PEKAN - Seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Rumbia disini, Mohd Aznizam bin Kassim hari ini tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kerana telah membuat kenyataan yang salah dalam portal berita #PahangDaily baru-baru ini berkenaan isu pengagihan bantuan kepada mangsa banjir di Kampung Padang Rumbia disini.
Beliau membuat permohonan maaf itu secara rela hati dihadapan Ahli Dewan Negeri Bebar yang juga EXCO Kerajaan Pahang, YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff di SK Temai disini selepas program gotong royong membersihkan sekolah dilanda banjir itu. Turut sama, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pekan, Mohd Razali Mustafar.
Menurutnya, beliau terpanggil membuat permohonan maaf itu setelah mendapati segala apa yang ditulis dalam portal berita itu sebenarnya tidak mempunyai bukti yang kukuh lagi sahih dan hanya bersandarkan sumber yang tidak dapat dipastikan benar atau tidak.
Katanya, disebabkan beberapa kenyataannya dalam komen portal berita itu telah memburukkan nama Kerajaan Negeri Pahang termasuk kepimpinan di Pekan seperti YB kawasan Bebar dan Ahli Parlimen Pekan. Malah masyarakat di kampung juga semakin berbalah dan tidak harmoni seperti dahulu setelah portal berita itu mengeluarkan beberapa berita yang tidak tepat serta mendatangkan kesan yang tidak baik kepada masyarakat.
Cikgu Mohd Aznizam juga memohon maaf kepada Ketua Kampung Padang Rumbia, Mohd Basari Abd. Malek dan Penghulu kerana telah mengakibatkan imej kepimpinan disitu tercemar. Dia meminta agar semua penduduk jangan percaya apa yang ditulis dalam portal itu dan menyeru mereka agar kembali bersatu-padu dan saling menghormati.
Terdahulu, dalam beberapa siri berita, Pahang Daily telah menulis tentang mangsa banjir yang tidak berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) tidak mendapat bantuan banjir. Malah portal berita itu juga menulis berkenaan ibu tunggal yang dihalau Ketua Kampung serta turut menyentuh berkenaan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong secara mengejut juga adalah bohong.
Namun kesemua kenyataan itu didapati tidak tepat kerana tidak terdapat bukti yang sahih. Penulisan PahangDaily juga hanya bersandarkan kepada sumber yang tidak dapat dibuktikan hingga kini. Malah Ibu tunggal juga telah menafikan kenyataan Pahang Daily. Ketua Kampung Padang Rumbia juga telah membuat laporan Polis keatas Pahang Daily.
Sementara itu, menurut YB. Dato' Haji Mohammad Fakhruddin, selaku wakil rakyat, beliau mengucapkan terima kasih kepada cikgu Aznizam kerana berani menyatakan perkara yang sebenar dan juga kepada PPD Pekan yang dapat memastikan imej dan profesion guru tidak tercemar.
“Saya berharap, perkara yang timbul ini menjadi tauladan kepada semua pihak termasuk pendidik. Pendidik merupakan orang yang dikagumi dan hendaklah menjadi contoh terbaik kepada masyarakat setempat dan jauhilah fitnah yang hanya memecahbelahkan kita sebagai masyarakat di kampung,
“Pendidik sebagai penjawat awam hendaklah bersama-sama kepimpinan kerajaan masa kini untuk memastikan keharmonian kampung malah kesusahan dan keperluan rakyat ketika bencana seperti banjir ini dapat ditangani bersama sebaik-baiknya, katanya.
“Saya juga telah menyiasat sedalam-dalamnya perkara ini, tohmahan yang dilemparkan PahangDaily kepada ketua kampung tidak berasas sebenarnya, malah tidak banyak pun kesilapan yang dilakukan oleh Ketua Kampung tambahan pula bertugas dimasa kecemasan ini bukan satu perkara yang mudah. Ia perlu dilaksanakan sebaik mungkin dikalangan semua kepemimpinan kampung dibantu penjawat-penjawat awam seperti guru-guru yang terlibat juga," tambahnya lagi.
Dalam pada itu, menurut Mohd Razali Mustafar, beliau sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Daerah Pekan menasihatkan pendidik sebagai penjawat awam, jangan sesekali membuat apa-apa kenyataan samaada secara lisan atau bertulis yang menjurus kepada memburukkan kepimpinan kerajaan.
Katanya, tindakan ini bercanggah dengan tata kelakuan kakitangan penjawat awam peraturan bab-D yang menjelaskan bahawa kita dilarang daripada melakukan sebarang bentuk pernyataan awam khususnya yang boleh memburukkan kerajaan, saya juga sering mengingatkan kenyataan ini kepada semua guru-guru di Pekan ini. #sumber
KUANTAN - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi wajar melepaskan tanggungjawab sebagai Presiden UMNO demi bangsa, kepentingan parti serta 3.6 juta ahlinya.
Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman berkata, ia berikutan kemelut pimpinan tertinggi UMNO khususnya Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan ahli Parlimen yang terus berlarutan sejak Pilihan Raya UMNO ke-14 (PRU14) dan Perhimpunan Agung UMNO 2018.
Menurutnya, kemelut itu gagal diselesaikan malah tindak tanduk ahli MKT dan ahli Parlimen sudah tidak terarah hingga terdedah kepada kehilangan keyakinan orang Melayu terhadap parti itu.
"Sedangkan keyakinan padu pengundi Melayu amat diperlukan UMNO untuk berdepan PRU15.
"Ditambah dengan arah tuju yang tidak jelas dan lemah ketegasan tindakan telah melemahkan daya juang dan kesungguhan 3.6 juta ahli UMNO," katanya melalui satu kenyataan pada Jumaat.
Ahmad Tajuddin berkata, ia diburukkan lagi dengan kesan langsung tuduhan salah laku terhadap pimpinan UMNO yang menjadi beban kepada kebangkitan semula parti itu.
"Ahli UMNO juga tidak jelas kewajaran mendukung pemimpin yang pernah dipecat oleh ahli MKT sendiri.
"Penolakan kerjasama dengan Bersatu oleh bahagian-bahagian UMNO jelas memperlihatkan ketegasan ahli UMNO terhadap pimpinan kerajaan Bersatu," katanya. #sumber
PEKAN - Isu bantuan banjir di Kampung Padang Rumbia kini sudah menghampiri ke penghujungnya. Ia susulan, keadaan air sudah mulai surut dan mangsa yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Banjir (PPS) kampung itu juga sudah pulang ke rumah masing-masing sejak kelmarin.
Namun, terdapat dakwaan ada usaha memujuk dan mengambil hati mangsa yang berkenaan agar berpihak semula kepada Tok Empat dan kuncu-kuncunya.
Bukan sahaja barangan banjir mula diagihkan, tapi ada juga yang diberikan wang. Cuma nilainya tidak sama dengan jumlah yang diterima oleh mereka yang mendiami PPS baru-baru ini.
Difahamkan, mereka yang berada di PPS mendapat bantuan kewangan sekitar RM800 - RM1, 000. Tapi mangsa yang tidak diberi hak berada di PPS seperti yang dihebohkan hanya diberi wang sekitar RM300 sahaja setakat ini. Itu pun selepas isu ini tular beberapa hari lalu.
Malah, kini unit media pihak berkenaan sedang mencari orang kampung yang boleh bersuara untuk "cover" Tok Empat.
Usaha memujuk terus dijalankan agar mangsa menarik balik dakwaan sikap "pilih kasih" Tok Empat dalam membuat agihan barangan banjir. Beliau lebih utamakan, penyokong, kroni dan proksinya sahaja. Sebaliknya, sekitar dalam 40 keluarga terjejas banjir yang tidak dapat duduk di PPS dinafikan terus untuk menerima bantuan banjir.
Selepas isu ini panas, barulah mereka mula sedar kepentingan semua penduduk dan turun mencari mangsa untuk diberikan bantuan.
Usaha memujuk dibuat, agar menampakkan pihak yang membangkitkan isu ini dianggap telah membuat fitnah dan adu domba. Walhal isu sememangnya sudah berlaku di kampung berkenaan sejak sekian lama.
Mujurlah ada penduduk yang berani bersuara untuk menyatakan hak mereka. Jika tidak sudah isu ini akan terpinggir dan didiamkan.
Sebenarnya, isu sebegini juga ada berlaku di tempat lain. Cuma penduduk tidak tahu ke manakah mereka harus mengadu. Akhirnya isu tersebut didiamkan begitu sahaja. #PahangDaily
KUANTAN - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bertindak membubarkan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) Koperasi Serbausaha Makmur Bhd (KOSMA) berikutan langkahnya mengambil 42 anggota yang beralamat di luar Pahang.
KOSMA dalam satu kenyataan media baru-baru ini memaklumkan, susulan itu, SKM melantik pentadbir bagi menggantikan fungsi dan peranan ALK terbabit mengikut Seksyen 69(2)(a)(i) Akta Koperasi 1993.
“Isu paling besar yang menjadi asas pembubaran ALK ini disebabkan kegagalan KOSMA mematuhi Seksyen 26(c) Akta 502 dan Undang-undang Kecil (UUK) Koperasi, fasal 11(2)(c) yang mana KOSMA mengambil 42 orang anggota yang beralamat di luar Pahang.
