Bagai sudah dijangka akhirnya PAS menang jua, biarpun menerima tentangan yang amat dasyat daripada puak-puak UMNO BN dan kerajaan Malaysia sendiri. Bayangkan, dalam sejarah negara, peratusan keluar mengundi di DUN Manek Urai adalah yang terbesar setakat ini. Kemenangan yang disulami dengan berbagai insiden yang tidak diingini itu terbukti menggambarkan, biar apapun "kerja jahat puak-puak munafik" ini untuk merampas kuasa di Manek Urai namun akhirnya dikalahkan juga dengan kuasa Allah. Kini rakyat Manek Urai dan Kelantan bersyukur atas kemenangan itu. Mereka semua tahu apa yang terjadi sebenarnya. Biarpun begitu, PDO amat hairan dan terkejut dengan kenyataan puak-puak UMNO yang tidak boleh menerima kekalahan itu. Berbagai alasan yang diberikan untuk menunjukkan bahawa mereka di pihak yang benar. Walhal seluruh rakyat Malaysia tahu apakah strategi yang digunakan oleh puak-puak UMNO dan BN ini sebenarnya. Mereka mendapat undi yang agak besar kerana usaha merasuah, sogokan, ugutan, janji manis pembangunan dan berbagai lagi tindakan yang jelas bercanggah dengan amalan pilihanraya dalam sebuah negara demokrasi itu sendiri. Namun, dek kerana mereka UMNO dan BN, segalanya boleh direstui oleh badan yang mengendalikan pilihanraya iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya.[Apa yang pasti, sudah tentu media arus perdana yang akan berada di pasaran esok bakal menyiarkan berita PAS ditolak rakyat Manek Urai dan BN kembali diterima rakyat. Amat melucukan bila puak-puak UMNO BN ini "syok sendiri" seperti itu. Mereka berkempen dengan segala bala tentera dan kewangan yang berjuta-juta, namun akhirnya tertewas dek suara rakyat. Memang inilah akibatnya bila kesombongan bermaharajalela di hati mereka. Mujurlah kemenangan tercipta buat PAS, jika tidak sudah pasti puak-puak UMNO BN akan "berkokok siang dan malam" mencanangkan seantero dunia bahawa BN kembali bertahta di hati rakyat. Walhal mereka memperolehi undi secara jahat dan zalim. Tindakan yang tidak berperikemanusiaan yang diluar batasan serta norma-norma kehidupan manusia terus disajikan oleh mereka. Demi kuasa mereka sanggup lakukan apa saja. Inilah kerja UMNO BN sejak sekian lama].






tepat sekali ,itulah padah bila terlalu riak,mana muka tuan guru nik ajis nak bawa, berpura2 tiada sengketa,melayu ialam dak mula tak percaya bn kalah dengan bergaya,pas menang membawa duka..TAKBIRRRRRRRRRRRRRR
BalasPadammaaf melayu islam,TAKBIRRRRRRRRRR,DAH MULA TAK PERCAYA
BalasPadamkemenangan kepada nasaruddin mat isa.,orang pas dah mula menolak nik ajis,teruskan kerajaan perpaduan saudara nasaruddin,kau harapan bangsa untuk menyatu umat islam nik aJIS,jahat
BalasPadamtak mungkin kerajaan perpaduan akan dilaksanakan.. propaganda umno bn adalah untuk menarik penyokong pas untuk menyokong umno melalui kerajaan perpaduan. jangan mudah tertipu dgn mainan umno ni.. umno penuh dengan tipu daya.
BalasPadammuka nik aziz tak payah letak kat mana pun.. masih kat melekat kat badan dia.. pas dan pakatan rakyat dah lama asyik kalah je dalam pilihanraya.. tak biasa dengan kekalahan.. cuma umno bN je baru merasai kekalahan berturut-turut masih tak boleh terima kenyataan..
dlm pertandingan walaupun kalah 1-0 ia tetap dikira kalah. loser!
mungkin di manik urai umno BN mempunyai nasib yang baik sikit sebab TV byk membantu mereka kempan terutama RTM dan TV3. pakatan rakyat mana ada saluran lain selain bersusah payah pergi dari satu tempat ke satu tempat untuk berkempen.
apapun syukur pas menang juga di manik urai walaupun saingan agak sengit...
No doubt that after winning 5 previous by elections,1 which does not involve UMNO,arrogance n hard headed attitude tend 2 get into Pakatans's head
BalasPadam2morrow's media will report that this by election is seen as a referendum on Tuan Guru Nik Aziz where Kelantanese has lost confidence in the PAS's spiritual leader
What I think?
Perhaps it's a message 2 Hadi n Nasarrudin by the people of Manik Urai that the rakyat especially the Kelantanese who had kept PAS in power 4 5 terms r giving the thumbs down on this "unity" talk with UMNO
Kelantanese will never 4get the hardship they had 2 endure in the past 19 years where the state development is deprived of federal funds just bcause they elected a party other than UMNO
Kelantanese held the Tok Guru in high regards
So it's no wonder that they don't want anything 2 do wit a party consisting of figures such as Mustapa Mohammed,Annuar Musa n Awang Adek who made their careers by insulting Nik Aziz n how the he runs Kelantan
The PAS higher ups especially Nasarrudin should see this as the price 2 pay 4 ignorin the views of the Mursyidul Am,at the same time disrespecting him
Nevertheless,congratulations 2 PAS the win
BN's losing streak continues
InsyaAllah,their streak will continue in the upcoming Sarawak state elections
Tahniah Pas Takziaaaahhh UMNO. kesian kalah juga ya walau angkatan perang berjuta melawan tentera pas cuma 300 org senjata pedang dan perang tentera umno dgn seribu kelengkapan serta bom atom sekali C4 pun ada mengapa kalah juga nih umno. kira logik umno akan menang besar dgn bala tentera 30ribu lawan askar pas 300 org jer.
