script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Suara Rakyat: YAB Menteri Besar Pahang Di Rayu Campur Tangan Bagi Menyelesaikan Masalah Isu Rampasan Tanah Penduduk Di Indera Mahkota !!

KUANTAN [5.00 pm] - Pejabat Tanah Dan Daerah Kuantan, Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Pahang, Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) serta Kerajaan Negeri Pahang melalui Exco Tanah dan Galian Negeri iaitu Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto) digesa bertanggungjawab hingga membenarkan sebuah premis kekal didirikan juga di atas tanah TOL (Lesen Pendudukan Sementara) di kawasan perumahan Atabara Perdana (Pasdec Makmur) Bandar Indera Mahkota dekat sini. Biarpun beberapa kali sudah didedahkan oleh media arus perdana dan Pahang Daily Online sendiri. Namun, nampaknya pemaju projek premis berkenaan seolah-olah kebal dari undang-undang. Apakah ini caranya Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) menangani masalah rakyat setempat. Sudah puas mereka mengadu dan merayu agar ia dihentikan segera, namun tinjauan krew kami ke lokasi terbabit mendapati kerja-kerja masih terus rancak dijalankan. Bahkan didapati tapak premis yang akan dijadikan sebuah restoran Thailand Seafood itu kini sudah hampir 90% disiapkan. Tapak yang pada asalnya telah dipohon oleh AJK Surau dan KRT (Kumpulan Rukun Tetangga) taman berkenaan untuk dijadikan tapak surau yang baru, tiba-tiba diluluskan kepada seorang individu yang dikenali sebagai "Dato' Mat" menerusi "pintu belakang". Tapak yang sudah digazetkan dalam "master plan taman perumahan" terbabit itu bukan sahaja bakal dijadikan sebuah restoran, malah ia jelas bercanggah dengan status asal tanah terbabit. Berbagai usaha telah dilakukan oleh jawatankuasa penduduk, termasuk membawa kes ini kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Namun anehnya, makin disiasat semakin rancak pula kerja-kerja pembinaan dijalankan. Seolah-olah, pemaju terbabit "kebal undang-undang" dan boleh melakukan kerja sesuka hati tanpa rasa takut kepada sesiapa pun.

Difahamkan, projek berkenaan diperolehi secara "rasuah" dan "penipuan" oleh pihak berkenaan. Terdapat jelas bukti-bukti penyelewengan yang berlaku, siap disertakan dengan dokumen berkaitan. Namun, segalanya bagai tidak menampakkan hasil. Malahan, segala jalan telah dilakukan oleh pihak yang berkenaan termasuk menerusi pintu politik UMNO dan Barisan Nasional sendiri. Namun, ternyata projek tersebut seolah-olah mendapat restu besar daripada pihak atasan. Hingga ke saat ini para penduduk setempat masih sangsi apakah hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak berkenaan. Malah, mereka juga mula gusar kerana premis terbabit bakal beroperasi bila-bila masa sahaja dari sekarang berdasarkan kerja-kerja yang dilakukan. Difahamkan juga, premis itu telah dijual pula kepada seorang "pengusaha restoran seafood" warga asing dari Thailand. Ini bermakna, pemaju mendapat untung atas angin manakala pembeli terbabit bakal menghadapi tentangan penduduk bila-bila masa sahaja. Harga jualan yang pernah didedahkan oleh pihak terbabit ialah sebanyak RM80,000 termasuk kos penyelengaraan dan pembinaan premis itu. Nampaknya, ada permainan politik pihak berkenaan yang ingin mengaut keuntungan segera daripada projek tersebut. Rakyat tempatan terpaksa berniaga dilorong belakang kawasan terbabit, manakala warga asing diberikan hak untuk menjalankan perniagaan dilokasi tapak surau berkenaan. Penduduk tidak akan berdiam diri atas perkara ini. Menurut seorang penduduk setempat "alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan". Mereka akan melakukan tindakan sehingga projek itu dibatalkan segera. Jika tidak sesuatu yang lebih buruk pasti akan berlaku bila ia mula beroperasi.

[Justeru itu, demi kepentingan semua pihak terutamanya para penduduk di kawasan terbabit maka adalah diharapkan Kerajaan Negeri Pahang campurtangan hal ini. Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob diminta menggunakan kuasanya sebagai ketua negeri dan exco berkaitan untuk membatalkan projek tersebut dan menyerahkan semula tanah terbabit kepada jawatankuasa penduduk untuk dijadikan sebagai kemudahan awam dan bukannya restoran bagi kepentingan individu terbabit semata-mata. Rampasan tanah ini jelas melanggar akta dan Kanun Tanah Negara sendiri. Undang-undang sudah termaktub bahawa tanah TOL tidak dibenarkan didirikan bangunan kekal !! Namun, kenapa ini berlaku kepada tanah terbabit?. Terdapat juga bukti jelas bahawa penyelewengan ini bermula di Pejabat Tanah Dan Daerah Kuantan sendiri, dimana pegawai yang terbabit telah "melapiskan" fail jawatankuasa penduduk dengan fail Dato'terbabit. Sedangkan beliau tahu bahawa tanah itu bakal dijadikan sebuah surau untuk kemudahan penduduk setempat. Maka itu demi masa depan UMNO dan BN di Pahang dan Kuantan khasnya, adalah diharapkan supaya perkara ini dapat diselesaikan segera. Jika tidak, sudah pasti rakyat termasuk puak-puak UMNO sendiri akan memberontak dan menjatuhkan Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU-13 nanti!!].
Share:

2 ulasan:

  1. boikot aja kedai makan tu.

    BalasPadam
  2. aku rase dlm kes ni kalu Phg ni PR yg perintah gerenti SPRM akan bertindak....& aku agak org tak repot pun mamat2 SPRM akan siasat tapi memandangkan Phg ni BN yang punya.....faham2 aje le....so kalu nak suruh SPRM atau Abg Nan kita bertindak cuba gak tukar "embi" dlm PRU13 nanti.......

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Najib Akan Terus Kekal Dalam Penjara Kajang Sehingga Denda RM50 Juta Yang Disyaratkan Ke Atasnya Dibayar Kepada Mahkamah

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan kekal dalam Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta yang disyaratkan ke at...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.