
Susulan daripada pendedahan Peguam Gobind Singh Deo bahawa tahanan SPRM, mendiang Teoh Beng Hock telah didera sebelum ditemui mati di pejabat agensi itu telah mengejutkan ramai pihak. Sememangnya itulah yang dibayangkan oleh rakyat Malaysia selama ini bahawa anak muda itu telah didera mental dan fizikal hingga akhirnya membawa kepada kematian beliau. Biarpun ada penafian berserta dengan saksi-saksi yang memberi berbagai alasan dan hujjah kononnya penderaan itu tidak berlaku. Namun rakyat lebih bijak menilai dan membuat rumusan tentang kes ini sebenarnya. Inkues yang dilakukan dan penubuhan Suruhanjaya Di Raja yang bakal dilaksanakan masih tidak akan menyakinkan satu siasatan yang adil dan saksama terhadap kes ini. Apa yang jelas, terdapat bukti-bukti yang pihak-pihak tertentu cuba menyembunyikan fakta sebenar kes dan sengaja tidak mahu pihak berkenaan dihukum atas kejadian yang cukup memalukan ini. Apakah siri penderaan ini akan berakhir selepas ini?. Sebenarnya, banyak lagi kes-kes berkenaan terus berlaku dan bakal menghantui rakyat Malaysia sebenarnya. Oleh itu, ikuti pendedahan berani oleh seorang pembaca PDO yang dihantar menerusi email pellepuns@gmail.com (Hafiz) kepada pihak kami tentang isu yang cukup panas mutakhir ini.
Peguam Bakal Dedah Bukti SPRM Dera Saksi
Peguam Bakal Dedah Bukti SPRM Dera Saksi
Sudah menjadi resam setiap kali muncul kes yang melibatkan mereka yang berkuasa tidak kira sama ada kes besar atau kecil, kes rasuah, kes yang melibatkan kematian, kes pencurian pasti akan perlahan-lahan lenyap seolah kejadian tersebut tidak pernah berlaku. Beratus kematian dicatatkan dibawah tahanan polis dan baru baru ini kita dikejutkan kematian Kugan dan juga juga kematian Teoh dibawah tahanan SPRM. Method yang didakwa digunapakai oleh SPRM bagi mengambil keterangan kes dikatakan keras dan dakwaan sehingga ada yang menggunakkan besi untuk memukul. Tetapi adakah ini suatu perkara yang pelik bagi anda? Persoalannya adakah cuma pihak SPRM sahaja yang menggunakan method yang sedemikian dalam mendapatkan keterangan saksi? Apa yang akan saya catatkan merupakan senario dan proses yang saya fikir biasa yang perlu dilalui oleh orang yang ditangkap atau didakwa yang berada didalam tahanan Polis mahupun Penjara. Layanan yang mereka bakal terima berbeza-beza bergantung kepada kes dan juga sokongan kewangan yang mereka perolehi dari pihak keluarga. Misalnya seseorang yang ditahan dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri akan dibawa kebalai bersama barang bukti, kemudian akan diletakkan didalam lokap sehingga keesokkan hari. Bagi mereka yang mempunyai duit dapatlah menikmati makanan luar yang lazat dan rokok yang berharga RM50 sekotak. Bagi mereka yang ditangkap kes dadah pula, jika mempunyai wang, mereka dapat menukar keputusan air kencing dengan mudah. Bagi mereka yang tiada wang, terpaksa bermalam di Hotel California atau lebih dikenali sebagai lokap. Pada keesokkan hari mereka akan ke mahkamah untuk mendapatkan perintah tahanan reman. Setelah itu mereka akan pulang semula ke lokap. Hari ketiga biasanya mereka akan dibawa keluar untuk diambil keterangan oleh IO (Investigating Officer) Ketika waktu inilah mereka yang ditangkap akan merasai melalui seolah berada di neraka dunia.Adakah Saya keterlaluan? Anda Nilai sendiri.