BalasPadamMasalahnya ada orang( mantan ) yang suka melihat akhbar berbahasa Melayu pupus kerana tidak suka Bahasa Melayu.Kalau boleh semua orang baca akhbar berbahasa Inggeris. Kesiannya akhirnya akhbar berbahasa Melayu terpinggir seperti utusan melayu sebab orang Melayu tidak tahu JAWI. sebab orang melayu ni ada sikap lagak mereka baru boleh sepatah dua dah kelek kehulu-hilir akhbar berbahasa Inggeris, standart la konon. ada class..
BalasPadamPada penyokong UMNO dan BN,hangpa jangan nak mendabik dada,,,trend sokongan pengundi melayu 50-50 antara PR dan BN,telah dikesan sejak bukit gantang lagi....Manek Urai bukan melambangkan komposisi peratusan rakyat seluruh Malaysia......cuba try PRK akan datang di kawasan yang punyai penduduk Melayu 60%,Cina 30% dan India 10% macam kat Bukit Gantang,,,gerenti BN tersembam punya......Perlu diingat,apa yang saya nampak,jentera PAS lambat panas ,dan masih keliru dgn isu kerajaan perpaduan yang ditimbulkan baru-baru ni.....
BalasPadamada-ada aja la pdo ni...dah menang cara menang... sengaja provo pasal akhbar pula...tak sempat lagi berita keluar dia dah awai2 takut berita yg bukan2 keluar... yg dia bawa keluar berita entah apa2 tak pula bising... dah ahli fitnah dan mengata tetap camtu la sampai mati...hidupla kau di dunia ni ngan menabur fitnah...amin
BalasPadamkan aku dah cakap PDO tu tak berapa cerdik sikit. dia hanya pandai merapu saja. dah nak nyanyok la tu. benda benda yang belum pasti dia buat buat cerita macam betul betul. sama la juga ngan zakwan baste.. tu. di sokong pula oleh puak puak yang pendek akal tu...
BalasPadamtapi ko baca juga blog PDO nie ya.. hehehehhhe
BalasPadammenang dalam kekalahan,kalah dalam kemenangan,itu yang boleh kita taksirkan, prk manit urai.nik aziz sudah tahu apa,message nya ,nilai lah sendiri....penyokong tegar masing2, tidak berganjak,pengundi atas pagar sudah bersuara,hanya 63 undi pas terima....jelas nik aziz sudah mula tidak diterima....sokongan kepada haji hadi dan nasaruddin mat isa sudah mula diterima, agar perpaduan orang melayu akan mula menjelma...terima kaseh penyokong tegar barisan national dan sekalong bunga ucapan terima kaseh pada pengundi atas pagar tq waasalam
BalasPadampembetulan 65 undi, bukanya 63 undi.
BalasPadam1 undi pon menang jugak.
yang kalah tetap dikatakan kalah,
yang menang dah tentu jadi ADUN.
ya kita terima,kalah tetap kalah,nizar tetap kalah 3 kerusi diperak,yang menang dah tentu jadi mb,maka zambri jadi mb,apa macam,bolih terima,tiga kerusi pun menang,ok
BalasPadamPDO jangan buat ppersepsi bukan kpd media sebab bukan media yang jadi wakil rakyat manek urai tapi calon PAS, jadi bermula hari ini perlulah jalankan tugas sebagai wakil rakyat, bangunkan manek urai, selesaikan masalah penduduk, tingkatkanlah syiar islam lagi agae semua masjid penuh dan kalau tak cukup benalah yang baru, kalau cakap saja bukan boleh menguabah semuanya... pada wartawan jgn kecil hhati memang perangai PDO macam tu dia masih dendamkan wartawan... bn akaur dengan kekalahan walaupun marjin yang tipis tapi kemenagan PAS bukanlah boleh dianggap selesa kerana ada 117 undi yang rosak yang kemungkinan pengundi umno yang memprotes kepada calon mereka... jadi muhasabahlah diri sekiranya beginilah perpecahannya orang melayu, apa akan jadi pada pru akan datang,, sudah pasti kawasan majoriti orang melayu akan dikuasai oleh calon dari bukan melayu jadi cita2 pas nak perjuangkan Islam di negara ini mungkinkah akan diberikan laluan oleh mereka... cukupkah kalau setakat 60 - 70 kerusi yg dipertandingkan oleh pas nanti boleh menjadikan mereka menerajui pakatan rakyat.. bolehkah anwar merealisasikan impian pas ini,,jadi sebelum terlambat TG Hadi dan Nasha sudah menilai kedudukan itu... marilah sama-sama kita bangsa melayu fikirkan secara rasional tanpa dikuasai dendam kesumat sesama kita merenung jauh ke hadapan kerana ketika itu mungkin umno sudah tersungkur dan perebutan kerusi PM akan berlaku antara PAS, DAP dan PKR...
BalasPadam