script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Eksklusif: "Formula Pekan", Terbukti Najib Razak Kemaruk Menang Pilihanraya Akhirnya Tergamak Pelihara Rakyat Asing Hanya Untuk Kekuasannya

PEKAN, 26 Ogos - Kekalahan memalukan BN di kerusi DUN Permatang Pasir Pulau Pinang semalam, jelas sekali menjatuhkan reputasi dan maruah Perdana Menteri Najib Razak. Beliau yang sebelum ini mendabik dada, kononnya rakyat sudah mula celik mata untuk melihat segala jasa dan pengorbanan UMNO BN terhadap pembangunan di negara ini. Ia berkaitan kejayaan BN mengurangkan majoriti undi yang diperolehi oleh parti PAS dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai sebelum ini. Namun, panas yang disangka hingga ke petang itu akhirnya hujan di tengahari. Kekalahan BN di Permatang Pasir merupakan tamparan hebat buat Najib dan puak-puak UMNO BN sebenarnya. Mereka boleh mendabik dada kononnya berjaya mengurangkan majoriti undi PAS. Namun, hakikatnya pilihanraya kecil tidak boleh disamakan dengan pilihanraya umum sebenarnya. BN menurunkan segala kelengkapan dan senjata mereka untuk memastikan calonnya menang. Itu belum termasuk lagi dengan janji-janji projek pembangunan dan wang ringgit yang ditaburkan kepada para pengundi. Inilah yang dikatakan "manusia merancang, namun perancangan Allah jua yang terbaik". Akhirnya mereka kecundang jua dek kesombongan dan kedangkalan diri mereka sendiri. Biarpun SPR dilihat cuba digunakan sepenuhnya oleh puak-puak UMNO BN bagi memastikan kemenangan mereka, namun rakyat lebih bijak untuk menilai siapakah sebenarnya yang berhak dipilih mereka.

Kini, Najib Razak sudah pasti tidak dapat "tidur lena" untuk berhadapan dengan media arus perdana yang menjadi "talibarut" mereka selama ini. Dakyah dan propaganda yang dibuat oleh media itu jelas sekali membosankan rakyat. Akhirnya BN dihukum dek kealpaan sendiri. Mereka langsung tidak mahu mengambil iktibar dari kesilapan lalu. Strategi yang sama digunakan bagi menarik pengundi menyokong mereka. Retorik yang sama digunakan bagi memesongkan minda pengundi agar melihat hanya BN sahaja parti yang boleh mentadbir dan membangunkan negara ini. Kekalahan ini jelas sekali menggagalkan "Formula Pekan" ciptaan Najib sebenarnya. beliau yang sebelum ini mendabik dada kononnya kejayaan mendapat undi yang besar di kawasannya parlimen Pekan dek kerana formula yang digunakan. Walhal, seluruh rakyat tahu bahawa kemenangan besar Najib di Pekan adalah kerana ehsan dan kerjasama jahat yang dibuat antaranya dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sendiri. Apa tidaknya, selaku Menteri Pertahanan ketika itu Najib mengarahkan SPR membuat persempadanan semula kawasan parlimennya dengan mewujudkan satu kerusi DUN baru yang dikenali sebagai Pulau Manis. Maka, menerusi DUN baru itulah SPR memasukkan Kem Tentera Batu 10 Kuantan ke dalam DUN tersebut dalam parlimen Pekan. Walhal kem tentera itu terletak dalam Parlimen Paya Besar dan berada dalam Daerah Kuantan. Sesuatu yang tidak masuk dek akal semua ini. Akhirnya Najib berjaya mendapat undi Pos percuma daripada lebih 10,000 angkatan tentera yang bakal menetap di kem tersebut nanti.

