Insiden keluar parti yang melibatkan Wakil Rakyat PKR yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah adalah satu persitiwa yang cukup mengecewakan rakyat Malaysia sebenarnya. Malah ramai yang berpendapat, jika inilah caranya Parti Keadilan Rakyat (PKR) menangani isu mana-mana ADUN yang dipercayai cuba khianat kepada mereka, maka sudah pasti selepas ini akan ada lebih ramai lagi mereka yang akan berbuat demikian sebenarnya. PM Najib Razak sendiri dengan yakin menjelaskan bahawa ramai lagi ADUN Pakatan Rakyat terutamanya dari PKR yang akan berbuat demikian. Apakah senario yang berlaku di Perak, hinggan menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di sana bakal terjadi pula di negeri lain selepas ini?. Semua ini harus dijawab oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bijak dan profesional. Kami melihat kenyataan Anwar bahawa beliau sudah tahu kelibat ADUN Lunas, Mohd Radzhi untuk melompat itu sejak tiga bulan lalu amatlah memusykilkan sekali. Dalam kenyataannya Anwar menegaskan bahawa beliau tahu yang ADUN terbabit cuba memancing rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat untuk melompat, kerana dijanjikan imbuhan lumayan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Soalnya sekarang, kenapa perkara ini tidak ditangani dengan segera sejak dari awal lagi jika ia benar?. Kenapa dibenarkan nanah itu sudah berulat baru mahu dihebahkan. Umum mengetahui bahawa "wang adalah segalanya" bagi mereka yang kemaruk untuk hidup dalam kemewahan duniawi. Jika lompatnya Mohd Radzhi adalah sesuatu yang sudah dijangka sejak awal lagi, kenapa langkah drastik tidak diambil ketika itu?. Kenapa dibiarkan kudis itu bernanah baru mahu dihebohkan?. Apakah Pakatan Rakyat terutamanya PKR langsung tidak mempunyai kuasa untuk memanggil atau menasihatkan mana-mana wakil rakyat mereka yang dipercayai telah mengadakan beberapa pertemuan sulit dengan pemimpin UMNO?. Jika inilah caranya, maka kita khuatir pasti lebih ramai yang akan berbuat demikian selepas ini.
Hujjah ini dikuatkan lagi dengan pendirian beberapa orang ADUN Pakatan Rakyat terutamanya dari PKR yang terfikir mereka tidak akan mengecapi kemewahan biarpun bergelar Wakil Rakyat malah Exco sekiranya berada dalam Pakatan Rakyat. Ini kerana setiap gerak-geri dan tindakan mereka akan dipantau oleh UMNO malah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Hatta mengambil wang untuk digunakan sebagai kebajikan termasuk membeli peralatan yang berkaitan bagi kegunaan kawasan masing-masing. Semua itu akan dianggap rasuah dan penyalahgunaan kuasa bagi kerajaan UMNO. Maka itu, mungkin ada diantara ADUN terbabit yang tidak tahan dengan "dugaan" ini. Malah mereka juga terfikir, sebagai Wakil Rakyat dan Exco sepatutnya mereka hidup mewah sama seperti rakan-rakan di dalam UMNO dan Barisan Nasional. Bagi mereka, jika setakat memegang jawatan sebagai pemimpin tinggi untuk menguruskan dan mendegar rintihan rakyat, namun "kantungnya kosong" maka ia amat membebankan. Ia berbeza dengan pemimpin PAS, kerana mereka lebih memikirkan soal halal haram dan hidup atau mati. Bagi pemimpin PKR, terkadang senarionya hampir sama dengan pemimpin UMNO yang mengejar kemewahan untuk memperkayakan suku sakat mereka. Lantaran itulah, jika mereka gagal atau diberikan "kata dua" akibat cuba mencuri duit secara berhemah seperti "Claim" yang dilakukan oleh ADUN Luans itu, maka dirinya akan tertekan. Inilah juga yang berlaku kepada duan ADUN dan Exco Perak iaitu Osman Jailu dan Jamaluddin Razi dulu. Walhasil balik asal, darah daging mereka masih mengalir "darah merah UMNO dan darah pekat biru dacing karat". Oleh itu mereka sanggup menerima tawaran yang dibuat oleh mana-mana pemimpin UMNO sekiranya difikirkan cuku puntuk hidup 10 atau 20 tahun lagi. Kenapa bila tahu Anwar tidak ambil tindakan tegas terhadap ADUN terbabit? Inilah masalah yang sebenarnya.
