KUALA LUMPUR, 9 Julai (mkini) - Ahli parlimen Batu, Tian Chua (foto) menggesa polis menjelaskan dengan terperinci kejadian empat lelaki ditembak mati ketika merompak di kediaman exco Pahang, Datuk Wan Adnan Wan Mamat pada 5 Julai lalu. Beliau berkata pihak polis tidak menceritakan bagaimana penjenayah tersebut ditembak mati dan ini menimbulkan pelbagai tanda tanya apabila penemuan empat butir peluru dari rumah exco berkenaan turut dapat dikembalikan. “Pertama sekali polis belum menjelaskan keadaan bagaimana penjenayah ini ditembak mati. Siapakah mereka, adakah merupakan satu desakan dan satu keperluan, untuk membunuh keempat-empat orang. “Saya percaya tidak ada orang yang melarikan diri, tidak ada survivor dalam kejadian ini, keempatnya semua ditembak mati dan kita hendak tahu apa senjata yang mereka pakai dan kenapa perlunya membunuh semua. "Kita rasa pelik, kenapa perlunya perompak curi peluru dan akhirnya dikembalikan. Ini satu cerita yang sangat pelik sekali," katanya semalam.
[Kejadian misteri seperti ini memang sudah biasa berlaku dalam negara kita, maka usahlah kita musykilkan dengan apa yang berlaku ini. Memang benar ramai yang terkejut apabila pihak polis menembak empat penjenayah terbabit tanpa mengetahui apakah sebab musababnya kenapa keempat-empat mereka perlu ditembak semuanya. Kenyataan kononnya mereka menyerang polis amatlah tidak masuk akal sama sekali, tambahan kejadian tembakan polis itu berlaku dalam masa sekelip mata selepas polis dihubungi oleh mangsa terbabit. Apapun, tahniah juga kita ucapakan kepada pihak polis yang begitu cepat untuk ambil tindakan drastik itu].

ala itu pun nak disoalkan, biar mampus la semua pencuri, sibuk nak persoalkan tindakan polis kenapa? walaupun pencuri tu x cederakan sesiapa, tp perbuatan dia mencuri tu mmg sial, kalau polis lambat, kata polis lambat bertindak, polis tahu apa yg mereka lakukan.. nak tunggu ada mangsa diapakan baru polis boleh bertindak ke?? Ini satu persoalan yg bangang...
BalasPadamala biasalan pembangkang... kalau kena kat org depa yg kena rompak kalau polis tembak mati ok la polis bagus..tapi kalau polis tak dpt tangkap pencuri tu polis tak reti buat keja... itu la keja pembangkang...
BalasPadam