Dengan melihat apa yang berlaku ini, maka seluruh rakyat Pahang terutamanya warga Kuantan yang sudah tidak tahan lagi dengan janji-janji manis yang dibuat oleh pemimpin UMNO BN selama ini agar bangkit beramai-ramai untuk berhimpun secara aman di Padang MPK2, dekat sini pada 23 Mac ini. Ia kerana Perdana Menteri Malaysia dijangka akan hadir untuk bersama rakyat dalam program "Jelajah Janji Di Tepati". Rakyat perlu sedarkan Najib dari lamunan mimpi bahawa "apa guna berjanji, kalau tidak ditepati". Bawa bersama sempanduk dan poster-poster tentang janji-janji tersebut agar PM sedar apa yang berlaku di negeri Pahang ini. Apa yang lebih menarik untuk diperkatakan ialah tanggal 23 Mac juga adalah merupakan selang sehari berakhirnya notis gangguan bekalan air di beberapa lokasi dalam bandar Kuantan. Difahamkan notis yang diedarkan itu memaklumkan bahawa gangguan bekalan air berlaku di sekitar bandar Kuantan bermula dari 19 Mac hingga 22 Mac (Isnin-Jumaat). Lokasi gangguan adalah seperti dilampiran (Klik Sini). Maknanya rakyat Kuantan menderita beberapa hari sebelum kehadiran Najib itu nanti (ketika artikel ini ditulis masalah masih berlaku). Sementara itu, ramai pihak yang sudah tidak tahan lagi untuk menanggung derita ini. Malah di kawasan taman perumahan Bukit Pelindung baru-baru ini, satu demontrasi aman telah diadakan bagi mendesak kerajaan menyelesaikan masalah air yang sering melanda para penduduk terbabit.
Terdapat juga laporan mengatakan beberapa buah sekolah berasrama terpaksa mengarahkan pelajarnya balik ke rumah keluarga masing-masing setiap minggu akibat ketiada air. Tidak kurang juga pekajar yang diarahkan mandi di tempat lain termasuk terpaksa bersusah payah setiap hari untuk mendapatkan bekalan air. Masalah ketiadaan air juga menyebabkan orang ramai mengalami kesukaran untuk menunaikan ibadat di masjid-masjid tertentu. Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota misalnya, difahamkan sudah seminggu lebih ketiadaan air. Malah, masalah itu berlaku setiap minggu hingga menyebabkan para jemaah mengalami kesukaran untuk menunaikan solat terutamanya ketika solat Jumaat. Semua ini menimpa rakyat Kuantan sekarang dan bukan rakyat Kelantan atau Selangor. Kerajaan Negeri Pahang berbangga untuk menjual air ke Selangor, tapi rakyat sendiri menderita masalah air. Inilah yang dinamakan "kera dihutan disusukan, anak dirumah mati tak makan". Terkadang, bila difikirkan semula kita merasa malu melihat senario yang berlaku di negeri UMNO BN ini.
[Soalnya, dalam keadaan yang daif ini pun pemimpin UMNO BN seperti Datuk Najib Tun Razak, masih berdegar-degar berjanji untuk menyelesaikan masalah air di negeri Kelantan. Sedangkan hakikatnya di negeri sendiri pun UMNO BN tidak mampu untuk melaksanakannya. Apakah ini namanya "janji ditepati". oleh itu, rakyat Pahang harus berpijak di bumi yang nyata dan jangan terlalu taksub dengan kepartian hingga melupakan masalah yang mereka hadapi. Bila masalah terjadi, bukan sahaja mereka yang menyokong pembangkang bermasalah malah turut melibatkan penyokong UMNO BN itu sendiri sebenarnya. Oleh itu, jangan terlena dibuai mimpi-mimpi indah jika anda sememangnya berhadapan dengan mimpi ngeri sepanjang masa. Apa yang lebih memalukan, media arus perdana sering menyiarkan masalah air yang berlaku di negeri pembangkang sebaliknya menyembunyikan apa yang berlaku di negeri yang ditadbir oleh BN mutakhir ini. Semuanya kerana ingin menjaga imej UMNO BN dimata rakyat menjelang Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang. Rakyat Pahang harus berfikiran positif dan tidak lagi keliru dengan apa yang berlaku ini. Jika tidak mahu masa depan mereka terus diperkotak-katikkan, lakukanlah perubahan agar masa depan anak cucu dan generasi akan datang lebih selesa daripada apa yang kita nikmati sekarang ini. Jika tidak, pasti kita akan dipersalahkan satu hari nanti. Berubahah walau pun sukar !].






Buat pe cerita bab air je, cita lah juga bab hutan yg gondol di sg lembing, cini,cameron dll tempat serata pahang, licin hutan digondol ngalahkan kjaan pas d kedah n kelantan, tak caya datanglah kepahang. Jgn bwa karam singh walia, takut dia bwa ketempat lain, yg indah2 je ....
BalasPadamBuatlah cerita Lori bawa bijih besi yang comot....yang banyak dijalan raya....
BalasPadamceritalah kat dekat bukit ibam tu yg penduduk melayu miskin melarattt sangat dengan catu air dah macam tahun 80an kehidupan dorang. DUN xpenah jejak kaki pun sana. sedih woi aku tengok dorang!
BalasPadamPM6 kata nak tolong orang miskin....tetapi kenapa tak tolong orang MELAYU yang miskin AIR di Felda2(LKTP)....ada nafsu nak bisness air dengan Selangor....Melayu yang sokong Umno...Melayu yang kena Tekan,Tipu,dan berbagai2 tekanan yang yang ringan dan yang berat...sekarang JBA dah Jadi PAIP...lepas ni jadi apa pulak...!
BalasPadam