script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Cyberita Terkini Daripada Pelbagai Sumber Media

MCA Nafikan Ramai Ahlinya Ikut Chua Jui Meng

KUALA LUMPUR [5.45 pm] - Naib Presiden MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha (foto), menafikan dakwaan lebih ramai anggota parti itu akan menyertai bekas ketua MCA Bahagian Bakri, Muar Datuk Chua Jui Meng untuk keluar parti dan menyertai parti pembangkang. "Dalam urusan parti ini, hari ini orang masuk (menyertai parti), hari esok orang keluar, itu proses biasa, bukan perkara baru. Malah dalam BN sendiri satu masa dulu, ramai yang keluar dari parti komponen masing-masing," katanya. Sambil menafikan dakwaan Chua kononnya terdapat kelompok dalam MCA, Kong yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata anggota parti itu cukup matang dan memahami perjuangan dan peranan yang dimainkan MCA selaku parti komponen dalam Barisan Nasional. Kong juga berkata tindakan Chua, yang pernah menjawat jawatan Naib Presiden parti serta memegang jawatan Menteri Kesihatan, meninggalkan parti itu dan menyertai Parti Keadilan Rakyat pada 18 Julai lepas berkemungkinan sebagai penyataan rasa kecewa beliau terhadap parti. Kong juga tidak menolak kemungkinan ketiadaan jawatan, menjadikan Chua kecewa dan sertai pembangkang.

[Kenyataan Naib Presiden MCA ini tidak lebih hanya untuk mengampu dan membodek pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Mereka yang kini amat takut bila seorang demi seorang pemimpin BN bertindak menyertai Pakatan Rakyat, mula gusar dan resah apakah pilihanraya umum ke-13 adalah tempoh terakhir untuk mereka menjadi kerajaan pusat. Gelombang kebangkitan rakyat kini dilihat di mana-mana, dan pastinya ia bakal memberi tekanan kepada puak-puak UMNO dan Barisan Nasional. Lantaran itu, kemasukan Chua Jui Meng ke dalam PKR jelas sekali memberikan kekuatan serta semangat baru buat parti itu. Malah, sokongan kaum Cina pasti akan terus meningkat selepas ini. MCA bakal menerima nasib yang sama seperti UMNO jika senario ini terus berlaku].
Share:

4 ulasan:

  1. Sampai masanya, manusia dikurniakan ilham untuk menilai erti kebenaran.

    Kursus Rawatan Islam (Santau, Makhluk Halus,Sihir)

    Slot terdekat bermula 1 ogos. Daftar Segera. Terhad.

    Butiran lanjut:
    http://ibanmuslim.blogspot.com/2009/07/kursus-rawatan-terapi-al-quran-santau_3198.html

    BalasPadam
  2. Keluar semua,dok tunggu pun tak guna,tunggu mampuih ka...kapal buruk tu dah nak tenggelam.

    BalasPadam
  3. Titatic BN..UMNO kian tenggelam maka sesiapa yg ingin mati bersama titanic puaka mereka dok la dlm tu...sapa yg nk idup lompat kuar cari tpt selamat utk hidup...

    Negara kita ketinggalan 20tahun blkg dek BN celaka.Rakyat yg sepatutnya 20thn ke depan angguk dan terima keadaan ini.hanya mereka yg ada otak mampu menilai tahap mereka skrg.

    52 tahun merdeka ada daerah masih menunggu jalan raya utk menyambung kehidupan mereka.. Apa ke jadah ni kerjaan BN ko buat apa. Ko bangang sgt ke kau tk nampak rakyat kg ulu sat ulu tembeling menunggu janji puak puak ko semasa pRU nk tunggu 200 thn lg ke baru mu cukup duit nk bina jalan ke ulu tembeling.

    Baca ni dato NAN kalu tk mampu tk cukup duit kami rakyat pahang sanggup kumpul duit bg kamu tlg buat jln kat sana. bangang mu nih

    BalasPadam
  4. chua ju ling ,adalah surat khabar lama mca,bagus lah dia masuk pkr supaya dia bolih bakar party pkr bersama surat khabar lama umno,adek si bontut zeep ibrahim dan surat kahbar lama mic soapramaniam,amaaaak,

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Najib Akan Terus Kekal Dalam Penjara Kajang Sehingga Denda RM50 Juta Yang Disyaratkan Ke Atasnya Dibayar Kepada Mahkamah

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan kekal dalam Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta yang disyaratkan ke at...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.