Ramai yang terkejut dengan tindakan
PM Najib Razak (foto), yang juga
Pengerusi BN mengatakan pakatan karat itu tidak menyertai
Pilihanraya Kecil DUN Penanti yang akan berlangsung 31 Mei ini. Sesuatu yang tidak masuk dek akal langsung bila, parti kerajaan tidak menyertai pilihanraya yang telah ditetapkan oleh
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang dikatakan begitu
"akrab" dan
"sinonim" sebagai salah satu parti komponen Barisan Nasional selama ini. Alasan dangkal yang diberikan oleh Najib bahawa mereka tidak mahu membuang masa melayan kerenah pembangkang yang menjadikan pilihanraya kecil Penanti sebagai tempat untuk mencari populariti semata-mata. Malah kenyataannya bahawa pilihanraya itu tidak mengikut perlembagaan, bila calon PKR yang juga merupakan bekas
Timbalan Ketua Menteri I, Pulau Pinang Fairus Khairuddin meletakkan jawatan. Alasan mereka, Fairus meletakka jawatan sesuka hati tanpa memikirkan rakyat. Najib juga berkata, bahawa mereka tidak mahu membazirkan wang ringgit semata-mata untuk menyertai pilihanraya itu. Kononnya BN lebih suka menggunakan wang itu untuk membuat pembangunan dan untuk kepentingan rakyat. Inilah alasan-alasan
"bangang" yang diberikan oleh seorang yang bergelar Perdana Menteri yang ada hati untuk berusaha menjimatkan wang rakyat. Walhal semua rakyat tahu, dalam kebanyakan pilihanraya kecil UMNO dan BN adalah
"pengkhianat negara" yang telah menghabiskan berjuta-juta wang rakyat. Berbagai projek pembangunan
"mee segera" dan limpahan wang ringgit disajikan buat para penggundi supaya mereka menyokong parti mereka. Namun, hakikatnya mereka terus ditolak hingga menyebabkan Najib lebih selesa untuk membeli
"wakil rakyat" pula dan bukannya
"rakyat" itu sendiri sebenarnya. Justeru itulah beliau tidak mahu meletakkan calon di Pilihanraya Kecil Penanti sbeenarnya, kerana beliau tahu BN akan gagal setelah tidak berupaya untuk membeli wakil rakyat terbabit.
SPR, Pilihanraya Ditentukan Ikut Perlembagaan
Walhal, beliau sendiri harus tahu bahawa yang menentukan pilihanraya perlu ada atau tidak adalah pihak SPR sendiri. Maknanya, jika SPR mengumumkan perlu diadakan pilihanraya makanya ia telah termaktub di dalam perlembagaan dan Najib tidak perlu mempertikaikan perkara itu. SPR mempunyai kuasa dan hak untuk menentukan samada perletakkan jawatan itu sah atau tidak. Samalah juga dengan apa yang berlaku di Perak dulu, tatkala Speaker DUN menghantar surat rasmi mengatakan dua ADUN dan Exco Perak dari PKR iaitu
Osman Jailu dan
Jamaluddin Razi telah meletakkn jawatan dan perlunya diadakan pilihanraya kecil untuk kedua-dua DUN yang diwakili oleh mereka. Namun alasan yang diberikan oleh Pengerusi SPR,
Tan Sri Abd Aziz Yusof (foto) bahawa mereka terpaksa menolak piliharaya kawasan itu kerana dalam masa yang sama SPR turut menerima surat daripada kedua-dua ADUN berkenaan. Malah,
beliau turut menegaskan bahawa surat yang dihantar oleh Speaker DUN tidak mempunyai stem dan hanya ditulis sebanyak dua perenggan sahaja. Manakala surat dari dua DUN terbabit adalah berstem, makanya Pengerusi SPR yang bangang itu akhirnya menerima surat kedua-dua ADUN berkenaan yang menyatakan mereka tidak pernah meletakkan jawatan masing-masing. Walhal, SPR sepatutnya akur dengan surat daripada Speaker dan tidak perlu merujuk surat-surat lain yang dihantar. Inilah dia alasan yang cukup memualkan daripada seorang Pengerusi SPR baru yang kononnya tidak memihak kepada kerajaan dalam urusan kerja mereka. Maka itulah akhirnya pilihanraya kecil di dua DUN terbabit iaitu di
Changkat Jering dan
Behrang tidak mahu diadakan.
