script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Kontroversi: Perpaduan Bila Gabung Dengan PAS, Buktikan UMNO Kini Semakin Meracau Dan Mula Gila Talak Untuk Tarik Kembali Sokongan Melayu

Mungkin dek kerana melihat orang Melayu semakin menolak parti itu, maka kini puak-puak UMNO terpaksa memainkan semula lagu lama dengan rentak baru iaitu PAS dan UMNO mesti bergabung untuk perpaduan orang-orang Melayu. Walhal, mereka sebenarnya sudah tahu dan jelas bahawa parti PAS tidak mungkin akan bersama UMNO kerana dasar parti itu yang sudah jauh tersasar. Malah, UMNO yang kononnya membela orang-orang Melayu itu sendiri pun pada hakikatnya masih gagal dan memang gagal sebenarnya. Maka itu, kenapa mereka beriya-iya memainkan semula cerita "bergabung" itu agaknya. Tambah menyeronokkan, ada pula Mufti "karat UMNO" yang baru bergelar "Tan Sri" iaitu si Harussani Zakaria tiba-tiba "tak tahu malu" mengaku sanggup menjadi "orang tengah" untuk mengusahakan penggabungan itu. Terkadang, lucu benar kita melihat keletah mufti itu. Inilah yang dikatakan "hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong". Terhegeh-hegeh mendakwa ada pemimpin UMNO dan PAS berjumpa beliau untuk tujuan tersebut, tetapi apabila ditanya tidak mahu mengaku siapa pemimpin tersebut. Soalnya sekarang, kenapa UMNO terkinja-kinja memainkan semula isu ini?. Bukankah Najib mendakwa mereka kini diterima rakyat. Malah, slogan "rakyat didahulukan" membuktikan yang UMNO BN prihatin kepada nasib rakyat. Namun, bila mereka menaikkan harga minyak dan gula baru-baru ini maka barulah mereka sedar bahawa rakyat amat marah tindakan tersebut. Akhirnya terpaksalah puak-puak UMNO mencipta semula agenda perpaduan. Kononnya kuasa Melayu akan lebih terjamin bila kedua-dua parti itu bergabung. Saolnya, mahu dan mampukah UMNO berubah? Ini masalahnya. Jika sekadar bergabung tetapi "perangainya tetap sama", lebih baik "tak usah". PAS sudah ada pengalaman terdahulu yang boleh dijadikan tauladan. Puak UMNO mencongak, jika PAS boleh bergabung dengan PKR malah DAP yang bukan Islam itu maka kenapa tidak dengan UMNO. Alasan inilah yang dijaja oleh puak-puak mereka "siang dan malam". Masalahnya, memang PKR dan DAP dasarnya tidak menjurus kepada Islam. Namun mereka menerima kehadiran PAS dengan tangan terbuka. Malah, Cina dan India dalam DAP dan PKR lebih menghormati Islam dan ulamak daripada puak-puak Melayu Islam dalam UMNO.

[Inilah hakikatnya, maka apakah UMNO boleh berubah dalam keadaan mereka masih belum sedar kesilapan mereka itu. UMNO sebenarnya sudah "gila talak", tiba-tiba pula memainkan isu penggabungan ini sedangkan mereka tahu bahawa PAS sudah menolak idea itu dulu. Semua ini adalah bukti bahawa mereka kini terpinggir sebenarnya. Mereka takut kerana PKR bergabung dengan PAS menyebabkan suara Melayu itu sendiri semakin besar. Maka itulah mereka kerahkan media arus perdana memainkan isu ini supaya penyokong kedua-dua parti itu bercelaru. Malah, langkah ini juga adalah bertujuan untuk memecah belahkan perpaduan antara PKR, PAS dan DAP itu sendiri. Namun, natijahnya mereka tetap tidak akan berjaya kerana rakyat sekarang sudah bijak menilai dan tidak seperti dulu lagi. Maka itu, biarkan UMNO meracau sendirian, akhirnya mereka akan sedar dimanakah kesilapan mereka].
Share:

