script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2026 | Rapatkan Ukhwah Eratkan Sillaturrahim | Terima Kasih Kerana Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Lagi Isu Air Di Pahang Yang Gagal Di Tangani UMNO !!

MARAN - Krisis air yang berlarutan tanpa penyelesaian melibatkan lebih 5,000 penduduk di tujuh kawasan penempatan yang mendapatkan bekalan air bersih dari Loji Air Kampung New Zealand dekat sini, menimbulkan kemarahan mereka. Serentak dengan itu, beberapa orang penduduk semalam tampil membantah secara aman di hadapan loji air berkenaan sambil mendesak Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) mengambil langkah segera bagi menangani masalah gangguan bekalan tersebut yang berlarutan sejak 10 tahun lalu. Seorang wakil penduduk, Sheikh Abdul Halim Sheikh Hassan, 45, berkata, catuan bekalan air yang dilakukan pada setiap hari untuk tempoh tertentu sehingga menjejaskan aktiviti harian penduduk. Menurutnya, keadaan bertambah menyulitkan penduduk apabila bekalan air terputus untuk beberapa hari pada setiap bulan dengan jadual penyaluran bekalan air yang tidak menentu. “Apabila dibuat komplen, kami diberitahu bahawa catuan air terpaksa dibuat bagi membolehkan semua rumah penduduk dapat air kerana sumber air mentah terhad dan tidak dapat menampung keperluan penduduk “Tekanan air yang rendah turut memberi kesan pada rumah di kawasan tinggi. Perkara ini perlu diatasi segera demi keselesaan penduduk kerana ia adalah keperluan utama bahkan untu kehidupan. “Sebelum ini diuar-uarkan telah beberapa kali kerja naik taraf loji tetapi nampaknya tidak memberi sebarang perubahan positif kerana gangguan bekalan air tetap berlaku seperti biasa,” keluhnya. Sheikh Abdul Halim berkata, kekerapan catuan bekalan air yang berlaku setiap hari sama ada siang atau malam sehingga menjejaskan tahap kebersihan apabila pelbagai aktiviti harian tidak dapat dilakukan sengan sempurna. Menurutnya, pakaian tidak dapat dicuci menggunakan mesin mengikut kesesuaian waktu penduduk memandangkan jadual bekalan air tidak menentu.  “Baru-baru ini ramai kanak-kanak kena jangkitan Rotavirus dan apabila air tiada, pakaian kotor berbau kesan cirit-birit serta muntah tidak dapat dicuci segera.


“Pinggan mangkuk terpaksa dibiarkan di sinki sehingga air ada semula. Bukan semua rumah ada tangki kerana nak beli tangki air bukannya murah. “Air keperluan penting supaya kita dapat menjaga kebersihan dengan baik. Sebab itu kalau tiada air macam-macam penyakit boleh menular terutamanya kepada kanak-kanak,” jelasnya.  Tambahnya, krisis air yang menimpa penduduk di sini turut amat merumitkan apabila ada penduduk mengadakan majlis kenduri kahwin dan peniaga warung makan yang berniaga sebagai sumber rezeki utama. Sheikh Halim membayangkan, jika masalah seperti ini berlaku di Selangor atau Kelantan, beliau percaya akan berlaku demonstrasi setiap hari dan mendapat liputan televisyen. Seorang lagi penduduk, Ghazali, berkata masalah air yang dideritai turut menyebabkan pelajar-pelajar sekolah mengalami masalah lewat ke sekolah kerana terpaksa mandi di sungai setiap pagi. “Saya ada tiga anak yang bersekolah. Mereka terpaksa bangun awal pagi, balik ke kampung untuk mandi dan patah semula ke sekolah, anak orang lain pun macm tu. “Jadi sampai bila masalah ini hendak selesai? Kita harap perkhidmatan air yang sudah swasta ini segera diselesaikan jangan penduduk telefon pun tak mahu jawap. Bayangkan penduduk yang ada anak kecil, lagi susah,” katanya.  Kampung Felda New Zealand terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Luit dan Parlimen Maran yang diwakili BN. sumber
Share:

Panas: Papa Gomo Dedahkan Video Terbaru Anwar !!


[Video terbaru yang didedahkan oleh Papa Gomo ini pasti mengejutkan. Menurut beliau dia telah menemui mangsa liwat dalam video ini yang kononnya merupakan seorang mahasiswa berusia 19 tahun pada bulan Februari yang lalu. Menurutnya, mahasiswa terbabit mengaku itu bukanlah kali pertama dia diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ia dilakukan atas dasar suka sama suka. Katanya mahasiwa itu mengaku diberikan wang poket RM300 selepas diliwat. Mahasiswa tersebut yang pertama kali diliwat Anwar Ibrahim kini sudah bertaubat dan menginsafi perbuatan beliau dan mendalami ilmu agama hasil bantuan dari rakan rakan ilmuan agama. Kejadian liwat antara Mahasiswa ini sebenarnya bukan pertama kali berlaku kerana menurut mahasiswa tersebut ada rakan rakan nya juga pernah menjadi mangsa liwat Anwar dan ianya adalah kerana suka sama suka. Mahasiswa tersebut kini dilindungi Papa Gomo dan beberapa rakan lain demi keselamatanya. Baca seterusnya di sini. Persoalannya, apakah benar video ini hanya anda sendiri yang boleh menilainya. Kami hanya memaparkan apa yang menjadi kemusykilan terbaru dikalangan rakyat Malaysia sekarang ini. Tengok dan buatlah penilaian !!].
Share:

Makin Di Tekan Semakin Ramai Masuk Islam Di USA !!

Share:

Panas: Isu "Turun Bendera PKR", Majlis Perbandaran Kuantan "Tidak Wajar Di Persalahkan" Sepenuhnya !

KUANTAN, 21 Mac - Operasi menurunkan bendera parti pembangkang di sekitar bandar ini malam tadi telah mendapat kritikan hebat dari kalangan para penyokong mereka terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR). Berbagai kenyataan panas dikeluarkan terutamanya di laman sembang sosial facebook selepas posting berkaitan isu itu disebarkan malam tadi. Difahamkan, operasi menurunkan bendera PKR yang dipasangkan pada lampu itu telah dilakukan oleh pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Ia dilakukan berikutan program "Jelajah Janji Ditepati" yang akan dihadiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak di Padang MPK2 pada hari Sabtu, 23 Mac ini. Susulan daripada kunjungan Najib itulah menyebabkan kerja-kerja menurunkan bendera terpaksa dilakukan bagi tidak menimbulkan berbagai spekulasi dan kontroversi kepada pemimpin negara yang akan turun ke sini nanti. Persoalannya, kenapa MPK dikritik sedangkan mereka melakukan kerja terbabit berasaskan peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan. Menurut sumber, majlis tempatan terbabit terpaksa menurunkan bendera berkenaan kerana menghormati kunjungan Perdana Menteri ke bandar ini. "Sudah lama kami beri ruang kepada PKR untuk mempamerkan bendera mereka pada hampir keseluruhan tiang-tiang lampu yang terdapat di sini.. Bayangkan PKR meletakan bendera mereka pada tempat yang tidak dibenarkan (dua lubang rasmi pada tiang lampu).. sedangkan ia sepatutnya dikhaskan kepada bendera Malaysia, Pahang atau negara dan negeri lain jika ada pemimpin mereka ke bandar ini. Sesekali memang diletakkan bendera parti kerajaan memerintah (BN). Namun, ia bukan sepanjang masa dan pada kesemua tiang lampu. Anehnya, PKR telah menawan semua tiang-tiang lampu di bandar ini tanpa memberi ruang kepada pihak lain. Kami biarkan walau pun pemimpin mereka membuat tuduhan rambang terhadap MPK. Hampir sebulan bendera PKR dibiarkan tanpa apa-apa-apa tindakan... makanya bila ada kunjungan PM ke sini.. tibalah masanya kami menaikkan bendera Malaysia sebagai tanda semangat patriotik. Itu pun kami tidak buang kesemuanya . PKR kadang tu terlalu berani mencabar undang-undang... sudahlah tiang lampu mereka kontrol. "Mereka juga letakkan bendera pada tempat yang tidak dibenarkan seperti papan tanda, lampu isyarat serta lain-lain yang jelas mengganggu sebenarnya. Namun, kami bersikap terbuka dengan membiarkan semuanya itu. Tapi sekarang kami terpaksa lakukan.. Inilah juga yang dilakukan oleh Kerajaan Pulau Pinang, ketika mereka turunkan kain rentang dan bunting yang memaparkan gambar Perdana Menteri ketika berkunjung ke sana dulu", kata kenyataan itu.


 Sementara itu, seorang pemimpin PKR pula berkata tindakan MPK itu jelas sekali "double standard" menjelang Pilihanraya Umum Ke-13. "Operasi turunkan bendera ini jelas membuktikan UMNO BN takut pada bayang-bayang sendiri. Kenapa bendera dacing tidak diturunkan sama? Sedangkan ia juga bendera parti politik.. Sikap MPK ini amat dikesali dan sudah pasti rakyat akan terus membenci tindakan seperti ini... Sepatutnya kelonggaran diberikan terutamanya di musim pilihanraya.. Mereka turunkan bendera kami (PKR) dan kami juga tidak tahu sama ada bendera itu dibuang atau dibakar oleh pihak terbabit. Ini sesuatu yang tidak wajar dalam sebuah negara demokrasi.. Memang kami tahu parlimen belum dibubarkan lagi, namun biarlah rakyat merasai kehangatannya.. tambahan pula Parlimen Kuantan diwakili oleh YB Fuziah Salleh dari PKR", katanya. 