Apa Bezanya Kes Penanti Dan Bukit Selambau
Atas alasan ini, bermakna SPR menjadi penentu untuk memperkenankan pilihanraya boleh diadakan atau tidak. Maka , tidak timbul soal mengikut perlembagaan atau tidak seperti yang diperkatakan oleh Najib Razak. Jika Najib mengatakan bahawa isunya di Penanti kerana ADUN terbabit meletakkan jawatan sesuka hati, apa bezanya dengan bekas ADUN Bukit Selambau dulu iaitu YB
V.Arumugam (foto)? Bukankah isunya tetap sama
"perletakkan jawatan" atas tekanan yang mereka terima daripada UMNO dan Barisan Nasional. Malah ada laporan mereka dipaksa untuk melompat parti atau akan menerima ugutan demi ugutan termasuk mereka cipta berbagai
"isu rasuah dan trick" sama seperti yang berlaku kepada dua ADUN PKR Perak dulu. Bila mereka
"melompat parti" dan menyokong BN, kes mereka seolah-olah telah dibuang begitu sahaja. Inilah juga yang berlaku kepada
V.Arumugam dan
Fairus Khairuddin. Isunya juga hampir sama buat Fairus, iaitu disiasat kerana terbabit dengan rasuah oleh
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Manakala V.Arumugam pula kerana isu moral atas perkahwinannya yang dipertikaikan. Akhirnya kedua-dua wakil rakyat itu menerima tekanan demi tekanan. Cuma bezanya, mereka lebih bermaruah daru dua ADUN Perak itu. Akhirnya kedua-duanya meletakkan jawatan dan menyebabkan pilihanraya kecil perlu diadakan. Anehnya, bila Fairus meletakkan jawatan sahaja mulalah pemimpin UMNO dan BN bagai
"cacing kepanasan'. Mulalah mereka menuduh, tidak wajar Fairus meletakkan jawatan sesuka hati. Walhal seantero dunia tahu yang Fairus telah disiasat oleh SPRM dan mengesahkan ada bukti untuk pendakwaan, hanya menunggu arahan daripada Peguam Negara. Tetapi dengan tidak disangka-sangka, secara tiba-tiba SPRM pula mengeluarkan kenyataan bahawa
"tiada asas untuk mendakwa Fairus". Kononnya, dengan alasan itu Fairus akan menarik balik surat perletakkan jawatan dan pilihanraya kecil tidak perlu diadakan di DUN terbabit. Namun, Fairus lebih bijak apabila tetap bertegas dengan alasannya malah turut menyangkal dakwaan rasuah itu sebagai puncanya.
BN Fobia Penangan Selambau dan Bkt.Gantang
Beliau menegaskan bahawa tujuan perletakkan jawatan itu adalah untuk memberi ruang yang luas buat dirinya melanjutkan pelajaran beliau. Soalnya sekarang, apa bezanya perletakkan jawatan Fairus dan juga V.Arumugam?. Kenapa PM Najib memberi helah yang pelbagai di Penanti sedangkan mereka menyertainya di Bukit Selambau. Senarionya tetap sama dan tidak ada beza sedikit pun. Jika kerana tidak mahu membazirkan wang rakyat maka BN juga sepatutnya tidak meletakkan calonnya di Bukit Selambau. Kenapakah mereka begitu takut pula untuk bertanding di DUN Penanti kali ini?. Maka jawapan mudah yang boleh diberikan ialah, BN bertanding di Bukit Selambau kerana nampak peluang mereka akan menang besar. Tambahan pula ketika itu Najib baru sahaja mengambil alih jawatan
Perdana Menteri dan
Presiden UMNO daripada Pak Lah. Ditambah lagi dengan pembentukan kabinet barunya dan konsep "
1Malaysia: Pencapaian Diutamakan Rakyat Didahulukan" seperti yang dilaung-laungkan oleh Najib itu. Maka beliau melihat sudah pasti sokongan rakyat akan kembali kepada UMNO dan BN selepas dirinya berkuasa. Namun, harapan tinggal harapan, dan gagal menjadi kenyataan. BN bukan sahaja tewas di Bukit Selanbau malahan turut juga kecundang di Bukit Gantang. Mereka hanya menang dengan
"undi helikopter" di Batang Ai. Jika tidak sudah pasti pukulan
TKO 3-0 juga akan mengena ke atas batang hidung Najib dan Barisan Nasional itu sendiri. Wang berjuta terpaksa mereka habiskan untuk membeli hati rakyat. Itu belum termasuk yang dirompak oleh pemimpin mereka sendiri sebenarnya. Namun, segalanya bagai sudah ditakdirkan. Rakyat ternyata mahukan perubahan dan tetap menolak mereka. Kerana rakyat sekarang bukan lagi seperti zaman dahulu, mereka kini lebih terbuka minda dalam membuat keputusan dan penilaian.
