. Mana boleh diasingkan iman dengan Islam dan Islam dengan politik? Islam jenis sekular yang diperjuangkan oleh UMNO inilah yang saya namakan sebagai Islam palsu. Sebagaimana adanya wang palsu, rambut palsu atau kad pengenalan palsu; begitu jugalah dengan Islam palsu. Benda palsu; nampak macam sebenar tetapi ia tetap tidak asli. Bagi yang ahli, dia akan tetap tahu membezakan antara bunga hidup dengan bunga plastik. Dengan keadaan tidak tulen itulah timbulnya keraguan. Soalnya bolehkah yang diragu-ragu (syak) itu dibawa untuk mendapatkan anugerah Syurga Allah di akhirat kelak? Saya bercakap dari sudut aqidah dan kaedah. Jika buat begini ia boleh jadi begini. Jika tidak sempurna wudhu’, amalan sembahyang tidak diterima. Jika tolak Islam dari Allah, maka dengan apa nak digantikan? Ini bukan soal saya mendahului Tuhan atau lebih tahu dari Tuhan. Ini soal kaedah. Saya percaya, para pengundi Islam di Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir boleh dengan mudah memahami persoalan ini.
Manakala bagi pengundi bukan Islam pula pada umumnya, saya seakan boleh menyelami keresahan yang sedang bergolak di hati saudara saudari sekelian. Di sana ada tuduhan rasuah berjumlah RM10 juta yang katanya melibatkan pemimpin MCA. Di sana juga ada kes kematian misteri seorang anak muda bernama Teoh Beng Hock sewaktu berada di dalam siasatan (custody) SPRM. Di sana juga ada kes kematian Kugan sewaktu berada di dalam tahanan polis. Dengan insiden stadium runtuh dan gelanggang akuatik yang tidak selamat di Terengganu, keretakan yang berlaku di lebuh raya MRR2 serta LDP dan skandal di PKFZ Pelabuhan Klang yang bernilai berbilion ringgit, ramai pemimpin Umno yang kena gantung dan disabitkan kesalahan mengamalkan politik wang termasuklah Ketua Menteri Melaka yang masih ada sekarang, buruknya layanan ke atas rakyat yang berhimpun secara aman untuk mengangkat nota bantahan ISA kepada DYMM Yang Dipertuan Agung, cederanya Sdr. Wong dan Gobalakrishnan di tangan SPRM dan Polis – pengamal undang-undang, para pencinta demokrasi dan pejuang hak asasi tidak mempunyai lain-lain harapan pemulihan untuk negara kita. Apa yang ada hanya satu sahaja iaitu mengekalkan kerusi yang sudah dikuasai oleh PR dan dapatkan sebanyak mungkin kerusi-kerusi tambahan dari UMNO dan BN jika berlaku lagi pilihan raya kecil. Ini adalah langkah persiapan untuk mengambil alih kerusi, kemudi di Putrajaya tidak lama lagi. Hanya melalui cara ini sahaja Malaysia akan memperkukuhkan sistem dua parti yang boleh menyemak Institusi Kehakiman, pelaksanaan “rule of law” dan perjalanan demokrasi. Melalui laluan baru inilah, Malaysia akan menjalani proses tajdid, transformasi dan reformasinya yang sebenar.
InsyaAllah, ini akan berlaku tidak lama lagi. Melihatkan trend sokongan non-muslim kepada calon Parti Islam SeMalaysia dan PR, khususnya di Parlimen Permatang Pauh yang telah memenangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan di Parlimen Bukit Gantang yang telah memenangkan Datuk’ Seri Nizar Jamaludin baru empat lima bulan yang lalu, saya cukup mempunyai keyakinan. Mari kita sama-sama perbesarkan majoriti kita di DUN N11 ini agar menjadi kekal, tidak kurang dari 5,000 undi, sekurang-kurangnya untuk ujian pada 25 Ogos 2009. Tinggalkan UMNO dengan syurga politik wangnya. Mari kita terus istiqamah untuk tetap berada di tengah-tengah gelora kesedaran rakyat demi menafikan Umno/BN yang sudah laih dan kehilangan stamina mulai sekarang. Jangan tertipu lagi untuk percayakan slogan-slogan baru yang dikitar semula. Dulu Islam Hadhari. Kini One Malaysia pula. Esok entah apa pulalah. UMNO ni nak jadi apa, entahlah. Nak kata udang pun tidak. Ikan pun bukan. Ingatlah pesan pepatah Melayu: Jika sudah kepalanya ular, mustahil ekornya belut. Akhir kata, gunakanlah kesempatan membuang undi pada kali ini dengan penuh cermat. Walaupun kita berpuasa dan kemungkinan kita boleh jadi letih tetapi tidakkah Peperangan Badar yang berlaku dalam bulan Ramadhan itu pernah membawa kemenangan yang besar? Tiada perbuatan yang lebih mulia pada hari mengundi di bulan Ramadhan pada kali ini melainkan memangkah parti yang boleh membela maaruf dan kebaikan; sekaligus menolak kemungkaran, rasuah, kezaliman dan ketidakadilan. Undilah Saudara Saleh bin Man. Undilah PAS dan PR demi keadilan Islam.