Pembangkang buat protes  isu bendera di Pejabat MPK baru-baru ini

Awal bulan ini Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh ada mendakwa Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) berat sebelah dan mengamalkan peraturan berbeza kepada pembangkang berikutan pemasangan bendera di tengah bandar Kuantan. Menurutnya, Pegawai Penguat kuasa MPK  hadir ke Pejabat Ahli Parlimen Kuantan di Jalan Berserah untuk meminta PKR menurunkan bendera parti yang sudah dipasang pada tiang lampu di sekitar bandar. Alasan yang diberikan kerana bendera tidak dibenarkan dipasang di pusat bandar dan PKR diberi tempoh dua hari untuk mencabut bendera berkenaan sebelum MPK mengambil tindakan. Apa yang jelas sememangnya MPK membiarkan bendera PKR itu berkibar hampir sebulan lamannya tanpa gangguan. Oleh itu, tindakan MPK menurunkan bendera terbabit tidak wajar dipertikaikan kerana amaran lisan sudah diberikan sejak sekian lama. Cuma, mungkin kerana berlaku ketika Perdana Menteri datang dan menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 maka ia nampak tidak berapa bagus dan sukar diterima oleh semua pihak agaknya. Kenyataan Fuziah itu ada disiarkan oleh akhbar Sinar Harian Pahang pada 1 Mac 2013 yang lalu.

Jika MPK tidak bertimbang rasa, mereka boleh buang semua bendera ini

[Tinjaun PDO mendapati, bendera-bendera PKR diturunkan hampir di kesemua kawasan sekitar bandar ini. Cuma yang masih dibiarkan ialah bendera yang tidak diletakkan pada tiang lampu seperti di pokok, bahu-bahu jalan dan sebagainya. Apapun, diharap isu ini tidak terlalu mencetuskan kontroversi kerana ia adalah sebahagian daripada tanggungjawab pihak berkuasa tempatan. Mungkin bendera BN dibiarkan kerana ia tidak diletakkan pada tempat rasmi seperti yang dilakukan oleh PKR. Tindakan mengawal kesemua tiang lampu dengan bendera PKR yang diletakkan di kiri kanannya telah menyebabkan ramai pihak terkejut sebenarnya. Malah mereka hairan kenapa MPK membiarkan bendera itu berkibar sedangkan mereka ada hak untuk menurunkannya. Sepatutnya PKR mengambil sikap terbuka dengan tidak menyalahkan sepenuhnya kepada pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK). Mereka adalah agensi dibawah kerajaan yang memerintah. Di Pahang, kerajaan yang memerintah ialah Barisan Nasional (BN). Makanya MPK ada hak untuk bertindak sama seperti yang dilakukan oleh kerajaan negeri pembangkang sebelum ini. Usahlah dijadikan isu panas kerana semua pihak telah diberi ruang untuk berkempen lebih awal. Cuma, PKR juga wajar menghormati kuasa yang ada pada MPK. Difahamkan, banyak juga bendera BN yang telah diturunkan oleh MPK malam tadi. Cuma ia mungkin tidak disensasikan dan tidak dijadikan isu oleh pihak terbabit. Memamg, bila ada pemimpin negara berkunjung ke bandar Kuantan mereka ada hak untuk meletakkan bendera Malaysia di tiang-tiang lampu tersebut. Cuma, diharapkan MPK tidak memusnahkan bendera yang sudah diturunkan itu bagi memberi keadilan kepada PKR untuk menuntutnya kelak. Apapun, semoga persaingan yang sihat akan dapat menyuburkan amalan demokrasi itu akhirnya].
Share:

Panas: Video, Bagaimana Ketua Menteri Taib Mamud Rompak Hasil Mahsul Rakyat Sarawak Kini Tersebar!

Share:

Panas: Najib Di Minta 'Selesai Dulu Isu Air' Di Pahang Sebelum Tabur Janji Manis Kepada Rakyat Kelantan!

KUANTAN, 21 Mac  - Perdana Menteri Malaysia, Datuk Sri Najib Tun Razak (foto) digesa mengambil perhatian serius untuk menyelesaikan isu air yang kini menghantui sebahagian besar rakyat di negeri ini. Jika dulu, masalah tersebut hanya melanda di kawasan-kawasan pedalaman dan tanah rancangan Felda semata-mata. Kini ia menjadi lebih parah lagi apabila ia melanda pula bandar Kuantan yang merupakan ibu negeri Pahang sendiri. Amat memalukan apabila setiap minggu ada sahaja laporan masalah air yang diterima daripada rakyat yang sudah bosan dengan janji-janis manis yang dibuat oleh kerajaan selama ini. Jika Perdana Menteri Malaysia yang berasal dari negeri Pahang, Najib sendiri boleh berkata kepada rakyat Kelantan yang antara lain bunyinya "Jika mahu masalah air di negeri itu selesai, maka rakyat perlu tukar kerajaan PAS kepada BN pada pilihanraya umum akan datang". Kenyataan Najib ini seolah menggambarkan negeri yang ditadbir oleh PAS itu sahaja yang mempunyai masalah air, walhal sebaliknya Pahang yang tidak pernah jatuh ke tangan pembangkang terkadang lebih teruk dari itu. Lebih malang agi, masalah bertimpa-timpa sejak Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang dikorporatkan menjadi Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) sejak awal tahun lalu. Masalah air yang melanda terkadang sudah melebihi 30 hingga 40 tahun sejak pemerintahan UMNO BN di negeri ini. Maka itu, amat menghairankan bila mana Najib berjanji seperti itu kepada rakyat Kelantan. Cuba lihat video yang dipaparkan di bawah ini. Masalah air yang melibatkan penduduk di Felda Jengka 7, Maran ini adalah satu contoh "cakap tak serupa bikin.. mengata orang negeri sendiri yang lebih". Luahan dan penderitaan yang mereka alami amatlah teruk sekali sebenarnya. Malah, ia jelas membuktikan segala cakap-cakap pemimpin UMNO BN selama ini hanyalah omongan kosong belaka. Mereka rela berjanji "bulan bintang untuk menyelesaikan masalah air di negeri kelantan", tetapi realitinya di negeri sendiri pun mereka tidak mampu melakukannya. Jika di negeri pembangkang mungkin rakyat boleh menerima takdir masalah air berlaku kerana segala peruntukan dan dana untuk memulihkan situasi itu disekat oleh pusat. Anehnya, kenapa di negeri yang dapat peruntukan besar dari pusat pun menghadapi masalah yang sama. Malah, senarionya lebih teruk daripada yang rakyat sangka.

 
Dengan melihat apa yang berlaku ini, maka seluruh rakyat Pahang terutamanya warga Kuantan yang sudah tidak tahan lagi dengan janji-janji manis yang dibuat oleh pemimpin UMNO BN selama ini agar bangkit beramai-ramai untuk berhimpun secara aman di Padang MPK2, dekat sini pada 23 Mac ini. Ia kerana Perdana Menteri Malaysia dijangka akan hadir untuk bersama rakyat dalam program "Jelajah Janji Di Tepati". Rakyat perlu sedarkan Najib dari lamunan mimpi bahawa "apa guna berjanji, kalau tidak ditepati". Bawa bersama sempanduk dan poster-poster tentang janji-janji tersebut agar PM sedar apa yang berlaku di negeri Pahang ini. Apa yang lebih menarik untuk diperkatakan ialah tanggal 23 Mac juga adalah merupakan selang sehari berakhirnya notis gangguan bekalan air di beberapa lokasi dalam bandar Kuantan. Difahamkan notis yang diedarkan itu memaklumkan bahawa gangguan bekalan air berlaku di sekitar bandar Kuantan bermula dari 19 Mac hingga 22 Mac (Isnin-Jumaat). Lokasi gangguan adalah seperti dilampiran (Klik Sini). Maknanya rakyat Kuantan menderita beberapa hari sebelum kehadiran Najib itu nanti (ketika artikel ini ditulis masalah masih berlaku). Sementara itu, ramai pihak yang sudah tidak tahan lagi untuk menanggung derita ini. Malah di kawasan taman perumahan Bukit Pelindung baru-baru ini, satu demontrasi aman telah diadakan bagi mendesak kerajaan menyelesaikan masalah air yang sering melanda para penduduk terbabit. 


Terdapat juga laporan mengatakan beberapa buah sekolah berasrama terpaksa mengarahkan pelajarnya balik ke rumah keluarga masing-masing setiap minggu akibat ketiada air. Tidak kurang juga pekajar yang diarahkan mandi di tempat lain termasuk terpaksa bersusah payah setiap hari untuk mendapatkan bekalan air. Masalah ketiadaan air juga menyebabkan orang ramai mengalami kesukaran untuk menunaikan ibadat di masjid-masjid tertentu. Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota misalnya, difahamkan sudah seminggu lebih ketiadaan air. Malah, masalah itu berlaku setiap minggu hingga menyebabkan para jemaah mengalami kesukaran untuk menunaikan solat terutamanya ketika solat Jumaat. Semua ini menimpa rakyat Kuantan sekarang dan bukan rakyat Kelantan atau Selangor. Kerajaan Negeri Pahang berbangga untuk menjual air ke Selangor, tapi rakyat sendiri menderita masalah air. Inilah yang dinamakan "kera dihutan disusukan, anak dirumah mati tak makan". Terkadang, bila difikirkan semula kita merasa malu melihat senario yang berlaku di negeri UMNO BN ini. 

