KUANTAN [7.04 am] - Orang ramai yang melalui jalan Tanah Putih dari arah Gambang ke Kuantan, berhampiran Pasaraya Besar Giant dekat sini pasti akan terkejut dengan tindakan pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang meluluskan permit hiburan "funfair" di kawasan itu. Malah, ada yang amat kecewa dan gusar dengan tindakan tersebut yang bakal mengheret golongan muda ke kancah maksiat yang berleluasa terutamanya yang berunsurkan perjudian. Tinjauan kami ke lokasi terbabit mendapati kerja-kerja persiapan tempat sedang dilaksanakan. Terdapat beberapa buah lori treler yang membawa peralatan "funfair" itu sudah pun tiba di situ. Dilihat kepada keadaan yang berlaku, ternyata "funfair" yang bakal didirikan itu adalah bersaiz besar dan menempatkan berbagai jenis permanian hiburan. Ini amatlah mengelirukan pihak-pihak yang berkenaan sebenarnya. Tambahan pula difahamkan pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) disyaki telah menyeleweng dalam hal kelulusan permit hiburan terbabit. Pihak kami telah mendapatkan maklumat daripada beberapa orang dalam MPK sendiri bagi mendapatkan kepastian perkara ini. Ternyata jawapan yang diberikan amatlah memeranjatkan dan tidak sewajarnya berlaku. Terdapat beberapa perkara dan penyelewengan telah berlaku dalam hal kelulusan projek ini. Sama ada ia disedari atau pun tidak, sepatutnya pihak terbabit lebih prihatin dalam melaksanakan peraturan yang telah mereka tetapkan sendiri. Malah, tindakan membenarkan "funfair" dibina di kawasan terbabit sebenarnya bakal menerima bantahan daripada sebahagian besar penduduk setempat. Malahan, sebelum ini memang sudah terdapat kemalangan maut dijalan utama terbabit akibat taman hiburan "funfair" yang didirakn di situ. Kami juga agak hairan kenapa kelulusan permit ini diberikan, sedangkan lokasi itu adalah merupakan pintu masuk utama ke pusat bandar Kuantan.Melanggar Peraturan Yang Ditetapkan Sendiri
Luluskan Dua Permit Funfair Dalam Satu Masa
Kerajaan Negeri Digesa Campur Tangan Isu Ini
Susulan daripada itu, adalah diharapkan supaya Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Dato' Seri Adnan Yaakob (foto), dapat campurtangan dalam hal ini. Semoga MB Pahang itu dapat melakukan sesuatu dan bukan sekadar melihat sahaja keadaan ini tanpa dapat berbuat apa-apa. Tindakan segera untuk mengarahkan Majlis Perbandaran Kuantan membatalkan permit tersebut adalah amat perlu pada masa ini. Memandangkan segala persiapan untuk pembinaan taman hiburan itu sedang giat dijalankan, maka langkah segera adalah perlu. Ini ditambah lagi dengan faktor semasa yang tidak mewajarkan pembinaan projek terbabit kerana:-- Terletak di jalan utama pintu masuk ke bandar Kuantan
- Memberi gambaran Kuantan adalah pusat hiburan utama
- Laluan adalah sibuk dan pernah berlaku kemalangan maut
- Bersebelahan dengan sebuah Tokong Cina sedia ada
- Berdekatan sebuah buah sekolah menengah dan rendah
- Menganggu laluan masuk ke kawasan letak kereta Giant
- Mencemarkan kesucian bulan Ramadhan yang akan tiba
- Menjatuhkan imej, maruah serta mencemarkan negeri Pahang
- Memberi gambaran negatif kepada umat Islam yang ke sini
Dalam keadaan ibu negeri Pahang iaitu Kuantan yang pernah digelar "Hattyai Pantai Timur" suatu ketika dulu. Maka adalah wajar projek funfair di kawasan terbabit dihentikan segera. Tambahan pula, pihak MPK sendiri telah meluluskan satu lagi projek berkenaan yang terletak diluar pusat bandar Kuantan (Simpang Gambang-UMP) sebelum ini. Maka, adalah wajar lokasi bersebelahan Pasaraya Giant itu tidak sewajarnya diluluskan untuk tujuan tersebut. Perkara ini harus ditangani segera jika tidak mahu ia dipolitikan oleh pihak berkenaan. Maka itu, adalah diseru kepada pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang untuk tidak berdiam diri melihat perkara ini. Jika tidak, sudah pasti satu protes yang lebih besar akan berlaku dalam masa terdekat ini. Apakah mereka rela untuk berhadapan dengan suara rakyat dalam keadaan rakyat kini sudah mula "jelek dan muak" dengan pemerintahan UMNO Pahang yang kononnya berlandaskan konsep Islam Hadhari itu sendiri.
[Apakah dengan membenarkan projek-projek seperti ini , ia bakal membawa kebaikan buat rakyat?. Tidak cukupkan dengan satu kelulusan sahaja diberikan? Bukankah itu sudah memadai jika ia bermatlamatkan hiburan santai buat rakyat terutamannya golongan muda. Selesaikan isu rakyat, jika tidak mahu mereka memberontak dan menolak kerajaan yang sengaja cuba untuk menguji tahap kesabaran mereka?. Ingatlah "suara rakyat suara keramat" . Laporan bergambar akan menyusul selepas ini sebagai bukti dan bukan fitnah semata-mata !!. dengan apa yang berlaku ini, maka ternyatalah sekarang bagaimanakah sikap sebenar pemimpin UMNO dan BN dalam menangani kes-kes seperti ini nanti].






Ape le nak diherankan....ni le ajaran ISLAM HADHARI.....tak kan lupa kot dulu kepoh gi sembahyang kat masjid kena MPK saman....apa - apa pun UNDILAH BN....
BalasPadamYa Undilah BN utk kebahagiaan Hidup dunia dan akhirat. Pemimpin BN membawa rakyat hidup makmur mewah aman damai di dunia juga alam akhirat berkat islam haduri yg di ajar setiap hari kepada rakyat insyallah rakyat bertambah warak byk mengingati allah dan selalu ke masjid cintakn pembangunan kemajuan taik!!!!
BalasPadamtime kasih MPK, sebab parking kat depan masjid dah tak kena bayor, sbb dah buat garisan kuning. Jgn pulak amik kesempatan utk meletakan kenderaan semasa waktu kerja.
BalasPadamparking untuk kakitangan masjid dan orang2 ramai yg nak sembahyang je.
sape parking lebih dari 2 jam, patut kena saman.
Funfair,nampaknya banyak lori2 dok masuk kawasan besebelahan giant, orang nak sambut puasa, bulan mulia, depa pun sibuk dok buat pesta, bulan lain tak bolih ka?
BalasPadamsibuk memang sibuk, sesak memang sesak, kalau depa tak ubah ketempat lain, aku dan keluarga aku pru13, comfirm undi pr