[Hanya mereka yang mempunyai otak dan fikiran yang waras sahaja akan mengerti apakah yang diperkatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz ini. Bagi puak-puak UMNO dan BN yang sememangnya tidak mahu menerima kebenaran, sudah pasti mereka akan terus menolak segalanya. Malah mereka lebih selesa untuk mengutuk serta menghina MB Kelantan itu dengan berbagai cemuhan, walhal sebagai orang ugama yang telah banyak mendidik pelajarnya maka menjadi kewajipan bagi beliau untuk berkata benar biar pun pahit. Oleh itu, para pengundi di DUN Permatang Pasir yang akan menunaikan tanggungjawab hari ini diseru agar mengambil kata-kata daripada Tuan Guru Nik Aziz untuk dijadikan panduan dan pedoman mereka selepas ini. Apa yang penting kemenangan PAS itu pasti akan menghilangkan keegoaan puak-puak UMNO dan BN selepas berjaya mengurangkan undi di pilihanraya kecil DUN Manek Urai baru-baru ini].

pdo sendiri tak nak menerima kebenaran bahawa nik aziz sekarang dah tak relevan... kalau dia ulama dia tak akan campur adukan bab akidah agama ni ngan politik...tetapi kebanyakan fatwa yg dikeluarkan adalah berfaktakan politik... dia bukan maksum..dia bukan nabi.. dia juga manusia biasa. pdo sendiri ikut aje apa yg dia kata walaupun menyakiti hati org islam
BalasPadamtak payah dah nak layang ni ajis tu,biar kan dia, nak marah ,dia dah tua,biarkan dia terjun dengan serban2nya
BalasPadamada jugak org jenis mcm diatas nie..kalo tahu jagn dok cakap..
BalasPadamada jugak org jenis mcm diatas nie..kalo tak tahu jagn dok cakap..
BalasPadamApa benda amanat. Amanat taik kucing. Amanat nak musnahkan umat islam dinegara ini adalah..Tak usah buang masa. Nik Aziz bukan ulama tulen. Nik Aziz ialah seorang ahli politik yg sama taraf dgn Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim. Cakap belit-belit, putar sana putar sini mcm Anwar Ibrahim. Umat islam dinegara ini akan hancur jika Nik Aziz terus berada dibumi ini. Pergilah, pergilah jauh-jauh Nik Aziz, sbb anda telah merosakkan agama dan umat islam dinegara ini..
BalasPadamSalam ramadan al mubarak,, untuk perhatian semua Bloggers, PDO, anoni atau sesiapa yang membaca warkah ini. Tak kisahlah apa pandangan anda semua berhubung masalah yang sedang dihadapai umat Islam (Melayu )sekarang ni. kerana yang pasti Yahudi sedang mentertawakan kita semua kerana sudah ada petanda perpecahan umat islam sedang berlaku sebagaimana yang mereka kehendaki. Memang agenda Yahudi untuk memporak perandakan umat Islam agar bergaduh, berpecah dan mencabar sesama sendiri. Malaysia sudah diletakkan di dalam senarai negara Islam yang perlu di kucarkacirkan selain negara-negara Arab, Afghanistan, Pakistan, Indonesia dsbnya. Sebelum ini mereka sudah berjaya memusnahkan Islam di Palestin, Bosnia, Turki, Perancis dsbnya. Percaturan mereka seperti pergerakan buah catur menyusun strategi mencari silap.. maka di bulan ramadan yang mulia marilah kita sama-sama muhasabah diri berfikir secara rasional, tidak hipokrit .. Apakah yang sedang terjadi antara umat Islam di Malaysia ini merupakan perancangan Yahudi juga. Keputusannya ada di tangan kita sendiri....
