script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontroversi: Isu Curi Pasir Selangor, Keengganan Pihak Polis Membantu Bukti Jelas Mereka Hanya Menjaga UMNO BN Daripada Kepentingan Rakyat

Rakyat di seluruh negara kini dihebohkan dengan isu curi pasir di Selangor. Seluruh mata tertumpu di sana akibat pendedahan yang cukup hebat daripada media arus perdana. Kononnya Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim gagal mentadbir negeri itu. Akibat kelemahan mengawal kes-kes kecurian pasir yang melanda. Tanpa mengetahui hakikat sebenar bahawa siapakah pencuri-pencuri terbabit dan dari manakah mereka belajar mencuri maka media menghentam Pakatan Rakyat di Selangor dengan sepuas-puasnya. Seolah-olah apa yang berlaku di Selangor tidak berlaku di negeri yang ditadbir oleh UMNO BN. Walhal, umum mengetahui segala tindak-tanduk tersebut adalah ajaran "mazhab UMNO" sendiri. Malah di Selangor ia telah bermula sejak sekian lama ketika UMNO BN berkuasa di negeri itu dulu. Sejak zaman berzaman hingga ke MB Khir Toyo isu curi pasir ini memang sengaja dibiarkan berleluasa. Malah ia jelas melibatkan orang dalam yang rapat dengan politik itu sebenarnya. Malah, kita juga hairan dengan masalah yang melanda di Selangor bila mana pihak polis kononnya tidak ada kuasa untuk campur tangan dan mengarahkan kerja-kerja pemantau dilakukan oleh pihak Majlis Tempatan sendiri. Maknanya pihak polis juga mendapat arahan daripada UMNO BN agar tidak membantu menyelesaikan masalah tersebut. Lantaran itulah kita tidak hairan mereka enggan terlibat. Jika itulah keadaannya, kita mahu tanya kenapa bila ada operasi agensi-agensi berkaitan di negeri lain pihak polis turut berkerjasama. Misalannya operasi cegah maksiat, operasi menbenteras premis haram, cetak rompak, pendatang haram tanpa izin dan sebagainya?. Kenapa tidak dilepaskan saja kepada agensi berkaitan?. Kenapa pihak polis boleh berkerjasama. Kenapa di Selangor dalam isu curi pasir, mereka enggan berkerjasama?. Polis bekerja untuk siapa sebenarnya?. Untuk rakyat atau untuk UMNO BN?.

[Tidak munasabah Penguatkuasa Majlis Tempatan dapat berhadapan dengan samseng-samseng curi pasir yang bila-bila masa sahaja boleh bertindak ganas itu. Nyawa dan keselamatan mereka akan terancam jika ia dilakukan. Makanya itulah mereka meminta kerjasama pihak polis bagi menjalankan operasi berkenaan. Tetapi, malangnya polis Selangor memberi seribu alasan untuk tidak berkerjasama dengan Kerajaan Negeri bagi menangani masalah berkenaan. Bukankah ini sesuatu yang tidak masuk akal dan ternyata polis mendapat arahan politik bagi memalukan dan menyusahkan kerajaan negeri Pakatan rakyat itu sebenarnya. Inilah motif yang mahu dimainkan oleh pihak polis yang mendapat arahan daripada orang seperti Noh Omar, Khir Toyo dan kuncunya].
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang Tahan 228 Pendatang Tanpa Izin Termasuk Tujuh Kanak-Kanak Di Jerantut, Rompin Dan Kuantan

KUANTAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 228 pendatang tanpa izin, termasuk tujuh kanak-kanak yang disyaki melakukan pelbagai kesa...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.