KUALA LIPIS, 14 Mac - Empat maut dalam nahas jalan raya membabitkan sebuah bas ekspres dan kereta di Km 17, Jalan Lipis-Merapoh, dekat sini tengah malam Khamis.
Dalam kejadian 12.30 malam itu, bas ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Kelantan bertembung dengan kereta jenis Honda City yang datang dari arah bertentangan.
Empat yang terbunuh merupakan penumpang kereta iaitu Nur Hamira Baharum, 24; Hasnah Che Hussin, 66; Nik Eryna Nik Ahmad, setahun; dan seorang warga Indonesia dikenali sebagai Yanti, 20-an, manakala penumpang dan pemandu bas tidak cedera.
Ketua Polis Daerah Lipis Supt Abdul Razak Hassan (foto) memberitahu pemberita di sini hari ini, siasatan awal polis mendapati kereta terbabit hilang kawalan sebelum bertembung dengan bas berkenaan.
"Pemandu kereta terbabit (belum dikenal pasti) dan seorang lagi penumpang kereta berkenaan (belum dikenal pasti) cedera parah dan kini dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah Temerloh," katanya.
Beliau berkata semua yang mati dan cedera itu dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan.
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. BERNAMA
Navigating healthcare remains a challenge despite wide access, says expert
-
Malaysia’s healthcare system is widely accessible, but many patients are
confused over where to seek treatment and how to make informed decisions.
Sejam yang lalu







Semua kereta yang salah...terbabaslah...makan jalanlah...memandu lajulah...dan macam-macam kesalahan....tetapi bas langsung tak melakukan kesalahan...ikut peraturan...bla..bla. Tetapi kalau sesiapa selalu guna jalan kat malaysia ni...macam mana bas berada di jalan raya. Memandu laju...potong ikut suka (sebab besar), dekat simpang tak berhenti, tak peduli pengguna yang lebih kecil...dan selalu berlumba sesama bas terutama kat Highway. Cuba tanya orang yang selalu naik bas...terutama bas exspress...apa komen mereka????Kebanyakan bas tak salah sebab tuan punya syarikat bas adalah orang politik...yang kaya-raya...KEMALANGAN PUN ADA KRONI JUGA....MAMPUS MACAM NI RAKYAT MALAYSIA !!!!!!
BalasPadamBetul tu..sbnanye bas tu yg memotong..kmalangan ni mlibatkn anggota keluarga sy..mohon sedekahkn al fatihah
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam