script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Suara Rakyat: Operasi Funfair Hadhari Akhirnya Di Teruskan Jua, Mana Perginya Kuasa Pemimpin Islam UMNO Seperti MB Pahang Serta YDP MPK !!

KUANTAN - Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob sekali lagi dirayu agar menggunakan kuasanya untuk membatalkan penganjuran "Funfair Hadhari Euro 2009" yang kini nampaknya telah menjalankan operasi biarpun mendapat kecaman dan bantahan rakyat. Jika seorang Ketua Menteri Pakatan Rakyat iaitu, Lim Guang Eng dari Pulau Pinang boleh menggunakan kuasanya untuk tidak membenarkan pemaju kawasan penempatan Kg.Buah Pala membuat apa-apa pembinaan atas tanah terbabit, setelah mendapat bantahan daripada penduduk. Maka kenapa pemimpin UMNO dan BN seperti MB Pahang ini masih gagal menggunakan kuasanya untuk menghalang operasi tersebut diteruskan. Tinjauan krew kami mendapati operasi funfair Hadhari itu masih tetap dijalankan, biarpun dalam keadaan yang mencurigakan. Pendedahan kami tentang penyelewengan yang berlaku dalam kelulusan projek itu sengaja dipandang sebelah mata oleh pihak yang berkenaan. Lantaran itu, akhirnya ia tetap diteruskan tanpa rasa bersalah. Bahkan, rakyat juga kecewa dengan sikap "dayus" Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan, Dato' Azizan Ahmad (foto) untuk menarik balik lesen kebenaran operasi funfair hadhari tersebut. Ini jelas menunjukkan yang beliau sebenarnya telah terlibat seara langsung dalam projek berkenaan. Justeru itu, kami dengan ini menyarankan agar Yang Dipertua MPK terbabit meletakkan jawatan secara terhormat kiranya beliau merasakan bahawa kuasanya yang ada atas dirinya sudah tidak "relevan" lagi. Malah, sejak operasi itu dijalankan kami dapati beberapa masalah dan adengan yang tidak ingin kita lihat telah berlaku di depan mata.


Biarpun mencetuskan kontroversi, namun operasi funfair hadhari
tetap berjalan seperti biasa tanpa sebarang halangan pihak terbabit

Kesesakan Lalu Lintas Yang Amat Kritikal

Difahamkan, telah berlaku kesesakan lalu lintas yang agak kritikal dari pusat bandar ke jalan Gambang. Malah, tinjauan kami mendapati kesesakan telah bermula dari Taman Espalanade berhadapan dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan hingga ke hadapan pasaraya besar Giant. Manakala, dari arah jalan Gambang pula, kesesakan berlaku dari kawasan taman perumahan Tanah Putih hingga ke lampu isyarat berhadapan dengan pejabat Celcom. Ia menjadi lebih teruk pada haru Sabtu (25 Julai) yang lalu. Akibat gangguan itu, ia telah menghalang kelancaran perjalanan kenderaan awam termasuk ambulan yang membawa pesakit. Malah kesesakan ini amat ketara dan cukup menyakitkan hati.

Terdapat Laporan Kemalangan Di Tapak

Pihak kami juga telah menerima maklumat bahawa terdapat satu kemalangan di tapak funfair hadhari ketika orang ramai sedang berasak-asak untuk bermain dengan permain-permainan yang disediakan. Namun maklumat kejadian ini sengaja dirahsiakan bagi menjaga nama baik funfair hadhari itu sendiri. Kami sedang menyiasat perkara ini bagi mendapatkan maklumat sebenar yang lebih jelas. Difahamkan juga, pihak penganjur mengenakan tiket kepada orang ramai yang berkunjung dan ingin bermain dengan bermacam permainan yang disediakan di dalam funfair hadhari itu.

Operasi Berlarutan Selepas Jam 12.00 Malam

Maklumat diterima bahawa operasi funfair hadhari juga didapati melanggar syarat yang dikenakan ke atas mereka. Biarpun operasi sepatunya tamat sekitar jam 12.00 tengah malam, namun pihak penganjur masih tidak memberhentikan operasi tersebut malah terus membiarkan ia beroperasi bagi mengaut keuntungan yang lebih.

Operasi Funfair Tidak Hormati Malam Jumaat

Kami juga difahamkan bahawa operasi funfair hadhari tetap dijalankan biarpun pada malam Jumaat. Ini amat mengecewakan orang ramai terutamanya umat Islam di kawasan ini. Operasi yang dijalankan tanpa mengambil sensitiviti umat Islam ini jelas sekali bertentang dengan prinsip Islam Hadhahri itu sendiri. Makanya adalah wajar ia tidak diteruskan.