“Maka SKM pada 17 November 2020, membubarkan ALK KOSMA mengikut Seksyen 69(1)(iv)(c) Akta Koperasi 1993,” petik kenyataan itu.
Difahamkan, isu pengambilan anggota tidak mematuhi syarat kelayakan itu berlaku sejak sekian lama.
“Dianggarkan 670 orang diterima sebagai anggota walaupun tidak mematuhi syarat kelayakan mengikut akta dan UUK Koperasi.
“Ini menyebabkan penubuhan KOSMA pada 4 Disember 1967 tersasar daripada matlamat asalnya,” kata kenyataan itu.
Selaku pihak berkepentingan, kerajaan Pahang melihat isu pembubaran ALK KOSMA itu sebagai sesuatu yang serius, namun pada masa sama beranggapan ia wajar diambil bagi menyelesaikan isu dalaman koperasi berkenaan.
Sehubungan itu, bagi menjamin kepentingan kerajaan Pahang dalam KOSMA, dua wakil kerajaan negeri dilantik bagi menganggotai Jawatankuasa Pentadbir KOSMA iaitu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Sri Dr Sallehudin Ishak dan Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Besar Pahang, Dato’ Md Yusli Ibrahim Mohd Yunus.
“Jawatankuasa Pentadbir KOSMA menyeru semua pihak termasuk bekas ALK, anggota-anggota KOSMA, pelabur, rakan perniagaan dan pihak yang berkepentingan supaya bertenang dan menerima pembubaran ALK berkenaan dengan hati dan fikiran terbuka.
“KOSMA masih lagi teguh berdiri dan semua perniagaan KOSMA masih berjalan seperti biasa di bawah selian SKM, Jawatankuasa Pentadbir dan pengurusan KOSMA. Semua hak dan kebajikan anggota tetap terjamin dan diuruskan secara professional, berintegriti, telus dan amanah.
“Berilah ruang, peluang dan kepercayaan kepada SKM, Jawatankuasa Pentadbir dan pengurusan KOSMA mentadbir urus dan menyelesaikan segala isu yang timbul di dalam koperasi ini,” tambah kenyataan itu.
Difahamkan, SKM akan menyerahkan semula tadbir urus KOSMA kepada anggota lembaga melalui Mesyuarat Agung Koperasi pada masa akan datang selepas agensi itu berpuas hati dengan tindakan pemulihan dan penambahbaikan dilaksanakan dalam KOSMA. #sumber
KUALA LUMPUR -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat satu laporan berhubung rakaman video klip selebriti Azwan Ali, yang dikatakan memperlekeh Proklamasi Darurat yang diisytihar oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed yang mengesahkan polis telah menerima laporan berhubung video klip itu berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
“Hari ini, Azwan Ali telah dipanggil ke pejabat USJT bagi membantu siasatan dan siasatan diteruskan untuk mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang telah menularkan video klip berkenaan.
“PDRM menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform itu sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta mengganggu gugat keharmonian negara,” katanya dalam kenyataan.
Rakaman video berdurasi 41 saat berkenaan telah ditularkan oleh seorang pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Zai Mikail’ pada 12 Januari lepas. #sumber
PEKAN - Satu laporan polis terhadap portal Pahang Daily telah dibuat oleh Ketua Kampung Padang Rumbia, Haji Mohd Basari Abd Malik semalam. Laporan dipercayai berkaitan isu mangsa banjir tidak dapat bantuan seperti yang didedahkan sebelum ini.
Sementara itu difahamkan, ibu tunggal anak OKU dari Perumahan Pusat Komuniti Bersepadu di kampung yang sama, juga dikatakan telah membuat laporan polis terhadap portal ini, susulan dakwaan beliau dihalau oleh ibu saudara 'Tok Empat' kelmarin.
Namun beliau turut cuba membuat laporan polis terhadap Tok Empat dan ibu sahdaranya, namun telah dinasihatkan oleh pihak polis agar berunding terlebih dahulu sebelum membuat tindakan.
Ibu tunggal terbabit dibawa ke Pusat Pemindahan Banjir (PPS) untuk berfemu dengan Penghulu dan Tok Empat.. Ketika itu juga bantuan barangan telah diserahkan kepadanya dalam 'karung hitam'.
Sumber mendakwa, Tok Empat mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap semua pihak yang cuba memburukkan namanya.
Sementara itu, terdapat dakwaan wakil mangsa banjir yang dinafikan hak bantuan pula khabarnya akan merujuk perkara ini kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ia berkaitan wujudnya unsur piliha kasih, utamakan kroni dan penyelewengan bantuan banjir yang berlaku di PPS terbabit.
Sementara itu, semua mangsa yang berada di PPS di kampung itu telah pulang ke rumah masing-masing selepas air surut sejak semalam. Laporan lanjut menyusul. #PahangDaily
PUTRAJAYA -- Sebanyak 16 lagi kluster baharu COVID-19 dilaporkan hari ini, termasuk 11 daripadanya adalah kluster di tempat kerja sementara 3,170 kes baharu direkodkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata kluster di tempat kerja membabitkan dua di Kuala Lumpur iaitu Kluster Jalan Terolak dan Kluster Pasar Borong KL; di Johor melibatkan Kluster Seri Bayu, Kluster Tampoi Tujuh dan Kluster Jalan Sempadan serta Kluster Kota Muhibbah dan Jalan Slim masing-masing di Perak.
Juga kluster di tempat kerja adalah Kluster Silimpopon dan Ladang Sebrang (Sabah); Kluster Orion di Kedah serta Kluster Jalan Canang Emas di Selangor.
“Kluster aktiviti keagamaan pula Kluster Taman Sejahtera di Perak, sementara kluster kumpulan berisiko adalah Kluster Mandin Jaya (Pulau Pinang) dan Kluster Jalan Kelapa (Selangor) serta dua kluster jangkitan komuniti ialah Kluster Kampung Tanah Merah (Terengganu) dan Kluster Gunung Raya (Kedah),” katanya.
Bercakap pada sidang media perkembangan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, beliau berkata pengesanan kluster baharu itu menjadikan jumlah kluster kini 701 dengan 327 kluster yang masih aktif.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata daripada 3,170 kes baharu hari ini, 3,162 kes adalah jangkitan tempatan manakala lapan kes import, menjadikan menjadikan jumlah kes aktif mencecah 41,755.
ADVERTISEMENT
Beliau berkata Kuala Lumpur mencatatkan kes tertinggi iaitu 576, diikuti Selangor (545), Johor (423), Sabah (401), Perak (245), Pulau Pinang (171), Kedah (156), Kelantan (135), Sarawak (132), Melaka (106) dan 102 kes di Negeri Sembilan.
“Baki negeri lain pula mencatatkan dua angka iaitu Terengganu dengan 57 kes, Pahang (48), Putrajaya (33) manakala Labuan 32 kes serta Perlis dengan lapan kes,” katanya.
Dr Noor Hisham juga berkata terdapat 260 kes positif COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 103 daripada mereka, memerlukan bantuan pernafasan.
Selain itu, 12 kematian akibat COVID-19 dilaporkan hari ini dan semuanya merupakan warganegara, yang berumur lingkungan 47 hingga 84 tahun dengan latar belakang berpenyakit, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian dalam negara sebanyak 642 kes.
Kes kematian itu melibatkan empat mangsa di Johor, tiga di Selangor, dua di Sabah dan masing-masing satu kes di Negeri Sembilan, Perak dan Sarawak.
Dr Noor Hisham berkata sebanyak 2,490 kes pulih dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19 adalah sebanyak 130,152 kes atau 75.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. #sumber
KUANTAN -- Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengucapkan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang Tabung Khas Bencana Banjir Negeri Pahang yang telah memberi sumbangan di pejabatnya petang Rabu pada catatan di halaman Facebook beliau.
Penyumbang-penyumbang tersebut adalah Haji Buani Atiqi Abdul Rahman dan keluarga dari Buaniatiqi.com yang telah menyumbang sebanyak RM10,000, Hartanah Setia Makmur Sdn Bhd sebanyak RM10,000, dan 1200 helai baju sukarelawan daripada Alliance Steel (M)Sdn Bhd. #sumber
KUALA LUMPUR -- Usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam atas pertuduhan berpakaian seperti wanita dalam satu majlis bacaan Yasin dan solat hajat, tiga tahun lepas, sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.
Dalam prosiding pada 6 Jan lalu, Muhammad Sajjad, 35, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Syarie Mohammad Khalid Shaee @ Shaii.
Mengikut pertuduhan, Muhammad Sajjad didakwa melakukan kesalahan itu di pusat kecantikan miliknya di Seksyen 16, Shah Alam, pada jam 7.30 malam, 23 Feb 2018.
Dia didakwa mengikut Seksyen 10(a) Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mahkamah membenarkan Muhammad Sajjad dibebaskan dengan jaminan RM3,000 dan menetapkan 23 Feb depan untuk sebutan semula kes.
Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Syarie Selangor Atras Mohd Zain.