[Soalnya, dalam keadaan yang daif ini pun pemimpin UMNO BN seperti Datuk Najib Tun Razak, masih berdegar-degar berjanji untuk menyelesaikan masalah air di negeri Kelantan. Sedangkan hakikatnya di negeri sendiri pun UMNO BN tidak mampu untuk melaksanakannya. Apakah ini namanya "janji ditepati". oleh itu, rakyat Pahang harus berpijak di bumi yang nyata dan jangan terlalu taksub dengan kepartian hingga melupakan masalah yang mereka hadapi. Bila masalah terjadi, bukan sahaja mereka yang menyokong pembangkang bermasalah malah turut melibatkan penyokong UMNO BN itu sendiri sebenarnya. Oleh itu, jangan terlena dibuai mimpi-mimpi indah jika anda sememangnya berhadapan dengan mimpi ngeri sepanjang masa. Apa yang lebih memalukan, media arus perdana sering menyiarkan masalah air yang berlaku di negeri pembangkang sebaliknya menyembunyikan apa yang berlaku di negeri yang ditadbir oleh BN mutakhir ini. Semuanya kerana ingin menjaga imej UMNO BN dimata rakyat menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Rakyat Pahang harus berfikiran positif dan tidak lagi keliru dengan apa yang berlaku ini. Jika tidak mahu masa depan mereka terus diperkotak-katikkan, lakukanlah perubahan agar masa depan anak cucu dan generasi akan datang lebih selesa daripada apa yang kita nikmati sekarang ini. Jika tidak, pasti kita akan dipersalahkan satu hari nanti. Berubahah walau pun sukar !].
Share:

Tengku Abdullah Optimis Hoki Layak Ke Piala Dunia

PEKAN, 20 Mac - Semua pemain kebangsaan perlu meneruskan semangat juang dan kesungguhan seperti dipamerkan pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2014. Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah (foto) bertitah semangat tidak mudah mengalah wajar membara dalam diri setiap pemain walaupun dalam perlawanan persahabatan. Walaupun sedikit hampa dengan kegagalan anak buah Paul Revington menjuarai edisi ke-22 kejohanan itu, Ahad lepas, Tengku Abdullah yakin skuad itu mampu melakukan yang lebih baik pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2014. Skuad kebangsaan bakal berhadapan dua kejohanan penting untuk meraih tiket melangkah ke Piala Dunia 2014 di Belanda. Dua kejohanan tersebut ialah Liga Dunia pusingan separuh akhir dari 29 Jun hingga 7 Julai ini di Johor dan Piala Asia di Ipoh, Perak dari 24 Ogos hingga 1 Sept ini. "Pemain perlu memupuk sikap nak menang yang mesti sentiasa ada walaupun dalam perlawanan persahabatan," titahnya kepada pemberita selepas berangkat pada majlis perasmian Restoran Pandu Lalu McDonald yang disempurnakan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di sini hari ini. Tengku Mahkota Pahang itu, bagaimanapun, hampa dengan persembahan skuad kebangsaan pada lima minit terakhir pada final menentang Australia pada kejohanan di Ipoh, Perak, Ahad lepas. Harapan skuad negara untuk muncul juara buat julung kali pada kejohanan itu tidak kesampaian apabila Trent Milton meledak gol kemenangan pada minit terakhir perlawanan (minit ke-70) untuk membantu Australia muncul juara buat kali ketujuh. "Ada perkara yang perlu diperbetulkan, walau bagaimanapun saya kagum dengan pemain muda, nampak peningkatan dari segi kombinasi dengan pemain lama," titahnya. Kali terakhir skuad kebangsaan layak ke Piala Dunia ialah pada tahun 2002 di Kuala Lumpur dengan meraih tempat kelapan dan pencapaian terbaik Malaysia pada Piala Dunia adalah meraih tempat keempat pada 1975. - Bernama
Share:

Panas: Video Eksklusif Pendedahan Projek IC Sabah !

Share:

Bongkar: Projek Jalan, Rupanya Adnan Lulus Kontrak Kepada Syarikat Milik Ketua Pemuda UMNO Bentong !

KUANTAN, 19 Mac - Susulan pendedahan PDO tentang kontroversi  Panas: Kerajaan Negeri Luluskan Kontrak Selenggara Jalan "Seluruh Pahang" Kepada Syarikat "Dua Hari" !!  semalam, maka ramai pihak yang terkejut dengan senario yang berlaku ini. Malah lebih memeranjatkan lagi, jika selama ini kita selalu  mendengar berkenaan dengan "Syarikat Dua Ringgit" kini muncul pula nama baru iaitu "Syarikat Dua Hari". Apa tidaknya, baru dua hari syarikat YP Maintenance Sdn. Bhd iaitu anak syarikat kepada Yayasan Pahang didaftarkan (4 Februari 2013), tiba-tiba dengan kuasa Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob selaku pengerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) telah meluluskan kontrak penyelenggaraan jalan-jalan negeri di seluruh negeri Pahang kepada syarikat terbabit pada 6 Februari 2013. Bukankah ini sesuatu yang tidak masuk dek akal sebenarnya. Mana mungkin MB boleh luluskan syarikat yang langsung tidak mempunyai pengalaman untuk menguruskan kerja berkaitan di seluruh negeri Pahang. Maknanya syarikat terbabit akan menjalankan kerja berkaitan bermula dari 1 April 2013 hingga 1 April 2020 (tujuh tahun). "Sungguh menakjubkan apa yang rakyat Pahang saksikan ini.. terdapat usaha untuk terus mengagihkan projek kepada kroni biar pun pilihanraya umum ke-13 semakin hampir sekarang. Nampak benar mereka mahu membuat persediaaan satu penggal sekiranya BN tumbang atau pun Menteri Besar Pahang bertukar tangan selepas PRU-13 ini nanti. Apa yang berlaku ini jelas sekali tidak boleh diterima oleh rakyat Pahang", kata seorang kakitangan kerajaan. Persoalannya sekarang, siapakah pemilik syarikat terbabit?. menurut carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dua orang ahli lembaga pengarah syarikat dengan nombor pendaftaran 1033787 X tersebut ialah Johari Harun yang beralamat di Janda Baik dan Syufina Yaakob yang beralamat di Batu Caves. Syarikat tesebut baru didaftarkan pada 4 Februari 2013 dengan modal berbayar 100,000. Selepas membuat siasatan, akhirnya PDO berjaya menjejaki salah seorang pemilik syarikat terbabit ialah Datuk Johari Harun (foto) yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bentong sekarang. Maknanya disini. MB Pahang selaku Ketua UMNO Bahagian Bentong telah meluluskan projek tujuh tahun kepada syarikat milik Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bentong. Bukankah ini jelas satu perbuatan rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh Menteri Besar Pahang?. 
[PDO sedang menyiasat siapakah Syufina Yaakob, iaitu salah seorang lagi pemilik berdaftar syartikat terbabit. Jika dilihat kepada namanya, saling tak tumpah sama seperti nama ayah kepada MB Pahang itu. Apapun, nantikan laporan lanjut isu panas ini. Jika inilah keadaannya, maka tidak guna motto UMNO Bahagian Bentong "Pembela Rakyat" seperti yang tertera di atas. Selama ini rakyat Pahang memang tahu keterlibatan Adnan mengagihkan dan menfaraidkan hasil mahsul dan kekayaan negeri kepada kroni dan proksi beliau. Siapakh yang tidak kenal Hasnul Hisyam Yaakob dan Zabidi Yaakob serta lain-lain tokoh korporat yang muncul di Pahang sejak Adnan menjadi Menteri Besar. Berbagai projek termasuk balak, lombong emas, bijih besi, tanah, ladang sawit telah dimonopoli oleh pihak terbabit tanpa sedikit pun rasa bersalah kepada rakyat Pahang. Selam ini mungkin tiada bukti dokumen untuk orang ramai membuat tuduhan berkenaan. Namun dengan isu terbaru ini kemungkinan besar akan membuka mata rakyat malah orang UMNO sekali pun untuk mengakui memang pemimpin mereka yang bergelar MB menggunakan kepentingan dan kuasa yang ada untuk mengayakan keluarga, kroni serta suku sakat masing-masing sebenarnya. Lantaran itulah Adnan amat gusar jika beliau tumbang atau digantikan selepas PRU-13 ini nanti. Maka itulah diagihkan projek selenggara jalan di seluruh Pahang selama tujuh tahun kepada kroninya sebagai persiapan jika berlaku sebarang kemungkinan selepas PRU ini]. 
Share:

Panas: Kerajaan Negeri Luluskan Kontrak Selenggara Jalan "Seluruh Pahang" Kepada Syarikat "Dua Hari" !!