Melihat kepada situasi semasa, Najib juga agak risau dengan undi Pos kem Tentera Batu 10. Tambahan pula beliau melihat arus perubahan semakin mendadak sekarang ini. Ditambah lagi dengan kehilangan majoriti undi di Kem Tentera Laut Tg.Gelang dalam Parlimen Indera Mahkota yang menyebabkan calon PKR, Azan Ismail menang dengan majoriti melebihi seribu undi. Maka jalan terbaik Najib membuat formula baru di Pekan dalam menghadapi pilihanraya umum akan datang. Antaranya ialah dengan mweujudkan Pengakalan Maritim di Tanjung Agas, Kem Tentera di Sg.Miang dan satu lagi membina penempatan misteri bagi menempatkan beribu-ribu rakyat asing di kawasan berdekatan Sg.Miang itu sendiri. "Formula Pekan" yang digunakan oleh Najib adalah sinambungan daripada konsep "One Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" sebenarnya. Memang cukup mengejutkan bilamana hasil tinjauan kami terdapatnya semua "Kem Perkampungan" pendatang haram yang dibina di kawasan Sg.Miang. Tinjauan PDO bersama Krew Suara Keadilan, mendapati sememangnya pemimpin UMNO itu khianat kepada rakyat. Bukan sahaja kepada pembangkang malah kepada penyokong UMNO sendiri. Ini berikutan langkah beliau memberikan berhektar-hektar tanah kepada warga asing yang kononnya datang dari utara semenanjung. Bukan sahaja tanah seluas satu ekar diberikan secara percuma, malah beliau juga turut bermurah hati menyediakan skim perumahan kepada mereka terbabit. Ikuti pendedahan eksklusif isu ini dalam keluaran terkini akhbar alternatif Suara Keadilan di pasaran sekarang. Anda boleh tengok sendiri betapa prihatinnya Najib membela rakyat asing dalam satu kawasan untuk tujuan memenangkannya dalam pilihanraya umum akan datang. Inilah strategi "Formula Pekan" yang cukup mengejutkan kita sejak dulu, kini dan buat selamanya.

[Sedih rasanya melihat apa yang berlaku di depan mata kita ini. Rakyat Malaysia ramai lagi yang terpaksa tinggal dalam rumah ala "reban ayam" malah terpaksa dihalau setiap kali ada projek pembangunan di kawasan terbabit. Lebih menyedihkan bilamana mereka memohon tanah sekangkang kera untuk didirikan rumah pun, tidak mungkin akan lulus begitu mudah hatta mereka itu penyokong atau ahli UMNO sendiri. Terpaksa melalui berbagai temuduga di Pejabat Tanah Dan Daerah kawasan terbabit. Malah ada yang berkali-kali temuduga pun masih belum berjaya. Tiba-tiba Najib sanggup memberikan secara percuma tanah-tanah kepada warga asing semata-mata untuk dijadikan alat memenangkan beliau dalam pilihanraya. Jika ditinjau ke lokasi terbabit, memang sukar untuk ditembusi kawasan itu kerana ia dijaga oleh beberapa orang warga asing yang dikenali sebagai "Jeneral". Formula Najib itu belum lagi termasuk Pengkalan Maritim dan Kem Tentera yang sudah pasti akan menyebabkan banyak undi pos berpihak kepada beliau nanti. Oleh itu rakyat perlulah berfikir dengan akal yang waras segala apa yang dilakukan ini. Siapakah yang menjual tanah air sendiri sebenarnya. Sia-sia sahaja puak-puak UMNO menyanyikan lagu "Warisan: Anak Kecil Main Api". Kerana lagu itu akhirnya terkena atas batang hidung sendiri].

Share:

21 ulasan:

  1. umno masih mendapat sokongan padu dari pengundi di permatang pasir dan telah menang cemerlang. keputusan prk permatang pasir:- UMNO/BN 26, PAS 0 ( undi pos lah). Tak lama lagi SPR akan buat undian secara pos sahaja untuk menyenangkan rakyat mengundi. he he he, ngeri aku.

    BalasPadam
  2. najid dak jadi PM YANG SAH ,YANG KEMARUK,DSAI ,.JIKA UNDI POS BERPIHAK KEPAD BN,INI MENUNJUK PENGAWAI KERAJAAN MULA MENOLAK PR

    BalasPadam
  3. pegawai kerajaan menolak pr? itu angauan umno aje dan umno sendiri pun tau hakikat sebenar. sukahati cakap nak sedapkan hati. undi pos tak ada tujuan lain selain nak main tipu, tak ada telor, setengah bijik pun tak ada. aku malu sokong pemimpin penakut macam ni.

