KUANTAN, 27 Mac - Parti Islam SeMalaysia (PAS) Negeri Pahang sekali lagi diberi kepercayaan menerajui Pakatan Rakyat (PR) negeri ini apabila diberi peluang bertanding 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Daripada keseluruhan 42 Dun, DAP bertanding 7 manakala selebihnya (14) ditandingi PKR selepas selesai agihan kerusi peringkat Pakatan Rakyat Pahang. Menurut Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri Pahang (JPN) Cikgu Abdul Majid Hasan, DUN-DUN yang akan ditandingi PAS ialah N2 Jelai, N3 Padang Tengku, N8 Dong, N9 Tahan, N11 Pulau Tawar, N12 Beserah, N15 Tanjung Lumpur, N16 Inderapura, N17 Sungai Lembing, N19 Panching, N20 Pulau Manis, N21 Peramu Jaya, N24 Luit, N26 Chenor, N28 Kerdau, N29 Jengka, N32 Kuala Semantan, N36 Pelangai, N37 Guai, N40 Bukit Ibam dan N42 Tioman. Bagi mengetuai cabaran tersebut, PAS dijangka menampilkan lebih 50 peratus muka baru iaitu terdiri daripada ulamak muda lulusan Timur Tengah dan profesional dalam pelbagai bidang. Antaranya di Pulau Tawar, Inderapura, Luit, Kerdau, Beserah, Sungai Lembing dan Chenor. Melihat kepada faktor Pahang tidak terkena tempias tsunami politik 2008, negeri Perdana Menteri dan menempatkan majoriti besar pengundi Melayu, tidak ramai penganalisis yang berani meletakkan PR akan berjaya mencipta sejarah pada PRU 13. Namun menurut Abdul Majid, berdasarkan beberapa perkembangan mutakhir, tidak mustahil PR mampu membuat kejutan. Antara lain ialah kelemahan kerajaan BN Pahang dalam menangani isu-isu rakyat, kebangkitan rakyat yang celik maklumat dan swing pengundi Cina yang dijangka meningkat sehingga 80 peratus. Satu faktor lagi, terdapat 25 DUN mengandungi kawasan tanah rancangan Felda. Dengan pelbagai isu yang menghantui serta kesedaran warga peneroka dijangka boleh menyumbang ke arah kemenangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum nanti.
Pembangkang Mahu Buat Kejutan Di Pahang Kali Ini
Pembangkang Mahu Buat Kejutan Di Pahang Kali Ini
PKR kekal bertanding di Indera Mahkota, Kuantan, Paya Besar, Pekan dan Lipis. Sementara DAP kekal di kerusi tradisinya Cameron Highlands, Raub dan Bentong. Tambah Abdul Majid, Pahang bakal menyumbangkan sekurang-kurangnya lima kerusi parlimen bagi membantu PR ke Putrajaya iaitu mengekalkan Indera Mahkota dan Kuantan. Manakala Jerantut, Raub dan Temerloh juga, dengan izin Allah, akan jatuh ke tangan PR. Katanya, kajian dari pihak BN sendiri yang diperolehi demikian. Menurut angka terbaru jumlah pemilih pada PRU 13 di Pahang seperti dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ialah 727,047 orang iaitu meningkat lebih 20 peratus (603,242) dari tahun 2008. Pecahannya mengikut kawasan parlimen ialah P078 Cameron Highlands (27,774), P079 Lipis (32,005), P080 Raub (53,802), P081 Jerantut (57,774), P082 Indera Mahkota (63, 419), P083 Kuantan (55,577), P084 Paya Besar (47,465), P085 Pekan (79,721), P086 Maran (37,875), P087 Kuala Krau (42,415), P088 Temerloh (65,308), P089 Bentong (61,335), P090 Bera (50,513) dan P091 Rompin (52,064). Peratusan bagi pecahan kaum pula ialah Melayu 72%, Cina 22% dan India 6%. Yang menakjubkan ialah lebih 45% pengundi adalah yang berusia antara 21 tahun hingga ke 40 tahun. Senario ini jelas sekali menggambarkan para pengundi kali ini lebih bermaklumat.