KUANTAN, 18 Mac - Rakyat Pahang kini tertanya-tanya apakah benar ada penyelewengan kuasa dalam penganugerahan kontrak penyelenggaraan jalan-jalan negeri selama tujuh tahun kepada sebuah syarikat "dua hari" yang cukup meragukan. Perkara ini dibongkarkan oleh PAS Pahang dalam beberapa siri ceramah mereka. Dalam satu ceramah umum di Sg.Isap Damai baru-baru ini Pesuruhjaya PAS Pahang Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, mendedahkan, berdasarkan surat daripada Pengarah JKR Pahang, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Pahang yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob (foto) telah meluluskan kontrak penyelenggaraan jalan-jalan negeri di seluruh negeri Pahang kepada Syarikat YP Maintenance Sdn. Bhd. Menurutnya, surat yang ditujukan kepada semua jurutera daerah itu, kontrak akan dilaksanakan bermula pada 1 hb April 2013 selama 7 tahun dan pembiayaannya adalah dari peruntukan Wang Amanah Penyelenggaraan Negeri. Jelas surat tersebut, jalan-jalan Negeri yang terlibat dengan kontrak ini adalah jalan-jalan di dalam kategori Jalan Raya Negeri di bawah JKR seperti yang disenaraikan dalam Malaysia Road Record Information System (MARRIS) tidak termasuk jalan-jalan di bawah kategori yang lain. Pendedahan ini telah dibuat oleh blog selamatkanpahang. Antara lain blog terbabit melaporkan penganugerahan kontrak penyelenggaraan jalan-jalan negeri di seluruh negeri Pahang kepada hanya sebuah syarikat dijangka akan menjejaskan pekerja kuari Jabatan Kerja Raya (JKR), kontraktor kelas F dan peluang kerja anak tempatan. Penswastaan kepada Syarikat YP Maintenance Sdn. Bhd. itu sudah tentu merugikan banyak pihak dalam jangka masa panjang kerana ia seperti monopoli. Kuari JKR bergantung kepada pengeluaran hasilnya yang dipasarkan kepada JKR-JKR daerah, jika kerja-kerja penyelenggaraan jalan diswastakan secara langsung akan menjejaskan pendapatan pekerja kerana syarikat kontraktor biasanya mempunyai kuari sendiri. Begitu juga dengan pekerja-pekerja unit jalan JKR daerah, mereka mempunyai kakitangan paling ramai dalam unit-unit JKR. Dengan cara penswastaan ini elaun lebih masa yang dinikmati sebelum ini mungkin tiada lagi. 


Sementara itu, menurut carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dua orang ahli lembaga pengarah syarikat dengan nombor pendaftaran 1033787 X tersebut ialah Johari Harun yang beralamat di Janda Baik dan Syufina Yaakob yang beralamat di Batu Caves. Syarikat tesebut baru didaftarkan pada 4 Februari 2013 dengan modal berbayar 100,000. Dengan penswastaan tersebut, kontraktor kelas F juga dijangka menghadapi kerumitan dan masa depan yang suram selepas ini kerana segala kerja-kerja undi dan sebut harga untuk kategori jalan raya negeri di bawah JKR dibatalkan. Sebelum ini kontraktor kelas F juga ramai yang terpaksa ‘gulung tikar’ apabila penyelengaraan jalan persekutuan diswastakan kepada syarikat Roadcare. Unit jalan JKR daerah-daerah sudah tentu akan dikecilkan saiznya kerana kerja-kerja sudah diswastakan. Secara tidak langsung kesan jangka panjangnya ialah tidak ada lagilah "peluang pekerjaan" kepada para penduduk tempatan.

Sila klik pada imej yang dipaparkan ini untuk membesarkan gambar diatas

[Nampak isu ini sesuatu yang agak panas menjelang pilihnaraya umum akan datang. Bagaimana JKR Pahang boleh tawarkan kontrak selama tujuh tahun kepada sebuah syarikat yang cukup meragukan kewujudannya. Jika benar dakwaan PAS, syarikat terbabit didaftarkan pada 4 Februari, maka mana mungkin Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Pahang yang dipengerusikan oleh Menteri Besar boleh bersetuju meluluskan kontrak tersebut kepada syarikat terbabit pada 6 Februari. Malah lebih mengejutkan JKR Pahang hantar surat berkenaan pada tarikh 27 Februari 2013. Ini bermakna syarikat berkenaan seolah-olah mempunyai keistimewaan yang amat ketara. Tiada pengalaman tetapi begitu mudah diluluskan. Difahamkan YP Maintenance Sdn Bhd (YPM) adalah sebuah syarikat 100% bumiputera yang berdaftar dibawah CIDB (Gred G7) merupakan sebuah syarikat dibawah Yayasan Pahang (YP). Difahamkan Penegrusi Yayasan Pahang ialah Menteri Besar, Dato' Sri Adnan Yaakob sendiri. Persoalannya, kenapa begitu cepat projek ini diluluskan kepada syarikat terbabit?. Siapakah Syufina Yaakob dan Johari Harun dari Janda Baik. Harus diingat, MB Pahang berasal dari Kg.Sum Sum, Janda Baik. Apakah ada unsur-usnur penyelewangan dan korupsi dalam penganugerahan projek kontroversi ini. Siasatan lanjut bakal menyusul !].
Share:

Sah: Lim Kit Siang Bakal Bertanding Di Gelang Patah !


[Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan pemimpin DAP, Lim Kit Siang akan menjadi calon Pakatan Rakyat bertanding dalam kerusi parlimen Gelang Patah dalam pilihan raya umum akan datang. Penasihat PKR membuat pengumuman itu dalam ucapannya semasa sambutan ulang tahun kebangsaan DAP di Taman Sutera Utama di Skudai di sini pada Isnin. “Ya, terdapat salah faham antara DAP dan PKR mengenai isu yang ada kerana Gelang Patah adalah kerusi PKR. “Tetapi selepas menerusi beberapa perbincangan antara parti, kami mengadakan situasi menang-menang. “Tidak kira sama ada DAP atau PKR memegang kerusi itu. Apa yang penting adalah Pakatan menang,” katanya. Tan Ah Eng dari MCA kini merupakan Ahli Parlimen Gelang Patah. Dilaporkan pada Ahad bahawa penasihat DAP itu akan bertanding di Johor bagi mempertingkatkan peluang parti dalam pilihan raya umum. Cakap-cakap menyatakan bahawa beliau sedang melihat prospek untuk bertanding dialam kerusi parlimen Kulai, Gelang Patah atau pun parlimen Bakri].
Share:

Panas: Penyanyi Kumpulan FTG Isytihar Sertai PAS !!

Share:

Syahid: Najib 'Persoal Kenyataan' Datuk Harun Taib !

PUTRAJAYA, 18 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (foto)  mempersoal agenda di sebalik Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib menyifatkan anggota dan pegawai keselamatan dalam insiden pencerobohan dan tembakan di Lahad Datu, Sabah sebagai 'syahid dunia'. Beliau berkata kenyataan Harun pada Sabtu lepas di Kuala Terengganu itu amat bertentangan dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam (Jawatankuasa Fatwa) yang bersidang pada 6 Mac. Perdana menteri berkata Jawatankausa Fatwa telah menyatakan anggota keselamatan yang terkorban dalam isu pencerobohan di Sabah tergolong dalam 'syahid akhirat' kerana terkorban dalam mempertahan keselamatan nyawa, harta, keluarga, maruah dan kedaulatan negara. “Yang kita rasa kesal, tentang mati syahid pun nak dipolitikkan. Nak bercanggah pula dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa. Apakah agenda sebenar pihak pembangkang? Seorang dalam kalangan pemimpin pembangkang yang mulut celupar mendakwa itu sebuah sandiwara kerajaan pimpinan Umno. “Ini bukan masanya untuk kita menjadikan soal begitu serius yang melibatkan kedaulatan negara, nyawa pasukan keselamatan, maruah negara sebagai bahan politik untuk ditendang ke sana sini mengikut nafsu politik masing-masing,” katanya pada majlis penyerahan surat tawaran menunaikan fardu haji kepada calon program khas haji 1434H/2013 tajaan Yayasan 1MDB di sini hari ini. Najib juga menyeru setiap rakyat Malaysia supaya menunjukkan kesetiaan kepada negara. Sementara itu, Najib berkata kerajaan mengamalkan konsep wasatiyyah dalam mencari penyelesaian apabila berdepan dengan isu pencerobohan bersenjata Lahad Datu, baru-baru ini. 


Pertama, beliau berkata kerajaan tidak bertindak terburu-buru kerana mahu mengelak berlakunya pertumpahan darah. “Kalau boleh selesai dengan baik, lebih-lebih lagi antara orang Islam dengan orang Islam, meskipun mereka ceroboh masuk ke negara kita dengan senjata tetapi kita memberi peluang kepada mereka demi tidak ingin melihat ada orang yang terkorban dan akhirnya pertumpahan darah pasti akan berlaku. “Sebaliknya apabila peluang ini diberikan tidak dibalas dan kita pula puak yg diperangi oleh mereka dan kita dianiaya oleh mereka, maka pada masa itu wajib kita tentang mereka. “Ini selaras dengan hukum-hukum dalam Islam setelah kita memberi peluang untuk mencari jalan kedamaian tetapi pihak yang berkenaan mengisytiharkan perang terhadap kita. Maka, wajib bagi kita mempertahan nyawa, harta, tanah dan negara kita. “Ini prisnip Islam yang tidak boleh dipersoalkan sesiapa pun,” katanya lagi. BERNAMA
Share:

Panas: Dr.Asri Tidak Tanding Pilihan Raya Umum Ini !

