script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Manek Urai: Biarpun Terpaksa Berhadapan Tipu Daya Serta Penyelewengan Pilihanraya, Ternyata Kemenangan Buat Rakyat Tercipta Jua Akhirnya

KUALA KRAI [8.39 pm] - Terbukti, Akhirnya keputusan rasmi Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai mengesahkan calon PAS telah menang dengan majoriti tipis 65 undi . PAS mendapat 5,348 undi, manakala BN pula mendapat 5,283 undi. Sementara itu undi rosak pula sebanyak 92. Jumlah keluar mengundi keseluruhannya ialah 10,722 iaitu 87.22% daripada jumlah keseluruhan pengundi berdaftar. PAS telah menang di 14 buah saluran daripada 27 saluran keseluruhannya.Manakala jumlah UPU yang menang pula ialah 4 daripada 9 UPU. Dengan keputusan ini bermakna calon PAS iaitu Mohd Fauzi Abdullah terpilih secara rasmi sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Manek Urai yang baru. Biarpun jumlah undi majoriti adalah kecil, namun satu pujian harus diberikan kepada Pakatan Rakyat kerana telah berjaya mematikan "keegoan" puak-puak UMNO dan Barisan Nasional. Kemenangan yang terpaksa disulami dengan berbagai unsur rasuah serta penyelewengan jelas sekali menggambarkan bahawa rakyat tetap mahukan perubahan biarpun ia dinafikan. Segala janji manis yang dihulurkan oleh pemimpin UMNO BN telah ditolak oleh majoriti rakyat. Kemenangan tetap kemenangan biarpun hanya satu undi. Maka itu usahlah kita gusar dengan omongan mereka yang mengatakan sokongan terhadap PAS sudah menurun. Rakyat perlu tahu, sebab apa ia menurun? Kerana tipu daya dan helah yang jelas melampau yang dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Malah segala rasuah yang diberikan kepada rakyat termasuk dalam bentuk kewangan jelas sekali telah menyebabkan mereka terpedaya sebenarnya. Namun, inilah takdir yang menjadi penentu segalanya. PAS tetap menang biar apa pun strategi jahat yang dilakukan oleh puak-puak UMNO dan BN ini. Semoga semua ini akan menjadi pengajaran yang berguna, agar mereka lebih berhemah dalam berhadapan dengan suara rakyat dalam setiap pilihanraya yang bakal diadakan pada masa yang akan datang.


Calon PAS dijulang selepas diumumkan menang malam tadi
[Kami di Pahang Daily Online, mengucapkan syabas dan tahniah buat semua petugas dan pejuang Pakatan Rakyat yang bertungkus lumus memastikan kemenangan berharga ini. Semoga ia membuka mata seluas-luasnya kepada puak-puak karat itu agar lebih berhati-hati dalam membuat segala janji manis. Segala bukti penyelewengan itu sudah terdedah dan diketahui oleh sebahagian besar rakyat sebenarnya. Malah, gelombang kemenangan ini bakal menjadi petanda kehancuran parti karat UMNO dan BN dalam sejarah Malaysia menjelangnya pilihanraya umum ke-13 akan datang. Takziah juga buat Pengarah Pilihanraya BN di Manek Urai iaitu Muhyiddin Yassin, kerana telah gagal membawa balik piala kemenangan yang amat diidam-idamkan itu. Akhirnya beliau dibenamkan oleh jambatan ciptaannya yang dijanjikan buat rakyat jika BN menang !!].

Share:

23 ulasan:

  1. Jika betul menang ucapan setinggi-tinggi tahniah kpd YB Mohd Fauzi.

    Tak lupa juga takziah utk Nik Aziz sbb hari-hari kesudahan dan hari-hari terakhir beliau kian hampir!!!

    BalasPadam
  2. tahniah umno dgn calon yg berpendidikan tinggi dan pelbagai janji termasuk jambatan dan pengkudaan penuh terhadap media arus perdana masih gagal untuk mengalahkan si penjual ikan yg cuma bergantung pada harakah

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum wbh.. hurm 1st comment tue silap letak nama ker memang nak letak nama tue, Nik Aziz ker Tuan Aziz, Nik Aziz adalah Tuan Guru, Tuan Aziz tue calon BN yang nak kalah tue... ape2 pun, masyarakat Manek Urai, Kelantan lebih mengetahui, siapa yang terbaik untuk dijadikan YB diorg.

