script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Panas: Apakah Wajar "Wong Tack" Umumkan Sendiri Dia Bakal Calon Di Kerusi Parlimen Bentong PRU Ini !

KUANTAN, 12 Mac - Orang ramai terutamanya penyokong pembangkang (Pakatan Rakyat) di sini terkejut dengan pengumuman yang dibuat oleh Presiden Himpunan Hijau, Wong Tack (foto) bahawa beliau akan bertanding pada Pilihanraya Umum Ke-13 di Parlimen Bentong  atas tiket Pakatan Rakyat. Tindakan Wong itu sedikit mengegarkan keutuhan pembangkang di Parlimen Benong sebenarnya. Tambahan pula ia kini masih menjadi rebutan antara DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Difahamkan kerusi Parlimen Bentong adalah kawasan yang diperuntukkan kepada PKR iaitu mengekalkan "status quo" jika tidak berlaku sebarang perubahan kawasan samada didalam bentuk persetujuan diantara parti-parti itu akan pertukaran kawasan atau didalam bentuk yang dilepaskan oleh Parti yang terakhir bertanding di kawasan itu iaitu mengambil kira senario PRU-12. Terdahulu Wong Tack tiba-tiba mengumumkan dia akan bertanding di kerusi parlimen itu hari ini. Dia berkata demikian kononnya selepas berbincang dengan ahli jawatankuasa pertubuhan itu pada minggu lalu dan mendapat persetujuan daripada pemimpin masyarakat. Wong Tack diikatakan akan mewakili suara rakyat terutamanya dalam isu alam sekitar. "Orang ramai berjuang selama dua tahun menentang pembinaan Lynas dan beberapa projek berbahaya. Rakyat telah mengadakan bantahan demi bantahan, menghantar memorandum dan mengambil tindakan undang-undang. "Namun, kami kecewa, suara kami tidak diendahkan," kata kenyataannya hari ini. Kerusi Parlimen Bentong kini disandang Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai. Wong dijangka bertanding sebagai calon salah sebuah parti komponen Pakatan Rakyat.   Daripada beberapa sumber yang boleh dipercayai, beliau akan bertanding atas tiket DAP. Sebelum ini diwar-warkan DAP akan meletakkan YB Leong Ngah Ngah (ADUN Triang) bertanding di situ. Soalnya sekarang, apakah wajar Wong Tack membuat pengumuman sendiri sedangkan dia akan bertanding atas tiket pembangkang. Jika beliau mahu bertanding sebagai "calon bebas" mungkin ia tidak menjadi kejutan kepada semua pihak. Sepatutnya pengumuman sebagai calon dilakukan oleh mana-mana pimpinan tertinggi parti dan disaksikan oleh lain-lain pimpinan pembangkang di peringkat pusat dan negeri. Tambahan pula kerusi Parlimen Bentong dikatakan menjadi perebutan hangat sekarang. 


Parlimen Bentong panas kerana sebelum ini Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob pernah mengeluarkan kenyataan kononnya beliau rela potong telinganya jika parti DAP menang di Bentong pada pilihanraya umum ke-13 ini nanti. Maka itu apakah Wong Tack dijadikan senjata untuk menyaksikan adengan ini agaknya?. Awal tahun lalu juga, seorang pemimpin PKR Pahang, pernah menegur tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mengumumkan DAP akan bertanding di Bentong, walhal PKR sudah mengenalpasti calon mereka untuk diketengahkan di situ. "Walaupun saya bersetuju dengan pandangan Penasihat Parti DAP Kebangsaan, YB Lim Kit Siang, bahawa tugas mengambil alih Putrajaya bukanlah satu tugas kecil dan senang, ia memerlukan komitmen yang kukuh dan kuat dan Negeri-Negeri yang kini menjadi "kubu kuat" UMNO/BN perlu ditembusi, namun saya kurang bersetuju dengan pengumuman calon kawasan Parlimen Bentong bagi mewakili Pakatan Rakyat. Pengumuman sepihak yang dibuat oleh Lim Kit Siang boleh dianggap sebagai membelakangi keputusan bersama yang dibuat didalam rundingan-rundingan diantara Parti Keadilan Rakyat-Parti Islam Se Malaysia-Democratic Action Party peringkat Negeri Pahang", kata pemimpin terbabit dalam satu kenyataan di blog peribadinya

