KUALA LUMPUR, 8 Mac - Bapa kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan tampil ke hadapan hari ini mengakui kes liwat kedua yang melibatkan anaknya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebuah “konspirasi politik jahat” untuk memburukkan nama pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) tersebut.
Azlan Mohd Lazim (foto), 60, dalam satu sidang media tertutup hari ini, juga mendedahkan kes liwat tersebut telah dirancang rapi oleh seorang Pegawai Khas di Pejabat Perdana Menteri sejak awal pendedahan kes liwat kedua tersebut.
“Ini adalah konspirasi politik jahat untuk membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kali kedua,” kata Azlan.
“Saya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya. Beliau dan keluarganya telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini,” tambah beliau.
Azlan yang ditemani oleh dua rakannya juga menolak pengakuan yang dibuatnya hari ini adalah kerana desakan ataupun tekanan mana-mana pihak, sebaliknya dilakukan dengan rela hati.
Apabila ditanya mengapa menunggu hingga hari ini baru tampil untuk membuat pengakuan, Azlan berkata ia adalah kerana selepas membuat penilaian sendiri dan menerusi maklumat yang disampaikan oleh orang terdekat, beliau mula dapat melihat kebenaran disebalik kes melibatkan anaknya tersebut.
[Apa yang pasti, pendedahan oleh bapa Saiful ini pasti akan menggemparkan seluruh rakyat Malaysia terutamanya mereka yang mati-mati percaya dengan kes ini. Malah, biar pun diputuskan oleh mahkamah bahawa Anwar tidak bersalah namun masih ramai dikalangan mereka yang masih mengganggap Anwar sudah bersalah. Justeru, pendedahan panas oleh bapa Saiful ini mungkin memberi tamparan hebat kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengekallkan kuasanya di Putrajaya. Siri pendedahan ini pasti akan berpanjangan dan banyak lagi isu panas akan terbongkar selepas ini agaknya. Soalnya sekarang, apakah Saiful merestui pendedahan yang dibuat oleh bapanya itu?. Pasti insiden ini akan lebih mencemaskan dan pasti memeningkan kepala pihak-pihak yang mahu sangat Anwar Ibrahim bersalah dalam kes liwat ini. Apapun, hanya rakyat yang bijak pandai sahaja yang percaya semua ini adalah satu konspirasi jahat untuk menjatuhkan karier politik seseorang. Jika benar Anwar tidak liwat Siaful dan Azizan, makanya apa motif Mahathir Mohamad memecat Anwar dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO pada 2 September 2008 dulu?. Kini, pasti ia akan lebih panas dan sensasi !].







alhamdulillah...
BalasPadamakhirnya..kebenaran muncul jua...
Tuhan itu Maha Adil..
Inilah masanya Muhyiddin mendesak Najib untuk letak jawatan atas alasan Najib & Rosmah menjadi libility kepada survival BN dalam pilihanraya nanti.
BalasPadammasih ingat kes bala? SD pertama pun boleh dibatal inikan pula surat biasa. Sila berHati2..Bila dah dapat payment semua keterangan akan jadi terbalik.
BalasPadamSaya banyak melihat komen-komen yg menggunakan nama Anonymous atau Tanpa Nama. Ini dibenarkan dan bukannya tidak beretika. Cuma adalah beretika atau lebih baik jika di penghabisan komen ditulis nama samaran tujuannya senang dirujuk jika kita ingin komen isi penuliis berkenaan. Memang telah ada penulis berbuat demikian tetapi amat sedikit. Mari kita jadikan ia suatu budaya. Harap hebahkan. Terima-kasih.
BalasPadam-Lapompopo 3-
Berpesan pesan pada ynag Haq dan berpesan pesan dgn kesabaran....Ingatlah walaupun manusia boleh di tipu tetapi tidak terlepas daripada pandangan ALLAH. Dalam hal yang kalut dan pening sebegini eloklah kita kembali berhukum dan berpegang dengan Allah dan Rasul...
BalasPadamWallahualam wa rasul ......Suhaimi
'allah itu maha adil'......
BalasPadamingat tu pak jib ngn kak mah yer..
dunia ini ANA yang punya bukan ahmad albab yang punya..
zack89