KUALA LUMPUR 19 Julai - Mahkamah Tinggi akan mendengar rayuan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin terhadap penolakan permohonannya untuk mengetepikan penghakiman ingkar yang diperolehi Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya dalam kes saman malu bernilai RM100 juta pada 23 September 2010 ini. Pesuruhjaya Kehakiman, Datin Zabariah Yusof akan mendengar kes tersebut. Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Hilmiah Yusof menetapkan tarikh tersebut ketika bertemu peguam kedua-dua pihak di dalam kamar apabila kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes hari ini. Pada 31 Mei lepas, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Nazri Yahya menolak dengan kos permohonan Khairy untuk mengetepikan penghakiman ingkar yang diperolehi Anwar pada 4 Disember 2008, selepas Khairy gagal menghadirkan diri ke mahkamah. Nazri memutuskan serahan writ saman kepada Khairy adalah sah dan tidak ada merit dalam kenyataan pembelaannya. Anwar, 63, memfailkan saman itu pada 7 Mac 2008 dengan mendakwa Khairy sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO ketika itu mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya dan membawa kepada penyiaran klip video di beberapa laman web termasuk Malaysiakini.com. bertajuk Anwar and kin no threat. Anwar mendakwa kenyataan itu yang dibuat Khairy pada satu ceramah di Lembah Pantai, di sini pada 20 Februari 2008, antara lain bermaksud beliau terbabit dalam aktiviti yang bertentangan dengan Islam, tidak mempunyai perwatakan baik dan tidak layak memegang jawatan politik atau lainnya.
[Khairy kini bakal berhadapan dengan Anwar tanpa mendapat sokongan lagi daripada kerajaan UMNO BN yang menaungi beliau selama ini. Riwayat politik Khairy yang dijangka akan berakhir sebelum pilihanraya umum ke-13 iru, pasti akan menarik perhatian rakyat. Tambahan pula, Khairy sebenarnya hanya menumpang populariti bapa mertuanya Pak Lah Badawi untuk naik dulu. Makanya kini satu persatu jawatannya bakal ditarik balik termasuklah Ketua Pemuda UMNO. Terbaru, beliau tidak berani lagi untuk mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden FAM dalam pemilihan bandan induk bolasepak tanahair itu hujung bulan ini. Khairy kini menarik hari untuk dibenamkan oleh Mukhriz Mahathir yang mendapat sokongan padu daripada Perdana Menteri Najib Razak itu sendiri. Makanya, kes yang beliau hadapi dengan Anwar ini pasti akan menjadi salah satu penyebab dirinya akan tersungkur dari kancah politik].






waktu berkuasa dulu terlalu BONGKAK,ANGKUH,SOMBONG skrang nk bt cmna.nasib ko lah.apapun DSAI tetap hebat walaupun diserang kiri kanan oleh umNGOK yg x senang dgn DSAI
BalasPadam