BalasPadamBlogger Pakatan kutuk sakan YB PKR Zulkifli Noordin..apa sudah jadi????
BalasPadamhttp://kedahlanie.blogspot.com/2009/08/maaf-yb-zul-afidavit-pembelaan-yb-lunas.html?showComment=1251175455550
Anon 8:32 am,
BalasPadamTuan Guru Nik Aziz has no authority whatsoever 2 issue a fatwa
He's part of a political party,not a fatwa council
All this time, the Mursyidul Am merely states his opinion based on his knowledge on Islam
4 the past 19 years,UMNO n its controlled media has spinned whatever that is uttered by him into something untrue n out of context,demonized his handling of Kelantan n of course,his credibility as a Muslim intellect
Anon 12:51,
It's public knowledge that the Jewish agenda is 2 cause disunity among Muslims
But ever wonder who r the proxies of Jews here?
Who else but UMNO
Instead of uniting under banner of Islam,they demand the Malays 2 unite under the banner of this "Ketuanan Melayu" which reeks of Malay nasionalism,chauvinism n ultralism which prioritize race over religion
Thus,the Malay race becomes backwarded n left behind in the face of progress experienced by other races
Now back 2 topic concerned,InsyaAllah.PAS will achieve victory at Permatang Pasir
Remember Perang Badar?
The army of Medina led by Rasulullah SAW which consist of 313 men reign victoriously against 1000 Quraisy men from Mecca
PAS's victory will be a sweet one not because of the massive onslaught by a machinery equipped wit the mainstream media,government bodies,unlimited funding(rakyat's money,of course),police,army etc but also takes place in this glorious month of Ramadhan
Anon 1:04, Memang dah dasar dan amalan PKR haprak yg tak boleh ditegur atau dikritik..bagi penyokong/ahli tegar PKR yg taksub dan taat pada si al-juburi, mereka tidak akan menerima sebarang teeguran walaupun utk kebaikan mereka sendiri. Mereka ini terlalu angkuh, sombong, takbur dan riak. Mereka rasa dan mereka anggap diri mereka paling hebat, paling sempurna dan paling maksum serta suci mulia disisi Allah. Tapi mereka lupa bahawa mereka berketuakan seroang yg tiada maruah, tiada harga diri, dan seorang yg mengamalkan homoseks. Mereka juga telah buta dan pekak mengenai perpaduan dan kekuatan ummah. Mereka hanya mementingkan seorang individu yg selama ini telah mengkhianati agama dan bangsa dinegara ini..
BalasPadamterima kasih di atas pandangan zakwan... pandangan anon 1251 bukan mencari siapa yang menjadi agen Yahudi tetapi untuk semua umat islam khususnya yg menjadi blogger supaya menilai diri sendiri apakah yang sedang mereka lakukan terhadap bangsa dan agama mereka sendiri. menyalahkan orang lain bukan jalan penyelesaiannya sebagaimana yang zakwan sering lakukan semata mahu menegakkan perjuangan kronis mereka.. bukankan jawapan berada di dalam diri sendiri tanpa hipokrasi, semua oang tahu apa yang zakwan sering perjuangkan.... menuduh orang tanpa bukti merupakan fitnah jadi kalau zakwan seorang muslim eloklah bertaubat sempena di bulan yang mulia ini....your english is good but i prefer Malay's..
BalasPadamTuesday, August 25, 2009 8:32:00 AM
BalasPadamAnon yg tersebut atas ni umpama bangkai bernyawa bodoh pekak tp nk juga menulis. kalu aku kata bodo dia marah.tp dah dia tu bodoh bangang tk blh di ajar terpaksa aku kata juga dia org bodoh.
Bodoh tu kata agama dan politik tk blh campur. Agama dia tu islam ke budha. Jika islam merangkumi segalanya didalam islam itu politik, rumahtangga, malah semua hal terkanndung dalam islam mencukupi. kalau bodoh tu nk asingkn politik dari agama islam maka jawabnya dia tu bodoh.
Aku rasa dah cukup aku ajar budak bodoh ni jd cerdik.
tahniah anon 321 kerana kata yang amat indah , jadi kalau kau pandai sangat jadilah ahli politik .. kan lagi baik kau tak payah berpuasa sebab sia-sia sahaja kalau diteruskan juga, taklain dari berlapar aja..
BalasPadamnik ajis mcm orang gila
BalasPadam