Menurut pemimpin itu lagi, DAP Pahang sudah membuat pelbagai perisytiharan melibatkan kawasan-kawasan yang ditandingi oleh PKR didalam Pilihanraya yang lalu melibatkan dua kawasan DUN di Pahang Timur, satu kawasan DUN di Jerantut dan kini kawasan Parlimen Bentong.  Trend ini adalah tidak sihat dan memanggil perbalahan. Di  Bentong, PKR katanya sudah pun mencadangkan dua nama dan kedua-dua mereka itu sedang menjalankan kerja masing-masing di kawasan yang begitu luas dengan rancangan Felda.  Dari segi pembahagian kaum, pengundi Melayu dan pengundi bukan Melayu adalah sama, dan jika tidak berlaku persengkitaan, kawasan Parlimen Bentong bakal dimenangi oleh Pakatan Rakyat, tetapi dengan perkembangan yang terbaharu ini, harapan  untuk menang menghadapi jalan sukar. Paliung mengejutkan apabila DAP Bentong pernah membayangkan bahawa jika PKR bertanding di kawasan Parlimen Bentong, mereka sanggup bertanding melibatkan tiga penjuru. Soalnya sekarang, apakah PKR boleh terima kenyataan Wong Tack umumkan dia bertanding di situ?. 


[Pada Pilihanraya Umum Ke-12 lalu, PKR meletakkan  Ponusamy A/L Govindasamy sebagai calon mereka untuk menentang Datuk Liaw Tong Lai (MCA). Calon BN itu menang dengan majoriti 12,549 undi. Calon PKR mendapat 12,585 undi, BN mendapat 25,134 undi. Kini Ketua PKR Cabang Bentong ialah Mohd Nor Hassan (foto) dan beliau pernah mendakwa  pihaknya bersedia menerima apa sahaja keputusan pucuk pimpinan tertinggi berhubung perkara itu. Menurutnya, sama ada PKR atau Dap yang bertanding di kerusi itu tidak penting yang penting ialah kesepakatan dan kerjasama antara komponen PR untuk memastikan kemenangan dalam pilihan raya akan datang. Apakah beliau dan anak-anak buahnya boleh menerima keputusan Wong Tack tersebut?. Kenapa perlu beliau umumkan sendiri dirinya jadi calon, sedangkan ada maklumat mengatakan Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng akan turun ke Bentong untuk mengumumkan perkara itu dalam masa terdekat ini sebenarnya. Tindakan beliau ini boleh dianggap sengaja membelakangkan pimpinan Pakatan Rakyat di Pahang dan boleh menyebakan undi protes berlaku. Walau pun umum tahu kehebatan Wong Tack dalam memperjuangkan isu-isu alam sekitar termasuk Lynas, namun ia bukanlah semudah itu untuk dijadikan tiket bagi beliau menjadi calon pada pilihanraya umum. Dia harus sedar, parti masih mempunyai ramai calon yang berwibawa untuk diketengahkan. Pihak kami akan cuba mendapatkan lagi reaksi beberapa orang pemimpin pembangkang terutamanya dari PKR berkenaan isu ini].
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Banyak Bantu Kejayaan Maahad Tahfiz Turath Pahang Lakar Sejarah, Catat GPS 0.60 Bagi Keputusan SPM 2025 Yang Diumum Hari Ini

KUANTAN: Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang melakar sejarah apabila julung kali merekodkan Gred Purata Sekolah (GPS) 0.60 bagi keputusan Si...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.