KUANTAN, 29 Mac - Gara-gara kecewa dengan tindakan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menghantar "calon wahyu" untuk bertanding di kerusi Parlimen Paya Besar pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti, difahamkan beberapa orang "calon bebas" dijangka akan turut bertanding di situ pada kali ini. Berdasarkan kepada sumber-sumber yang boleh dipercayai, calon bebas yang akan bertanding di kerusi Parlimen Paya Besar dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lepar itu nanti bukanlah calang-calang orang kerana mereka merupakan pemimpin PKR setempat yang sudah dikenali oleh akar umbi. Malah, terdapat juga dakwaan beberapa buah ranting di Cabang Paya Besar juga akan turut dibubarkan selepas parlimen bubar, susulan kecewa dengan tindakan tersebut. Awal tahun ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan berani telah menamakan Peguam Murni Hidayah Annuar sebagai calon di kerusi parlimen itu. Tindakan tersebut telah menyebabkan kekecohan berlaku apabila pertembungan dua kumpulan antara Team Wanita (Tawan) yang diketuai oleh Murni bertembung dengan Team Ketua Cabang sedia ada yang dipimpin oleh Haji Zahari Mamat. Keretakan mula berlaku apabila Team Haji Zahari yang sudah melaksanakan kerja-kerja parti termasuk program ceramah, penubuhan ranting-ranting serta berbagai aktiviti kemasyarakatan yang lain telah disisihkan dalam program anjuran Tawan. Malah, ketika pelancaran Bilik Gerakan Wanita Pusat Parlimen Paya Besar di Permatang Badak (foto) oleh Zuraida Kamaruddin (Ketua Wanita Keadilan) Januari lalu pun kelibat ketua cabang terbabit tidak kelihatan. Ini menimbulkan "syak wasangka" dikalangan rakyat dan pemerhati politik tentang apakah yang berlaku sebenarnya. Difahamkan, Team Haji Zahari mendapat sokongan kuat daripada pimpinan Pakatan Rakyat di kawasan terbabit. Malah, sebelum ini telah heboh diperkatakan bahawa beliau akan menjadi calon pilihan untuk bertanding di kerusi Parlimen Paya Besar. Namun kehadiran Team Tawan yang dipimpin oleh Murni telah menyebabkan PKR cabang terbabit goyah dan menanti rebah. Persoalannya, apakah benar Murni Hidayah yang merupakan anak kepada seorang pemimpin wanita PKR di Pahang itu telah diwahyukan sebagai calon parlimen Paya Besar seperti yang diwar-warkan?. Laporan lanjut menyusul dan kami akan mendapatkan pandangan dari kedua-dua pihak berkenaan isu kontroversi ini. Jika berlaku perpecahan akibat isu calon ini, maka ia sedikit mencalarkan imej PKR dan boleh memberi ruang yang cukup luas untuk UMNO Barisan Nasional terus mengekalkan kerusi parlimen itu pada PRU13 nanti. [Kemunculan "calon wahyu" disaat-saat akhir menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 jelas sekali boleh menyumbangkan kepada kekalahan parti-parti yang bertanding sebenarnya. Apa tidaknya, jika orang yang sudah lama bekerja dan memperhambakan diri kepada parti dengan alasan awalnya akan diberi ruang untuk menjadi calon tiba-tiba ditendang secara terhormat sebegini rupa. Maka akan timbul perasaan kecewa yang mendalam kerana mereka ini kebanyakkannya sudah menghabiskan wang ribuan ringgit untuk membina kekuatan parti diperingkat akar umbi. Soalnya, apakah mereka ini khiant jika bertanding bebas sedangkan mereka mendapat sokongan rakyat yang sudah mengenali mereka sejak sekian lama?. Apa bezanya dengan tindakan pemimpin yang sewenangnya menghantar calon-calon wahyu itu? Apa motif mereka?. Bukankah mereka juga khianat kerana memecah belahkan parti untuk kepentingan peribasi masing-masing. Mereka mahu membina proksi diperingkat akar umbi dan langsung tidak mengambilkira suara rakyat di kawasan terbabit. Jika berlaku pertembungan tiga atau empat penjuru maka usahlah mereka dipersalahkan, sebaliknya salahkan sikap pemimpin berkenaan. Maka fikir orang lain sama sebelum buat keputusan!].






