script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Isu Curi Pasir, Terbukti Puak-Puak UMNO BN Pimpinan Bekas MB Khir Toyo Kemaruk Untuk Rampas Kembali Kuasa Di Selangor Sebenarnya !!

Puak-puak UMNO BN ternyata benar ingin melaksanakan agenda rampasan kuasa di negeri Selangor Darul Ehsan selepas kejayaan memalukan mereka di Perak awal tahun lalu. Berbagai isu kini dimainkan bagi menunjukkan kepada rakyat Selangor akan kelemahan kerajaan negeri Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim. Terbaru, berkenaan isu "curi pasir" yang kini terus disensasikan oleh puak-puak mereka. Malah hari ini kira-kira 200 orang penyokong UMNO dan Perkasa berarak ke Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam kononnya bagi membantah cara Menteri Besar mentadbir pengeluaran negeri. Mereka begitu terdesak sekarang !! Apa saja cara mahu dipolitik dan diperbesarkan walhal isu tersebut sudah pun dijawab oleh MB Selangor itu baru-baru ini. Mereka merasakan berlaku kecuaian dan kelemahan yang amat ketara akibat tindakan mencuri pasir yang semakin berleluasa di negeri itu sekarang ini. Begitu prihatin benar pula puak-puak UMNO BN dengan kes-kes kecurian yang berlaku. Mereka seolah-olah hanya nampak kelemahan yang direka cipta daripada kejayaan yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri selama tempoh lebih dua tahun berkuasa itu sebenarnya. Paling menarik, "perompak bersiri" di Selangor iaitu Khir Toyo selaku Ketua Pembangkang juga mula berkokok seolah-olah dirinya itu "bersih sangat dari segalanya". Mereka fikir rakyat "bodoh" dan tidak bijak menilai. Pendedahan MB bahawa kerajaan Pakatan Rakyat berjaya memperolehi hasil pendapatan penjualan pasir puluhan juta setahun berbanding zaman Khir Toyo memerintah dulu, sudah cukup untuk membukti siapakah yang lebih cekap mentadbir. Sama ada seorang "doktor gigi" atau "tokoh usahawan" itu. Walhal, umum mengetahui ketika zaman UMNO BN memerintah Selangor sejak 50 tahun dulu sudah berkoyan-koyan hasil mahsul dan khazanah rakyat dirompak oleh puak-puak mereka. Tiba-tiba kini mereka mendabik dada kononnya diri mereka itu terlalu bersih dan telus. Mereka mahu rakyat menilai kerajan negeri di bawah kepimpinan Tan Sri Khalid telah menyeleweng.

Curi Pasir Di Selangor VS Curi Balak Di Pahang


Sebenarnya masalah kecurian dan rompakan berlaku di mana-mana dan memang sukar untuk dibendung jika ia dilakukan oleh penjenayah. Soalnya sekarang, siapakah yang tergamak merompak serta mencuri pasir di negeri itu?. Apakah ia terdiri daripada orang-orang Pakatan Rakyat?. Atau mungkin juga ia dilakukan oleh puak-puak UMNO BN menerusi proksi-proksi mereka. Maka itu, apa yang mahu diheboh-hebohkan sangat kononnya Selangor negeri berlubang. Tambah melucukan ada pula puak-puak UMNO BN di Pahang ini yang terhibur dengan pendedahan sensasi itu. Inilah yang dikatakan "kuman didepan mata nampak, gajah didepan mata tak nampak". Kecurian pasir di Selangor dicanang-canang untuk mempengaruhi rakyat supaya menolak kepimpinan pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang. Kononnya, kerajaan yang ditakbir oleh pembangkang tidak cekap dan menyeleweng. Macamlah di negeri Pahang pimpinan MB Adnan Yaakob ini molek benar agaknya. Jika di Selangor kecurian pasir mungkin dilakukan oleh puak-puak UMNO BN itu sendiri, dengan tujuan untuk memalukan kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid. Maka di Pahang ini lebih teruk sebenarnya. Pencuri bukannya terdiri dari kalangan pembangkang, sebaliknya oleh puak-puak UMNO BN itu sendiri. Misalnya kecurian hutan balak, tanah, bijih besi dan banyak lagi. Semuanya dilakuka oleh pemimpin UMNO itu sendiri. Mereka yang merompak dan melarikan khazanah rakyat untuk memperkayakan suku sakat mereka. Lebih memalukan aktiviti curi ini sering dipaparkan di TV3 terutamanya kes "curi balak". Malahan terbaru, kes curi dan rompak tanah di Cameron Hihglands yang dipaparkan dalam rancangan Aduan Rakyat di TV3 baru-baru ini. Banyak bukti-bukti yang telah didedahkan dan dibongkarkan tetap sikap tamak pemimpin UMNO untuk memperkayakan diri mereka selepas menjadi Wakil Rakyat. Semua ini telah menyebabkan kerajaan negeri kehilangan banyak hasil cukai dan menyebabkan bajet negeri senantiasa defisit setiap kali dibentangkan.

[Maka dengan itu, usahlah puak-puak UMNO BN di Pahang ini mendabik dada dan memperli pentadbiran kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid. Malah, rakyat Pahang sebenarnya malu dengan apa yang berlaku di negeri ini terutamanya kecurian balak yang sering berlaku dan saban masa dipaparkan di media arus perdana. Pernahkah kita terfikir siapakah yang mencuri ini agaknya?. Begitu jugalah di Selangor, masalah curi ini sebenarnya adalah diluar kemampuan manusia. Kawalan yang dilakukan ada kalanya boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku. Misalnya, kawalan ketat di bank-bank dan kedai emas sendiri pun ada kalanya boleh menyebabkan kes kecurian berlaku. Maka, apa yang perlu dikecoh-kecohkan sangat oleh puak-puak UMNO BN sebenarnya. Kes kecurian juga banyak berlaku di negeri-negeri yang diperintah oleh UMNO BN. Malah, enjin kapal terbang tentera pun bole dicuri walau pun siap dengan kawalan ketat oleh pihak tentera itu sendiri sebenarnya]
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang Tahan 228 Pendatang Tanpa Izin Termasuk Tujuh Kanak-Kanak Di Jerantut, Rompin Dan Kuantan

KUANTAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 228 pendatang tanpa izin, termasuk tujuh kanak-kanak yang disyaki melakukan pelbagai kesa...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.