Pada 6 Jan lalu, tular sebuah video dalam laman sosial yang dirakamkan secara langsung menunjukkan usahawan kosmetik itu sedang menangis dalam keadaan tangannya bergari.
Beberapa hari kemudian, Muhammad Sajjad tampil di laman Instagram miliknya dan menjelaskan dirinya telah ditahan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bersabit dengan laporan yang dibuat pada 2018. #sumber
PUTRAJAYA -- Mahkamah Rayuan menetapkan 28 Julai untuk mendengar rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan saman pemula yang difailkan seorang peguam mengenai kesahan pengampunan Anwar berhubung sabitan liwatnya.
Peguam Anwar, J. Leela ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan berkata tarikh pendengaran itu telah dijadualkan semula pada Julai.
Pengurusan kes rayuan itu yang didengar hari ini di hadapan Timbalan Pendaftar Radzilawatee Abdul Rahman, dijalankan melalui e-Review.
Pendengaran rayuan itu sebelum ini ditetapkan pada 11 Jan tetapi telah ditangguhkan.
Rayuan Anwar itu akan didengar sekali dengan rayuan Lembaga Pengampunan.
Pada 21 Sept tahun lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Anwar dan Lembaga Pengampunan untuk membatalkan saman pemula difailkan oleh peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mempunyai locus standi dalam memulakan saman itu kerana beliau adalah masyarakat umum dan berkelayakan sebagai peguam.
Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Port Dickson, memfailkan permohonan untuk membatalkan saman pemula itu atas alasan Khairul Azam selaku plaintif tidak mempunyai locus standi atau kedudukan di sisi undang-undang untuk meneruskan tindakan saman tersebut, tuntutan saman plaintif remeh, mengaibkan serta suatu penyalahgunaan proses mahkamah.
ADVERTISEMENT
Mohd Khairul Azam, yang memfailkan saman itu pada 26 Feb tahun lepas, menamakan Lembaga Pengampunan dan Anwar selaku defendan, mendakwa beberapa tindakan tidak berperlembagaan telah diambil bagi memastikan Anwar menerima pengampunan yang membebaskannya dari penjara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.
Beliau mendakwa pengampunan penuh yang diberikan kepada Anwar oleh Yang di-Pertuan Agong bercanggah dengan Perkara 42(4) dan (5) Perlembagaan Persekutuan berikutan kuasa pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong hendaklah dilaksanakan atas nasihat Lembaga Pengampunan.
Dakwanya pada ketika itu Lembaga Pengampunan belum dibentuk dengan sempurna berikutan negara baru selesai menjalankan PRU ke-14 pada 9 Mei 2018 dan dalam proses membentuk kerajaan baharu.
Anwar dihukum penjara lima tahun kerana meliwat pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan dan sabitan serta hukuman itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb 2015. #sumber
KUALA LUMPUR -- Malaysia mencatat 4,008 kes harian COVID-19 hari ini, angka harian kedua tertinggi selepas Sabtu lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata jumlah itu melibatkan 4,003 kes tempatan dan lima kes import sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 169,379.
Katanya, Selangor kekal dengan catatan kes tertinggi iaitu 1,391 kes diikuti Kuala Lumpur (513), Johor (470), Sabah (406), Sarawak (203), Negeri Sembilan (176), Perak (170), Kedah (142), Melaka (132), Pulau Pinang (124) dan 121 kes di Kelantan.
“Baki negeri lain pula mencatatkan dua angka iaitu Terengganu, 81 kes, Pahang (52), Putrajaya (23) manakala Perlis, tiga kes dan Labuan, satu kes,” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.
Sabtu lalu, Malaysia pertama kali merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 4,029 kes baharu jangkitan sepanjang pandemik itu melanda negara.
"Sebanyak 2,374 kes dilaporkan pulih hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19 adalah sebanyak 127,662 kes atau 75.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," katanya.
Dr Noor Hisham juga berkata terdapat 246 kes positif COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 96 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.
Selain itu, 11 kematian akibat COVID-19 dilapor hari ini melibatkan sembilan warganegara dan dua bukan warganegara, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian dalam negara sebanyak 630 kes.
Kes kematian itu melibatkan empat mangsa di Selangor dan masing-masing tiga kes di Sabah dan Johor dan satu kes di Sarawak yang menyaksikan kesemua mangsa berumur lingkungan 42 hingga 90 tahun dengan latar belakang berpenyakit.
Sementara itu, 16 lagi tambahan kluster dikesan hari ini dengan 11 daripadanya melibatkan tempat kerja dan selebihnya kluster komuniti menjadikan kluster aktif setakat ini ialah 318 kluster.
Kluster yang melibatkan tempat kerja ialah Kluster Bestari Rantau di Selangor, Kluster Jalan KKIP Selatan di Sabah, Kluster Tapak Bina Abdul Aziz (Selangor), Kluster Tapak Bina Jalan Digital (Johor, Terengganu), Kluster Tampoi Lima dan Kluster Jalan Seroja di Johor.
Turut dikesan Kluster Persiaran Tasek di Perak, Kluster Jalan Usaha (Melaka), Kluster Sungai Ibor (Negeri Sembilan), Kluster Tapak Bina Sebukor (Melaka) dan Kluster Jalan Sejahtera di Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, kluster yang melibatkan komuniti ialah Kluster Batu Enam di Perak, Kluster Bukit Gelugor di Pahang, Kluster Jalan Niaga di Johor, Kluster Kampung Balibata di Sabah dan Kluster Sawmill Luit di Pahang. #sumber
KUALA LUMPUR -- Blok pembangkang hari ini bersetuju menghantar tiga nama Ahli Parlimen bagi menyertai Jawatankuasa Khas Bebas yang akan menasihati secara langsung Yang di-Pertuan Agong berhubung darurat yang dilaksanakan sehingga 1 Ogos ini.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan menghantar nama wakil pembangkang dalam jawatankuasa itu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan.
"Kita sambut kewujudan jawatankuasa itu dan kita akan hantar wakil kerana jawatankuasa itu akan memberi pandangan berkaitan darurat. Cuma ia tidak sama seperti sidang Parlimen dan ia tidak khusus. Oleh kerana ia titah Yang di-Pertuan Agong, kita ambil keputusan untuk memberikan kerjasama.
“Sebelum ini, Saifuddin telah menghubungi Menteri Undang-Undang (Takiyuddin) untuk mendapatkan penjelasan tentang siapa pengerusi jawatankuasa, apa tugas ahli sebelum kita hantar nama. Kita perlu mendengar jawapan itu dahulu. Hari ini Saifuddin akan hantar nama,” katanya dalam sidang media dalam talian hari ini.
Kerajaan sebelum ini bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bebas berkenaan dan menasihati Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sepanjang pelaksanaan darurat sehingga 1 Ogos ini.
Pada 12 Jan lalu, Al-Sultan Abdullah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos depan, sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia.
Di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021, antara lain memperuntukkan penubuhan sebuah Jawatankuasa Khas Bebas untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar yang mengancam keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam dalam persekutuan berikutan pandemik Covid-19.
Sementara itu, Anwar mendakwa sejumlah Ahli Parlimen telah menyembahkan warkah kepada Seri Paduka Baginda bagi memohon pertimbangan supaya sidang Parlimen diadakan.
Ordinan berkenaan melarang pilihan raya umum, pilihan raya negeri dan pilihan raya kecil serta persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri diadakan sepanjang tempoh darurat dilaksanakan. #sumber
PETALING JAYA - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan Menteri Kewangan, Datuk Tengku Zafrul Aziz supaya bersikap jujur susulan kenyataannya yang perisytiharan darurat mampu membantu memulihkan ekonomi negara.
Beliau dalam kenyataan di Facebook berkata, tidak tepat menyamakan Malaysia dengan 80 negara lain yang turut mengisytiharkan darurat kerana negara terbabit tidak menggantung Parlimen mereka.
“Perlu jujur bro. Rugilah negara-negara lain tidak gantung Parlimen, jika benar langkah ini boleh kuatkan ekonomi.
“Darurat bagi negara-negara lain bermaksud kuasa diberi kepada kerajaan untuk lakukan ‘lockdown’ sebab mereka tidak ada akta-akta seperti kita yang boleh ‘lockdown’ tanpa darurat. Parlimen mereka tidak pernah gantung.”
Terdahulu, Tengku Zafrul dilaporkan berkata, dakwaan perisytiharan darurat menakutkan pelabur tidak tepat, sebaliknya ia mampu membantu pemulihan ekonomi negara.
Beliau berkata, Malaysia antara 80 negara atau hampir separuh daripada sejumlah negara di seluruh dunia yang mengisytiharkan darurat bagi membendung penularan Covid-19.
Bagaimanapun, Najib berkata, hanya Malaysia yang menggunakan alasan penularan Covid-19 untuk menggantung Parlimen.
“Senang sahaja Tengku Zafrul, namakan satu negara lain dalam dunia yang menggantung Parlimen, bukannya tunda sesi Parlimen selama tujuh bulan,” cabar Ahli Parlimen Pekan itu.
Pada 12 Jan lalu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah memberi perkenan untuk darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos ini atau lebih awal, jika jumlah kes harian Covid-19 dapat dikurangkan dengan berkesan.
