script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Gara-Gara Lawatan PM Najib Razak, Sinar Harian Diseru Kembali Bersikap Telus Dan Tulus Sebelum Akhbar Itu Di Tolak Oleh Rakyat Nanti !!

KUANTAN, 23 Julai - Orang ramai disekitar bandar ini mula hairan dan keliru dengan penampilan akhbar arus perdana Sinar Harian yang dilihat semakin lesu dalam memberi paparan seimbang seperti yang mereka war-warkan selama ini. Mutakhir ini, akhbar terbitan Kumpulan Karangkraf itu lebih nampak cenderong menyebarkan dakyah kerajaan UMNO BN daripada pemangkang. Perkara itu jelas kelihatan dan ramai yang menyedari hakikat ini. Soalnya sekarang, apakah akhbar yang menggunakan motto "telus dan telus" itu sudah mendapat "greenlight" daripada pihak atasan, terutamanya menjelang Pilihanraya Umum ke-13 akan datang?. Terbaru, akhbar itu begitu berselera memaparkan pandangan rakyat berkenaan kerajaan perpaduan dan usaha penggabungan parti UMNO dan PAS. Saban hari pendapat bergambar itu dipaparkan bagi membuktikan kononnya rakyat seluruhnya mahukan penggabungan itu berlaku bagi mengukuhkan kuasa orang Melayu di negara ini. Soalnya sekarang, apakah pengurusan Sinar Harian kini memang telah mendapat "kata dua" daripada pihak atasan agar banyakkan cerita kerajaan UMNO BN daripada pembangkang?. Jika diselak satu persatu helaian akhbar terbabit ternyata amat jelas paparan kini sudah berat sebelah dan tidak seperti dulu lagi. Berita daerah yang disiarkan juga lebih menjurus ke arah itu, iaitu mahu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan UMNO BN. Mungkin ada yang tidak perasan perkara ini berlaku. Namun, bagi mereka yang biasa mengikutinya pasti menyedari perkara ini. Apakah Sinar Harian kini sudah berubah, selepas Perdana Menteri Najib Razak mengadakan lawatan rasmi ke premis mereka baru-baru ini?. Mungkin, kita tidak tahu lebih jelas apakah yang diperjelaskan oleh PM semasa lawatan itu. Namun hakikatnya memang terdapat perubahan besar dalam penyiaran berita yang dilakukan. Apakah kini, Sinar Harian mahu sebaris dengan Berita Harian dan Utusan Malaysia agaknya?. Jika ini berlaku, sudah pasti pembaca mereka akan lari sebenarnya. Oleh itu, lakukan perubahan sekarang !!

Wartawan Kuantan Sombong Dan Tak Profesional

Perubahan bukan sahaja ketara dari segi isi kandungannya, malahan juga kepada wartawan dan petugas akhbar terbabit. Malah, sikap mereka kini jauh berbeza diawal kemunculannya dulu. Jika dulu, semua pihak akan dilayan secara adil dan saksama, kini mereka semakin "sombong" dan "jual mahal" terutamanya bila mengambil artikel atau berita yang berkaitan dengan pembangkang. Malah, terdapat kejadian seorang wartawan Sinar Harian Kuantan yang bersikap demikian ketika mengambil berita baru-baru ini. Individu yang sangggup datang ke pejabat mereka di Jalan Beserah dekat sini bukan sahaja tidak dilayan sebagai tetamu. Malahan juga wartawan "wanita" terbabit seolah-olah mengambil berita "melepaskan batuk ditangga semata-mata". Dengan muka yang "masam mencuka" dan "berserabut" beliau menekan individu terbabit supaya "cepat keluar" dari pejabat akhbar itu. Perkara ini amatlah dikesali dan tidak sepatutnya berlaku. Orang awam datang membawa berita tetapi dilayan seperti "membawa bala" pula. Justeru itulah kita tidak hairan berita yang diberikan sudah seminggu tidak dikeluarkan oleh akhbar terbabit, dan mungkin juga wartawan itu sendiri meminggirkan berita tersebut. Difahamkan individu itu membuat kenyataan soal "saman ekor" dan juga "isu Felda". Beliau terkilan dengan sikap Perdana Menteri yang tidak mendahulukan rakyat dalam isu saman ekor malah memberikan jawapan yang memperli tentang perkara itu. Malah, katanya jika PM gagal dahulukan rakyat, munkin isu saman ekor akan dijadikan bahan politik menjelang pilihanraya umum akan datang. Begitu juga dalam isu Felda, bukan masalah penyelewengan atau sebagainya yang mahu dipertikaikan. Tetapi Felda sepatutnya memerdekakan peneroka yang sudah lebih 30-40 tahun membantu mereka. Felda bukan estet dan peneroka bukan diberi percuma rumah dan tanah. Mereka membayar dan selepas mendapat geran hak milik, kenapa mereka tidak diberikan hak untuk menjadi tuan atas tanah sendiri?. Felda mahu terus mencengkam peneroka sampai bila-bila. Walhal mereka yang sepatutnya keluar bukannya peneroka. Malah, tanah yang diberi geran itu pun adalah milik Kerajaan Negeri dan bukannya Felda. Itulah antara isu panas yang dilaporkan kepada wartawan terbabit. Namun, sehingga ke hari ini masih belum disiarkan biarpun sudah lebih seminggu pertemuan itu. Apakah kerana berita itu menghina PM?

[Harapan kami agar pihak pengurusan Sinar Harian dapat menyiasat perkara ini. Jika tidak sudah pasti kepercayaan rakyat terhadap ketelusan akhbar itu akan dipertikaikan. BIla rakyat membawa berita berkaitan kerajaan mereka abaikan sehingga seminggu. Tetapi mereka lebih berselera memaparkan berita dan dakyah daripada kerajaan UMNO BN itu sendiri. Jangan sampai Sinar Harian dianggap sebagai sampah pula oleh rakyat?. Semoga wartawan wanita berkenaan dapat mengambil pengajaran atas perkara ini dan tidak berlaku lagi di masa akan datang. Kami juga berharap agar wartawan terbabit memohon maaf secara terbuka kepada individu berkenaan sebelum namanya disiarkan kepada umum. Periuk nasi juga harus dijaga dan anda bukan tuan kepada Sinar Harian. Berita yang dibawa oleh rakyat adalah punca rezeki anda sebagai wartawan sebenarnya. Kami juga meyeru supaya Ketua Pegarang Sinar Harian Kuantan mengambil berat perkara ini demi masa depan akhbar itu nanti].
Share:

1 ulasan:

  1. susah apa, kita boycott saja akhbar sinar harian.

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang Tahan 228 Pendatang Tanpa Izin Termasuk Tujuh Kanak-Kanak Di Jerantut, Rompin Dan Kuantan

KUANTAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 228 pendatang tanpa izin, termasuk tujuh kanak-kanak yang disyaki melakukan pelbagai kesa...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.