7 ulasan:

  1. WOI UMNGOK..
    PI LAH MAIN JAUH2, PARTI HANGPA KAN KUAT, WAT PA DOK SIBUK NAK GABUNG DENGAN PARTI KAMI YANG LEMAH DAN MISKIN NI, GILA KHINZIR BETU LA NAJIB DAN PEMIMPIN2 UMNGOK NI. BUAT MUFTI PERAK, USAHLA DOK SIBUK NAK SURUH KAMI BERGABUNG DENGAN PARTI UMNGOK, BUKANKAH PEMIMPIN2 UMNGOK JUGAK YANG CAKAP PEMIMPIN DAN PARTI KAMI SESAT, NANTI TAK PASAI2 SEMUA PEMIMPIN UMNGOK JADI SESAT, TAK GITU TUAN GURU NAJIB TUYA DAN USTAZAH ROSMAH MANSOR????

    BalasPadam
  2. Memang UMNO gila talak, gila meroyan dan gila segala2nya.

    BalasPadam
  3. Buat anon2 di atas..

    Cakap jangan ikut sedap mulut sedara, ingat kitaorang ahli umno jahat sangat ke, kitaorang masih lagi waras dan sedar yang memang kita duduk dalam parti yang menolak islam tapi percayalah yang satu hari nanti pelembagaan islam akan tertegak di Malaysia dengan bantuan tangan2 kami, berdakwah la secara bijaksana, insyaAllah parti yang memperjuangkan islam akan menang. Kami pun dah tak tahan sedara, tunggu masa untuk kami balas semula 'jasa' BN kepada kami, tunggu dan lihat, Amin..

    U.M.N.O

    BalasPadam
  4. kakaka...kami berdawah secara bijaksana...kakaka mu ni cakap ngan jamban ke apa ni

    i"m no king

    BalasPadam
  5. Anon 11:46pm..

    cuba fahami mesej yang anon 10:21 ingin beritahu, dari pemahaman aku dia antara ahli UMNGOK yang akan 'swing' undi pada PRU ke 13 nanti, aku tabik ko anon 10:21, TAKBIR!!

    PAS forever..

    BalasPadam
  6. Takbir!!!! Allahukhabar!!!

    Buat semua pejuang ke arah sebuah negara Islam Tulin...marilah sama sama kita humban parti penjajah BN ke lubang shiiittt.

    Kita bina sebuah negara dari rakyat untuk rakyat kepada rakyat....Negara kita kaya raya mewah dgn hasil mahsum namun kita hidup papakedana merempat dek kerana penjajah BN the shiiitt.

    Kita ketinggalan 25 tahun kebelakang.2010 sepatutnya setiap isi rumah tiada lagi berpendapatan dibawah RM1000. Malah yg sepatutnya mengikut keperluan hidup skrg setiap isi rumah berpendapat minima RM3000

    Kepada bangang bangan sial sial UMNO yg masih selesa dgn cara umno gaji rm450 petrol rm2 tol cukai mkn kfc cukai berak dll silakanlah.

    Kami mahu setiap rakyat msia hidup sejahtera tidak merempat dibumi sendri.

    Subhanallah

    BalasPadam
  7. Yang jumpa Sahibul Hikayat HaruSanaSini tu sebenarnya beruk drpd UMNO dan drpd PAS pula tak lain tak bukan Sahibus Sampah Zulkifli Noordin la.. kan dia ngaku dia masih lagi ahli PAS, walau pun PAS dah bertahun buang dia...

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Bayi Yang Lahir Di Negeri Pahang Hari Ini Dapat Nombor MyKid Cantik 26062606xxxx, Bertuah Jatuh Pada Hari Asyura 10 Muharam

PETALING JAYA: Kelahiran bayi pada hari ini, 26 Jun 2026, bukan sahaja membawa kegembiraan buat ibu bapa, malah turut mencuri perhatian peng...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.