Ia disusuli Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberi jaminan darurat bukan rampasan kuasa dan perintah berkurung tidak akan dilaksanakan, tetapi Parlimen serta Dewan Undangan Negeri digantung sehingga tempoh kecemasan tamat.
Beliau memberi komitmen pilihan raya akan diadakan sebaik sahaja Jawatankuasa Khas Bebas yang akan ditubuhkan untuk menasihati Agong memperakukan Covid-19 sudah reda atau pulih sepenuhnya dan pilihan raya selamat diadakan. #sumber
Produk EVO adalah MAKANAN KESIHATAN (bukan ubat) yang dihasilkan menggunakan teknologi nano dari negara Jepun. Bahan-bahan yang digunakan terdiri dari herba serta buah-buahan terpilih tanpa unsur-unsur haiwan. Ianya boleh digunakan oleh semua peringkat umur. Fungsi utamanya adalah membantu mempertingkatkan tahap kesihatan seseorang.
EVO 7 bertindak dengan memperbaiki Sistem “Mikrosirkulasi”. Mikrosirkulasi adalah jantung kedua bagi tubuh kita. Mikrosirkulasi terdapat di dalam pembuluh darah kita. Kandungan Natto yang di dalam EVO 7 mampu melancar perjalanan darah yang kental dan membuat darah di dalam tubuh kita mengalir lebih cepat dan mendorong lemak-lemak jahat yang menempel pada pembuluh darah untuk mencegah terjadinya stroke dan kegagalan jantung.
KELEBIHAN EVO 7
Melancar pengaliran darahMemperkuat metabolismeMengawal atur fungsi organMeringankan sindrom nyeri neuropatikMengurangkan kencing malamAnti-pembesaran prostat tubuhMeningkatkan daya tahan/imunasiAnti-penuaan dan detoksifikasiMeningkatkan mikrosirkulasi dan mengelakkan strokeMenguat kembali tenaga syahwat
Sebab-sebab Anda Harus Memilih EVO 7:
Produk Bio-Teknologi JepunBukan Ubat, Viaga atau Ubat PerangsangTanpa HormonTanpa UbatanTanpa DadahTiada Kesan SampinganDisahkan HalalDiinsurankan RM1,000,000.00
KANDUNGAN PRODUK EVO7 DAN FUNGSINYA
Cynomorium Coccineumawet mudamengatasi masalah impotensi dan infertilitasSilk Amino Acidmerawat rambut dan kulitdetoksifikasimembersih darah dan melindungi hatimenurun lemak dan gula darahperlindungan kardiovaskularNatto powdermenghapus akumulasi bahan-bahan yang menempel di dinding saluran darahmelarut gumpalan lemak dan menghilang toksin di dalam tubuhmelancar mikrosirkulasimencegah strokeRed yeast ricemengurangi kolestrolmeningkat pengedaran darahmengatur fungsi fisiologiTribulus Terrestrismeningkat sekresi testosteronmeningkat staminamenurun tekanan darahmeningkat kualiti spermBarbary Wolfberrymenurun tekanan lemak dan gula darahmencegah penimbunan lemak hatimempercepat regenerasi sel hatiCordycepsmenguat paru-paru dan ginjalmengatur endokrinmengurangi keletihan fisikGreen Tea Extractmengurangi radikal bebasmencegah kansermenurun lemak dan tekanan darahmencegah penyakit jantungXylitolrendah kalorimenekan kadar glukosa darahmencegah kerosakan gigi dan plak gigi
ANTARA SIJIL-SIJIL YANG MENGESAHKAN EVO7 INI SELAMAT
Produk dikelaskan sebagai makanan oleh Kementerian Kesihatan MalaysiaSijil Halal oleh IFRCTest report oleh PERMULAB SDN. BHD.Test report oleh TOXICOLOGY LABORATORY (USM)Test report oleh SGSSijil ALLIANZ INSURANCE RM 1 JUTA
INILAH PRODUK YANG TERLARIS MASA KINI
Lelaki perlu mendapatkan herba-herba yang boleh membantu untuk lebih bertenaga dan menjadikan anda lebih bersemangat!
Pencemaran alam sekitar, udara, air serta makanan; tambahan pula penyalahangunaan ubat-ubatan, diet, lemak dan gula yang tinggi, menyebabkan sebahagian besar masyarakat moden mengalami tahap cecair asid yang berlebihan. Ini mengakibatkan antaranya ganguan pengedaran darah dan metabolisme, ketidakseimbangan hormon dan gangguan tahap kesihatan seseorang.
Komposisi tubuh manusia terdiri lebih daripada 60 trillion sel di mana sirkulasi darah adalah untuk mempertahankan fungsi asas kehidupan dan kesihatan. Mikrosirkulasi kapilari yang tidak lancar akan menjadikan sel-sel tidak menerima oksigen, bekalan nutrisi, sisa metabolik tidak dapat disingkirkan, sel-sel mengalami degradasi, penuaan, karsinogenesis dan apoptosis.
Sebagai akibatnya, timbullah pelbagai jenis penyakit. Oleh kerana itu, mikrosirkulasi yang lancar akan menghasilkan sel badan yang sihat yang menentukan tahap kesihatan tubuh yang baik seterusnya menjadikan tenaga syahwat anda bertenaga kembali
KENAPA ANDA MESTI AMAL EVO7
Seks ialah satu keinginan yang timbul secara semulajdi dan ianya mesti dipenuhi tanpa mengira status seseorang, Jika tidak ia banyak memberi kesan yang negatif. Sebab itulah Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkahwin agar nafsu seks dapat disalurkan secara halal. Malah ia dijadikan syarat perkahwinan di mana sisuami wajib memuaskan isterinya. Mana-mana suami yang gagal berbuat demikian, adalah wajib untuk berubat jika tidak siisteri berhak meminta cerai. Jadi janganlah memandang ringan jika anda lemah syahwat dan gagal memenuhi tuntutan batin isteri. Dari sudut kesihatan pula, seks yang berkualiti banyak manfaatnya seperti baik untuk jantung, panjang umur, awet muda, jiwa tenang, tidur lena, elak prostat, harga diri, erat hubungan suami isteri dll. Malangnya tidak semua suami mampu memuaskan isterinya kerana lemah syahwat disebabkan faktor penyakit, peningkatan umur, penat/stress kerja, jarang/tidak eksesais, gemuk, rokok/arak dan kecederaan oleh kemalangan dll.
Selalunya suami yang bermasalah pasti akan mencari jalan keluar dengan membeli ubat-ubatan yang berlambak di pasaran. Kebanyakan ubat-ubat kuat lelaki ini sangat bahaya dan tidak mendapat kelulusan KKM. Ubat-ubat begini memang murah harganya dan cepat menjadi kerana mengandungi bahan perangsang kimia yang terlampau tinggi dosnya. Akibatnya ada yang mati mengejut jika badanya lemah/masalah jantung/orang tua atau akan pendek umur jika diambil secara berterusan. Kes terbaru ialah seorang lelaki 37 tahun mati mengejut selepas minum ubat kuat kopi jantan (METRO 19 sep 2014) Kejadian seperti ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada suami yang lemah syahwat supaya tidak mengambil ubat kuat yang tiada kelulusan KKM.
Oleh sebab itulah jika anda lemah syahwat, amallah EVO7. Produk ini telah diluluskan oleh KKM kerana bahan kandungannya 100% herba. Tanpa unsur haiwan, tanpa perangsang, tanpa kimia dan yang pentingnya tiada kesan sampingan. Pusat Racun Negara USM juga mengesahkan EVO7 bebas dari kimia. EVO7 juga dilindungi oleh insurans ALLIANZ sebanyak RM 1 juta. Ia juga mendapat sijil HALAL dari IFRC ASIA.
Sebagai pemakanan kesihatan, EVO7 bertindak dengan merawat atau mencegah penyakit-penyakit yang menyebabkan lemah syahwat seperti diabetes, darah tinggi, jantung, stroke, prostat, lelah, letih, gout dll. Apabila tahap kesihatan anda menjadi baik, secara semuladinya tenaga syahwat anda kembali bertenaga.
Tempoh rawatan dan pemulihan ini bergantung pada tahap masalah anda.. Jika penyakit kronik anda di tahap yang serius, jangkamasa untuk pulih agak lambat sedikit.. Anda perlu bersabar jika anda di dalam kategori ini. Sekiranya tahap masalah kesihatan anda ringan atau sederhana,sahaja, tempoh pemulihan menjadi lebih cepat. Anda akan berasa lebih sihat dan tenaga syahwat anda kuat kembali. Anda pasti berpuashati dengan EVO7.
ATURAN MAKAN
Jika anda mengalami masalah penyakit kronik yang agak serius, ambil 1-2 peket sehari supaya cepat sembuh.Jika masalah anda sederhana sahaja, ambil 1 peket untuk 2-3 hari sekaliJika anda tiada masalah kesihatan, ambil 1 peket 2 jam sebelum bersama isteri
Cara makan, buka peket dan terus tuang ke dalam mulut. Ia akan cair dalam masa beberapa saat. Terus telan dan sebaik-baiknya minum air selepas itu.
