script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Kerajaan UMNO BN Tipu Rakyat Lagi, 300 Orang Asli Kampung Tanam Di Rompin Berpiket Membantah Ladang Sawit Mereka Di Musnahkan

ROMPIN, 7 Julai - Kira-kira 300 Orang Asli Kampung Tanam (foto) mengadakan piket pagi ini bagi membantah tindakan Pejabat Tanah Dan Galian Pahang (PTG) dan Pejabat Tanah Dan Daerah Rompin yang mahu memusnahkan kawasan ladang sawit seluas 400 hektar yang diusahakan mereka. Bantahan tersebut dibuat akibat rasa tidak puas hati mereka dengan janji-janji palsu kerajaan UMNO BN untuk membela mereka selama ini. Untuk makluman, Parlimen Rompin adalah diwakili oleh Jamaluddin Jarjis yang kini menjadi Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat. Sebelum ini banyak pihak yang percaya bahawa kerajaan begitu prihatin terhadap permasalahan orang-orang asli di kawasan ini. Malahan terdapat maklumat ada dikalangan orang asli yang dihadiahkan tanah pertanian dan penternakan oleh kerajaan supaya mereka kekal mengundi BN dalam pilihanraya umum akan datang. Namun, terdapat maklumat juga tanah-tanah itu kini banyak yang menjadi milik tokey-tikey Cina yang mengambil kesempatan untuk berkahwin dengan orang asli terbabit semata-mata mahukan tanah tersebut. Malah, kawasan Rompin kini banyak kawasan tanah terjual begitu sahaja kepada orang asing akibat kecuaian Kerajaan Negeri Pahang yang meluluskan banyak projek untuk mereka. Jamaluddin Jarjis juga dikatakan menjadi penyebab mengapa begitu banyak tanah-tanah di Rompin yang terjual kepada orang asing. Inilah sikap pemimpin UMNO yang sanggup mengadaikan negara demi kepentingan peribadi masing-masing. Oleh itulah, kita tidak hairan orang Asli Kampung Tanam ini akhirnya ditipu hidup-hidup oleh mereka.

[Sememangnya kes-kes penipuan tanah orang Asli ini memanh sudah menjadi lumrah kerajaan UMNO BN. Mereka hanya perlukan orang asli untuk undi pilihanraya semata-mata, sebaliknya kaum tersebut akan dinafikan hak dan diperlakukan sesuka hati mereka bila tiba saat yang diperlukan. Mereka tahu, untuk membeli undi orang Asli bukannha susah sangat. Sponsor dan bagi rasuah anjurkan acara sewang tiga hari tiga malam, bagi minum arak dua tiga botol dan kemudian panggil artis bersama Radio Asyik FM maka sudah pasti undi mereka dapat dibelia dengan mudah. Pendek kata orang Asli ni adalah umpan yang paling mudah buat UMNO BN untuk mengekalkan kuasa di Pahang selain dari kawasan penempatan Felda itu sendiri. Inilah hakikat sebenarnya].
Share:

4 ulasan:

  1. Salam.. Apa yang berlaku di Kg.Orang Asli Tanam sebenarnya tidak seperti yang digambarkan oleh penulis blog ini. Saya adalah di antara salah seorang yang bersama-sama masyarakat orang asli Parlimen Rompin yang telah berusaha membantu masyarakat orang asli Kg. Tanam dan merayu serta mendesak pihak kerajaan supaya menangguh proses pemusnahan tanaman sawit di dalam Projek ECER (tanaman nenas). Penduduk-penduduk kampung yang terlibat di dalam penanaman sawit ini adalah di luar daripada Kg. Tanam. Mereka terdiri daripada penduduk Kg. Kedaik, Keratong dan terdapat juga orang-orang melayu yang bukan daripada perkampungan orang asli. Jumlah keluasan tanah yang telah diterokai oleh mereka ini ada yang mencapai sehingga hampir 40 ekar seorang dan yang paling sedikit 10 ekar. Penduduk Kg. Tanam sendiri terdiri daripada hampir 70 buah keluarga. Tapi yang terlibat dengan tanaman sawit ini tidak sampai 10% mengikut pandangan Tok Batin Kg. Tanam. Tuduhan liar terhadap Ahli Parlimen Rompin, TYT Dato' Seri Jamaludin Jarjis adalah tidak benar sama sekali.. Kawasan di Kg. Tanam telah terlibat di bawah Projek ECER seluas 2000 ekar untuk tanaman nenas. Kedudukan kawasan projek ECER ini akan dikaji semula dan mungkin akan dianjakkan di luar dari kawasan penanaman sawit masyarakat orang asli. Perbincangan mengenai perkara ini sedang dijalankan oleh pihak pentadbiran daerah. Untuk makluman penulis blog, kuasa ke atas tanah adalah di bawah Kerajaan Negeri dan kuasa ini telah diberi kepada EXCO Kerajaan Negeri dan ADUN Kawasan bukan kepada Ahli Parlimen seperti yang telah digambarkan oleh penulis blog. Kalau nak marahkan nyamuk usahlah kelambu yang dibakar. Hasil bantuan dan campurtangan TYT Ahli Parlimen Rompin, dan yang penting ehsan daripada YAB Menteri Besar Pahang kerja-kerja pemusnahan tersebut telah ditangguhkan. Penulis blog juga boleh memohon tanah di Kg. Tanam kalau berkahwin dengan orang asli Kg. Tanam. Kalau di Negeri Kelantan hanya orang Kelantan sahaja yang boleh memiliki tanah di Negeri Kelantan. Tapi di Negeri Pahang, semua orang tak mengira bangsa boleh memohon tanah di Negeri Pahang samada Melayu, Asli, Cina atau India dan tak kira dari mana asal usul negerinya asalkan RAKYAT MALAYSIA. Cadangan penyelesaian di Kg. Tanam, semua tanah-tanah yang telah diteroka secara tidak sah mengikut Akta Kerajaan Negeri Pahang di dalam kawasan Kg. Tanam akan diserahkan kepada penduduk Kg. Tanam. Selain daripada penduduk Kg. Tanam, mereka akan dilantik sebagai pemaju ladang dan tanah-tanah ini akan disyorkan kepada JHEOA untuk diangkat permohonan kepada Pentadbir Tanah Daerah Rompin dan seterusnya Kerajaan Negeri. Kerajaan BN tidak pernah menipu orang asli. Segala pembangunan dan kemajuan yang dirancang selama ini adalah untuk kepentingan masyarakat orang asli itu sendiri. Tuduhan-tuduhan liar daripada penulis blog yang mengatakan kerajaan UMNO BN menaja dan merasuah dengan memberi arak kepada orang asli adalah satu fitnah dan kezaliman yang nyata daripada penulis. Hati jika busuk...busuklah yang akan keluar dari fikiran dan penulisan kita. ///...

    BalasPadam
  2. aku heran betul dengan blog pembangkang ni. semua isu nak dipolitikkan. di mana mereka ini semasa peristiwa ini berlaku. bukankah pemimpin umno/bn yang bertungkus lumus berbincang dengan pihak berkenaan supaya menangguhkan penguatkuasaan, supaya jalan penyelesaian lebih baik dapat dibuat. benarkah tanah tersebut diusahakan oleh orang miskin kampung? kalau benar, berapa ramai orang miskin terlibat? siasat dulu sebelum menulis. jangan buat fitnah. fitnah ni lebih kejam dari membunuh. kena ingat, politik ni bukan hanya diadili oleh rakyat, Allah juga menilai. fikirkanlah..
    MrR.

    BalasPadam
  3. Salam ...walaupun nama aku samun...aku tidakla se kuno penulis blok ni...dan gelap mata hati..dan tidak nampak kebaikan dlm negara kita ni..kalu kita dh banyak makan bangkai...daging segar yg di beri pun kita x mkn...asik nk cari yg busuk je...kalu dlm rumah tangga...penulis ni mcm suami yg curang...kena tengok la kebaikan yg ada...dlm isu org asli kg tanam ni..siasat dgn betul dulu baru tulis...kita ada dua biji mata...satu pandang kebaikan org dan satu lg pandang kelemahan diri sendiri...barula nilai2 yg baik masuk dlm diri..kurangkan mkn bangkai......Samun..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Dua Maut Manakala Tujuh Lagi Cedera, Termasuk Seorang Parah Dalam Kemalangan Melibatkan Tiga Kenderaan Di Chini Pekan

KUANTAN:  Dua maut manakala tujuh lagi cedera, termasuk seorang parah, dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kuantan-Segamat b...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.