KUALA LUMPUR, 18 Mac -Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengesahkan beliau tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), sekali gus mengakhiri spekulasi banyak pihak. Beliau sebelum ini ada disebut-sebut akan bertanding atas tiket Pakatan Rakyat. Umno pun dilapor pernah cuba untuk memikat beliau. Spekulasi itu menjadi perhatian sejak pertengahan tahun 2010. "Saya tidak bertanding. Saya mahu kekal dalam sempadan yang saya berada sekarang," kata beliau dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian Online kelmarin. Dalam pertemuan ini, Asri yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia mengakui pernah ditemui oleh pemimpin kedua-dua Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR). Mereka termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN dan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR). Sehubungan itu kata Asri, beliau mahu memainkan peranan sebagai golongan pemikir yang dapat menegur kerajaan yang memerintah. Beliau merupakan antara tokoh agama yang disebut-sebut akan bertanding pada PRU-13. Kata Asri, selain beliau, beberapa pihak terlibat dalam 'kumpulan pemikir' ini, yang akan bertindak memberi pandangan kritis dan kritikal terhadap kerajaan. "Kalau semua bertanding dan mengambil pendirian memihak mana-mana satu kumpulan, siapa yang akan menjadi kumpulan kritis," tambah Dr.Asri lagi. sumber

Share:

ADUN Tras: Belia Melayu Mula Kibarkan Bendera DAP

KUALA LUMPUR, 18 Mac - Kefahaman terhadap prinsip dan perjuangan DAP semakin mendapat tempat di kalangan remaja Melayu di beberapa kampung di Pahang apabila mereka sanggup memasang bendera dan memakai baju berlogo parti itu. “Kami mula melihat perkembangan menarik itu. Pemuda Melayu semakin boleh menerima DAP. Mereka berani tampil ke hadapan dan membuat kerja sukarela parti. “Mereka sanggup bersaing, perang bendera dengan BN. Ini petanda baik kerana sebelum ini tidak pernah berlaku,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri Tras, Choong Siew Onn (foto). Menurut beliau, memang secara tradisinya kampung Melayu dianggap kubu kuat UMNO tetapi realiti yang sedang berlaku di Pahang kini sesuatu yang positif bagi DAP dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13. “Dalam ceramah, selain isu semasa, kita biasanya tekankan prinsip perjuangan parti. Kita jelaskan bahawa DAP bukan parti Cina seperti yang selalu dituduh UMNO, kita alu-alukan orang Melayu sertai DAP,” ujar beliau ketika ditemui. Ditanya mengenai generasi muda FELDA pula, Choong berkata, maklum balas yang diterima menunjukkan ramai generasi kedua FELDA mahu kehidupan yang lebih baik dan terjamin. “Mereka bukan tidak berminat untuk usahakan tanah FELDA tetapi ada kekurangan di situ. Kalau harga komoditi sawit tidak setanding dengan Indonesia atau tidak stabil, inilah kelemahannya. “Bagi mereka yang berpendidikan, mereka mahukan sesuatu yang lebih setimpal. Mereka mahu kehidupan yang setanding dengan negeri maju seperti di Selangor dan Pulau Pinang, sekurang-kurangnya mereka boleh mencuba pelbagai bidang dan peluang kerjaya,” jelas beliau lagi. sumber
Share:

Panas: Jawapan PAS Soalan Tujuh Dosa Besar Najib !!

Share:

Gempar: Tren LRT Meletup Dekat Stesen Kerinchi !!

Share:

Panas: Masalah Air, Penduduk Berdemo Di Kuantan !!


[Lebih 100 penduduk mengambil keputusan untuk melahirkan kekecewaan mereka secara terbuka kepada (Pengurusan Air Pahang Berhad) P.A.I.P petang semalam di Bukit Pelindung Kuantan, menuntut P.A.I.P untuk mengambil tindakan segera memastikan bekalan air yang stabil kepada kediaman mereka dalam tempoh 2 minggu dari sekarang sebelum satu tindakan susulan diambil terhadap P.A.I.P. Malah mereka juga menuntut penjelasan P.A.I.P sama ada gangguan bekalan air yang sedang berlaku mempunyai kaitan secara langsung dengan penggunaan bekalan air yang tinggi dari kilang Lynas sehingga bekalan air dilihat seolah-olah dicatu oleh P.A.I.P untuk memastikan bekalan air yang mencukupi disalurkan kepada kilang itu. Penduduk juga tidak boleh dipersalahkan kerana mempunyai beberapa andaian punca gangguan bekalan air kerana sehingga hari ini, sebahagian dari mereka masih tidak dimaklumkan oleh pihak yang berkenaan. Ramai yang tertanya-tanya, apakah puncanya? Dan sampai bilakah masalah gangguan bekalan air ini akan dapat diselesaikan?. Persoalannya, apakah berita seperti ini akan disiarkan di saluran media arus perdana termasuk TV3?. Bayangkan jika ia berlaku di neger-negeri yang diperintah oleh pakatan pembangkang terutamanya di negeri Selangor atau pun negeri Kelantan sekarang].
Share:

Panas: Detik Terakhir PI Bala Dedah Kes Altantunya!

Share:

Peguam: "Buka Semula Kes Qazaf" Terhadap Saiful !!

KUALA LUMPUR, 16 Mac - Mahkamah Syariah perlu membuka semula kes qazaf berikutan pendedahan Azlan Md Lazim, bapa kepada Saiful Bukhari, kata peguam, Shamsul Iskandar Mat Akin (foto). Beliau menyifatkan kegagalan Saiful membawa empat saksi, ditambah pendedahan Azlan mengenai konspirasi kes Fitnah II, cukup untuk memanggil mahkamah bersidang semula. “Kes itu makin terang. Saya harap peguam pendakwa syariah tidak lagi main ‘silap mata’ dan segera buka semula kes tanpa alasan,” kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat itu. Sebelum ini, mahkamah menangguh kes berkenaan dengan pelbagai alasan termasuk mengelak pertindihan dengan mahkamah rayuan sivil yang membicara kes itu semula pada 22 Julai ini. Minggu lalu, Azlan membuat pengakuan betapa kes Fitnah II hanya konpirasi politik untuk memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diatur pegawai khas Datuk Seri Najib Razak. Kata Shamsul, pindaan Seksyen 121 Perlembagaan 1988 memberi kuasa setara kepada mahkamah syariah dan mahkamah sivil, bermakna mahkamah syariah berhak meneruskan kes tanpa menunggu keputusan mahkamah sivil. “Pendedahan Azlan menunjukkan Saiful melakukan kesalahan jenayah syariah. Mahkamah syariah boleh segera membuka semula kes qazaf tanpa menunggu keputusan perbicaraan di mahkamah sivil,” katanya. Mengulas lanjut, Shamsul berkata, tindakan mahkamah syariah yang sering menangguh kes memberi gambaran buruk kepada sistem kehakiman Islam. “Kalau mahkamah syariah terus lengah-lengahkan kes ini, saya bimbang ia cemarkan reputasi mahkamah yang melaksanakan hukuman berlandas syarak,” katanya. Beliau berkata, ulama terkenal dunia, Sheikh Yusuf Qardawi menyatakan sumpah laknat yang dilakukan Saiful adalah kesalahan jenayah qazaf. “Yusuf Qardawi bukan calang-calang ulama, hanya Ulama’ Suq (ulama jahat) yang pertikaikan fatwa itu,” Katanya. Qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina (dan liwat menurut jumhur ulama’) tanpa membawa empat saksi lelaki. Mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, pesalah boleh didenda RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. sumber
Share:

Adnan: BN Alu-Alukan Wong Tack Tanding Di Bentong

BENTONG, 16 Mac - Barisan Nasional (BN) Pahang mengalu-alukan hasrat pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack untuk bertanding di kerusi Parlimen Bentong atas tiket DAP pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) ini. Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob (foto) berkata Wong Tack terpaksa menghadapi penyandang Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang berwibawa dan diterima masyarakat pelbagai kaum di negara ini. "Niat Wong Tack untuk bertanding atas tiket DAP bertentangan dengan prinsip Himpunan Hijau sendiri, malah ada anggota mendesak beliau meletakkan jawatan pengerusi organisasi itu. "Pengundi sudah tentu dapat menilai kebaikan dan ketokohan Liow (Tiong Lai)yang telah memberi khidmat terbaik kepada masyarakat dan pengundi di Parlimen Bentong," katanya yang juga Pengerusi BN Negeri. Adnan, yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangi, berkata demikian kepada pemberita selepas majlis mesra kasih warga DUN Pelangai di Felda Kemasul di sini, semalam. Beliau berkata Liow, yang juga Menteri Kesihatan, mampu mempertahankan kerusi Parlimen Bentong dengan majoriti yang lebih besar berdasarkan reputasinya dan kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Wong Tack telah menggunakan Himpunan Hijau untuk mempopularkan diri sendiri dengan menentang projek Lynas sedangkan dia 'ada udang di sebalik batu'. "Orang ramai akan menilai keikhlasan dan niat pengerusi Hijau itu untuk bertanding di Parlimen Bentong iaitu kawasan kubu kuat parti MCA," katanya. Dalam pada itu, beliau berkata BN Pahang tidak mengamalkan formula peratusan muka lama dan muka baharu dalam pemilihan calon asalkan calon yang dipilih itu boleh menang. "Sasaran utama BN Pahang ialah untuk memenangi semua 42 kerusi DUN dan 14 Parlimen di negeri ini," katanya. Beliau yakin BN dapat merampas dua kerusi Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota serta empat kerusi DUN Triang, Tras, Kuala Semantan dan Beserah yang dimenangi pembangkang pada PRU 2008 memandangkan angin perubahan politik kini berpihak kepada BN. BERNAMA
Share:

Panas: Terkini, Enam "Imam Muda" TV9 Masuk PAS !!


