Maka hari ini bermulalah pertarungan sebenar Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir. Seluruh negara tertumpu ke negeri Pulau Mutiara itu. Apakah Pakatan Rakyat melalui PAS bakal dapat mempertahankan kerusi DUN itu, atau mungkinkah BN melalui UMNO akan merubah segalanya. Rakyat dan pengundi Permatang Pasir bakal menentukan siapakah pilihan mereka. Namun begitu, dalam keghairahan menanti saat pembuangan undi terkadang kita agak terkejut dengan beberapa tindakan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Semalam, Pengerusi SPR Aziz Yusof dengan jelas menegaskan bahawa pihaknya dengan kerjasama polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu atau parti yang cuba untuk melanggar undang-undang yang telah ditetapkan. Antara peraturan baru yang dimasukkan ialah melarang pembinaan pondok "barong panas", penyokong perlu berada dalam jarak 50 meter dan larangan memasang bendera pada kenderaan petugas pilihanraya. Itu belum lagi termasuk dengan lain-lain tindakan yang dilihat begitu jelas mencabuli amalan demokrasi dalam pilihanraya di negara ini sejak sekian lama. Solanya, kenapa SPR begitu prihatin untuk melakukan berbagai tindakan drastik yang dilihat sengaja ditujukan kepada Pakatan Rakyat sebenarnya. Secara zahirnya, jika "barong panas" tidak dibenarkan beroperasi seperti sediakala maka adalah dikhuatiri berlaku penipuan terutamanya yang berhubung dengan soal pengundi hantu.
Tindakan SPR yang sengaja mencari "pasal" itu, jelas sekali untuk memudahkan pengundi hantu untuk keluar mengundi. Malah, Aziz Yusuf SPR juga ada menegaskan bahawa tidak wujud pengundi hantu di Permatang Pasir. Namun, anehnya tiba-tiba malam tadi UMNO dan BN pula mengesahkan bahawa terdapat 3,696 pengundi hantu yang dikesan oleh mereka. Jika dilihat kepada apa yang berlaku ini, jelas sekali SPR dan BN nampaknya cuba untuk bermain "silap mata" bagi mengaburi mata rakyat. Kita tidak harus yakin dengan kaunter semakan daftar pemilih yang disediakan oleh SPR di tempat mengundi. Ini kerana terdapat banyak maklumat pegawai yang bertugas telah ditekan oleh pihak atasan dan sekiranya mereka tidak mengikut arahan maka elaun mereka akan dilambatkan atau langsung tidak dibayar. Mereka diminta berkerjasama untuk memastikan ribuan pengundi hantu dapat masuk dengan selesa ke tempat-tempat mengundi. Maka itulah, kita tidak hairan Pengerusi SPR menegaskan bahawa pihak polis akan mengambil tindakan tegas jika ada mana-mana pihak yang melanggar peraturan. Apa yang jelas sudah pastilah jika petugas-petugas Pakatan Rakyat cuba untuk menahan bas-bas persiaran yang akan dibawa masuk dengan banyaknya ke Permatang Pasir pagi ini. Kes ini pernah berlaku di pilihanraya kecil Permatang Pauh dulu, dimana lebih 20 buah bas yang membawa pengundi hantu telah ditahan oleh Pakatan Rakyat. Mungkinkah hari ini kesemua pengundi hantu yang dikatakan oleh BN itu adalah "Hantu Altantunya" yang akan menyelematkan imej serta maruah Perdana Menteri Najib Razak agaknya!