BN Takut Kerana Suara Rakyat Suara Keramat 
Melihat pada faktor ini dan fenomena semasa yang tidak memungkinkan BN akan menang dalam mana-mana pilihanraya kecil di Semenanjung Malaysia, maka akhirnya Najib
"fobia dan takut" dengan pilihanraya kecil. Justeru itulah mereka menuduh bermacam-macam alasan kepada Fairus Khairuddin dan takut untuk bertanding di Penanti. Malah lebih hina lagi, bila mereka juga takut jika pilinraya diadakan di
DUN Kota Alam Shah, yang diwakili oleh pemimpin Hindraf
M.Manoharan. Akhirnya, beliau dibebaskan ketika dalam proses mengumumkan perletakan jawatannya itu. Semua keputusan mahu bertanding atau tidak adalah terletak ditangan Perdana Menteri yang juga merupakan Pengerusi BN. Tidak perlulah beliau cuba mengelirukan rakyat untuk mengadakan berbagai mesyuarat bagi menentukan keputusan itu. Semuanya sudah difahami oleh sekalian hamba rakyat. Apa yang jelas memang Najib amat gusar dan takut dengan
"suara rakyat". Malah beliau juga pernah menyebut sebelum ini bahawa
"Suara Rakyat Suara Keramat". Maka kini, beliau termakan dek sumpahan suara rakyat itu hingga menyebabkan beliau amat takut berhadapan dengan pilihanraya kecil. Namun, bagai sudah ditakdirkan, akhirnya satu lagi pilihanraya kecil berlaku pula di bumi Kelantan bila
ADUN Manik Urai meninggal dunia beberapa hari yang lalu. Mahu tidak mahu, sepintas kilat Najib menunjukkan yang BN akan menyertai pilihanraya itu kerana ia berlandaskan perlembagaan dan diadakan kerana kematian wakil rakyat kawasan berkenaan. Walhal beliau sendiri tahu bahawa Kelantan adalah negeri Pakatan Rakyat. Inilah dia sikap sebenar pemimpin UMNO dan BN yang
"cakap tak serupa bikin". Namun, bagi mengelakkan parti mereka terus dihina oleh rakyat terpaksalah najib awal-awal lagi mengumumkan pendirian tersebut. Malah, pengumuman itu dibuat ketika beliau berada diluar negara (Singapura) dan bukannya di Malaysia. Sama-sama kita tunggu dan lihat, apakah adengan seterusnya yang menonjolkan kita tentang
sifat kebaculan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional.[Maka dengan ini terbuktilah kepada kita bahawa apa yang diperkatakan oleh para pemimpin UMNO dan BN adalah bukti ketakutan mereka terhadap suara rakyat. Ia ditambah lagi dengan isu "rampasan kuasa di Perak" yang kini semakin kritikal apabila mahkamah dilihat masih belum terbebas dari belenggu pemerintah. Apapun, Najib kini tidak dapat lagi lari dari kenyataan sebenarnya. Semakin beliau takut suara rakyat, maka semakin kerap pula pilihanraya kecil bakal diadakan. Inilah yang menjadi ketakutan buat Perdana Menteri baru Malaysia itu. Beliau tidak mahu imejnya terus tercalar dan dimalukan. Cukuplah dengan apa yang berlaku sebelum ini katanya. Apapun, sama-sama kita lihat apakah akan berlaku di Penanti 31 mei ini dan kemudianya di Manik Urai Kelantan selepas itu. Semoga keputusan demi keputusan ini akan menjadi pemangkin ke arah kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Apakah Najib berani menghadapi kenyataan yang bakal terjadi ini nanti?].