[Tamparan cukup hebat untuk UMNO BN menarik golongan muda memberi sokongan kepada mereka pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang, bilamana hari ini enam orang peserta program realiti TV9 "Imam Muda" bertindak menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS). Mereka terdiri daripada Imam Muda Fakhrul (Mohd Fakhrurrazi Hussin), Imam Muda Azhar (Khairul Azhar Ghazali), Imam Muda Fatah (Abdul Fattah Riddzwan), Imam Muda Faris (Syed Faris Syed Roslan), Imam Muda Megat (Megat Mohd Zahid Megat Azimuddin) dan Iman Muda Ar Razi (Fakhrulrazi Ibrahim). Mereka menyertai PAS dihadapan Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi. Apapun, penyertaan mereka ini pasti mengejutkan Ulamak Muda UMNO terutamanya Ustaz Fathul Bari dan yang lainnya. Di kala mereka sibuk mempertahankan kononnya negara ini sudah mengamalkan Islam dikala itu juga generasi muda terus menolak kerajaan. Mereka melihat kebenaran dan tidak suka dipermainkan. Kerajaan yang ada gemar mencampurkan urusan agama dan maksiat dalah apa jua program yang mereka lakukan. Inilah yang menyebabkan para Imam Muda terbabit akhirnya sertai PAS].
Share:

Lynas: 'Rakyat Semakin Keliru', Pendirian Anwar Dan Himpunan Hijau Kini Tidak Konsisten Tentang Isu Itu!

Apa sudah jadi dengan isu Lynas? Mutakhir ini terdapat pendirian yang berbeza-beza antara pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan NGO Himpunan Hijau terhadap projek tersebut. PKR misalnya nampak berlembut dalam isu Lynas apabila Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan media berkata Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di Kawasan Perindustrian Gebang, Kuantan itu boleh diteruskan jika terbukti ia selamat. Kenyataan Anwar ini ditempelak oleh Ahli parlimen Kuantan yang juga Naib Presiden PKR sendiri Fuziah Salleh. Dalam satu kenyataan kepada media, Fuziah mendakwa Pakatan Rakyat tetap akan tutup kilang Lynas sebaik saja pembangkang membentuk kerajaan persekutuan selepas Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti. Fuziah menegaskan ia tidak boleh dibenarkan untuk beroperasi sama ada di Gebeng atau mana-mana tempat di Malaysia. Malah, katanya jika ada satu peratus peluang loji Lynas terbukti selamat, ia masih tidak sepatutnya berada di Gebeng. Kenyataan Fuziah ini seolah-olah "melawan tokey" dan sengaja mahu menjatuhkan imej Anwar Ibrahim sebenarnya. Kini Anwar mempunyai risiko dituduh tidak konsisten dalam pendiriannya mengenai loji tersebut berikutan laporan akhbar berpengkalan di Melbourne, The Age, minggu lepas. Dalam laporan itu, Anwar  ada berikrar untuk menyokong pelombong Australia itu jika Lynas terbukti selamat oleh inkuiri awam baru. Anwar dilaporkan berkata beliau akan mempercepatkan inkuiri tersebut, akan tetapi loji Lynas akan terus ditutup sebelum itu. “Saya tidak bersedia untuk membiarkan risiko keselamatan rakyat di Kuantan dan kawasan sekitarnya,” Anwar memberitahu The Age. Kenyataan tersebut dilihat bercanggah dengan kenyataan dibuatnya semasa perhimpunan Himpunan Hijau di Kuantan tahun lalu. Pada ketika itu, Anwar memberi jaminan kepada hadirin bahawa Pakatan Rakyat akan menutup loji tersebut bila berkuasa kelakSementara itu Aktivis Himpunan Hijau, Wong Tack juga minggu ini menyanggah kenyataan kononnya Anwar tidak lagi konsisten dalam pendiriannya mengenai projek Lynas. 


Wong mengatakan beliau bersetuju dengan pandangan ketua pembangkang bahawa pelombong gergasi Australia, yang disifatkannya masuk melalui “pintu belakang”, seharusnya dibenarkan beroperasi jika mengikuti peraturan keselamatan. “Jika Lynas keluar melalui pintu belakang dan datang kembali melalui pintu hadapan dan mengikuti prosedur ditetapkan, kita boleh benarkan mereka kembali,” katanya. Tetapi Wong mencadangkan Lynas tidak menepati standard keselamatan ditetapkan oleh kerajaan Malaysia dan lesen operasi diperolehi secara haram. Wong sebelum ini telah dinamakan oleh DAP untuk menjadi calon parti itu bertanding di kerusi parlimen Bentong pada Pilihanraya Umum akan datang. Kini, kedua-dua pemimpin politik serta NGO mengeluarkan kenyataan yang jelas bercanggah itu. 

[Dengan percanggahan ini maka rakyat Kuantan juga berada dalam dilema sama ada mahu memilih Pakatan Rakyat atau pun Barisan Nasional pada pilihanraya umum ke-13 ini nanti. Bayangkan jika benar Anwar selaku Perdana Menteri ketika itu membenarkan Lynas terus beroperasi dengan syarat-syarat tertentu, maka sudah pasti rakyat akan terpedaya dengan perjuangan mereka selama ini. Mahu mengharapkan Fuziah, mungkin suara Anwar lebih didengari rakan-rakan pakatan yang lain ketika itu. Persoalannya, apakah rakyat Kuantan harus memperjudikan nasib mereka dengan kenyataan yang tidak konsisten ini?. Wal;au pun Fuziah beriya-iya mahu menutup kilang Lynas jika pembangkang berjaya membentuk kerajaan nanti, namun dia harus ingat siapa Anwar. Tambahan pula selepas diangkat menjadi Perdana Menteri nanti. Sudah pasti seribu alasan pula akan diberikan untuk mempertahankan kilang terbabit. Oleh itu, rakyat perlulah bijak menilai semua ini. Jangan nanti "menang sorak kampung tergadai". Mahu bergantung harap kepada Pakatan Rakyat untuk menutup kilang Lynas, lain pula jadinya nanti. Oleh itu, berhati-hati membuat keputusan agar rakyat tidak ditipu akhirnya oleh kealpaan sendiri. Jangan nanti rakyat dipermainkan oleh kata-kata orang politik, tetapi risikonya tetap sama di kemudian hari. Justeru, beringat!].
Share:

Panas: Terkini, PI Bala Meninggal Dunia Petang Tadi


[Penyiasat Persendirian, P Balasubramaniam  yang banyak mendedahkan penglibatan pemimpin tertinggi negara dalam kes Altantunya meninggal dunia. Penyiasat persendirian itu meninggal dunia dipercayai selepas menderita serangan jantung di Rawang petang ini.... Beliau yang lebih dikenal sebagai "PI Bala" memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu, yang dikaitkan dengan pemimpin tertinggi politik. Beliau mendaftar keluar dari Pusat Perubatan Sime Darby pada Selalu lalu tetapi mengalami kesukaran bernafas ketika makan tengah hari di restoran dekat rumahnya di Rawang kira-kira jam 2.30pm. Balasubramaniam kemudian bergegas ke klinik untuk bantuan tetapi meninggal dunia sebelum ambulans daripada Hospital Sungai Buloh tiba. "Beliau sepatutnya membuat pembedahan pintasan jantung dalam tempoh dua minggu," kata peguam dan anggota parlimen Subang R Sivarasa kepada Malaysiakini ketika dalam perjalanan ke hospital. Bulan lalu, Balasubramaniam mengalami serangan jantung kecil ketika bercakap dalam ceramah Pakatan Rakyat di Kota Bharu. Selepas membuat pemeriksaan perubatan apabila pulang ke Kuala Lumpur, beliau dimasukkan ke wad selama 10 hari di Pusat Perubatan Sime Darby]. sumber
Share:

Panas: PAS Dan DAP Kecewa Tindakan PKR Pahang !

