script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Orang Ramai Terkilan, Susulan Tindakan MB Pahang Adnan Yaakob Bercakap Politik Ketika Rasmikan Acara Festival Nasyid Peringkat Negeri !

KUANTAN, 22 Julai - Orang ramai terutamanya penonton yang hadir ke Festival Nasyid Peringkat Negeri Pahang dekat Dewan Utama, Kolej Islam Sultan Haji Ahmad Shah (KIPSAS) baru-baru ini terkilan dengan tindakan Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto), bercakap soal "politik" ketika merasmikan acara tersebut. Rata-rata yang ditemui mengatakan MB tidak sewajarnya bercakap soal politik terutamanya yang berkaitan dengan UMNO dalam acara seperti itu. Tambahan pula orang ramai yang hadir kebanyakkannya bukan mahu mendengar ceramah politik, tetapi bagi menyaksi dan memeriahkan acara berkenaan. Maka, sudah sewajarnya sebagai "bekas seorang guru" Adnan tidak sepatutnya memasukkan elemen politik dalam ucapannya dihadapan para pelajar dan mahasiswa yang menyaksikan acara itu. Tindakan itu jelas sekali bertentangan dengan adat sebenarnya. Festival yang bertujuan mencungkil bakat-bakat baru untuk menyemarakkan industri hiburan nasyid itu tidak wajar dicemari dengan unsur-unsur politik kepartian sebenarnya. Justeru itulah, ramai pelajar dan hadiri yang hadir pada malam itu bertindak keluar dewan ketika MB menyampaikan ucapan berkenaan. Mereka ternyata terkilan dan tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut. Malah, ada juga dikalangan mereka yang terus balik meninggalkan majlis berkenaan. Soalnya, siapakah yang menyediakan teks ucapan berkenaan?. Atau memang MB Pahang sengaja memasukkan isu tersebut bagi menarik perhatian hadirin yang berada dalam dewan itu.

[Apapun, perkara yang terjadi sudah berlaku. Justeru itu, sebagai Menteri Besar kepada rakyat Pahang Adnan tidak wajar bercakap politik dalam acara seperti itu. Memang kita faham UMNO kekurangan ruang dan platform untuk berceramah secara terbuka. Jika ada pun, kehadirannya amatlah mendukacitakan. Maka itulah, agaknya bila ada kesempatan MB terpaksa menggunakan peluang itu untuk bercakap soal politik. Tambahan pula bila beliau menyaksikan ramai yang hadir majoritinya dikalangan muka-muka "PAS" yang sebenarnya mahu melihat festival nasyid dan bukannya ceramah politik. Tindakan MB ini jelas sekali mencemari acara itu sendiri, malah sebagai Exco Agama beliau ternyata gagal untuk membezakan yang mana sesuai dan yang mana tidak. Berpolitik di kalangan mahasiswa bermakna mengajak mahasiswa berpolitik. Tetapi anehnya bila mahasiwa berpolitik, mereka pula dihalang dan disekat malah dikenakan berbagai tindakan oleh pihak kerajaan itu sendiri. Semoga perkara ini tidak berulang lagi dalam majlis-majlis yang akan datang].
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang Tahan 228 Pendatang Tanpa Izin Termasuk Tujuh Kanak-Kanak Di Jerantut, Rompin Dan Kuantan

KUANTAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 228 pendatang tanpa izin, termasuk tujuh kanak-kanak yang disyaki melakukan pelbagai kesa...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.