Anehnya, biarpun funfair hadhari dicemuh rakyat namun pihak MPK
boleh berkerjasama pula menganjurkan Kuantan Jamm Fest 2009


[Justeru itu, peranan pihak terbabit amatlah diperlukan bagi menghalang perkara yang lebih buruk berlaku. Tindakan YDP MPK cuba bersekongkol dengan projek yang menjurus ke arah "kemaksiatan" seperti ini amatlah mengecewakan. Malah, kami difahamkan juga Majlis Perbandraan Kuantan (MPK) juga telah berkerjasama dalam menjayakan satu acara hiburan muzik "underground" yang dinamakan "Kuantan Jamm Fest 2009" di Stadium Darul Makmur pada 25 Julai lalu. Sungguh malang nasib rakyat Kuantan apabila pemimpin Islam UMNO lebih gemar untuk berhibur daripada memikirkan masalah umat Islam sejagat. Program yang diadakan di dalam Stadium Darul Makmur yang bertembung dengan konsert Hari Pengguna di Padang MPK 2 itu jelas menunjukkan betapa "bengapnya" keperibadian pemimpin Islam Hadhari ini].

Share:

9 ulasan:

  1. SALAH SATU STRATEGI ADNAN UMNOBN BAGI MEMANCING HATI RAKYAT. BEGITULAH TERJADI DI KELANTAN YANG MANA TOK STOPAK GUNAKAN STRATEGI YANG SAMA BAGI MENARIK PERHATIAN WARGA KELANTAN. LEPAIH TU MEDIA KARAT AKAN MENJAJA UMNOBNGOK DAH BOLEH BEKERJASAMA DENGAN PAS.

    BalasPadam
  2. Bro.. Lu ni nampak Funfair kat Negeri yang BN memerintah je kan.. Lu kata dekat dengan rumah orang le.. dekat dengan bandar le.. Lu kuar sket dari pahang..Lu pegi Puchong tu..Tengah2 Perumahan orang buat Old Town.. Pastu bagi orang melalak sampai kol 2,3 pagi..yang tu terang2 ganggu orang.. Pastu lu pegi tengok kat Bandar batu 11, Cheras, Depan Jusco tu.. Celah2 perumahan, BAPAK le punya Fun Fair.. kawan2 lu kat selangor x bagitau ke.. ke sebab selangor tu negeri Parti Lu.. POOORAHHHHHHH... perjuangan konon..

    BalasPadam
  3. ala yg depa semua buat adalah halal...baik tapi kalau BN buat semua haram salah... itula otak pemikiran pakatan haram,,,halal... camtula kot kiranya depa ni

    BalasPadam
  4. bodoh punya PDO....woi..mamat ko datang selangor sekarang....ko tengok berpaa banyak FUNFAIR ada kat sini...serentak lagi tu....ko takde isu ke nak tulis.....kah..kah..dah cuak dah..pakatan riot ni...

    BalasPadam
  5. bodo korang niii..itu dia ada undnag2 sendiri...masalanya kat kuantan ni...diluluskan dua lesen funfair dan syarat MPK kena 10 km dari pusat bandar woii..ko blaja undang2 tak kat sinii..cakap senang2 jerr..hehehhe

    BalasPadam
  6. Orang Pahang berforum tak reti berbahasa sopan sikit ke? Asyik panggil orang bodoh saja!

    BalasPadam
  7. malam tadi aku pi festival terbesar Kedah Sedekahtera kat laguna merbok..hampa nak tau apa bezanya festival ini dgn kanival sure heboh..ada rombongan budak sekolah agama rakyat gitu..dua tiga bas dibawa oleh ust.azizan..depa ni pi tengok konsert lagi..bukan lagu nasyid atau ketuhanan..rock habis ust azizan kita ..tahniah lee..sure heboh maksiat tapi ....mals le nak comment

    BalasPadam
  8. begitulah penganut penganut yang tak sedar diri tu. kalau kat tempat orang bukan main lagi teropong cari apa yang salah tapi kalau kat tempat sendiri buat le benda apa pun tak salah. hai Kedah Sedekahtera... buat la lagi.

    BalasPadam
  9. utk anon 5:37,

    aku setuju dengan hang, tapi mana ada kedah sedekahtera, kedah sejahtera ade le, kat kedah lanie bukan Pas yg memerintah, tetapi gabungan Pas dan Umno, nama dia PASNO tu yang dah jadi cacamerba kata orang kedah.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Najib Akan Terus Kekal Dalam Penjara Kajang Sehingga Denda RM50 Juta Yang Disyaratkan Ke Atasnya Dibayar Kepada Mahkamah

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan kekal dalam Penjara Kajang sehingga denda RM50 juta yang disyaratkan ke at...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.