Masa makan, lebih kurang 30 minit selepas makan malam
TINDAK BALAS – HEALING CRISIS
Di awal pengambilan EVO7 ni, sesetengah orang akan merasa tindak balas healing crisis. Ia adalah reaksi positif yang tidak perlu dibimbangkan. Oleh itu jika anda mengalami tindakbalas healing crisis, jangan bimbang kerana ia adalah proses penyembuhan biasa. Tempoh reaksi healing crisis ini bergantung pada tahap masalah seseorang. Ia mungkin mengambil masa beberapa hari atau minggu. Sekiranya anda tidak tahan dengan reaksi healing crisis ini, anda boleh mengambil separuh peket dan banyakkan minum air kosong sehinggalah anda rasa selesa.
SOALAN LAZIM
EVO 7 itu ubatkah?
Tidak, EVO 7 bukanlah ubat. Ia adalah makanan tambahan yang seharusnya diamal setiap hari. EVO 7 menggunakan nano-tech atau ukurannya diperkecil satu per 10.000 dari helai rambut kita.
Bolehkah EVO7 Menyembuhkan Berbagai Macam Penyakit ? Betul kah?
Ya, boleh sebab EVO 7 berfungsi memperbaiki tisu dari kerosakan pada tubuh kita. Ilustrasi jika kita sakit kepala lalu mengambil ubat sakit kepala. Apa yang berlaku, sakitnya akan reda disebabkan paracetamol yang mampu mengurangi rasa sakit namun penyakitnya tetap ada.
Adakah ia mengandungi kimia berbahaya? EVO 7 terdiri dari buah-buahan pilihan tanpa mengandung unsur haiwan, tanpa perangsang, tanpa zat kimia, dan tidak menyebabkan efek sampingan.
Apakah EVO 7 ini UBAT KUAT LELAKI?
Tidak, EVO 7 bukanlah “ubat kuat” tetapi ia dapat meningkatkan kejantanan dan keperkasaan lelaki. Ia dapat mengatasi lemah syahwat dan dapat bertahan lama walau pun seseorang itu menghidap penyakit-penyakit kronik . Ubat Kuat Lelaki kebanyakanya terdiri dari bahan kimia berbahaya. Ia akan meningkatkan denyutan jantung, meningkatkan risiko stroke dan dapat menyebabkan kematian. Dan pengambilannya secara berterusan akan membuatkan seseorang itu makin lemah.
EVO 7 bertindak dengan membersihkan saluran mikrosirkulasi anda dengan membuang toksin-toksin, melunturkan lemak dan trigeliserida dalam pembuluh darah sehingga mempercepat aliran darah dan menurunkan kolesterol dan lemak jahat. Hasilnya anda akan menjadi sihat. Tubuh yang sihat mampu meningkat hormon lelaki yang membuat anda tenaga seks anda kuat kembali sehingga mampu memuaskan isteri. Setiap lelaki sudah pasti ingin membahagiakan pasangan dan menjadi laki-laki sejati. Pengambilan EVO 7 mampu membuat anda bertahan lebih lama pada saat berhubungan seks dengan isterinya tanpa merasakan jantung berdebar seperti yang ada pada ubat kuat.
CEPAT DAPATKAN SEKARANG !!
Produk ini mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan HALAL. Malah keputusan makmal juga menunjukkan produk ini tiada racun terlarang, dadah, bahan kimia serta ubat-ubatan yang dilarang.
Produk ini terbukti mampu untuk merawat pelbagai penyakit kronik seperti :-
✅ Kencing manis
✅ Darah tinggi
✅ Kolestrol
✅ Penyakit Gout
✅ Kebas kaki tangan
✅ Masalah urat saraf
✅ Sakit sendi
✅ Kencing tak lawas
✅ Lemah tenaga batin
✅ Lambat terangsang sex
✅ Cepat terpancut air mani
✅ Mudah tewas di ranjang
Kami telah membantu mengembalikan tenaga lelaki perkasa dengan EVO7
Dengan satu produk EVO7 mampu merawat berbagai jenis penyakit kronik. Mengapa anda tidak mahu mencuba jika anda ada masalah tenaga batin sejak sekian lama?
Bagaimana rasa dari produk EVO 7. Pahit atau Manis?
Rasa EVO 7 sangat lazat sehingga disukai banyak orang. Rasanya seperti lemon menjadikan iaya produk yang enak tetapi sihat..
Hubungi kami demi kesihatan anda.
Anda tak perlu risau, sudah terbukti amat berkesan! Produk ini dalam bentuk serbuk.
Harga yang kami tawarkan untuk sekotak EVO7 (lelaki) atau pun EVO8 (wanita) :-
✅ RM180 (Semenanjung Malaysia)
✅ RM190 (Sabah Dan Sarawak)
✔ Harga termasuk Caj penghantaran
Beli 2 kotak diskaun ditawarkan
🔴 Sekotak ada 15 sachet in
🔴 Guna 2 hari sekali (sebulan)
🔴 Letak bawah lidah (biar larut)
KUALA LUMPUR - Putrajaya melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengkaji semula waktu operasi premis makanan supaya tidak lagi terhad hingga 8 malam seperti ditetapkan SOP.
Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, kajian itu dibuat berikutan terdapat rungutan orang ramai yang meminta operasi dibuka hingga 10 malam.
“Ramai merungut mint kedai makan dan restoran dilanjutkan dari 6 pagi ke 10 malam. Apabila ditutup 8 malam sukarkan mereka dapatkan makanan,” katanya pada sidang media.
Ismail berkata, disebabkan itu mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet meminta MKN dan KKM mengkaji perkata dicadangkan itu.
Katanya, ini disebabkan terdapat kesan jika kedai makan dilanjutkan operasinya.
“Maka operasi lain juga meminta supaya mereka juga dibenarkan operasi hingga 10 malam. Perkara itu dibincagkan dan akan diputuskan segera,” katanya.
Sebelum ini, Ismail mengumumkan majoriti perniagaan di kawasan perintah kawalan pergerakan (PKP) dibenarkan beroperasi dari 6 pagi hingga 8 malam.
Ini termasuk kedai runcit dan serbaneka, penjaja tepi jalan, medan selera dan restoran.
Beliau juga menegaskan, pelanggan tidak boleh makan di dalam premis, dan hanya perkhidmatan penghantaran, pembungkusan dan pandu lalu dibenarkan. #sumber
KUALA LUMPUR - Perhimpunan Agung UMNO 2020 yang dijadualkan pada 30 dan 31 Jan ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak berikutan proklamasi darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bagaimanapun, Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Presiden parti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersetuju pemilihan UMNO bagi semua peringkat diteruskan pada tarikh yang sesuai tahun ini.
“Kesemua ahli UMNO diingatkan agar sentiasa mematuhi SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan bagi mengekang penularan COVID-19,” katanya dalam kenyataan.
Ahmad turut mengingatkan semua ahli UMNO supaya sentiasa menumpukan perhatian kepada isu membela dan membantu rakyat ketika situasi mencabar sekarang. #sumber
PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama 14 hari di enam negeri berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam 22 Januari hingga 4 Februari.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, enam negeri terbabit ialah Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Perlis.
"Kerajaan sebelum ini mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di negeri-negeri terbabit.
"Bagaimanapun berdasarkan nasihat dan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mesyuarat bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri-negeri terbabit," katanya pada sidang media, hari ini.
Ismail Sabri berkata, status terkini di Kedah menunjukkan berlaku peningkatan kes menerusi beberapa kluster di dalam komuniti.
"Di Perak, KKM mengesahkan lapan dari 12 daerah perak merekodkan lebih dari 40 kes selain selain terdapat kes bertaburan hasil saringan daripada kontak rapat.
"Di Negeri Sembilan, KKM mengesahkan purata kes positif Covid-19 adalah melebihi 140 kes," katanya.
Menurutnya, Pahang pula berpotensi berlaku peningkatan kes menerusi saringan yang dijalankan.
"Terengganu pula secara keseluruhan mencatatkan 875 kes dan disahkan mempunyai penularan tempatan yang tinggi.
"Bagi Perlis, KKM mengesahkan terdapat jangkitan dalam komuniti dan daerah Kangar kini menjadi zon merah," katanya.
Katanya, sehubungan dengan itu atas nasihat dan penilaian risiko semua enam negeri terbabit dikenakan PKP bermula 22 Januari sehingga 4 Februari ini.
"Ini bermakna seluruh negara berada dalam PKP kecuali Sarawak," katanya. #sumber
PUTRAJAYA -- Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) melalui kerjasama dengan industri perbukuan negara menyumbangkan bantuan dan sumbangan buku bernilai RM211,370 kepada perpustakaan sekolah di beberapa daerah di Pahang yang terjejas teruk akibat banjir.
Urusetia Tetap MBKM Mohd Khair Ngadiron berkata pengurusan bantuan dan sumbangan tersebut adalah inisiatif Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi meringankan beban mereka yang menghadapi musibah banjir dalam lingkungan akses pendidikan.