    Betul!!! kalau takde pilihan raya, TPM takkan turun ke Manek Urai tue, org kampung kat situ dah muak dengan "insentif" pembelian undi.

    BalasPadam
  4. Siapakah mangkuk 70 ekor tu agaknya..
    Keputusan yg amat memeranjatkan utk kubu kuat PAS. Bermakna PAS sebenarnya telah ditolak di MU. Tuhan yg maha kuasa lagi penyayang dan adil. Ditunjukkan NYA sedikit demi sedikit tentang kemungkaran dan kesombongan orang-orang islam PAS yg mendakwa diri mereka lebih suci, mulia, harum dan lebih dekat dgn Allah dpd orang orang islam UMNO yg mereka hina dan dilabel sbg kafir sejak berpuluh tahun yg lalu.

    BalasPadam
  5. Hakikatnya PAS dah menang,
    tak per la.. janji MELAYU Tak Hilang jadi pemimpin..


    Terima kasih

    BalasPadam
  6. umno kalah tipis pun meroyan kalah banyak lagilah keputusanya Rakyat MU tak suka jambatan

    BalasPadam
  7. tahniah...yang menang terus berbakti yang kalah jangan ambil hati......patutnya PAS menang lebih banyak lagi majoriti....pelik...biar macam menang riuh sekampung jangan jadi katak menang nyusahkan orang....

    BalasPadam
  8. Saya ikut perkembangan dari sabah. Kalu dijeling pada RTM dan TV3 pas kalah teruk. Tapi Alhamdulillah menang walaupun tipis.

    BalasPadam
  9. Saya beranggapan siapa yang menang ucapan tahniah. Yang kalah tak perlu calon lagi buat masa hadapan. UMNO kena cari orang lain. UMNO meningkatkan peratus majoriti undi bukanlah kerana calonnya hebat tetapi strategi dan cara kempennya menjadi, namun yang jelas janji membina jambatan, anak emas kerajaan pusat, pusat agro pertanian moden telah menjadikan serba sedikit memikat pengundi atas pagar yang berharapan mengecapi kehidupan dunia seperti yang diinginkan. Namun pengundi tegar PAS sebenarnya dapat dilihat dari keputusan itu kerana mereka tidak termakan janji yang ditaburkan walaupun terpaksa memilih kehidupan yang selama ini mereka lalui. Tahniah pemenang- Mhd Fauzi Abdullah peraih ikan kini bergelar YB. Saya tidak bersetuju dengan annous 8.27 kerana kekalahan bukanlah kerana TGNA kerana saya menganggap kerana beliaulah PAS boleh menang di MU.

    BalasPadam
  10. walaupun BN kalah 65 undi sahaja, tetapi hakikatnya BN paling banyak kalah, kalah lebih RM3juta wang pertaruh yang dilaburkan .... bayangkan pas boleh mengalahkan satu pasukan yang kuat....
    hehehe ... Tahniah Mohd fauzi .. Takbir!!!

    BalasPadam
  11. MOGA MU AKAN LEBIH KE KAMPUNGAN LEPAS NI... BN JGN MENOLONG ORG YG MENOLAK...TOLONG AJE ORG YG MEMERLUKAN..BIAQ PAS YG BANGUNKAN KG MU TU.. AGAR TAK JADI PASAR IKAN AJE

    BalasPadam
  12. putus asa nampak jgn meroyan dahle , kalah lagi

    BalasPadam
  13. menang membawa duka kerana melayu dah mula tak suka nik ajis,cakaplah apa nak cakap,hari2 nik ajis meroyan kesana kesini sEorang diri,ALLAH BAGI WARNING MU JANGAN DOK RIAK SANGAT NIK AJIS.LEPAS ni MU KALAH

    BalasPadam
  14. ni prk biasa je.... Bn kalau kalah mesti cari alasan cover line...
    Bn jgn gembira sangat....isu royalti minyak kelantan itu mesti dijawab. Kalau x memang melayu umno amalkan tindas melayu di kelantan. Bandar kota bharu lebih maju dari kuala terengganu yg ada minyak

