[Apa sudah jadi dengan pasukan bolasepak Pahang?. Di awal musin pasukan Tok Gajah dilihat cukup berbisa dan bakal menjadi antara pasukan terhandal untuk merebut Piala Malaysia musim ini. Kemenangan awal ketika mengalahkan pasukan bintang "Darul Takzim FC" dengan jaringan 3-2 selepas ketinggalan 0-2 dilihat sebagai lambang kebangkitan pasukan Pahang yang dibimbing oleh Dollah Salleh dan rakannya Zainal Abidin Hassan. Permainan Pahang cukup konsisten di awal liga apabila terus unggul mendahului pasukan lain di lima perlawanan utama. Namun, kekalahan kepada Selangor 2-3 di Stadium Shah Alam dilihat menjadi badi kepada kejatuhan prestasi pasukan Pahang. Malah, selepas itu siri kekalahan terus bermula termasuk yang terbaru di gelanggang sendiri malam tadi. Pahang tewas 1-3 kepada pasukan kelab PKNS dari Selangor. Kekalahan ini cukup perit untuk diterima oleh peminat bolasepak Pahang yang sudah mula datang berpusu-pusu untuk menyaksikan permainan pasukan kesayangan mereka. Dihadapan ribuan peminat di Stadium Darul Makmur, Pahang terpaksa akur dengan kehebatan PKNS. Sesuatu perlu dilakukan jika tidak mahu prestasi Pahang terus merudum. Apapun, kepada peminat bolasepak Pahang diminta bersabar atas semua ini. Teruskan sokongan !].
Navigating healthcare remains a challenge despite wide access, says expert
-
Malaysia’s healthcare system is widely accessible, but many patients are
confused over where to seek treatment and how to make informed decisions.
Sejam yang lalu






BalasPadamAku tidak pernah YAKIN akan keupayaan pasukan bole Pahang. Mereka hanya bernasib baik.
Juru latih yang letih lagi layu. Pamain impot goyang kaki. Buang dut persatuan sahaja bayar gaji, sebab tidak diminati juruletih.
Pengurusan hanya 'PALA' pemain tempatan yang berketing kecik lagi pendek.
Pemain dah nak putus nafaspun juruletih buat deeeek je. Konon berharap tuah pemain tempatan.
Ramalan aku jika situasi juruletih dan pemain yang ada sekaran kedudukan pasukan Pahang sebelum pusingan kedua ialah di kedudukan LIMA kelompok terbawah.