Lebih teruk lagi ialah Pengerusi SPR dengan bangganya menegaskan, jika berlaku sebarang perlanggaran peraturan yang telah ditetapkan maka calon yang menang itu boleh dibatalkan. Jika ini caranya maka tidak guna diadakan pilihanraya. Apakah SPR yakin yang membuat kacau itu adalah penyokong Pakatan Rakyat. Bagaimana pula jika yang melakukan provokasi itu adalah pihak polis sendiri atau pun penyokong BN. Kenyataan Aziz Yusoff ini jelas sekali menunjukkan yang beliau sedang berusaha untuk menggangkat namanya dengan memastikan BN menang. Imejnya juga akan lebih terserlah di mata PM Najib Razak jika perancangan ini berjaya dilakukan. Oleh itu, beliau rela SPR diperkudakan untuk kepentingan politik UMNO dan BN. Sedangkan beliau tahu yang tugasnya untuk mengendalikan pilihanraya itu adalah secara telus dan adil serta tidak berat sebelah kepada mana-mana pihak. Peraturan yang dibuat disaat akhir itu juga menggambarkan sikap biadap SPR, dalam usaha tersebut. Hanya rakyat yang bijak sahaja boleh membuat penilaian kerja-kerja SPR ini. Pastikan Pakatan Rakyat menang dengan undi yang lebih besar, bagi menutup mulut Pengerusi SPR yang semakin celupar itu. Apapun kita mengharapkan tarikh keramat 25 Ogos 2009 ini bakal mengulangi sejarah tarikh keramat 26 Ogos 2008, dimana Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dengan majoriti yang cukup besar dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh ketika itu. Hanya berbeza sehari, dan bersempena dengan bulan Ramadan Al-Mubarak ini kita amatlah mengharapkan doa alim ulamak serta seluruh penyokong Islam dan Keadilan pasti akan mendapat kejayaan jua nanti. Teruskan perjuangan !! pastikan kemenangan rakyat tercipta juga di DUN Permatang Pasir.
[Amatlah menakjubkan bilamana pihak BN berjaya mengesan pengundi hantu siap dengan dengan jumlahnya yang tepat iaitu 3,696 orang. Bukankah ini menunjukkan bahawa maklumat itu diberikan oleh orang dalam SPR sendiri sebenarnya. Jumlah sebanyak itu, apakah mungkin diuruskan oleh Pakatan Rakyat? sedangkan umum mengetahui mereka sebenarnya yang mempunyai hubungan rapat dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sendiri. Maka itu, kenapa mereka menuduh pengundi hantu dibawa oleh Pakatan Rakyat pula?. Nampak benar ini adalah satu tektik baru yang dirancang, kononnya PAS mahu menang pilihanraya secara kotor kali ini. Langkah itu juga diambil bagi menenggelamkan isu pengundi hantu yang sering dimainkan oleh Pakatan Rakyat sebelum ini. Akhirnya rakyat akan melihat siapakah yang membawa hantu sebenarnya hari ini !!].

sudah2la pdo oiii..dok buat citer buruk2 semua kat org... engko tu perfect ke....tahu segala mak nenek...mcm mahfuz la no semua ada dalam poket dia... hehehe... ada dalam poket erk....
BalasPadamApa yang perlu dibanggakan kalau PAS menang di Permatang Pasir, kerana memang sudah kawasan jajahan takluknya DSAI...Sebaliknya kalau UMNO menang maka barulah berbagai tomahan dan tuduhan akan dilemparkan kepada SPR, Polis, Kakitangan Kerajaan entah apa lagi agaknya, peti undi pun akan dikatakan buat tak betul agaknya.. Sudah lumrah manusia ,, bukan semua manusia hanya segelintir saja , seperti yang ada kepentingan peribadi, kepentingan kuasa, kepentingan entah apa lagilah dengan alasan memperjuangkan rakyat.. sebaliknya memecahbelahkan rakyat adalah..
BalasPadamOOIII anon 3:10 inilah sebenarnya pemecah belah masyarakat. PR pemangkin perpaduan ummah sejagat.
BalasPadamanon ni bapak segala penyangak sondol harta negara mcm sial mcm anak kera
hahaha pr pemangkin perpaduan ummah sejagat??? geli ketiak...hehehehe... pemecah belah adalah kawan... kalau idak tak adala yg cabut dari pr tu... org atasan pula tu...fikir la sendiri
BalasPadam