    BalasPadam
  15. Saya tidak setuju anon 10.07 . Pasal apa perlu malu kalau kekampungan. Awat kalau banyak bangunan tinggi kira hebat ke. Dengan rumah besar, kereta besar hebat ke, hutang besar, fikir besar, lagak besar hebat ke. Budaya kat kampung berbeza apa yang anon tu nak. Kalau mereka suka dengan realiti hidup mereka biarkan kerana itu yang mereka mahu.Rakyat di MU sebenarnya sudah reda dengan kehidupan yang mereka lalui dan mungkin lebih mengembirakan jika mereka tinggal macam anon 10.07. Buktinya mereka yang benar-benar pengundi tegar menolak BN walaupun mereka ditawarkan dengan pelbagai tawaran yang menarik. Namun begitu saya berpendapat bahawa kempen-kempen BN sedikit sebanyak telah berjaya mempengaruhi penduduk MU dengan tawaran-tawaran yang ingin diberi. Pada masa depan BN perlu mencari calon yang sesuai dengan jiwa masyarakat setempat bukan hanya melihat pendidikan mereka kerana bagi mereka bukan kehebatan personaiti calon yang hidup bergaya.

    BalasPadam
  16. anon 11.53 mmg kg... yg nik ajis tu ngan anak menantu pakai keta besar, umah besar engko tak nmpak..tapi punya taksub punya pasai...engko pejam mata walaupun engko pakai basikal... kau pujala nik ajis tu...sampai mati engko akan ke kampungan...hahaha...

    BalasPadam
  17. biaq pi la kat depa. depa suka macam tu. naik basikal pun tak pa janji pas menang. makan lah apa yang ada walau pun bos depa makan sedap. biaq bos depa pakai keta besaq besaq depa dok tengok saja. itu yang depa suka. dah macam tu perangai depa. hidup kelantan...

    BalasPadam
  18. KALAH LAGI..MACAMMANA NI PARTI YG MEMERINTAH NEGARA ASYIK KALAH JE...TUKAR PARTI LA OIII...KAH!KAH!KAH!KAH!KAH!

    BalasPadam
  19. yang sebenarnya nik aziz yang kalah,pas bolih dianggap menang kalau dapat undi lebih dari 1300,tapi hilang undi lebih 1247,apa sudah jadi,jawab tolong jawab.menang hanya 63 undi sahaja jawab tolong jawab,jangan tak jawab ,jawab dengan fakta,jangan jawab dengan maki hamun atau imosi marah.persilakan

    BalasPadam
  20. nak fakta?
    Faktanya, PAS menang. Majoriti 65 undi ke, 2 undi ke apa kesah? Menang tetap menang. Dan jumlah kerusi di DUN Kelantan kekal. Itu fakta. Mudah dan ringkas.

    Sebelum ni pun PAS pernah menang dengan majoriti 2 undi je. Itu fakta. Dan kerana majoriti 2 undi tulah, kelantan masih boleh diperintah oleh PAS selama 4 tahun berikutnya walaupun kelebihan hanya 1 kerusi di DUN Kelantan. Itu juga fakta. Nak fakta apa lagi??

    oh yaa..kedudukan sekarang, 6-1.
    Itu juga fakta.

    sekian terima kasih.
    Majoriti rakyat Manek Urai menolak UMNO/BN, itu juga fakta.

    BalasPadam
  21. satu analisa yang bodoh dan emosi,terima kaseh,fakta yang tak kena,6 prk yang lalu memang kubu pr,tetapi mejoriti dikurangkan oleh bn.di batai ai kubu bn,tapi bn menang selesa,itu baru fakta,menang di manik urai dengan 63 undi malu sungguh malu,oh menang tetap menang ya,tapi perak bn dah menang 3 kerusi,mengapa tak mahu terima,oh sedeh,63 orang jer tolak bn

    BalasPadam
  22. sedarlah wahai manusia...hari2 terakhir tak mengira usia, entahkan kita yg muda2 ni mendahului TG Nik Aziz....sedarlah, hidup hanya sementara, tiada siapa yg tahu bilakah ajal kan menjelma....

    BalasPadam
  23. betul...perak tu bn menang la no...walaupun lebih 3. tapi depa tak leh terima kenyataan lak no...asyik dok bawa masuk mahkamah aje.. tapi kata mahkamah tak adil... bodo sungguh depa ni no... tak yah la dok sibuk nak jad mb kalau dah kalah ooo nizar

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Najib Akan Terus Kekal Dalam Penjara Kajang Sehingga Denda RM50 Juta Yang Disyaratkan Ke Atasnya Dibayar Kepada Mahkamah

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan kekal dalam Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta yang disyaratkan ke at...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.