Replika patung Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua yang digantung ini telah menimbulkan kemarahan kepada para penyokong parti terbabit di laman sembang sosial Facebook. Replika tersebut dilaporkan digantung berhampiran Pejabat UMNO Bahagian Kuantan yang terletak di Jalan Mahkota menghala ke Pejabat Pos Besar. Berbagai kritikan yang diterima berhubung dengan perkara itu. Apapun, bagi kami apa yang dilakukan oleh UMNO ini adalah hak mereka untuk menyatakan kemarahan kepada Ahli Parlimen Batu itu berhubung kenyataan panasnya berkenaan insiden Lahad Datu. Mungkin ramai dikalangan penyokong dan ahli akar umbi tidak memahami isu sebenar dan hanya merujuk kepada media arus perdana untuk mendapatkan maklumat. Maka itu, mereka tidak harus dipersalahkan kerana mereka punyai hak untuk berbuat demikian. Sebelum ini, dalam perhimpunan Oren yang dianjurkan oleh Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) yang dipimpin oleh Mazlan Aliman, kita juga melihat senario yang sama. Replikan patung berwajah Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad telah diusung dan digantung oleh para peserta himpunan ketika mereka berarak ke Ibu Pejabat Felda, di Jalan Maktab Kuala Lumpur. Mungkin, apa yang dilakukan oleh UMNO ini bagi membalas apa yang telah dilakukan oleh penyokong pembangkang dalam insiden seperti itu gamaknya. Oleh itu, berhati-hatilah dalam melakukan setiap tindakan.
[Natijah daripada kejadian ini, ialah kita jangan lakukan sesuatu yang boleh menimbulkan kemarahan pihak yang satu lagi. Selama ini mungkin mereka melihat, tetapi tiba masanya untuk mereka membalas dan inilah jadinya. Apapun, rakyat bijak menilai kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin mereka. Cuma, dalam sesetengah keadaan pemimpin tidak harus terlalu berani mengeluarkan kenyataan yang boleh diputar belit atau dimanipulasi oleh pihak lawan. Apa yang berlaku ini, boleh dijadikan pengajaran agar penyokong pembangkang tidak melakukan tindakan yang sama terhadap mana-mana pemimpin kerajaan. Justeru, tiada bezanya Oren menggantung replika Isa Samad jika dibandingkan dengan UMNO Kuantan mengantung replika Tian Chua itu sebenarnya. Rakyat bijak menilai apa sahaja yang mereka melihat di depan mata].








BalasPadamSatu patung je..?
Koman sungguh.
Buat lah lima ke, sepuluh ke patung tuh.
Kat Kuantan je..?
Daerah lain macam mana..?
UMNO Kuantan je ke yang ngamok-ngamok macam tuh..?
Tak padan sungguh berbanding dengan kekuatan UMNO/BN tuh.. Kecik pulak tuh. Buatlah sebesar komplek teruntuk tuh. Barulah nampak perbuatan UMNgok hebat dan serius.
Jangan tiru perangai Abu Lahab ketika umat arab berbondong-bondong meninggalkan jahiliah untuk bersama kebenaran yang 'dipromosikan' oleh baginda Nabi saw.
Tatkala orang ramai telah mula beralih pandang terhadap Pakatan Rakyat maka saki-baki pengikut Umporngok itu menjadi tidak ketentuan hala dan tindak. Buat kerja gila dan membazir.
Jangan buang masa dan tenaga mempertahankan UMNO/BN yang dah mereput tuh.
Ayuh bersama rakan taulan yang lain bersama Pakatan Rakyat. Terlalu banyak kebaikan nakal kita nikmati bersama Pakatan Rakyat. Terutama kita akan semakin didekatkan kepada Allah Taala melalui kepimpinan PAS yang lebih komited dengan Allah dan Syariat Nya berbanding UMNO/BN..
InyaAllah.
ABU.