"Usaha ini adalah hasil sumbangan dan kegigihan industri yang mahu melihat pemulihan berlaku dalam kadar segera dan konsisten demi kelangsungan proses pendidikan anak-anak," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebanyak 12 syarikat buku yang menghulurkan bantuan dan sumbangan buku tersebut ialah PNI Neuron (M) Sdn Bhd, Dewan Bahasa dan Pustaka, Sasbadi Sdn Bhd, Aras Mega (M) Sdn Bhd, Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd, PTS Media Group Sdn Bhd, Institut Terjemahan dan Buku Malaysia, Galeri Ilmu Media Group, Penerbitan Kata Pilar (M) Sdn Bhd, NUHA Creative Resources, Integra Creative Media Sdn Bhd dan Penerbitan Pelangi. #sumber
KUANTAN, -- Sebanyak 89 fasiliti kesihatan di Pahang terjejas oleh banjir yang berlaku baru-baru ini dengan 16 daripadanya ditenggelami air, kata Pengarah Kesihatan Pahang Datuk Dr Bahari Awang Ngah.
Beliau berkata fasiliti yang dinaiki air ialah klinik kesihatan dan klinik desa di Temerloh, Bera, Lipis, Maran, Pekan serta Raub, manakala baki 73 lagi terputus hubungan apabila laluan terpaksa ditutup akibat ditenggelami air.
"Walaupun terjejas banjir, operasi fasiliti terlibat masih diteruskan dengan menumpang di klinik kesihatan atau klinik desa, masjid atau bangunan sekolah berhampiran supaya penduduk tidak terlepas temu janji penting atau dalam situasi kecemasan.
Daerah Temerloh yang teruk dilanda banjir mencatatkan jumlah fasiliti paling banyak terjejas iaitu 25 buah termasuk 17 klinik desa, lima klinik kesihatan dan sebuah makmal pemakanan di Mentakab," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Dr Bahari juga memaklumkan sepanjang banjir melanda, 97 petugas Jabatan Kesihatan Negeri Pahang (JKNP) turut menjadi mangsa banjir manakala 410 orang lagi berdepan masalah untuk keluar bertugas kerana laluan terputus hubungan.
Mereka yang terputus hubungan bagaimanapun kekal berkhidmat sama ada di lokasi penugasan asal atau melaporkan diri di klinik kesihatan berhampiran, menjadikan jumlah kakitangan JKNP yang berkhidmat sepanjang banjir seramai 15,549 orang di seluruh negeri.
"Sepanjang banjir, kita juga menghantar pasukan perubatan ke pusat pemindahan sementara (PPS) bagi tujuan pemeriksaan dan rawatan, menguruskan saringan kes COVID-19 manakala pasukan kesihatan bertugas memeriksa aspek kebersihan, memantau kualiti air minum dan menyiasat kejadian kes berjangkit jika ada, supaya langkah pencegahan boleh dilakukan segera.
"Bagi operasi pascabanjir, pasukan kesihatan akan meneruskan kerja seperti penilaian risiko penyakit bawaan air, menjalankan kerja pengklorinan sumber bekalan air dan memantau kebersihan premis makanan bagi menentukan premis terlibat selamat untuk beroperasi semula," katanya.
Menurutnya sepanjang banjir berlaku, sebanyak 20 pusat kuarantin mangsa banjir diwujudkan di seluruh Pahang bagi menempatkan kontak rapat COVID-19 sebagai langkah berwaspada dengan lima daripadanya, iaitu masing-masing satu di Lipis, Temerloh, dan Pekan serta dua di Jerantut, menerima 35 individu yang dikenal pasti sebagai kontak rapat.
Sepanjang tempoh itu juga JKNP memantau keberadaan 91 individu kontak rapat yang menjalani kuarantin kendiri di rumah di lokasi berisiko banjir supaya operasi pemindahan mereka dapat dilakukan secepat mungkin jika keadaan memerlukan, katanya. #sumber
PEKAN - Penduduk kampung Padang Rumbia dekat sini yang terjejas banjir, namun dinafikan hak mendapat bantuan dari Pusat Pemindahan Sementara (PPS) merayu Ketua Kampung itu Haji Mohd Basari Abd Malik (foto) , bertindak adil terhadap mereka.
Menurut salah seorang penduduk terbabit, mereka sudah melalui detik ini sejak semian lama sebenarnya. Malah mereka juga faham dan mahu keadilan ditegakkan terhadap semua mangsa banjir, bukan sekadar yang berada di PPS.
Kisah Tok Empat ini tiada kesudahannya jika beliau tidak digantikan dengan individu yang lebih berwibawa dan berintegriti.
Pagi tadi, satu laporan polis telah dibuat susulan tindakannya arahkan ibu saudara beliau menghalau seorang ibu tunggal dengan anak OKU dari Perumahan Pusat Komuniti Bersepadu hanya kerana ada pihak yang bertanyakan bantuan banjir.
Laporan telah dibuat oleh wanita terbabit di Pondok Polis Padang Rumbia. Difahamkan polis membawa mangsa ke PPS untuk berbincang dengan Penghulu dan Tok Empat terhadap aduan yang sedang viral sekarang ini. Mangsa kemudian membuat satu lagi laporan polis di Balai Polis Paloh Hinai.
Tidak diketahui apakah butir-butir laporan yang dibuat setakat ini.
Sementara itu, seorang penduduk mendakwa memang sudah lama sikap beliau tidak disenangi oleh penduduk kampung.
"Beliau gemar memilih kroni dan proksinya dalam agihan apa saja bantuan kerajaan. Dia tergamak menafikan hak penduduk asal Kampung Padang Rumbia hanya kerana mahu menjaga penyokongnya sahaja.
"Saya menggesa wakil rakyat menggantikan beliau dengan individu lain, jika tidak mahu kehilangan banyak undi di DUN Bebar pada PRU-15 nanti. Lantiklah orang yang lebih dipercayai dan dihormati penduduk. Zaman Dato' Sahak dulu tak berlaku macam ni," tambah beliau lagi. #PahangDaily
PEKAN - Mangsa banjir di Kampung Padang Rumbia dekat sini, semakin hairan dengan sikap 'tok empat' kampung itu yang terusan bertindak zalim terhadap penduduk hanya kerana menuntut hak bantuan banjir.
Terkini, satu sumber mendedahkan beliau telah menggunakan kuasanya mengarahkan seorang ibu tunggal bersama anaknya yang Orang Kurang Upaya (OKU) berusia dalam lima tahun keluar dari kediaman di kawasan Perumahan Pusat Komuniti Bersepadu di kampung itu.
Menurut sumber, ibu tunggal dengan anaknya diarah mengosongkan rumah terbabit oleh ibu saudara 'Tok Empat'. Mereka kini semakin menunjukkkan kuasa dan rakus untuk menafikan hak sebahagian penduduk kampung.
"Ada NGO nak hantar barang banjir kepada ibu tunggal dan anaknya. Namun tok empat arah ditinggalkan di PPS supaya mereka boleh agihkan. NGO tidak yakin dengan PPS sebab dah banyak isu yang didedahkan oleh penduduk kampung tentang sikap tok empat yang 'pilih kasih' dalam membuat agihan. Namun atas arahan barangan ditinggalkan juga di PPS.
"Wakil NGO menghubungi ibu tinggal terbabit untuk bertanyakan adakah barangan sudah diterima. Namun jawapan cukup menghampakan, mungkin PPS beri kepada kroni mereka. Lantaran itu NGO telah menghubungi dan bertanya kepada tok empat, kenapa barangan tidak diterima oleh ibu tunggal?," kata sumber itu
Namun dakwanya, tok empat kemungkinan menjadi marah dan arahkan ibu saudaranya menghalau ibu tunggal dari rumah tersebut.
Sungguh sedih melihat adengan ini, ke mana ibu tunggal itu mahu pergi. Sudahlah barang banjir tidak diagihkan kepadanya, kini dia dan anaknya yang OKU pula dihalau keluar.
Tindakan ini sudah keterlaluan, anehnya pihak atasan memejamkan mata dan membiarkan saja tok empat Kampung Padang Rumbia berkuasa tanpa mahu siasat atau dapatkan maklumat daripada penduduk yang teraniaya.
Kerajaan digesa siasat segera dakwaan ini kerana sikap pemimpin bawahan yang tidak berlaku adil kepada rakyat akan menyebabkan imej dan nama kerajaan itu sendiri tercalar akhirnya. #PahangDaily
KUALA LUMPUR -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bagi mengurangkan beban dihadapi rakyat dan ketahanan ekonomi ketika negara sedang berdepan penularan pandemik COVID-19.
Muhyiddin berkata pakej bantuan PERMAI yang memperuntukkan sejumlah RM15 bilion, antara lain mempunyai 22 inisiatif bermatlamat untuk memerangi wabak COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.
“Kerajaan telah berkali-kali membuktikan bahawa kita tidak akan berkompromi dalam memastikan kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan dan ketahanan ekonomi,” katanya dalam pengumuman khas pakej bantuan PERMAI yang disiarkan secara langsung di stesen televisyen serta platform media sosial.
