script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Terkini: Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir

Proses Pengundian Berjalan Lancar Sejak 8 Pagi

BUKIT MERTAJAM, 25 Ogos [10.25 am] - Proses pengundian di lapan pusat mengundi yang dibuka pada 8 pagi ini untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir berjalan lancar. Sehingga jam 9 pagi, seramai 2,966 orang atau 14 peratus pengundi telah mengundi di 39 saluran di lapan pusat mengundi. Suasana pengundian pagi ini agak tenang dan kebanyakan pengundi mengambil peluang untuk keluar awal menunaikan tanggungjawab mereka kerana bimbang hujan turun pada sebelah petang. Ketika ini keadaan cuaca agak mendung dan keadaan lalulintas mula sibuk dengan kenderaan yang membawa pengundi ke pusat pengundian masing-masing. Jabatan Meteorologi meramalkan bahawa hujan akan turun di satu dua tempat pada sebelah pagi dan petang.

Anwar Dan Isteri Mengundi Di SK Seri Penanti

BUKIT MERTAJAM, 25 Ogos [10.02 am] - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, mengundi di SK Seri Penanti pada 8.30 pagi diiringi calon Pas, Mohd Salleh Man. Bagaimanapun, Mohd Salleh dan lawannya daripada Barisan Nasional (BN), Mohd Rohaizat Othman, bukan pengundi di kawasan Permatang Pasir. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, melawat semua pusat mengundi secara berasingan untuk meninjau keadaan. Abdul Aziz, ketika ditemui pemberita berkata, beliau gembira dengan keadaan pengundian yang aman pagi ini dan berharap keadaan itu berkekalan sepanjang tempoh mengundi. Katanya, kebanyakan orang ramai yang berkumpul di sekitar pusat-pusat pengundian itu merupakan penyokong parti bertanding yang datang dari luar kawasan itu. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada Pas, pada 31 Julai lalu kerana serangan jantung. Ketua Polis Negeri, Datuk Ayob Yaakob, berkata keadaan di luar SK Seri Penanti, tempat Anwar dan isterinya mengundi pagi ini, agak bising apabila penyokong kedua-dua parti yang bertanding saling mengejek. Katanya, polis telah menambah anggota di kawasan berkenaan bagi mengawal keadaan dan kemungkinan yang akan berlaku.

Tinjauan Mstar Online, Salleh Man Menang Besar

PERMATANG PASIR, 25 Ogos [9.45 am] - Tinjaun Mstar online sehingga semalam menunjukkan 88.5% pengunjung Mstar menyokong calon Parti islam Se-Malaysia (PAS) Ustaz Mohd Salleh bin Man memenangi pilihan raya kecil di N11 Permatang Pasir. Sementara itu, 11.5% pengunjung pula menyokong calon Barisan Nasional, Rohaizat Othman. Jika tinjauan ini di ambil kira calon PAS, mempunyai kelebihan sokongan moral mengharungi proses membuang undi pada hari ini.

[Mstar Online adalah sebuah portal berita arus perdana yang agak telus dan diyakini oleh rakyat Malaysia. Pengunjungnya adalah terdiri daripada pelbagai golongan, bangsa dan fahaman politik. Jika tinjauan ini dilakukan olehh Harakahdaily, mungkin sukar untuk kita nafikan kebenarannya. Namun bila portal arus perdana menghasilkan tinjaun seperti itu bermakna harapan besar untuk kita melihat Ustaz Salleh Man menang besar di pilihanraya kecil Permatang Pasir hari ini pasti akan tercapai jua].

[ Sokong PDO, Sila Sign Buku Pelawat Kami ]
Masalah Di Tempat Anda, Laporkan Di Sini

Share:

6 ulasan:

  1. blogger pakatan kutuk sakan YB PKR Zulkifli Noordin..apa sudah jadi...

    http://kedahlanie.blogspot.com/2009/08/maaf-yb-zul-afidavit-pembelaan-yb-lunas.html?showComment=1251175455550

    BalasPadam
  2. InsyaAllah.PAS will achieve victory at Permatang Pasir
    Remember Perang Badar?
    The army of Medina led by Rasulullah SAW which consist of 313 men reign victoriously against 1000 or so Quraisy men from Mecca

    PAS's victory will be a sweet one not because of the massive onslaught by a machinery equipped wit the mainstream media,government bodies,unlimited funding(rakyat's money,of course),police,army etc but also takes place in this glorious month of Ramadhan

    BalasPadam
  3. there u are, these is more civilised comments by zakwan,anyway to minimise,pas votes,would means victories to bn,hope the youmg ones would swing back to us,not to bother the old pas hardcore ,they wiil faded awny...in time.

    BalasPadam
  4. there u are, these is more civilised comments by zakwan,anyway to minimise,pas votes,would means victories to bn,hope the youmg ones would swing back to us,not to bother the old pas hardcore ,they wiil faded awny...in time.

    BalasPadam
  5. u whacked i whacked,
    thank u 4 callin me civilised
    May Allah blessed u

    About the young swinging 2 BN, I beg 2 differ
    The BN candidate may be a young face n a professional
    But past dirt such as disbarred by the Bar Council n swindled his associate of RM 161,000 will definitely put his credibility into question

    The PAS candidate however may be a veteran old man as u put it,he is one of the well known PAS Penang leaders wit a history of being rakyat oriented n always perform his service 2 the community,regardless of political affiliation
    Plus his educational n professional background
    -Graduated from Universiti Malays wit Ijazah Sarjana Muda Syariah.
    -freelance lecturer
    -Director of enterprise company
    -Manager of a private school

    So far,no dirt on Uztaz Salleh Man has been used as a campaign modal
    That money embezzlement claims by bigdogdotcom?
    Then y until now neither the said blogger or UMNO filed a report regarding this allegations 2 MACC 4 investigations?

    This is no Manik Urai wit Malay majority
    This is Permatang Pasir consisting of all 3 major races
    InsyaAllah, the young will vote a candidate wit a more trustworthy professional n educational background rather than a blacklisted lawyer who has a bright chance in robbin the rakyat in broad daylight,makin him n cronies richer while the Malays,how u call it,lagi miskin papa kedana

    BalasPadam
  6. orang bodoh sokong PAS

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Tunjuk Surat Bukti, Komitmen FGV Holdings Berhad (FGV) Bayar Premium Tanah RM72.364 Juta Kepada Pahang 30 Nov Ini

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang tegas berpegang dengan komitmen secara bertulis FGV Holdings Berhad (FGV) berhubung pembayaran tunggakan pre...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.