    BalasPadam
  4. PEMBELA BN ni masih dibuai mimpi sang keldai tua ditepi jalan. Bangun bangun keldai tua buat kerja halal cari sesuap nasi.

    Jangan di susukan sgt anak kera dlm hutan sedangkan anak sendiri dirumah mapuh kelaparan. Cakap kat PM ko tuh dari bela org asing lbh baik bele lembu kambing buat projek raksasa di pekan dpt hasil utk rakyat pekan.

    Cakap kat jib jika nk menang PRU13 kena buat byk lg kem tentera kat pekan. Buatlah TUDM TLDM.

    Nk bgtahu mamat bela BN ni semua penjawat awam dah sokong pas mrk dah buang umno lama dah. sori lah mamat umno bg kami bangkai terlalu busuk sbb tu kena tanam 7kaki dlm bmi.

    Aku risau tokjib nanti PRU13 nk harapkan undi pos 100% blh kah mengatasi undi rakyat pekan yg meloya meluat dgn aksi jaguh kampung mereka.

    Kepada PEMBELA BN carilah formula power utk terus memenangkan tokjib agar dia tidak akan jadi sorang tidak siuman dlm wad psikiatrik kelak.

    BalasPadam
  5. Pegawai kerajaan yg bernama siapa yg menolak PR tu mamat taik umno.

    Sila beri aku nama pegawai tersebut. Aku nk kasi tau ko ni mamat aku dan semua pegawai kerajaan lain dah pangkah pas sejak dulu kini dan hingga akhir hayat.

    Persetankan ISA pekeliling dan akta kerawat besi karat

    BalasPadam
  6. ngeri aku melihat jawabpan yang di kemuka olih anon2 diatas,tiada bahasa elok yang dihujahkan dan diperkatakan,begitu emosi dan amarah yang tidak terhingga,kalau dapat memerintah,(TIDAK MUNGKIN),maka huruharalah negara.dap dengan cara konsi gelapnya,pas dengan riaknya,pkr pula menghentam peribadi dan kata kesat,contoh seperti tulisan di atas,kalau bn tidak baik,kamu semua mesti lebih baik dari kami,terutama dalam menyangkal dawaan yang kami lontarkan,sangkallah dengan rumusan yang ber fakta lagi ilmiah,harap ada perubahan,bahasa lambangkan diri

    BalasPadam
  7. Anon Wednesday, August 26, 2009 8:52:00 AM,

    UNDI POS PERMATANG PASIR HANYA 1 SAHAJA!! BANGANG!!!!

    BalasPadam
  8. Hey LEMBU BODOH UMNO, undi pos ada L A P A N. Bahlol

    BalasPadam
  9. Hey LEMBU BODOH UMNO, undi pos ada L A P A N. Bahlol

    BalasPadam
  10. YA BETUL KATA PEMBELA BN. HANYA BN YG TERBAIK PAS PKR DAP SEMUA PUTAR ALAM RIAK DAN ZALIM.

    HIDUP PEMBELA DAN PENJILAT BN. BIAR BUSUK NAMUN KU JILAT KU JILAT JUA DEMI BN DAN NEGARA DEMI PERIUK NASI KU JUA.

    DEMI NEGARA YG TERCINTA KU CURAHKAN BAKTI TULUS SETIA. DEMI RAJA YG DISANJUNG TINGGI...AKU NK BUANG KUASA RAJA BIAR PM AKU LBH KUASA DARI AGUNG...BTL TK PEMBELA

    BalasPadam
  11. kesian Pembela BN xde spe nk sokong dia...so aku ngn rasa kesian aku kunun-kunun sokong dia r..

    Wahai pembela BN sahabat ku,
    mari lah kita sama-sama mengkayakan Pak Jib dan Nek Mah...

    Semoga Pak Jib akan dpt merealisasikan

    1 Malaysia (pak jib yang punya)
    KRONI KU DIDAHULUKAN,
    POKET KU DIUTAMAKAN...

    BalasPadam
  12. Pembela BN, jangan membazir masa utk membetulkan hati dan pemikiran mereka yg telah lama berkarat. Mereka juga telah dibutakan dgn pembohongan dan fitnah. Yg sedihnya mereka ini menerima segala pembohongan tanpa usul periksa dan pertimbangan yg waras.

