KUANTAN, 31 Mac - Orang ramai yang hadir ke program ceramah semasa bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi terkejut apabila beberapa orang anak muda dengan beraninya mengejek secara terbuka tatkala nama Dato' Fauzi Abd Rahman yang diumumkan oleh Ketua Umum PKR itu sebagai calon parti itu untuk bertanding di kerusi Parlimen Indera Mahkota pada Pilihanraya Umum Ke-13 di Balok Makmur dekat sini malam tadi. Difahamkan, anak muda terbabit yang dipercayai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri tidak berpuas hati apabila parti meletakkan Pengerusi PKR Pahang itu untuk bertanding disitu. Mereka dipercayai menjerit "booo" apabila nama Dato' Fauzi diumumkan. Kejadian yang berlaku ini amatlah memalukan tatkala pilihanraya umum sudah terlalu hampir sekarang ini. Difahamkan, tindakan anak muda terbabit telah berjaya dihalang oleh Unit Amal PAS yang berkawal di situ. Soalnya, siapakah yang mengarahkan mereka berbuat demikian?. Sebelum ini terdapat beberapa serangan peribadi dilakukan terhadap Dato' Fauzi yang kononnya tidak layak untuk mengetuai PKR di Pahang. Berbagai tohmahan dan kritikan panas telah dilontarkan oleh pihak terbabit di dalam laman sembang sosial facebook sejak beberapa hari yang lalu. Namun, tindakan mengejek bekas pemimpin UMNO itu jelas sekali satu tindakan yang tidak wajar serta mencemarkan imej PKR itu sendiri sebenarnya. Soalnya sekarang, mengapa anak-anak muda terbabit begitu berani berbuat demikian dikala pemimpin utama parti sendiri yang mengumumkan nama Dato' Fauzi. Tindakan ini jelas sekali satu sikap yang amat biadap dan telah menjatuhkan maruah Anwar sendiri. Namun, dari segi yang lain pula mungkin ada sebab kenapa nama Dato' Fauzi ditolak oleh mereka. Siasatan lanjut akan dilakukan untuk merungkaikan apakah masalah sebenarnya yang berlaku ini.
[Apa yang berlaku malam tadi sememangnya satu insiden yang tidak diduga sama sekali. Jika ini keadaannya, bagaimanakah PKR boleh mempertahankan kerusi parlimen Indera Mahkota yang dimenangi pada PRU12 yang lalu?. Daripada posting-posting yang dibuat di laman sembang sosial, ternyata ada pihak yang masih tidak boleh menerima kehadiran Dato' Fauzi ke dalam PKR. Apatah lagi bila beliau tiba-tiba menerima keputusan untuk menjadi calon pada PRU13 ini nanti. Video berkenaan kenyataan Dato' Fauzi bahawa beliau serta PKR bukan bercita-cita untuk apa-apa jawatan kini jelas sekali memakan diri. Edaran telah dibuat dan kini ramai yang hairan dengan sikap bekas pemimpin UMNO itu. Malah, ketika dia mula sertai PKR pun ramai yang sangsi kerana dia mengatakan sertai PKR kerana tidak boleh menerima kekejaman yang dilakukan oleh Mahathir terhadap Anwar. Walhal kenyataan itu dibuat pada 23 Julai 2008 iaitu hampir sepuluh tahun selepas Anwar dizalimi. Kini, Dato' Fauzi diserang oleh ahli PKR sendiri. Apalah beliau boleh mempertahankan dirinya kali ini?. Video berkenaan jelas sekali boleh memerangkap dirinya pada pilihanraya umum ini, jika beliau tidak berhati-hati].








BOHONG LAH PAHANG DAILY NI...AKU ADA MASA CERAMAH ANWAR TU...TAK ADA PUN BOO BOO..NI SEMUA FITNAH..yang sebenarnya ada segelintir orang kuat umno kat situ melenting sebab mereka tahu umno akan kalah lagi....
BalasPadamyang gila nak bertanding bebas tu... cucu mat kilau, ko duk mengata orang gila jawatan, yang ko pehal nak bertanding gak? rasa banyak sokongan ke? atau saja nak menangkan amnu?
BalasPadammacam babi sesekor dekat-dekat nak pru ni mula la sibuk... terima je la dulu sapa pun, tumbangkan dulu amnu, pas tu korang nak bertumbuk, bunuh membunuh, lantak korang la... ni belum tentu pun menang dah sibuk nak gaduh sana-sini... perangai bangkai gini la sampai ke kiamat pembangkang malaysia takkan menang PRU...
kenapa amnu, parti yang penuh korupsi, penuh kebusukan, dapat kekal memerintah dari awal penubuhan tanah melayu sampai sekarang, satu-satu parti negara demokrasi yang tak pernah kalah...
bukan kerana mereka tu suci bersih bersinar-sinar... bukan kerana mereka tu kuat sangat, bukan jugak kerana segala penipuan dalam pilihanraya...
tapi kerana pembangkang malaysia lemah macam cekerang siput...
nampak je kuat, tapi lemah, penuh dengan mangkuk-mangkuk tandas yang gila bangang... yang takde otak nak berpolitik... bodoh sombong... satu lagi, takde ilmu, tapi gila mikropon... macam suara sumbang, gila nak berkaraoke...
sebab tu la tak penah menang, memang la amnu menipu segala, tapi tambah ngan korang tu bodoh bangang, tu yang lagi tambah parah... dah berapa kali pru yang sepatutnya boleh makan amnu, tapi dek kerana bodoh, kalah lagi...
sampai ke sudah la korang membangkang kalau macam ni... dasar orang bodoh nak bermain ngan orang bijak... jadi macam ni la...
takde kesabaran...
yang susahnya, orang-orang bawahan, rakyat-rakyat marhaen... yang dah lama nak menolak amnu keluar...