Jika anda pergi kemana-mana Balai Polis terutamanya Ibu Pejabat Polis, jika anda pergi ke bilik tempat mengambil keterangan pasti akan akan temui suatu rak atau almari khas tempat tersimpan segala peralatan yang sangat membantu mereka dalam mendapatkan keterangan daripada orang yang didakwa. Tak percaya? kalau anda punya keberanian pergilah periksa. Sepatutnya wartawan Al-Islam yang menceroboh gereja itu mengunakkan keberanian dia untuk masuk ke setiap balai untuk memeriksa kesahihan laporan dan penulisan ini. Peralatan dan method yang biasanya digunakan bergantung kepada kretiviti IO kes masing-masing. Mereka yang ditahan kes curi terutamanya terpaksa mengakui beberapa kes lain walaupun kes tersebut bukan dilakukan oleh mereka. Disebabkan diasak dan tidak tahan dipukul dan diseksa, akhirnya mereka terpaksa mengakui kesalahan orang lain. Yang menyedihkan mereka terpaksa menjalani hukuman bukan diatas kesalahan mereka. Tidak hairanlah dikatakan Polis Malaysia diantara Polis yang terbaik didunia dalam menyelesaikan sebarang kes. Tiub getah untuk dilibas dibawah tapak kaki dan bahagian belakang badan dengan perlahan tetapi tanpa henti untuk mengelakkan kesan ketara tetapi menghasilkan impak yang menyakitkan. Lilin untuk dititik ditempat-tempat yang sensitif termasuk kemaluan, besi dan kayu digunakan untuk memukul perut sehingga senak (tetapi cara ini tidak berapa glamour dan menyeronokkan), rotan pelbagai saiz dan kadang-kadang rotan kerusi lama juga digunakan dan macam-macam lagi. Walaubagaimanpun saya mengambil keputusan untuk memecahkan penulisan ini kepada beberapa bahagian memandangkan ia melibatkan proses yang panjang sehingga pesalah tersebut dibebaskan.[Sebenernya apa yang didedahkan oleh penulis ini, memang sudah lama kita dengar dan ramai juga yang sudah mengalaminya. Polis di Malaysia bijak menyelesaikan sesuatu kes dengan mengugut tahanan yang tidak bersalah. Pengalaman ini berlaku sendiri kepada team PDO yang pernah ditangkap polis dulu. Dalam satu kes "dadah", polis sanggup memecah masuk ke rumah mangsa tanpa waran geladah yang sah hanya bila mendapat maklumat secara paksaan daripada beberapa orang suspek yang ditangkap. Mereka yang memaksa suspek menyenaraikan tiga orang rakan yang disyaki sebagai pengedar dadah atau terlibat dengan dadah. Dalam keadaan takut, suspek terpaksa memberi tahu sesiapa sahaja yang terlintas dalam fikiran mereka. Malah pihak polis juga berjanji akan melepaskan suspek bila beliau bekerja sama dengan polis. Jika tidak suspek akan disimpan untuk beberapa hari sebelum dilepaskan atau tiba-tiba didakwa atas kesalahan yang tidak dilakukan. Polis sanggup membuat satu kerja yang begitu mudah, mereka tidak menyiasat dan mengintip suspek. Hanya dengan mendera suspek tertentu maka mereka akan mengejar pula suspek baru. Inilah yang banyak berlaku dan timbul masalah bila suspek yang didera menyebut apa saja nama yang terlintas. Akhirnya mereka yang tidak bersalah juga ditangkap, digari dan didera. Alasan yang diberikan untuk mencukupkan "kuota" harian pegawai polis terbabit. Begitu mudah kerja mereka sebenarnya. Wajarlah, mana-mana pihak yang melawan akan menerima nasib malang dan disiksa. Sila emailkan kepada pihak kami kiranya anda salah seorang mangsa penderaan polis selama ini].







mula kata dia bunuh diri ,pr marah,ni bengali tu kata ada deraan pula ,apa lagi lepas ni,hai saksi pun bolih kena dera,zalim betul bn ni no,jangan akhir nya dia kena liwat pulak,kah kah kah
BalasPadamala dah nak cari salah kerajaan apa benda aje akan depa kata... termasuklah nanti depa kata yg dibunuh tu dok korek lubang neraka dia sendiri... erm..ermm
BalasPadammana ada dalam dunia orang disiasat dilayang ,bagi makan steak dulu ,lepas tu di siasat,lepas tu di beri makan iskrim,lepas tu disiasat,di beri tidor dalam aircond tilam tebal[,jangan liwat dah ler],lepastu di siasat,mungkin dap perentah ,kita akan disiasat macam tu,pokoknya kalau takut kena siasat jangan buat kerja jahat,kah kah kah
BalasPadamYang tak jahat,tak salah pun ada yang kena tangkap dan dipaksa mengaku jugak.
BalasPadamyang tak jahat orang pr jer,salah pun dianggap tak salah,mana orang tua bolih meliwat no,orang muda tu ynag suka diliwat no
BalasPadamSila baca mengenai mengenai IGP di Malaysiakini.
BalasPadamTell the minister to do something about our difficulty in buying sugar!
BalasPadamgo and buy sugar by the lorry at pr ruling state,can they stop those bastard sugar traders,from robbing us,
BalasPadam