Seperti yang dirancang, Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (ANAK) akhirnya berjaya mengadakan pertemuan eksklusif dengan tokoh veteran politik tanahair yang juga Ahli Parlimen Gua Musang iaitu Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) dikediamannya pada 21 Julai 2010 yang lalu. Pertemuan yang diadakan bagi memohon kerjasama Ku Li untuk membantu isu-isu rakyat terutamanya isu Felda yang semakin parah sekarang ini. Dalam pertemuan itu, Presiden ANAK, Saudara Mazlan Aliman (foto) melahirkan harapan besar supaya Ku Li memperjuangkan nasib rakyat sekarang ini. Beliau menceritakan sejarah awal penubuhan institusi orang melayu seperti Felda, Felcra, Risda dan lain-lain agensi yang kini telah terpesong daripada matlamatnya. Bahkan katanya Felda Plantation jadi medan menghimpun kekayaan, sedang manfaat untuk rakyat tidak kelihatan. GSA sepatutnya telah dipinda untuk lebih adil terutamanya soal pusaka dan masadepan generasi kedua. Ku Li dalam ulasannya juga amat hairan kenapa Felda membeli bangunan di tapak paling mahal di Platinum Park sedangkan masih ada tanah kerajaan yang boleh dibeli sekitar RM10 sekaki untuk bangunan baru Felda. Beliau amat bersetuju sepatutnya Felda telah diserah kepada pengurusan peneroka dan generasi kedua kerana itu memang matlamat kerajaan zaman Tun Abd Razak. Secara berseloroh, beliau membandingkan Najib dengan bapanya yang dilihat berbeza watak dalam membantu rakyat. Tak semua bapa borek anak rintik katanya. Mengakhiri perbincangan yang serius tapi penuh mesra, Tengku menyatakan kebimbangan kalau BN tidak menangani isu Felda dengan formula yang mesra rakyat; talian hayat BN ini akan menghancurkan BN dalam PRU 13. Turut hadir dalam pertemuan itu ialah YB Salahudin Ayub, Hj Zulkifli Mohamad Omar, Zabidi Abas, Kol (B) Nazari Mokhtar, Yohanis Ahmad dan Faizal Daud. Beberapa siri pertemuan akan diteruskan termasuk di kawasan Parlimen beliau Gua Musang yang banyak penempatan Felda, Felcra dan Kesedar selepas Hari Raya Puasa ini.
[Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda (ANAK) kini amat ditakuti oleh agensi itu termasuk juga menteri berkaitan iaitu Ahmad Maslan dan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak sendiri. Apa tidaknya, tindakan Felda mahu mengikat peneroka agar terus menjadi hamba kepada mereka buat selama-lamanya amatlah tidak wajar sama sekali. Felda bukannya estet dan boleh memaksa peneroka tunduk. Peneroka sudah menjelaskan segala bayaran yang berkaitan makanya kini bebaskan mereka daripada terus dibelenggu dengan hutang piutang. Namun, dek kerana "ada udang disebalik mee", maka Felda menggunakan kuasa politik untuk memaksa peneroka membuat "refinance" semula ladang-ladang mereka. Apalah erti kemerdekaan buat peneroka yang sudah menjadi tuan di tanah sendiri. Geran Hak Milik yang diterima hanyalah "hiasan" semata-mata, sedangkan Felda mahu merampas hak mereka buat selamanya. Akhirnya ada ramai peneroka yang mati akibat berjuang mempertahankan tanah mereka sendiri. Malah, kini ramai juga yang telah merompak hasil ladang mereka akibat tidak berpuas hati dengan harga Felda yang terlalu rendah dan penuh dengan penipuan itu. Kenapa peneroka mahu ditindas lagi].

fekda plantations ditubuhkan kerana semasa zaman mahathir kerajaan x bagi peruntukan pada felda untuk membayar gaji kakitangan dan sosial peneroka..jalan terbaik adalah menubuhkan fpsb.kakitangan fpsb diambil dari kakitangan felda yang kena paksarela berhenti..ramai dari mereka x dapat pencen kecuali mereka yang berumur 40 tahun keatas..
BalasPadam