[PAS Pahang dan DAP Pahang mengutuk dengan serentak tindakan PKR Pahang pengumuman sendiri kerusi parlimen dan DUN yang akan mereka tandingi pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Demikian ditegas dalam satu posting terkini di facebook seorang pemimpin DAP Pahang hari ini iaitu Micheal Cheah. "Pas Pahang dan DAP Pahang mengutuk dgn serentak pada PKR Pahang pengumuman sendiri akan tanding atas dun/palimen yg belum selesai perbincangan antara Pakatan Rakyat adalah satu sikap yg tidak hormat atas keputusan Pakatan Rakyat Pusat ! Tuan Ibrahim berucap bahawa Penamaan PKR Pahang tu bukannya akhir Keputusan Pakatan Rakyat !, kata kenyataannya. Kenyataan itu turut disiarkan di dalam sebuah akhbar berbahasa Cina yang turut memaparkan gambar Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Semua pihak kecewa dengan tindakan PKR Pahang itu dan menggesa keputusan tersebut ditarik balik serta merta jika tidak mahu suasan menjadi lebih keruh menjelang Pilihanraya umum ke -13 yang semakin hampir sekarang ini. Perbetulkan kekalutan ini andainya tidak mahu rakyat keliru  perjuangan mereka].
Share:

Umum Calon, Nizar Anggap Pemuda PAS Perak Nakal

IPOH, 15 Mac - Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin (foto) menganggap tindakan Pemuda Pas mengisytiharkan dirinya sebagai calon DUN Changkat Jering sebagai pendekatan yang ‘nakal’. Beliau berkata, bukan setakat isu calon semata-mata, barisan kepimpinan Pemuda Pas sebelum ini dilihat agak ke hadapan dalam membincangkan pelbagai topik dan masalah setempat. “Saya tidak rasa ia perkara serius kerana pengumuman itu dibuat secara dalaman dalam kalangan Pemuda. Kadang-kadang mereka ini bertindak secara nakal juga. Mendahului yang lain,” katanya. Beliau berkata, sehingga kini, pihaknya hanya memberi tumpuan terhadap DUN Pasir Panjang, iaitu kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12). Malah menurutnya, beberapa program bersama masyarakat terus diatur di DUN Pasir Panjang sebagai usaha mendekati pengundi. Selain menang di Pasir Panjang, Mohamad Nizar yang dilantik sebagai Menteri Besar selepas Pakatan Rakyat (PR) dibentuk pada 2008 lalu turut menang di kerusi Parlimen Bukit Gantang pada pilihan raya kecil, 7 April 2009, menggantikan calon PAS, Roslan Shaharum yang meninggal dunia pada Februari 2009. Mengulas lanjut, Mohamad Nizar berkata, sehingga kini belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan berkenaan perkara itu, namun beliau menghormati apa yang dinyatakan barisan Pemuda PAS Perak. “Saya juga tidak tahu keputusan akhir nanti. Semua bergantung kepada Majlis Pimpinan PR. Saya hanya dimaklumkan buat masa ini, masih lagi ‘pegang’ Dun Pasir Panjang,” katanya. sumber
Share:

Empat Maut Kemalangan Di KM17 Jln Lipis - Merapoh

KUALA LIPIS, 14 Mac - Empat maut dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah bas ekspres dan kereta di Km 17, Jalan Lipis-Merapoh, dekat sini tengah malam Khamis. Dalam kejadian 12.30 malam itu, bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Kelantan bertembung dengan kereta jenis Honda City yang datang dari arah bertentangan. Empat yang terbunuh merupakan penumpang kereta iaitu Nur Hamira Baharum, 24; Hasnah Che Hussin, 66; Nik Eryna Nik Ahmad, setahun; dan seorang warga Indonesia dikenali sebagai Yanti, 20-an, manakala penumpang dan pemandu bas tidak cedera. Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan (foto) memberitahu pemberita di sini hari ini, siasatan awal polis mendapati kereta terbabit hilang kawalan sebelum bertembung dengan bas berkenaan. "Pemandu kereta terbabit (belum dikenal pasti) dan seorang lagi penumpang kereta berkenaan (belum dikenal pasti) cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh," katanya. Beliau berkata semua yang mati dan cedera itu dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan. Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. BERNAMA
Share:

Panas: Tindakan "PKR Umum Calon Dan Kerusi" Yang Di Tandingi PRU-13 Ini Cetus Kontroversi Di Pahang !

KUANTAN, 15 Mac - Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang membuat sidang media mengumumkan calon dan jumlah kerusi yang akan mereka tandingi pada Pilihanraya Umum Ke-13 seperti yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian Edisi Pahang semalam telah mencetuskan kemarahan dan perasaan tidak puas hati dikalangan sebahagian besar penykong Pakatan Rakyat terutamanya dari PAS. Mereka mempertikaikan tindakan PKR berbuat demikian diketika parlimen masih belum dibubarkan dan tarikh penamaan calon juga belum diketahui. Persoalannya kenapa PKR Pahang bertindak melulu dengan membuat pengisytiharan kerusi yang akan mereka tandingi?. Pengumuman yang dibuat dalam satu sidang media  oleh Zaidi Ahmad (foto) selaku Pengarah Strategi Pilihanraya PKR Pahang juga dilihat tidak kena pada masa dan tempatnya. Menurut seorang pemimpin PR, amatlah tidak wajar Zaidi membuat pengumuman kerana beliau sebelum ini sudah "meletakkan jawatannya" dari PKR Pahang. "Kenapa tiba-tiba Zaidi tampil membuat kenyataan demikian dan bukannya Dato' Dauzi (Pengerusi PKR Pahang)?. Malah, kenapa sidang media itu diadakan tanpa dihadiri pimpinan Pakatan Rakyat yang lain?. Bahkan saya juga hairan, kenapa kerusi bertindih yang berstatus quo pun PKR kata milik mereka seperti Parlimen Temerloh, DUN Teruntum, Damak, Dong, Ketari, Tanah Rata dan sebagainya... Mengapa buat kenyataan tanpa berbincang dan merujuk pimpina PR yang lain.. kenapa memandai-mandai.. sedangkan parlimen belum pun dibubarkan", kata beliau. Difahamkan, Zaidi telah meletakkan jawatannya dari PKR Pahang untuk menumpukan perkerjaannya di Kawasan Perindustrian Gebeng dekat sini. Tempat beliau kemudiannya telah diambil alih oleh Ahmad Shah. Namun persoalannya, kenapa tiba-tiba dia mengumumkan kenyataan panas itu semalam?. Dalam sidang media itu semalam, Zaidi yang mewakili Dato' Fauzi Abdul Rahman mengumumkan PKR Pahang akan bertanding di lima kerusi parlimen dan enam belas (16) kerusi DUN pada PRU-13 ini.


Malah Zaidi turut menamakan Mohd Nor Hassan (Ketua Cabang Bentong) sebagai calon di DUN Ketari dan Tan Wei Mun (Ketua Cabang Cameron Hihglands) bertanding di DUN Tanah Rata, sedangkan umum mengetahu dua kerusi panas itu secara tradisinya adalah ditandingi oleh DAP. Tindakan PKR Pahang ini mungkin ada kaitan dengan pengumuman yang dibuat oleh DAP bahawa Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack akan mewakili parti itu di kerusi parlimen Bentong yang juga berstatus quo (bertindih) semalam. Apapun, pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sendiri yang dilihat mempunyai kapasiti bagi berbuat demikian berbanding dengan Zaidi. 


Tindakan PKR ini telah mendapat kritikan panas di laman sembang sosial facebook sejak isu itu diposting oleh seorang penyokong PAS yang menggunakan nama Putera Semantan  . "Seelok2nya, bukan Zaidi... kalau boleh biarlah Dato’ Fauzi kalau tidak pun Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang umumkan calon PKR, barulah berwibawa. Bukan apa, saya lihat ada beberapa kerusi yang berlapis dengan DAP dan juga PAS tetapi tetap diumumkan. Antaranya ialah Teruntum, Damak dan Dong. Manakala Ketari dan Tanah Rata kerusi tradisi DAP dan Bebar dulunya milik PAS. Temerloh pula masih diumumkan. Mungkin ada diputuskan perubahan selepas beberapa mesyuarat terakhir, jadi itulah gunanya diumumkan oleh pimpinan yang berwibawa. Bagi kita itu tiada apa2 hal, tapi ada orang bawah nampak sedikit keluh kesah", kata kenyataan posting beliau itu. Sementara itu seorang lagi pemimpin PR di Pahang berkata  "Dia (Zaidi) kena isytihar diri sebagai pengerusi PKR pahang, lepas tu baru kita bincang.. Kalau tak, bo layan". Malah beliau juga kecewa PKR menggunakan saluran media untuk membuat pengumuan tersebut tanpa mengambilkira dan menjaga hati rakan-rakan dalam pakatan. " Berbeza umum melalui media dengan umum tanpa media... Berbeza pimpinan tertinggi umum dengan entah sapa sapa umum. Status kerusi temerloh 2008 adalah pinjam. Masa tu PAS bagi syarat mesti nizam bertanding. Itulah keputusan yg dipersetujui bersama zakaria hamid (pengerusi PKR dulu)", kata kenyataannya. Difahamkan kenyataan pada sidang media itu dibuat selepas satu mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang yang telah dipengerusikan oleh Dato' Fauzi Abdul Rahman sendiri pada sebelah paginya.

