script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Adnan Nafi Luluskan Projek Atas Tanah Rizab

KUANTAN, 27 Mac – Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Adnan Yaakob (foto) baru-baru ini ada menegaskan betapa ketetapan dibuatnya agar apa-apa rancangan pembangunan tanah yang hendak diluluskan di negeri ini, mesti tidak membabitkan kawasan-kawasan rizab seperti tadahan air dan tanah Orang Asli. Ia agar negeri ini menurutnya, dapat terus memelihara alam sekitar lalu menjamin kemapanan (sustainability) hutan, serta menjagai kebajikan dan hak-hak masyarakat minoriti Orang Asli yang telah diwartakan kawasan tanah mereka. “Kalau kita (luluskan) rancangan pembangunan (tanah) satu tempat, pastikan tak terlibat tadahan air, tak terlibat rizab Orang Asli, tak terlibat sebarang rizab yang lain, hidupan liar sebagainya,” tegasnya. Sungguhpun dengan ketetapan tegas begitu, Adnan akui, ia masih dilanggari yang puncanya ialah sifat tamak pihak-pihak tertentu termasuklah mereka yang dilesenkan untuk melaksanakan kerja-kerja melibatkan tanah dan perhutanan. “Tapi kadang-kadang manusia ni, susahlah kita nak cakap. Yang tamak tu, tamak jugalah,” katanya dalam nada kesal. “Katalah kita meluluskan (rancangan pembangunan) tanah itu satu (1) hektar untuk cucuk-tanam. Kadang-kadang orang yang dapat tu ‘bengkok’, dia akan buat sesetengah tempat, 10 hektar. Yang ada lesen (untuk) satu hektar, yang tak ada lesen 10 hektar. “(Yang melibatkan pula) penebangan hutan. Ia ada syarat-syarat tertentu; pokok (yang hendak ditebang) ni (mestilah ukuran) lilitan sekian-sekian, cara tebang macam mana, tepi sungai jangan usik, ada ‘buffer zone’nya,” tambah Adnan lagi. 

Beberapa penduduk orang asli dari Bukit Rok, dalam daerah Bera berdemo akibat 
tindakan pencerobohan kawasan tanah adat mereka untuk tujuan pembalakan

[Dengan kenyataan Menteri Besar Pahang ini, maka persoalan tentang pihak mana yang telah melanggar undang-undang hingga tergamak menceroboh tadahan hujan dan tanah rizab orang asli di Pahang kini terjawab. Maknanya ada pihak lain yang telah menyalahgunakan kebenaran yang diberikan oleh kerajaan negeri itu sendiri sebenarnya. Soalnya, apakah isu sebegini harus dibiarkan berterusan sejak zaman berzaman?. Mana pergi penguatkuasaan yang sepatutnya memantau perkara ini. Malah, terdapat dakwaan panas mengatakan pihak yang telah mendapat lesen pembalakan sekarang ini bukan saja mengambil kayu-kayu balak tersebut untuk dibawa keluar, malah mereka kini telah mengambil tanah-tanah tersebut sekali. Selepas balak dikeluarkan, mereka kemudian membersihkan kawasan terbabit dan ditanam pula dengan pokok kelapa sawit. Mereka berbuat demikian sewenangnya kerana penguatkuasa yang terlalu lemah di Pahang sekarang ini. Akhirnya mereka "makan dua kali" atas projek tersebut, balak sapu tanah pun sapu. Kerajaan Negeri Pahang digesa serius untuk memantau isu ini !!].
Share:

2 ulasan:

  1. Baru2 ini aku berkunjung ke Taman Negara Endau Rompin dekat Felda Selendang. Apa yg memeranjatkan aku ialah berlakuya pencerobohan hutan dikawasan tadahan air disitu. Aku menggangarkan hampir 1,000 ekar tanah hutan yg terlibat. Terdapat kawasan yg telah ditanam dgn sawit malah terdapat beberapa buah rumah burung walit. Bila ditanya kpd salah seorang sahabat peneroka yg menetap di Felda Selendang, beliau menjawab, "ini kerja orang yg rapat dgn Istana". Dalam hati aku...yg rapat dgn istana mesti MB dan kuncu2nya atau mungkin juga Tengku F****e...

    Mintak team PDO siasat...

    BalasPadam
  2. Alaaa yg dpt pun puok dia jugok... sj je tu konon2 kluar statement tunjuk baik..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Banyak Bantu Kejayaan Maahad Tahfiz Turath Pahang Lakar Sejarah, Catat GPS 0.60 Bagi Keputusan SPM 2025 Yang Diumum Hari Ini

KUANTAN: Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang melakar sejarah apabila julung kali merekodkan Gred Purata Sekolah (GPS) 0.60 bagi keputusan Si...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.