Pengikut Kesulatanan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III pagi ini mengadakan piket berhampiran Kedutaan Malaysia di Makati City meminta supaya pihak keselamatan Malaysia menghentikan serangan di Sabah.
Menurut Agensi Berita GMA di Filipina, piket itu diketuai kumpulan Bagong Alyansang Makabayan cuba bergerak dan berdemonstrasi ke hadapan Kedutaan Malaysia namun dihalang Polis sebelum tiba ke premis berkenaan.
GMA yang memetik laporan radio dzBB memaklumkan piket tersebut turut menyebabkan kesesakan trafik di kawasan terbabit. Polis Filipina membenarkan mereka meneruskan protes tersebut namun dari jarak yang selamat. Protes berkenaan bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 12 tengah hari setelah disuraikan oleh pihak berkuasa tempatan.
Protes yang berlaku di hadapan kedutaan berkenaan berlangsung dengan keadaan terkawal melibatkan hampir 100 penunjuk perasaan.
[Kedutaan Malaysia di Filipina ditutup ekoran tunjuk perasaan terbabit. Dilaporkan, selain bendera Malaysia yang dibakar, turut menjadi mangsa ialah poster Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak. Pihak polis dilihat hadir mengawal keadaan. Persoalannya, kenapa mereka mengamuk sedangkan pencerobohan yang datang ke Sabah itu telah membunuh anggota keselamatan di negara ini. Makanya sudah menjadi tanggunjawab mereka untuk mengahpuskan kumpulan terbabit. Mereka mengamuk kerana rakyat Filipinan dibunuh tetapi mereka langsung tidak melakukan apa-apa tindakan apabila beberapa orang anggota polis Malaysia yang turut terkorban dalam kejadian tersebut. Apapun difahamkan, serangan terhadap penceroboh sedang berjalan ketika ini dan dijangka pihak keselamatan akan berjaya menyelesaikan isu ini dalam masa terdekat. Sama-sama kita panjantkan dia agar anggota keselamatan kita terus tabah berjuang untuk mempertahankan kedaulatan negara dari terus dicerobohi oleh pihak terbabit. Rakyat Filipinan ceroboh Sabah, anehnya mereka pula ceroboh kedutaan kita di sana. Mungkin juga semua mereka tidak memahami isu].







Tiada ulasan:
Catat Ulasan