    Bila hati sudah dipenuhi oleh racun-racun yg bisa, memang susah utk menawarkannya. Mereka ini akan terus merasakan mereka lah yg benar dan betul segala-galanya. Demi dendam dan prasangka negatif yg menebal mereka tidak akan mahu berubah. Mereka lebih rela bersekongkol dgn kafir utk kepentingan sendiri. Mereka lupa dan lalai bahawa kawan kafir mereka itu sebenarnya mempunyai agenda tersembunyi. Satu hari nanti mereka akan tertipu juga. Adalah diharapkan semuga mereka ini cepat pulih dan sedar sebelum mereka dihancurkan oleh kawan taulan kafir kafir mereka sendiri..

    BalasPadam
  13. anon diatas, tak sedar ke UMNO bersekongkol dgn siapa? terus terang parti perkauman!! terang lagi bersuluh. sape tk nampak lagi, memang bodoh!

    BalasPadam
  14. kita berkawan dengan mca dan mic dah lama ,sama2 kita menuntut merdeka,tan swie seng ,tun sambatan,bersama tengku ,dah lama kita berkawan dengan mca dan mic,sampai sekarang masih uth berkawan,mereka baru kenal dap biarkan,baru setahun jagun berladang. dap tanam kerdas ,pas tanam petai pkr tanam jering,lama2 busuklah tu kah kah kah

    BalasPadam
  15. http://www.surfjunky.com/?r=takbirselalu

    BalasPadam
  16. aku pegawai kerajaan tetap sokong kerajaan... nak sokong pakatan jauh sekali sebab dia org macam lalang... sama sendiri pun gaduh... tapi macam lempar batu sembunyi tangan itula pemimpin pakatan... takut pada bayang2 sendiri aje... cakap mmg pandai.. tapi habuk pun tak ada dok buat utk negara... harapn ihsan kerajaan pusat aje...

    BalasPadam
  17. Syukur ramai kalangan rakyat dah reti dan faham kedudukan negara kita skrg.

    Kuasa pemerintah melebihi kuasa perundangan kehakiman. segala perbuatan dilakukn pemerintah walaupun keji dihalalkan oleh juak juak hakim yg dicucuk idung.

    Lama kelamaan negara kita ini akan jadi mafia kelas pertama dgn golongan jahat mengatasi golongan baik perbuatan jahat akan di anggap baik manakala perbuatan baik dianggap jahat.

    Disitu nanti kita tk ubah mcm zaman jahiliah umpama ayam itik dosa pahala ltk dlm fail. sapa nk dia blh hentam tk kira sapa punya.

    syukurlah rakayt kita dah faham.so kita kena tukarkan kerajaan yg hampas ini kepada kerajaan yg berisi dan berguna pd agama bangsa dan negara.

    BalasPadam
  18. LEMPAR BATU SEMBUNYI TANGAN.. KAH..KOH..KEH.. CHE DET JA YANG SUKA BUAT CAM TU... BARU NI KENA KAT BATANG HIDUNG MUHYIDIN..

    BalasPadam
  19. aku rasa ano2 semua ni cerdik dan bijaksana, cuba renong diri sendiri dan senaraikan kebaikan dan dan buruk kerajaan BN sejak dari baru lahir sampailah sekarang ni, pas tu nilai sendiri utk dibandingkan dgn negeri yg diperintah PR yang baru setahun jagung tu. kalau banyak sebelah sana berilah sokongan, tak payah nak bodohkan orang lain pulak. dapat dosa kering adalah.

    BalasPadam
  20. Bodohlah sangat kalau anwar bjumpa najib bini rosmah...he he he...

    BalasPadam
  21. cuba2 la ringankan mulut bertanya puak2 kt SUK,dengo cite MB dan exco2 nya bakal bertukar ke tiada jawatan ape2 lagi bermula minggu depan atau minggu mendatang,dengor cite all-set dah..cuba2 la risik BRO.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Tunjuk Surat Bukti, Komitmen FGV Holdings Berhad (FGV) Bayar Premium Tanah RM72.364 Juta Kepada Pahang 30 Nov Ini

KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang tegas berpegang dengan komitmen secara bertulis FGV Holdings Berhad (FGV) berhubung pembayaran tunggakan pre...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.