SHAH ALAM, 25 Ogos [4.00 pm] - Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan 8 September untuk menetapkan pendengaran permohonan Peguam Negara membatalkan pekeliling kerajaan negeri Selangor yang melindungi penjawat kerajaan negeri dari buruan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Mahkamah menetapkan tarikh tersebut bagi membolehkan kerajaan negeri Selangor memfailkan jawab balas terhadap permohonan Peguam Negara. Peguam Negara Abdul Gani Patail (foto), mahu membatalkan pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Ramli Mahmud yang menetapkan SPRM hanya boleh menyoal-siasat penjawat-penjawat kerajaan negeri dan wakil-wakil rakyat Selangor di premis bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri dalam tempoh waktu bekerja. Pekeliling bertarikh 28 Julai ini dikeluarkan bagi melindungi nyawa penjawat dan wakil rakyat dari menerima nasib Setiausaha kepada Exco Selangor, Teoh Beng Hock yang mati dalam pengawasan SPRM. Permohonan Gani Patail ini difailkan pada 20 Ogos lalu. Gani beralasan pekeliling ini menghalang tugasan SPRM dari memburu dan menyiasat wakil-wakil rakyat Selangor. Peguam Negara diwakili See Mee Chun manakala kerajaan negeri Selangor diwakili peguam Yusmadi Yusoff dan Fahda Nur.[Inilah dia sikap hasad dengki dan jahat Peguam Negara yang berselindung disebalik kerajaan UMNO dan BN sebenarnya. Pekeliling Kerajaan Negeri Selangor itu bukanlah mahu melarang siasatan yang dilakukan oleh SPRM berhubung dengan kes rasuah dan sebagainya. Cuma, selepas berlaku kematian Teoh Beng Hock maka menjadi kewajipan Kerajaan Negeri Selangor menjaga keselamatan pegawai mereka dari menerima nasib yang sama. Justeru itu mereka mahu supaya penyiasatan SPRM dilakukan di lokasi dan waktu pejabat masing-masing. Apakah itu satu perbuatan yang salah di mata Peguam Negara. Atau mungkin beliau menerima tekanan daripada pihak tertentu yang begitu rakus untuk menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat itu sebenarnya].
Jabatan Penjara Tiada Kepakaran Sebat Kartika
PUTRAJAYA, 25 Ogos [3.45 pm] - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (foto), mengakui Jabatan Penjara tidak mempunyai kepakaran untuk melaksanakan keputusan sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnho kerana kesalahan meminum arak. Hishammuddin berkata pelaksanaan hukuman sebat itu akan dijalankan sebaik kakitangan Jabatan Penjara mempunyai kepakaran berbuat demikian. Kartika Sari dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lalu selepas mengaku salah meminum arak sebuah hotel di Cherating pada jam 11.40 malam 11 Julai 2008. Semalam, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) menangguhkan hukuman sebat terhadap Kartika Sari yang sepatutnya dengan alasan sebagai menghormati Ramadan.[Kenyataan Hishamuddin ini adalah petanda jelas bahawa hukuman Islam tidak mahu dilaksanakan sebenarnya oleh mereka yang berkuasa. Mereka malah memperlekehkan hukuman Islam yang telah diputuskan oleh agensi agama kerajaan itu sendiri. Apa yang berlaku ini menampakkan kepada kita bahawa kerajaan UMNO dan BN memang tidak serius dalam melaksanakan hukuman berlandaskan Islam. Apakah dek kerana mereka takut kerana ramai lagi puak-puak UMNO dan BN diluar sana yang memang sejak azali gemar meneguk minuman keras itu?. Rakyat harus menilai apay yang berlaku ini. Malah Kartika akan disanjung sebagai "Srikandi Islam Hadhari" kerana berjaya melawan hukuman tanpa perlu masuk ke mahkamah. Bayangkan beliau dibebaskan tanpa pengetahuan Pendakwaraya Syarie Mahkamah Syariah itu sendiri].