Camne pulak Pn Zuraida ni berani menamakan calon PRU 13 Paya Besa tu. Dari mana dia dapat kuasa tu..dari Azmin kah atau dari kosensus PKR Pahang...Jangan2Zuraida dan Azmin dah mengatur strategi tuk menguasai PKR...Tolong la, kalu dah pegang bendera PKR, makna nya kamu semua kena berlaku adil, sebab nama parti kamu Keadilan. Jangan sesekali kamu jadi macam bos lama kamu..UMNOngok..mencipta kekayaan melalui politik...Kami rakyat merhaen akan semua berpakat lari dari PKR kalu kamu semua berebut pangkat atau harta melalui politik...Kami rakyat marhaen akan sentisa memerhatikan pimpinan PKR.
BalasPadamOtak UMNO. UMNO dikaitkan dengan LEMBU. Kamu juga berperangai macam tuh ka..?
BalasPadamKamu dalam Pakatan Rakyat kerana tak bertempat dalam UMNO atau semata-mata memperjuangkan konsep keadilan yang tidak terdapat lagi dalam UMNO..?
Berebut dan bermusuh sesama sendiri tuh bukan kah budaya UMNO selembu tuh..?
Kami memilih manusia yang ikhlas dengan dan terbuk ikhlas akan konsep perjuangan mereka.
Jangan kamu sangka mod rakyat terhadap pakatan tidak boleh berubah menjelang PRU nanti. Belum berkuasa penuh dah terbukti ada udang disebalik mee.
nak memang ker nak kalah ni.... kalau nak kalahkan BN, maka ikutlah saluran tertentu. Muafakat bawa berkat jangan dok pandai-poandai buat keputusan sendiri. Jangan dok fikir pasai kedudukan, ikut segala perancangan dan nasihat dari pihat atasan. AIUMkan kemenangan dan kalhkan BN itu yang penting.
BalasPadamAku jugak risau ngan Azmin ni..zuraida pun sama dua org ni aku baca air muka diaorg.ni memang punye hati tak baik..senang kata Tamak kuasa ..aku nak nasihat depa ni kalau tak kerana DSAI yg bersusah payah untuk menyatukan 3 parti PAS,DAP n Keadilan tak ada le si Azmin n Zuraida ni.jgn lah korang terbawa2 watak Umngok korang.ingat kami Rakyat yg dr dulu bersusah payah nak naikan Parti Keadilan untuk rakyat bersatu menentang Umngok.kami sentiasa memerhatikan tingkah laku korang Azmin n Zuraida.jgn nanti kami TENDANG korang berdua yg nak porak perandakan Parti.JANGAN TAMAK KUASA FAHAM
BalasPadamsebenarnya bukan isu besar pun..persoalannya ketua cabang sendiri gagal dalam membentuk kekuatan sendiri..tambahan pulak pihak pucuk pimpinan sendiri tahu maklumat rahsia ketua cabang yang mana ketua cabang sendiri tahu apa perkara rahsia itu..apabila pihak negeri panggil ketua cabang untuk membela diri dia menolak dari menggunakan saluran dalaman..sebaliknya memilih saluran luar..inilah susahnya apabila agenda peribadi diletakkan sebagai keutamaan berbanding agenda parti...kemudian sengaja memburukkan parti..awas kalian terhadap musuh dalam selimut, duri dalam daging dan gunting dalam lipatan
BalasPadamnie la bile bt kerja bkn kerana ALLAH...buat keje krn jawatan...bila ckp org pkr nie prangai mcm umno mrh,tp hakikatnya mmg bgitulah...buangla prangai buruk umno tue bila dh msuk pr...yg penting skrg nie ABUUUUU...!!faham x?BKN JAWATAN...!!knp org2 pas yg bt kerja dri dlu lg pn..dari muda sampai ketua x kecoh lgsung pasal dicalonkan atau pn tidak??itu la maknanya bt kerja kerana ALLAH & kerana rakyat....bkn bt kerja utk DIRI SENDIRI...!!
BalasPadamingatkan umno aje yang macam tu....sama juga.....siapa kami nak sokong ha
BalasPadamIni perjuangan untuk parti atau tembolok sendiri? kalau setakat bergantung kepada ibu belum tentu calon tersebut mendapat sokongan akar umbi? kalaulah macam ni tak gunalah kita sematkan perjuangan untuk rakyat ,kalau sendiri menjadi pemecah undi. Belajarlah tentang sejarah.Saya harap kepada calon yang yang disingkirkan tolonglah jangan sampai berpecah. Kita lihat dulu lenggok tari mereka. Perjuangan tetap perjuangan. AMK sepang
BalasPadam