[Inilah yang sepatutnya disedari oleh Anwar selaku Ketua Umum PKR sebenarnya. Jika jawapan Anwar sekadar beliau mengetahui bahawa Mohd Radzhi ADUN Lunas itu cuba mengajak rakan-rakan PKR untuk melompat sejak tiga bulan lalu bagi meredakan keadaan semata-mata, maka ia tidak akan berkesudahan sebenarnya. Anwar sepatutnya mengambil tindakan tegas sejak tiga bulan lalu, maka luka ini tidak akan menjadi parah. Samalah juga dalam kes Saiful Bukhari Azlan dulu, Anwar sudah diberitahu tentang kecurigaan beberapa orang rakan dan sahabat di pejabatnya tentang Saiful. Namun, dek kerana terleka dan sibuk dengan urusan maka akhirnya Saiful menjadi bala yang amat besar dalam kerjaya politiknya kini. Apakah senario ini akan terus berlaku lagi pada masa akan datang. Langkah awal pencegahan adalah lebih baik, jika ia sudah merebak maka buruk padahnya. Apapun, kami amatlah berharap insiden yang berlaku ini dapat mengajar Pakatan Rakyat supaya lebih berhati-hati lagi untuk memilih calon-calon mereka supaya lebih berwibawa dan benar-benar jujur serta ikhlas dalam perjuangan. Bukan sekadar mengejar kemewahan dan kekayaan diri sendiri sahaja].

wah ,wah,senang betul ,putar2 no,katalah apa nak kata, yb yang lompat katak tu tetap datang dari kolam pkr tak ada mengena dengan umno.dah ber kawan dengan pas kan tentu iman dah kuat ,lagi dah di tentu kan syurga olih nik ajis, heran mengapa ,yb tu melompat juga,renonglah dan cerminlah diri sendiri ,jangan dok salah kan orang lain.
BalasPadamkorang kena sedar, org PKR ni sebenarnya adalah org2 umno/bn yg x dapat hidup senang masa duk dlm bn dulu. so, pemikiran tetap sama.. si nuar tu pun sama.. kalau pdo duk tuduh umno amal islam sekular.. apa bezanya ngan sinuar tu? sama je.. cuma dia terkena penangan mahathir gara2 tabiat dia yg dotdotdot tu. jadi, dah memang sikap org PKR camtu.. lompat sana sini kat mana ada lubuk duit. kesian org DAP dan PAS
BalasPadamaku sebagai rakyat Malaysia tak kecewa pun. tapi kalau suka ada la. lompat jangan tak lompat. pas ni yb zul pulak ok...
BalasPadamaku pun naik heran kenapa ADUN tu yang juga EXCO boleh keluar sama dengan Ketua Bahagian sekali bersama 200 ahlinya..kalau kata mereka nak duit takan ahli pun keluar juga.. kalau mereka dijanjikan habuan apa yang 200 ahli tu dapat ya.. agaknya mereka malu dgn AP mereka yang pukul polis kot..biasalah pepetah pernah berkata kalau jumpa india dengan ular kita kena pukul ..... tu dulu baru ular...
BalasPadamDalam hal lompat ni Yop Anwar tak salah sbb kita tak boleh sekat mcm mcm tu je... Sebenornya ADUN Lunas tu tak kuat iman bila tengok wang atau apa yang dimintak dari parti tak dapat.. jadi dia pun gertak le tp dia ingat Anwar tu bodoh mcm dia ke..
BalasPadamAnwar ni seorang yang selalu bersangka baik terhadap sesiapa pun..jd ramai le yang ambil kesempatan..
Sorry le Yop kalau komen ini tak seropa dengan deme..
Dalam hal lompat ni Yop Anwar tak salah sbb kita tak boleh sekat mcm mcm tu je... Sebenornya ADUN Lunas tu tak kuat iman bila tengok wang atau apa yang dimintak dari parti tak dapat.. jadi dia pun gertak le tp dia ingat Anwar tu bodoh mcm dia ke..