SPRM Tidak Boleh Dijadikan Mainan Politik
PUTRAJAYA, 25 Ogos [3.40 pm] - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh dijadikan mainan politik dan sentimen ekoran beberapa pihak cuba mempertikaikan kredibilitinya, kata Datuk Seri Najib Razak (foto) hari ini. Perdana Menteri berkata, orang ramai tidak boleh menunding jari kepada SPRM semata-mata berdasarkan satu kes membabitkan kematian Setiausaha Politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock. "Kita tidak boleh cepat salahkan SPRM. Kita tak boleh jadikan SPRM mainan politik, sentimen," kata Najib yang juga Menteri Kewangan kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara di Kementerian Kewangan di sini. Najib diminta mengulas terdapat beberapa pihak cuba mempertikaikan kredibiliti SPRM berikutan kematian Teoh serta insiden ugutan bunuh terhadap pegawai kanan SPRM dan serangan molotov cocktail terhadap kenderaannya di Klang minggu lalu. Najib berkata, kerajaan masih yakin dengan kewibawaan SPRM kerana ia adalah badan penting untuk memerangi gejala rasuah dan memastikan urus tadbir negara berjalan dengan baik. Teoh, 30, ditemui mati di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai lalu selepas beliau dipanggil sebagai saksi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan wang kerajaan negeri di pejabat SRPM yang terletak di tingkat 14 bangunan tersebut






Sebat je si Hishamudin ni dulu sbb pernah minum anchor beer dulu. (berdasarkan gambar lama dia minum arak dengan kawan2nya)Banyak songel lak dia ni.. x der kepakaranlah. meh sini rotan biar aku sebat dulu si hishamudin(Bapa ANCHOR Malaysia)ni...
BalasPadamDatuk Seri Hishammuddin Hussein mengakui Jabatan Penjara tidak mempunyai kepakaran untuk melaksanakan keputusan sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnho...? Sungguh pelik kenyataan ini.
BalasPadamPertanyaan: Kalau Jabatan Penjara tidak mempunyai kepakaran untuk melaksanakan keputusan sebat bagaimana pegawai penjara melaksanakan hukuman sebat terhadap penjenayah rogol atau penjenayah lain yang dikenakan hukuman sebat...?
Sebenarnya bukan Jabatan Penjara yang tidak mempunyai kepakaran menyebat pesalah tetapi pemimpin UMNO mahu menyelamatkan anak-anak mereka dari ditangkap dan disebat kerana terlibat minum arak.
Rakyat Malaysia pasti tahu anak pemimpin UMNO yang mana satu terlibat dengan arak...?
Pemimpin UMNO perosak agama, bangsa dan negara Malaysia.
anon 10.30, lebih kurang 80% rakyat malaysia setuju dengan pendapat anda, Syabas
BalasPadamawat merapu ,jais kata ,sebat tak dilaksana kerana,hormat bulan puasa,mereka tak kata hukum itu batal, betul kata najib buatlah rayuan ,moga jais tukar hukuman mereka pun ada timbang rasa juga,minum arak tetap haram,jangan lah buat cerita yang bukan2,cerita dulu jangan ungkit,sahabat nabi pun minum arak,mungking hisam dah bertobat,ni yang tak bertobat liwat macam mana,dahlah dulu dituduh,ni ada pula yang munuduh,senang jawab ia,saiful dibayar
BalasPadamUMNO ni, dah terantuk baru tengadah
BalasPadamnampak kat isu arak aje depa ni..tang liwat, perangai samseng dok pukul org, dok fitnah org tak pula hampa bising... hai camna no
BalasPadamnak tutup kes liwat boss depa,kena lah pusing kat lain,kah kah kah
BalasPadamSoal selidik 100% rakyat malaysia dah buang BN cuma yg tinggal 0% ni hantu hantu dan pengundi hantu yg dok undi BN lg.
BalasPadamTahniah semua rakyat dah sedar akan keburukan BN pemimpin BN anak beranak mereka. Jika tk caya cuba cek anak anak BN yg melayu la yg agama islam berapa kerat yg tk minum arak tk mabuk tk hayun betina.
Ini yg kita agungkan sanjungkn sebagai pemimpin. Tok guru kita hina kita caci dgn serban panjang janggut pjg kupiah putihlah. Ini semua buat kita makin benci BN krn depa pemusnah agama bangsa dan negara.
Sebelum langit menghempas bumi sebelum laut membanjiri bumi sebelum kiamatlah adik kakak semua mari kita bersihkan kekotoran ini agar kita semua kelak mati dalam iman dan taqwa