Pakatan Tampil Calon Lebih Mantap Untuk Cabar BN
Bagi calon-calon pula, belum ada pengumuman rasmi meskipun tarikh pilihan raya semakin hampir. Namun begitu, pemimpin tertinggi PAS Pahang dijangka terus kekal bertanding di kerusi masing-masing iaitu Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) di DUN Jengka, Ustaz Yusof Embong di DUN Panching dan Dr Hamzah Jaafar di Parlimen Jerantut. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Dato’ Fauzi Abdul Rahman dijangka bertanding di Parlimen Indera Mahkota menggantikan Azan Ismail yang berpindah ke Terengganu. Sementara Leong Ngah Ngah yang diberi jolokan ‘Lee Lam Thye Pahang’ dijangka beralih ke Ketari. Manakala DUN Triang yang dimenanginya selama lima penggal akan diserahkan kepada Setiausaha Organisasinya Lee Chin Chen. Pengerusi Himpunan Hijau Anti Lynas, Wong Tack dikhabarkan akan bertanding di Bentong atas tiket DAP. Rata-rata menyebut, PR masuk bertanding PRU kali ini lebih bersedia. Ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat diadakan di Kerdau tahun lalu, berjaya dihimpunkan. Pada hari tersebutlah diumumkan tawaran PR Pahang 6 + 3 yang jika betul-betul disampaikan kepada khalayak rakyat, pasti akan memilih PR. Ia berbetulan pula dengan kelemahan kerajaan BN yang sudah terlampau lama berkuasa sehingga menimbulkan terlalu banyak ketidakpuasan hati rakyat. sumber
[Rakyat Pahang mungkin sudah tidak sabar lagi untuk melihat sebuah kerajaan negeri yang baru terwujud selepas Pilihanraya Umum Ke-13 di negeri ini. Namun dalam masa yang sama mereka juga perlu ingat bahawa Pahang adalah negeri kubu kuat BN sejak sekian lama. Bayangkan Tsunami politik yang melanda seluruh negara pada PRU-12 lalu, tempiasnya langsung tidak memberi impak besar kepada Kerajaan Negeri Pahang pimpinan Dato' Sri Adnan Yaakob. Daripada 42 buah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), hanya empah sahaja yang dimiliki oleh pembangkang. Justeru itu pembangkang tidak boleh mengganggap satu kerja yang muda untuk menakluki Wisma Sri Pahang kali ini. Mereka harus ingat bahawa kawasan Felda dan perkampungan orang asli di negeri ini masih menjadi halangan besar untuk merelisaikan hasrat tersebut. Malah, itu belum lagi termasuk pertembungan tiga atau empat penjuru yang akan berlaku di kerusi-kerusi panas pada PRU-13 ini nanti. Makanya, mereka harus bijak untuk menangani hati pengundi dan bukan sekadar beretorik semata-mata. Undi protes tetap akan berlaku bilamana calon pilihan digantikan dengan calon wahyu di saat-saat akhir sekarang. Inilah yang akan jadi penghalang. Apapun, selamat berjuang semua !!].

BalasPadamMemang ditunggu sangat. Umpama saat nak berbuka puasa dalam musim panas.
Namun,
Sebagai hamba Allah,
Sentiasa meningkatkan usaha, doa dan tawakkal kepada Alla Taala. DIA sahaja penentu segala usaha dan ikhtiar manusia.
Aku dan suku sakat sekampung Insya-AlLaah.
Kerajaan Pakatan Rakyat lah kite.
Maaf, UMNO BN.
Aku dan suku sakat juga mahu turut dalam gelombang kesedaran rakyat untuk melakukan perubahan,
Ini kalilah..