script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Memalukan: Menteri UMNO Ahli Parlimen Bera Sibuk Jaga Pengguna, Tapi Rakyat Di Kawasan Sendiri Akhirnya Tersiksa Menanggung Derita !


BERA - Sungguh memalukan buat seorang menteri UMNO yang bernama Datuk Ismail Sabri Yaakob (foto), bilamana beliau selaku Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan gagal untuk memberi khidmat terbaik bagi rakyat di kawasannya iaitu Parlimen Bera. Ini berikutan kegagalan beliau bagi memastikan bekalan gula dapat disalurkan secara luas ke daerah itu, telah menyebabkan rakyat di kawasan beliau mengalami masalah kekurangan gula. Tambah memalukan lagi, beliau baru sahaja merasmikan sebuah pejabat cawangan kementerian itu di Bera baru-baru ini. Melihat kepada masalah yang berlaku, menunjukkan yang Ismail Sabri telah gagal membela rakyat selaku pengguna di kawasan berkenaan. Beliau lebih seronok untuk menjadi juara di kawasan lain, tetapi kawasannya sendiri terabai tidak diambil pusing. Difahamkan sebanyak 66 tan metrik gula telah dihantar ke kedai-kedai di daerah Maran, Bera, Temerloh dan rancangan Felda Jengka semalam bagi mengatasi masalah kekurangan gula yang berlaku di daerah itu sejak beberapa hari lalu. Ketua Pegawai Unit Pengkuatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Cawangan Temerloh, Osman Din berkata bekalan gula tersebut untuk bekalan empat hari mulai hari ini hingga Ahad. "Gula yang tiba itu adalah dipesan lima pemborong di daerah Temerloh daripada Malaysian Sugar Manufacturing dan Gula Padang Terap Sdn Berhad beberapa hari lalu," katanya. Inilah yang dikatakan "Kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan" agaknya.

[Syabas dan tahniah buat Datuk Ismail Sabri Yaakob atas keperihatinan beliau ini. Malah beliau sepatutnya sudah membina semula jalan masuk ke Felda Tembangau melalui Bera. Apa yang berlaku sekarang, rakyat di situ terpaksa melalui jalan sejauh hampir 60 km negeri orang (Negeri Sembilan) semata-mata untuk sampai ke bandar Kemayan di Bera. Akhirnya ramai anak-anak Pahang yang lahir di Tembangau kini berdaftar sebagai anak Negeri Sembilan, kerana mereka terpaksa ke hopital Bahau yang berdekatan, akibat jalan alternantif ke Bandar Bera tidak diperbaiki. Mana janji manis Barisan Nasional semasa pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Mereka berjanji untuk memperbaiki jalan tersebut yang merupakan jalan berdaftar yang hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda sahaja. Datuk Ismail Sabri perlu mengambil perhatian perkara ini].
Share:

7 ulasan:

  1. pdo ni dah cuba alih kot lain pula
    dok cari salah org lain pula
    yg kes dalaman dia org buat diam.. pas ngan pkr dah tak sehaluan. dap dok genyih
    adoi... melayu juga dipermainkan oleh dap tapi pkr dan pdo syok cari salah melayu... banggang sungguh

    BalasPadam
  2. memang bangang pun PDO ni tak tau lagi ka. macam la juga puak puak dan penganut penganut pada
    perhimpunan haram lepas.
    nun manjung.

    BalasPadam
  3. Anon-anon diatas, inilah dia contoh puak PR/PKR yg sengaja buta, tuli, sombong, bongkak, angkuh, tidak mahu menerima sebarang kebenaran dan kenyataan apabila satu-satu perkara negatif menimpa keatas diri mereka. Spt ketua mereka si al-juburi tu lah, mereka ni akan pusing, spi, putar, dan belit sana sini, tukar warna, supaya rakyat akan alih fokus. Sambil tu sempat lagi mereka babitkan dan salahkan UMNO/BN dlm segala apa hal yg mereka sedang hadapi..Sebenarnya semakin hari semakin ramai rakyat yg telah sedar tentang sandiwara yg sedang ditayangkan oleh puak2 PR/PKR ni. Semakin hari semakin ramai rakyat yg telah insaf akan kesilapan mereka pada PRU12 dulu.. Kpd mereka-mereka ni termasuk PDO, masih belum terlambat lagi utk kembali kejalan yg benar..

    BalasPadam
  4. woiii anon balaci umno berkarat ramat mu suruh pak menteri pengguna mu arahkan tauke gula jgn sorok gula. kasi jual mcm biasa. itu saja..jgn dok bebel buang masa.

    jgn dok asyik kedarah benda lain.mu faham dok balaci taik. gula pun tkleh nk settle ini nk perintah negara pui pui...baso bodo

    BalasPadam
  5. YB Datuk kena ada wakil yang bokeh menjalankan tugas dengan berkesan.

    BalasPadam
  6. Tidak ada wakil yang dapat mendengar permasalahan rakyat? YB Menteri mungkin sibuk..

    BalasPadam
  7. TANGKAP SAJA KAFIR HARBI. HUMBAN MASUK LOKAP BABI DAN SEBAT SAJA. APA YANG KERAJAAN LA TAKUT SANGANT DENGAN DEMA NI.MANJA SANGAT DENGAN NATANG NI. DEMA DOK PERMAIN2 SAJA. NAK RAYA MELAYU SAJA MACAM2 DEMA BUAT. TU BELUM DEMA JADI KERAJAAN LAGI.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Tunjuk Surat Bukti, Komitmen FGV Holdings Berhad (FGV) Bayar Premium Tanah RM72.364 Juta Kepada Pahang 30 Nov Ini

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang tegas berpegang dengan komitmen secara bertulis FGV Holdings Berhad (FGV) berhubung pembayaran tunggakan pre...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.