KUANTAN: PAS Pahang digesa menghentikan serangan naratif kononnya UMNO Pahang tidak mahu 'penyatuan ummah' di negeri ini.
Demikian ditegaskan oleh penganalisis politik, Mohd Shukri Mohd Ramli, 55, ketika dihubungi PDO untuk mengulas lanjut tentang kenyataan yang dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Rosli Abdul Jabar bahawa parti itu bersedia bertembung dengan parti lain pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) sekiranya usaha penyatuan parti-parti Melayu tidak mendapat persetujuan.
Pada kenyataan yang dikeluarkan oleh akhbar Sinar Harian itu semalam, Rosli yang juga merupakan ADUN Tanjung Lumpur (PN) itu mendakwa partinya meletakkan penyatuan ummah sebagai pilihan utama, namun tidak menolak kemungkinan lain dijangka berlaku.
"Saya agak hairan, kenapa PAS Pahang sering sahaja memainkan naratif sebegini?. Ia jelas mengelirukan rakyat dan menganggap UMNO Pahang tidak mahu penyatuan ummah. Walhal, tiada sebarang rundingan dan perbincangan langsung yang diadakan antara pemimpin kedua-dua parti bagi menyokong naratif tersebut.
"Menteri Besar Pahang, Dato Sri DriRaja Hk Wan Rosdy Wan Ismail pada satu kenyataan semasa di Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan baru-baru ini telah menegaskan bahawa kerjasama politik atas nama penyatuan ummah antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) hanya tertakluk di itu sahaja.
"Maknanya ia tidak tertakluk kepada negeri lain termasuklah Pahang sendiri. Gagasan ini dilaksanakan khusus untuk mendepani Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan bagi memastikan perpaduan umat Islam dan kestabilan politik di negeri tersebut," dakwa Shukri.
Persoalannya, kenapa PAS Pahang asyik menyerang UMNO dengan 'naratif' kononnya UMNO Pahang menolak penyatuan ummah.
Beliau turut mendakwa, situasi politik di Pahang tidak sama dengan Negeri Semnbilan.
"Di Pahang, Kerajaan Perpaduan yang ada masih tetap utuh dan tiada masalah besar yang ditimbulkan olej Pakatan Harapan (PH) terutamanya DAP. Malah, dua pemimpin PH yang berada dalam tampuk pemerintahan negeri sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) iaitu YB Leong Yu Man (ADIN Triang) dan YB Sim Chong Siang (ADUN Teruntum) juga kekal menghormati kerajaan Pahang yang dipimpin oleh Wan Rosdy.
"Makanya, tidak timbul soal mahu wujudkan penyatuan ummah dan terajang mereka keluar daripada kerajaan. Di Pahang tiada masalah politik sehingga memerlukan pembubaran DUN seperti di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka selepas ini.
"Tidak timbul soal penyatuan ummah, kerana kerajaan Pahang itu sendiri telah dipimpin oleh orang Melayu Islam daripada UMNO Barisan Nasional (BN)," tambah Shukri lagi.
Menurut beliau, jika pun mahu wujudkan penyatuan ummah di Pahang tunggulah sehingga DUN dibubarkan kemudian diadakan perbincangan antara pimpinan PAS dan UNMO bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 selepas itu.
"Itu pun jika perbincangan yang diadakan menjurus ke arah penyatuan ummah dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak," katanya.
Persoalan yang timbul sekarang ialah, kenapa PAS Pahang biarkan 'cybertrooper' mereka terus menyerang UMNO Pahang dengan naratif seperti itu.
"Tindakan itu boleh mengeruhkan lagi keadaan dan menjurus ke arah perbalahan. Sepatutnya bila mahu bersama sebagai penyatuan ummah maka musuh politik perlu disantuni dengan baik dan berhemah.
"Tidak perlu menjaja cerita yang belum ada. Melainkanlah PAS dan UMNO di Pahang sudah mengadakan beberapa pertemuan demi pertemuan untuk berbincang isu penyatuan ummah, kemudian UMNO menolaknya," tambah Shukri lagi.
Justeru, beliau berharap perkara ini dapat dihentikan segera bagi membolehkan situasi Kembali harmoni.
Sewajarnya kata beliau, diketika kita ingin berkerjasama atas nama penyatuan ummah maka kita perlu saling menghormati dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguriskan hati sahabat.
Tambahnya lagi, waktu ini semua pihak perlu rapatkan ukhwah dan eratkan sillaturrahim jika mahu menjurus ke arah penyatuan.
Bukannya dengan menghentam sahabat dengan berbagai kenyataan yang menunjukkan seolah-olah sahabat sudah menolak secara total sekiranya penyatuan ummah berlaku di Pahang.
"Biarlah Wan Rosdy teruskan pentadbiran sehingga habis penggal. Lagi pun Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga individu yang bertanggungjawab menasihatkan Kerajaan Perpaduan diwujudkan di peringkat persekutuan apabila semua parti politik tidak mendapat majoriti mudah selepas Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
"Maka, hormatlah sikit kepada Sultan Pahang. Usahlah dicemari dengan perkara yang boleh membawa kemudaratan jika mahu wujudkan persefahaman politik pada masa akan datang.
"Usah gelojoh dalam tindakan, kerana kelak dibimbangi akan memakan diri. Mahu bersahabat buat cara mahu bersahabat. Jika mahu lawan, buat sahaja cara mahu lawan dan tidak perlu menjaja cerita sahabat tidak mahu bersama atas nama penyatuan ummah maka kami akan lawan mereka pada PRU-16 nanti," dakwa Shukri lagi. #pahangdaily







Tiada ulasan:
Catat Ulasan