[Persoalannya, apakah tindakan ini boleh mengeruhkan hubungan PKR dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang?. Malah, pasti senario yang berlaku ini juga boleh mengundang kemarahan yang berpanjangan dikalangan ahli-ahli PAS terutamanya di peringkat akar umbi. Umum mengetahui kekuatan Pakatan Rakyat hanyalah bergantung 80% kepada kekuatan jentera PAS dan bukannya DAP atau PKR. Inilah yang menjadi kemusykilan sekarang. Jika dilihat kepada perdebatan antara penyokong PAS dan PKR pada posting artikel terbabit jelas sekali melambangkan keretakan pasti akan berlaku kepada Pakatan Rakyat di Pahang kali ini. Bagaimana harus ahli akar umbi membuat kerja jika jiwa dan perasaan mereka dibelenggu dengan soal remeh temeh seperti ini?. Apakah undi protes akan berlaku atau muncul calon "bebas" dikalangan ahli-hali yang kecewa dengan apa yang berlaku ini. Sepatutnya segala perbalahan dan pembahagian kerusi telah dimuktamadkan dan mana-mana kerusi yang berstatus quo atau bertindih haruslah dibebaskan dari kontroversi. Biarlah pucuk pimpinan parti diperingkat pusat yang memaklumkan perkara itu, dan bukannya pemimpin bawahan seperti yang berlaku ini. Khabarnya Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan turun ke Parlimen Temerloh bagi menyelesaikan beberapa perkara termasuk isu parlimen terbabit. Difahamkan, PAS telah meminta kerusi parlimen itu diserahkan semula kepada mereka selepas dipinjamkan pada PRU-12 lalu. Sebagai ganti, mereka melepaskan kerusi parlimen Kuala Lipis kepada PKR. Namun, tiba-tiba PKR Pahang mendakwa Temerloh adalah milik mereka. Inilah antara punca kemarahan pihak berkenaan gamaknya].
Share:

Lahad Datu: Sultan Pahang Sebak Insiden Di Sabah !!

KUANTAN, 14 Mac - Sultan Pahang, Sultan Hj.Ahmad Shah (foto) kelmarin sebak dengan pergolakan yang berlaku di Lahad Datu sehingga mengorbankan sembilan nyawa anggota keselamatan. Baginda turut berkongsi duka dengan keluarga perwira negara itu termasuk anak-anak mereka yang masih kecil dan isteri yang sedang hamil. “Saya dukacita dengan nasib yang menimpa keluarga perwira yang telah terkorban itu lebih-lebih lagi dengan anak-anak yang masih kecil dan isteri sedang mengandung,” titah baginda. Sultan Ahmad Shah juga mahu rakyat terus menyokong kerajaan yang memerintah hari ini kerana sejak dahulu apa sahaja yang dilaksanakan kerajaan terutamanya Perdana Menteri adalah menjurus ke arah perpaduan dan kedamaian negara. “Selain itu, jangan berharap kepada kerajaan semata-mata kerana sebagai rakyat di negara ini apa yang paling penting adalah perpaduan antara satu sama lain. Jika kita tidak bersatu, negara mudah goyah dan boleh di ceroboh bila- bila masa sahaja,” titah baginda. Baginda bertitah agar rakyat di negara ini terus bersatu untuk mengekalkan kedamaian bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti yang terjadi di Lahad Datu dan Semporna,Sabah. “Bumi Malaysia adalah hak kita semua dan tiada mana-mana kuasa lain yang boleh menakluki negara ini setelah kemerdekaan dicapai. Selain itu, baginda menyeru rakyat di negara ini agar sentiasa mendoakan kesejahteraan pejuang yang mempertaruhkan nyawa mereka demi kedaulatan negara tercinta". Sultan Ahmad Shah bertitah demikian ketika Majlis Perasmian Taman Pengasih Sultan Haji Ahmad Shah di Indera Mahkota Lapan di sini. Turut mengiringi baginda, Sultanah Pahang Sultanah Kalsom. Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob. Taman Pengasih dibina dengan kos RM7.78 juta ini mampu memuatkan 120 penghuni. Institusi itu dibina atas keprihatinan Sultan Ahmad Shah yang turut mengilhamkannya bagi membela nasib anak-anak yatim sekitar negeri ini. sumber
Share:

Panas: Maxis "Cekik Darah", Blogger Mahu Lancarkan Kempen Bantahan Bagi Menyedarkan Rakyat Isu Ini !!

KUANTAN, 13 Mac - Seorang aktivis rakyat iaitu Mohd Shukri Mohd Ramli (foto) atau lebih dikenali sebagai Blogger Cucumatkilau (CMK) hari ini menggesa kerajaan bertindak segera terhadap syarikat telekomunikasi yang masih lagi mengenakan caj tersembunyi "dropped calls" melampau kepada para pengguna telefon bimbit mutakhir ini. Laman facebook beliau dengan posting berbunyi "Panasss? Pernahkan anda alami nasib ... kredit habis atau bil melambung gara2 Maxis mengenakan Caj RM0.35 hanya utk panggilan tidak berjawab?. Adilkah maxis caj sedangkan perkhidmatan masih belum digunakan .. tiada perbualan malahan tidak guna peti simpanan suara (voice mail). Bayangkan jika seorg kena RM0.35 X 10 kali panggilan tak berjawab (gara-gara rakan anda tutup HP atau tidur). Makanya caj yg terpaksa anda bayar ialah RM3.50 .. berapa juta pengguna yg mengalami nasib seperti ini?. Maka itu, CMK FM akan gerakkan suara bantahan kpd kerajaan atas caj yg melampau ini. Apa komen anda? Sila LIKE jika anda sokong ... Sponsored by www.cmkradio.blogspot.com [tag & share]", telah mendapat sambutan hangat dikalangan orang ramai. Menurut Shukri, beliau amat kecewa kerana kerajaan masih membiarkan syarikat telekomunikasi mengenakan caj tersembunyi kepada para pengguna. "Ramai yang mengalami masalah ini namun mereka tidak tahu ke mana untuk mengadu dan jika tiada aral melintang saya akan gerakkan kempen dan menghantar memorandum bantahan ke pejabat Maxis dekat Kuantan dalam masa terdekat ini. Bantahan juga akan dilakukan di seluruh negara oleh rakan-rakan yang lain. Kita mulakan dengan maxis kerana ada bukti jelas mereka telah melakukan penipuan ini. Sewajarnya caj harus dikenakan hanya kepada perkhidmatan yang digunakan... bukan yang tidak digunakan (panggilan tidak berjawab).. mereka ambil mudah duit  RM0.35 daripada pengguna .. ini bermakna mereka berjaya kumpul jutaan ringgit setiap hari daripada satu sistem yang cukup kejam ini", kata blogger terbabit lagi. Menurut Shukri lagi. beliau amatlah berharap agar Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KMM) terus memantau perkara ini kerana ia jelas membebankan rakyat terutamanya golongan pengguna berpendapatan rendah.


"Memang saya tahu baru-baru ini SKMM telah mengenakan kompaun sebanyak RM190,000 kepada tiga syarikat telekomunikasi (Telco) utama telah kerana melanggar syarat-syarat lesen mereka, terutamanya  berkenaan aduan orang ramai mengenai panggilan terputus atau dropped  calls. Malah, syarikat-syarikat telekomunikasi terbabit  telah diberi masa dan peringatan yang  mencukupi untuk menyelesaikan aduan yang diterima daripada pelanggan  mereka mengenai peningkatan kejadian dropped calls sejak kebelakangan ini.. namun mereka masih gagal mengatasi perkara ini. Apalah sangat yang dihiraukan oleh syarikat telekomuniaski terbbait dengan kompaun DiGi Telecomunications (RM100,000), Celcom Axiata  (RM60,000) manakala Maxis Mobile Services berjumlah RM30,000 itu  ... jika dibandingkan dengan jutaan ringgit yang mereka perolehi setiap hari dengan tindak menghentikan penipuan ini, sudah pasti jumlahnya berkali-kali ganda?. Apakah kita sebagai pengguna harus membiarkan senario ini berlarutan. Maka itu, ayuh rakyat.. bangkitlah pertahankan hak kita.. jom sama-sama kita menyuarakan bantahan kita sekarang", kata Shukri lagi. Beliau juga menggesa Dato' Mohamed Sharil Tarmizi, selaku Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan tegas isu ini dan bukan sekadar mengenakan kompaun semata-mata yang langsung tidak memberi kesan kepada syarikat telekomunikasi itu sebenarnya.


[Dengan pendedahan ini, maka tidak hairanlah kita tuan punya Maxis iaitu Tan Sri Ananda Krishnan kaya raya malah antara manusia yang terkaya di dunia sekarang ini. Rupa-rupanya dalam diam menjadi perompak wang rakyat. Soalnya sekarang, apakah rakyat sebagai pengguna harus melihat sahaja isu ini tanpa mengambil apa-apa tindakan?. Difahamkan Blogger Cucumatkilau memberi tempoh sehingga 31 Mac ini kepada Maxis untuk membatalkan kekejaman yang mereka lakukan itu. Jika tidak beliau khabarnya akan melancarkan edisi BOIKOT MAXIS ke seluruh negara. Sudah tiba masanya rakyat bangkit mempertahankan hak-hak mereka. Sudah sekian lama mereka ditipu oleh pihak telekomunikasi secara tersembunyi. Kini tibalah masanya rakyat bertindak demi mempertahankan hak mereka. Difahamkan juga, apa yang dilakukan oleh Maxis ini turut melibatkan syarikat telekomunikasi yang lain. Cuma segala bukti-bukti berkenaan masih belum lengkap untuk didedahkan kepada umum. Justeru, kepada anda yang menghadapi masa yang sama seperti ini sila emailkan ke pahangdaily@yahoo.com untuk kami bongkarkan. Kita mahu kerajaan ambil perhatian serius terhadap isu rakyat ini].
Share:
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

PAS Mahu Pertahankan Semua Kerusi DUN Dan Parlimen Yang Dimenangi Pada PRU15 Lalu Di Negeri SG4, Sasar Pahang, Perak Dan Selangor

PENGKALAN CHEPA: PAS mahu mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum ke-1...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.