script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita: Inkues Kematian Teoh Beng Hock, Ahli Kimia Akui Dia Tidak Jalankan Ujian 'Adrenalin',

SHAH ALAM: Seorang ahli kimia mengaku tiada ujian dijalankan untuk mengesan peningkatan kadar enzim 'adrenalin' dalam badan Teoh bagi menentukan sama ada mangsa berada dalam keadaan cemas sebelum kematiannya, Mahkamah Koroner di sini hari ini diberitahu. Zaraiha Awang, 42, yang memberikan keterangannya sebagai saksi ketujuh dalam inkues bagi menyiasat punca kematian Teoh, berkata beliau hanya melakukan ujian toksikologi bagi mengesan kehadiran alkohol dan dadah biasa saja daripada empat sampel Teoh seperti yang diminta pihak polis. Zairaha berkata, ujian toksikologi dilakukan bagi mengetahui sama ada terdapat kesan racun atau sebarang bahan berbahaya ke atas sampel biologi sama ada pada haiwan ataupun manusia. Bagaimanapun katanya, hasil ujian dilakukan terhadap dua sampel darah, air kencing dan isi perut menunjukkan tiada kesan alkohol atau dadah biasa ditemui dalam badan Teoh, yang membuktikan beliau bukanlah mati akibat diracun, mabuk atau berada di bawah pengaruh dadah. Menjawab soalan peguam pemerhati keluarga Teoh, Zaraiha bersetuju jika seseorang berada dalam keadaan 'stress' atau tertekan, ketika jatuh dari bangunan yang tinggi, ia akan menyebabkan tahap kandungan adrenalin dalam badan meningkat. Zaraiha juga bersetuju dalam kes itu, beliau tidak melakukan ujian untuk memastikan tahap kandungan adrenalin Teoh kerana ia tidak diminta oleh pihak polis, selain meneliti latar belakang kes itu daripada laporan polis yang menunjukkkan Teoh mati akibat terjatuh daripada bangunan tinggi. "Saya fikir adrenalin bukanlah tergolong dalam keadaan dadah biasa kerana ia muncul secara semulajadi dalam badan. Ujian toksikologi tidak termasuk ujian bagi mengesan kehadiran adrenalin," katanya. Zairaha bagaimanapun bersetuju dengan cadangan Gobind, bahawa beliau mungkin akan meminta individu lain yang boleh menjalankan ujian adrenalin jika pihak polis memintanya.

[Apapun, inkues yang dijalankan ini diharap dapat membongkar sepenuhnya misteri kematian Teoh Beng Hock. Rakyat masih menaruh kepercayaan kepada Suruhanjaya DiRaja untuk melakukan siasatan secara telus dan adil tentang kes ini. Oleh itu, pihak terbabit disarankan supaya tidak terpengaruh dengan mana-mana individu yang cuba untuk menutup rahsia disebalik kematian Teoh itu. Apa yang penting, rakyat mahukan supaya mereka yang didapati bersalah dihukum dengan hukuman yang setimpal. Kematian yang berlaku dalam kawasan SPRM bermakna memang ada pihak dalaman yang terlibat sebenarnya. Tiada alasan untuk menolak kemungkinan itu, tambahan pula keadaaan mayat Teoh yang cukup mencurigakan berbanding kes jatuh bangunan lain sebelum ini].

Share:

5 ulasan:

  1. adakah negara kita ni seperti di Pilipin, Afganistan, Myanmar, Bangladesh, Pakistan sampai rakyatnya merempat mempengaruhi kita untuk tukar kerajaan??? truk sangat ke malaysia nie??adakah rakyat kita yg kebulur tak makan nasi n kkurangan air minum, ramai yg dibuang kerja seramai negara2 maju yg lain tapi kerajaan tidak mengambil apa2 langkah sewajarnya....truk sgt ke pemimpin malaysia seteruk pemimpin junta tentera myanmar?? kenapa nak melihat keburukan sahaja tapi kebaikan pulak trus dilupakan....tengokla negara kita suda sampai ke tahap menjadi contoh negara2 islam yg lain baik dari segi ekonomi dan politiknya...hanya kerana melayan tuntutan org yg kecewa dan gila kuasa ni kita mau gadaikan kemakmuran negara kita? lihat sajalah sekeliling kita negara2 jiran kita yg mengalami pertukaran kerajaan dengan parti yg berbeza smuanya takmampu bangkit daripada kegemilangan kerajaan terdahulu, inikan pulak janji nak ubah kepada yg lebih baik....betullah negara kita semakin tenat dengan isu ekonomi tetapi akan bertambah tenat lagi jika kita berterusan menunjukkan pada dunia negara kita ini seolah2 tidak selamat dengan rusuhannya da demontrasinya...hanya org2 yg tak berakal panjang saja yg enggan menerima kerana mudah dipengaruh dan org2 yg malas berusaha seolah2 menjadi mangsa penindasan kerajaan walhal org lain baik pendatangpun kalau berusaha bersungguh2 bole berjaya di malaysia....jgn jadi bahan eksperimen pertukaran kerajaan yg akhirnya kita keseluruhan menanggung musibah....da elok2 kerja dgn kerajaan belajar di universiti kerajaan tapi dibelakang jd antikerajaan...ini sebenarnya PENGKHIANAT....seandainya pertukaran kerajaan sekalipun akan berlaku, lihatlah kerajaan baru hanya mampu menyalahkan kerajaan lama seandainya negara kita tidak mampu pulih seperti sebelumnya..da pengikut yg kononnya setia mengangguk setuju walaupun tidak mendapat apa2...