Muhyiddin berkata di bawah matlamat memerangi wabak COVID-19, kerajaan telah menyediakan dana tambahan sebanyak RM1 bilion merangkumi hampir RM800 juta kepada Kementerian Kesihatan dan selebihnya kepada Majlis Keselamatan Negara serta agensi lain.
Perdana menteri berkata penyediaan peruntukan itu menumpukan kepada bekalan, antaranya tambahan reagen dan kit saringan serta peralatan perlindungan diri (PPE) terutamanya kepada petugas kesihatan.
Di bawah matlamat ini juga, beliau berkata perancangan program vaksinasi negara adalah ‘on-track’ dengan kerajaan telah menandatangani tiga perjanjian dengan syarikat pengeluar vaksin dan bekalan vaksin pertama dijangka diterima negara pada penghujung Februari.
“Melalui Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 yang telah ditubuhkan, kerajaan akan memastikan ketelusan perolehan vaksin dan Program Imunisasi Kebangsaan akan diberi perhatian utama melibatkan dana sebanyak RM3 bilion untuk tujuan ini,” katanya.
Muhyiddin menegaskan garis panduan dan kaedah penentuan bagi individu yang perlu menerima vaksin akan dihebahkan dan program vaksinasi tersebut dijangka berjalan secara berperingkat sehinggalah tempoh keseluruhannya selama 12 bulan.
“Ini bermakna, kumpulan pertama yang dijangka menerima vaksin adalah pada awal Mac dan dapat meliputi lebih 80 peratus atau hampir 27 juta penduduk Malaysia menjelang suku pertama 2022,” kata perdana menteri.
Muhyiddin berkata bagi inisiatif Mengukuhkan Sistem Kesihatan Negara, kerajaan akan menambah lebih 3,500 anggota kesihatan yang akan mula bertugas pada hujung bulan ini, dengan peruntukan tambahan sebanyak RM150 juta.
“Ini terdiri daripada penolong pegawai perubatan, paramedik, juruteknologi makmal dan jururawat.
“Saya memberi jaminan sekiranya terdapat keperluan akan datang dan bagi menggerakkan program imunisasi kelak, kerajaan bersedia menambah pengambilan baharu,” katanya.
Perdana menteri berkata seperti diumumkan dalam Belanjawan 2021, pemberian ‘one-off’ atau sekali sebanyak RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan dan RM300 kepada petugas barisan hadapan yang lain akan mula dibayar dalam suku tahun pertama tahun ini.
Sementara bayaran bulanan sedia ada yang diterima sebanyak RM600 oleh petugas barisan hadapan kesihatan dan RM200 oleh petugas barisan hadapan yang lain akan tetap diteruskan sehingga wabak COVID-19 berakhir, kata Muhyiddin.
Selain itu, Muhyiddin berkata hospital swasta telah bersetuju untuk menerima dan merawat pesakit COVID-19 dan bukan COVID-19 bagi meringankan tekanan kepada sistem kesihatan awam dan kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta bagi tujuan tersebut.
Beliau berkata bagi inisiatif memperkukuh saringan kesihatan pekerja, kos saringan COVID-19 akan ditanggung sepenuhnya Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di zon-zon merah, selain pelepasan cukai bagi bayaran ujian pengesanan COVID-19 untuk menyokong lebih banyak individu membuat ujian saringan dan pengesanan virus itu secara persendirian.
Bagi aspek bayaran Bantuan Prihatin Rakyat, Muhyiddin berkata bayaran fasa terakhir Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 akan dipercepatkan mulai 21 Jan melibatkan 11.1 juta penerima dengan peruntukan sebanyak RM2.38 bilion.
Sementara di bawah inisiatif memperkukuh program kebajikan, perdana menteri berkata kerajaan telah meningkatkan kadar bantuan bulanan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkuat kuasa bulan ini, manakala Program Bakul Makanan akan segera dilaksanakan selain potongan cukai kepada penyumbang bantuan kebajikan.
Dalam perutusan kira-kira 40 minit itu, Muhyiddin turut menggariskan matlamat ketiga berkaitan menyokong kelangsungan perniagaan yang antara lain menambah baik Program Subsidi Upah 3.0 di bawah Perkeso dan meneruskan Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada peniaga dan penjaja di Sabah.
“Kerajaan akan memperluaskan bantuan GKP Tambahan ini kepada 500,000 PKS di tujuh negeri PKP dengan bayaran RM1,000, manakala 300,000 PKS di negeri lain akan menerima RM500. Perluasan inisiatif itu melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM650 juta.
“Namun, sekiranya terdapat negeri yang berubah menjadi zon merah dan diisytiharkan PKP, kerajaan sedia membantu dengan menyalurkan bantuan tambahan kepada PKS di negeri tersebut dengan serta merta,” katanya.
Pakej bantuan PERMAI ini merupakan inisiatif kelima dilaksanakan kerajaan dalam membantu rakyat sejak PKP pertama kali dikuatkuasakan pada Mac tahun lepas.
Kerajaan sebelum ini melaksanakan Bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) melibatkan peruntukan RM250 bilion pada Mac 2020 dan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN Tambahan) sebanyak RM10 bilion pada April 2020.
Selain itu, turut diumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) melibatkan perbelanjaan sebanyak RM35 bilion pada Jun lepas, selain Pakej Kerangka Inisiatif Tambahan Prihatin (KITA Prihatin) dengan peruntukan RM10 bilion pada September lepas.
Bagi memudahkan akses kepada maklumat mengenai semua inisiatif dan bantuan yang telah tersedia, orang ramai boleh melayari PORTAL MANFAAT BELANJAWAN 2021: belanjawan2021.treasury.gov.my/manfaat/. #sumber
KUALA LUMPUR -- Mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan bagi mencabar proklamasi darurat yang diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong, kata peguam kanan Mohamed Haniff Khatri Abdulla.
Beliau berkata ini adalah berdasarkan peruntukan di bawah Perkara 150 (8)(b) Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 150(8)(b) memperuntukkan bahawa “tiada mahkamah boleh mempunyai bidang kuasa untuk melayan atau memutuskan apa-apa permohonan, soal atau prosiding, dalam apa-apa jua bentuk, atas apa-apa alasan, mengenai kesahan proklamasi darurat.”
Haniff Khatri berkata permohonan cabaran itu sepatutnya ditumpukan kepada ‘nasihat’ perdana menteri dan bukan terhadap proklamasi darurat.
"Bagi saya, secara jujur, peruntukan sedemikian (Perkara 150 (8)) akan menjadikan permohonan itu amat sukar dilayan oleh mahkamah, meskipun jika anda mencabar nasihat yang diberikan (perdana menteri), kerana mahkamah akan memutuskan bahawa jika kami mendengar permohonan ini, secara tidak langsung kami melayan permohonan bagi mencabar Proklamasi Darurat.
"Situasi mengenai perkara ini tidak jelas kerana belum terdapat kes dari segi undang-undang," katanya ketika dihubungi Bernama. #sumber
PUTRAJAYA -- Permohonan bagi mendapatkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM500 kepada pemandu bas dan teksi yang diumumkan di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), boleh dibuat menerusi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam kenyataan hari ini berkata maklumat lanjut mengenai perkara itu akan dimaklumkan oleh APAD dalam masa terdekat.
"Sehingga kini, rekod terdahulu menunjukkan terdapat kira-kira 600 pemohon yang layak tetapi masih belum berdaftar dengan APAD, sekali gus menyukarkan proses penyaluran bantuan dibuat," katanya.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan PERMAI yang bernilai RM15 bilion dengan 22 inisiatif, berteraskan kepada tiga matlamat utama iaitu memerangi wabak COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.
Antara inisiatif bagi pemain industri pengangkutan termasuk bantuan one-off berkenaan yang akan memanfaatkan 14,000 pemandu pelancong serta 118,000 pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing dengan peruntukan tambahan sebanyak RM66 juta.
Selain itu, kerajaan turut memberi pengecualian duti eksais dan cukai jualan bagi tujuan pindah milik, pelupusan dan kegunaan persendirian teksi dengan syarat kenderaan dimiliki selama lima tahun, berbanding tujuh tahun sebelum ini.
Syarikat jaminan pinjaman perniagaan akan memperkenalkan Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi yang memberi jaminan 50 peratus ke atas pinjaman bagi bas terpilih seperti bas persiaran dan teksi daripada syarikat sewa beli dan pajakan.
Ia membolehkan pengusaha bas dan teksi menstruktur semula pinjaman mereka serta menikmati moratorium selama 12 bulan dan pembayaran balik bulanan yang lebih rendah.
Wee berkata pakej itu diharap memberi kelegaan dan nafas baharu kepada kepada pemain-pemain dalam industri pengangkutan dalam mengharungi waktu sukar akibat pandemik COVID-19. #sumber
PEKAN - Seorang penduduk Kampung Padang Rumbia dekat sini mendedahkan sikap sebenar 'Tok Empat' kampung terbabit yang sudah tidak dapat lagi dipertahankan.
Beliau yang juga salah seorang mangsa banjir di PPS kampung terbabit, bersimpati dengan nasib 40 orang penduduk kampung itu yang dinafikan hak untuk menerima bantuan.
"Tok Empat rela pindahkan keluarga dari Rumah 50 ke PPS, walau pun kawasan itu tidak terlibat banjir sepenuhnya jika dibandingkan dengan rumah mangsa yang berada di tebing sungai.
"Saya lihat sendiri, air hanya naik dekat longkang dan langsung tidak menjejaskan kehidupan penduduk. Jika jalan terputus, itu munasabah. Namun, di Rumah 50, awal-awal banjir sudah diarahkan berpindah ke PPS oleh Tok Empat kerana penduduk di situ adalah penyokongnya, " dakwa beliau.
Beberapa bukti bergambar disertakan untuk menguatkan lagi dakwaan beliau itu. Katanya, dia hairan sejak sekian lama Tok Empat asyik 'pilih kasih' dan 'pilih bulu' dalam agihan bantuan kepada penduduk.
"Air longkang naik sekejap, melimpah tak sampai pun paras buku lali, tapi penduduk dipindahkan. Sebaliknya mangsa lain yang air baik lebih dari satu meter dinafikan hak," katanya.
"Sudah tiba masa saya terpaksa dedahkan, sebab tak tahan melihat sikap beliau. Malah ada barangan yang dihantar oleh NGO hanya diagihkan kepada kroni beliau sahaja. Ini belum termasuk, peruntukan kewangan.
"Saya lihat jika ADUN Bebar, masih terpedaya dengan mainan politik Tok Empat ini, mungkin PRU-15 nanti beliau akan kehilangan banyak undi dari rakyat marhaen. Sewajarnya, Tok Empat yang khianat rakyat ini ditukarkan. Dah terlalu lama beliau bermaharajalela dengan tindakan berat sebelah kepada penduduk di kampung ini, " dakwa beliau lagi. #PahangDaily
PEKAN - Penduduk Kampung Padang Rumbia dekat sini, yang terjejas banjir dan dinafikan hak untuk menerima bantuan daripada PPS 'terkejut' dengan penafian yang dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar, Dato' Hj Mohammad Fakhruddin Md Ariff yang mendakwa isu itu tidak berasas.
Mereka terkilan kerana pemimpin terbabit tergamak hanya mendengar kenyataan 'Tok Empat' sahaja, tanpa bertemu dengan mereka untuk mendapatkan kepastian. Sepatutnya beliau (YB) turut bersemuka dengan mangsa banjir yang berkenaan, agar tidak 'bias' dan membuat keputusan.
Terdahulu Fakhruddin dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman portal Pahang Media, mendakwa kononnya isu 40 keluarga di kampung terbabit adalah fitnah semata-mata.
Malah, beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang turut mendakwa setiap penduduk yang dikenal pasti berpindah atau tidak ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah menerima bantuan yang diperuntukkan.
ADUN terbabit juga turut mendakwa tuduhan terbabit adalah tidak bertanggungjawab dan sekadar fitnah semata-mata. Katanya, beliau telah turun ke setiap rumah penduduk untuk mengagihkan bantuan banjir, selebihnya diuruskan oleh JKKK kampung berkenaan
Paling mengejutkan beliau mendakwa isu ini dibangkitkan oleh pihak tertentu untuk mencalarkan imej Kerajaan Negeri, Wakil Rakyat dan JKKK sebenarnya..
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, seorang mangsa yang tidak mendapat bantuan terbabit berkata, beliau terkejut dengan kenyataan wakil rakyat tersebut yang jelas tidak berpijak di bumi yang nyata.
"Kami alami dan lalui, maka kami memahami situasi. Isu ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan sesiapa tetapi kami hanya mahu menuntut keadilan. Kami juga rakyat dan mangsa banjir yang perlu dibela. Kenapa harus diabaikan.
"Kami ada bukti, mereka (JKKK) memindahkan ramai penduduk yang tidak terjejas banjir ke PPS... hanya sekadar air longkang naik sekejap ke paras buku lali. Sedangkan rumah kami air naik hingga melebihi satu meter dalamnya. Bila kami nak daftar di PPS, mereka dakwa sudah penuh.
"Malah kami juga ada banyak bukti, bukan setakat gambar tapi video kenyataan mangsa yang tidak mendapat bantuan ini. Ia soal keadilan untuk rakyat ketika ditimpa musibah. Perkara ini sudah lama berlaku, setiap kali musim banjir," katanya.
Tambah beliau lagi, sebagai pemimpin ADUN Bebar sepatutnya turut mendengar luahan hati rakyat yang mengadu, bukan sekadar percaya bulat-bulat dengan laporan 'Tok Empat' di PPS.
"Tentang dakwaan Yang di-Pertuan Agong datang mengejut ke PPS, maka kami tidak sempat dimaklumkan juga adalah bohong. Satu kampung sudah tahu, Tuanku dan Raja Permaisuri Agong akan datang ke kampung itu lebih awal. Nampak benar YB ditipu oleh Tok Empat sebenarnya," tambah beliau lagi.
Sementara itu, bekas pemimpin UMNO Pekan pula mendakwa kenyataan Fakharuddin boleh memakan diri menjelang PRU-15 nanti. Beliau tidak sepatutnya mendengar kenyataan oleh sebelah pihak sahaja dan percaya bulat-bulat. Walhal isu penyelewengan dalam agihan bantuan banjir ini sememangnya telah berlaku sejak sekian lama.
"Datuk Najib, hampir tewas pada PRU-10 lalu ditangan PAS kerana benda macam inilah. Najib percaya bulat-bulat kepada pemimpin bawahan. Bila turun padang, semua beres belaka, walhal apa yang berlaku adalah sebaliknya. Mujur menang tipis, kalau tidak dah lama Parlimen Pekan ditawan dek PAS,.
"Sebagai wakil rakyat, sepatutnya keluarkan kenyataan yang tidak menyinggung hati dan perasaan rakyat. Beliau boleh berkata mahu siasat dan jika ada yang terlepas pandang, akan diambil tindakan atau turun berjumpa dengan 40 keluarga berkenaan mohon maaf dan berikan bantuan yang sepatutnya. Bukan terus menafikan serta mendakwa isu ini hanya fitnah yang sengaja diada-adakan.
"Jangan kaitkan politik, sebab ramai yang tak dapat itu adalah ahli PAS sebenarnya. Ingat, ahli keluarga YB sendiri ramai ahli PAS. Siapa yang berpolitik dalam isu ini?. Kenapa harus berdendam dengan rakyat marhaen," katanya.
Difahamkan, ramai dikalangan mereka yang menjadi mangsa cuba mendaftar di PPS pada awalnya, namun akibat khemah tiada dan terpaksa tidur bergelimpangan maka bagi kaum wanita dan warga emas, mereka lebih selesa pulang ke rumah kerana pada awalnya air banjir masih tidak dalam.
Menurut seorang mangsa lagi, mereka datang semula ke PPS bila air naik. Namun, nama mereka sudah dipadamkan dari senarai.
"Jika ada khemah, kami tak balik rumah. PPS lambat sediakan kemudahan... kami balik dululah. Bila datang semula, mereka kata dah penuh. Mereka tak utamakan kami penduduk asal kampung tersebut tapi memasukkan mangsa dari kampung lain. Sepatutnya utamakan penduduk kampung sendiri," katanya.
"Kami hairan dengan sikap Tok Empat, rela menipu YB dan pilih kasih dalam agihan bantuan. Walhal kami mangsa yang wajar diberikan bantuan kerana rumah kami naik air lebih dalam kerana berada di tebing sungai. Kenapa beliau zalim terhadap kami?," tambah beliau lagi.
Sementara itu, banyak lagi aduan tentang" Tok Empat" Kampung Padang Rumbia yang didedahkan oleh penduduk. Mereka hairan, kenapa wakil rakyat harus percaya kepada beliau yang jelas gagal menjalankan tugas yang diamanahkan dengan betul itu. Hanya Allah saja yang lebih mengetahui. #PahangDaily
Jun Hao perlu buktikan kemampuan
-
LEONG Jun Hao masih menjadi sandaran utama perseorangan lelaki negara,
namun status itu perlu dibuktikan menerusi keputusan lebih meyakinkan
selepas pema...
Anwar's political needs.
-
1. When I was a 6th former, our economics teacher gave us a homespun wisdom
which i remember till today 2. Studying economics is like putting up a
brick wa...
[Autosaved] WZWH Mula Menulis…
-
Sudah lama WZWH tidak berblog
WZWH mula menulis…
Sekarang Perang US-Israel VS Iran. Ganggu keamanan dan ekonomi dunia
Sudah tentu beri kesan kepada Malay...
EMPAT PAHLAWAN MELAYU KELAHIRAN BUMI PAHANG
-
PAHLAWAN MELAYU
NAMA-NAMA PENDEKAR KELAHIRAN BUMI PAHANG
1. Dato' Bahaman
Nama sebenar: Abdul Rahman bin Tuanku Imam Nuh.
Asal: Semantan, Temerloh, Paha...
#BUBARPARLIMEN MALAYSIA BUKAN DIA PUNYA!!!
-
Percaturan yang direncanakan sebelum ini GAGAL memenuhi kehendak Mahathir
apabila gabungan PAS dan UMNO serta komponen lain dalam Muafakat Nasional
menar...