    BalasPadam
  2. mereka sedar mereka tak layak memerintah malaysia tapi kerana gilakan kuasa depa buat mcm2 nak jatuhkan kerajaan walaupun dgn cara yg paling kotor pun

    BalasPadam
  3. Kita mengaku islam, tetapi kita jugak menjadi pengkianat kepada Agama yang kita anuti, sebabnya, kita tahu judi, arak adalah haram dalam agama kita, tapi kerajaan kita, yng kita sokong masih lagi menghalalkan perniagan tesebut, kerana ianya memulangkan keuntungan yang besar kepada negara.

    kerana untung yang besar ini, kita sanggup menjadi pengkianat kepada Agama yang kita anuti, kita takut jadi miskin, takut tak makan nasi, takut dan terus menjadi ketakutan sekiranya permis2 judi dan arak ini ditutup. Apakah kita akan jadi miskin kalau negara kita menutup semua permis2 tersebut.

    Kita lihat sekarang ini, orang2 yg mengaku melayu dan berugama islam, banyak terlibat dengan RASUAH sebab nak menjadi cepat kaya, nak memiliki kemewahan dgn mudah, tampa memikirkan kesan terhadap Agama dan Negara.

    Kita lihat sekarang berapa ramai anak2 melayu tak kira jantina, bekerja dikelab2 malam yg menyediakan minuman keras, sesaolah
    mereka tidak pernah bersalah terhadap Agama mereka dan mereka menyara keluarga dari pendapat yang haram.

    Kerajaan yng mengaku Malaysia Negara Islam, sepatutnya menjaga umat2 melayu dari terjerumus dalam lembah kemaksiatan da perkara2 yang bertentangan dengan akidah Islam.

    Kita lihat sekarang orang yang bukan Islam, berani berhujah dengan kita, sebab kita terlupa dalam banyak perkara dalam menjaga maruah umat islam. Mereka pernah mempersoalkan kenapa terlalu ramai umat melayu membeli nombor2 ramalan, toto, 4D dan megnum, mengapa ramai umat2 melayu yang minum arak dikhalayak ramai dan ramai wanita2 melayu bekerja sebagai GRO dikelab2 malam dan yang lebih ketara lagi, mengapa orang melayu suka menerima rasuah.

    kita sekarang ini lebih mementingkan perut, biarpun ianya bertentang dengan Agama, yg penting perut mesti diisi, walaupun kadang2 hasilnya dari yg haram.

    BalasPadam
  4. perut perut busuk umno semakin membusuk hingga akan pecah membusukkan seluruh rakyat negara dan memualkan negara hingga seantero dunia.

    apa jua melintas dpn mata mereka sapu mereka bedal tk cukup dgn kayu balak depa telan petrol depa baham hasil mahsum negara seperti hasil mahsum itu harta mak bapak mereka. sedang allah kurniakan hasil negara utk agihan seluruh rakyat utk hidup sejahter bersama satu negara.

    BalasPadam
  5. anon 8.20 ko tolongla ajak tok guru pi nasihat mb s'gor pasai arak tu. tak kan tok guru tak leh nasihat kaum kerabat dia kot... kan dah satu bantal semua ni... pakatan rakyat konon...sama pemimpin pun dok bawa haluan sendiri... apala pemimpin ko org ni... tak ada pendirian. camna nak pimpin rakyat oiii... tapi nak pimpin ko org tak pa kot sebab ko org otak dah terkunci... tak leh nak pikir baik buruk pun...arak pun ok je kalau nak jual... dah rampas pun kena ikut telunjuk suruh bagi balik... bagus pemimpin PAKATAN

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Tunjuk Surat Bukti, Komitmen FGV Holdings Berhad (FGV) Bayar Premium Tanah RM72.364 Juta Kepada Pahang 30 Nov Ini

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang tegas berpegang dengan komitmen secara bertulis FGV Holdings Berhad (FGV) berhubung pembayaran tunggakan pre...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.