script data-ad-client="ca-pub-8413987413612695" async src="https://pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js">
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin Buat Semua Pembaca Beragama Islam | Terima Kasih Berkunjung Ke Sini, Sila Datang Lagi

..............................

Hits Pelawat PDO Mulai 31.08.2008

Bongkar: Projek Jalan, Rupanya Adnan Lulus Kontrak Kepada Syarikat Milik Ketua Pemuda UMNO Bentong !

KUANTAN, 19 Mac - Susulan pendedahan PDO tentang kontroversi  Panas: Kerajaan Negeri Luluskan Kontrak Selenggara Jalan "Seluruh Pahang" Kepada Syarikat "Dua Hari" !!  semalam, maka ramai pihak yang terkejut dengan senario yang berlaku ini. Malah lebih memeranjatkan lagi, jika selama ini kita selalu  mendengar berkenaan dengan "Syarikat Dua Ringgit" kini muncul pula nama baru iaitu "Syarikat Dua Hari". Apa tidaknya, baru dua hari syarikat YP Maintenance Sdn. Bhd iaitu anak syarikat kepada Yayasan Pahang didaftarkan (4 Februari 2013), tiba-tiba dengan kuasa Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob selaku pengerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) telah meluluskan kontrak penyelenggaraan jalan-jalan negeri di seluruh negeri Pahang kepada syarikat terbabit pada 6 Februari 2013. Bukankah ini sesuatu yang tidak masuk dek akal sebenarnya. Mana mungkin MB boleh luluskan syarikat yang langsung tidak mempunyai pengalaman untuk menguruskan kerja berkaitan di seluruh negeri Pahang. Maknanya syarikat terbabit akan menjalankan kerja berkaitan bermula dari 1 April 2013 hingga 1 April 2020 (tujuh tahun). "Sungguh menakjubkan apa yang rakyat Pahang saksikan ini.. terdapat usaha untuk terus mengagihkan projek kepada kroni biar pun pilihanraya umum ke-13 semakin hampir sekarang. Nampak benar mereka mahu membuat persediaaan satu penggal sekiranya BN tumbang atau pun Menteri Besar Pahang bertukar tangan selepas PRU-13 ini nanti. Apa yang berlaku ini jelas sekali tidak boleh diterima oleh rakyat Pahang", kata seorang kakitangan kerajaan. Persoalannya sekarang, siapakah pemilik syarikat terbabit?. menurut carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dua orang ahli lembaga pengarah syarikat dengan nombor pendaftaran 1033787 X tersebut ialah Johari Harun yang beralamat di Janda Baik dan Syufina Yaakob yang beralamat di Batu Caves. Syarikat tesebut baru didaftarkan pada 4 Februari 2013 dengan modal berbayar 100,000. Selepas membuat siasatan, akhirnya PDO berjaya menjejaki salah seorang pemilik syarikat terbabit ialah Datuk Johari Harun (foto) yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bentong sekarang. Maknanya disini. MB Pahang selaku Ketua UMNO Bahagian Bentong telah meluluskan projek tujuh tahun kepada syarikat milik Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bentong. Bukankah ini jelas satu perbuatan rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh Menteri Besar Pahang?. 
[PDO sedang menyiasat siapakah Syufina Yaakob, iaitu salah seorang lagi pemilik berdaftar syartikat terbabit. Jika dilihat kepada namanya, saling tak tumpah sama seperti nama ayah kepada MB Pahang itu. Apapun, nantikan laporan lanjut isu panas ini. Jika inilah keadaannya, maka tidak guna motto UMNO Bahagian Bentong "Pembela Rakyat" seperti yang tertera di atas. Selama ini rakyat Pahang memang tahu keterlibatan Adnan mengagihkan dan menfaraidkan hasil mahsul dan kekayaan negeri kepada kroni dan proksi beliau. Siapakh yang tidak kenal Hasnul Hisyam Yaakob dan Zabidi Yaakob serta lain-lain tokoh korporat yang muncul di Pahang sejak Adnan menjadi Menteri Besar. Berbagai projek termasuk balak, lombong emas, bijih besi, tanah, ladang sawit telah dimonopoli oleh pihak terbabit tanpa sedikit pun rasa bersalah kepada rakyat Pahang. Selam ini mungkin tiada bukti dokumen untuk orang ramai membuat tuduhan berkenaan. Namun dengan isu terbaru ini kemungkinan besar akan membuka mata rakyat malah orang UMNO sekali pun untuk mengakui memang pemimpin mereka yang bergelar MB menggunakan kepentingan dan kuasa yang ada untuk mengayakan keluarga, kroni serta suku sakat masing-masing sebenarnya. Lantaran itulah Adnan amat gusar jika beliau tumbang atau digantikan selepas PRU-13 ini nanti. Maka itulah diagihkan projek selenggara jalan di seluruh Pahang selama tujuh tahun kepada kroninya sebagai persiapan jika berlaku sebarang kemungkinan selepas PRU ini]. 
Share:

6 ulasan:

  1. Bukan Pembela Rakyat tapi PEROMPAK RAKYAT BERLESEN. Ini memang jelas perbuatan rasuah. Mana MACC? Tidoq ka. Kalau kakitangan kerajaan tak makan wang pun dikorek sampai dapat. Ini lah di Barsian Nasional Perompak Berlesen. Semua ada rekod penyalahgunaan kuasa.

    BalasPadam
  2. nanti hilang jawatan, lepas tu hilang sebelah telinga plak!




    BalasPadam
  3. Kalau syarikat 2 hari tu anak syarikat Yayasan Pahang, macam mana pulak 2 orang tu jadi pemegang saham syarikat 2 hari tu?..

    AnakSungaiGaling

    BalasPadam
  4. KAMI ANAK2 PAHANG DGN INI BERIKRAR AKAN MENYOKONG BN SAMPAI KIAMAT DAN KAMI BERIKRAR AKAN MEMBENARKAN NEGERI KAMI ATAU DIRI KAMI DIJUAL OLEH BN KERANA TAAT SETIA KAMI KEPADA BN. SEKIAN TERIMA KASIH.

    ikrar warga negeri fix-deposit BN.

    BalasPadam
  5. Sokongan penuh utk pembongkaran seterusnya...
    Ini kali MB tangan lucah Tukar!!!

    BalasPadam
  6. Pada mereka bukan Rasuah...Tumbuk Rusuk...namanya..

    BalasPadam

PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]
PERINGATAN: PDO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM PORTAL INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN

Translate

Kunjungan Pelawat

Tukaran Matawang Asing

USD MYR CHARTS

Arkib Blog

Artikel Terkini

Wan Rosdy Banyak Bantu Kejayaan Maahad Tahfiz Turath Pahang Lakar Sejarah, Catat GPS 0.60 Bagi Keputusan SPM 2025 Yang Diumum Hari Ini

KUANTAN: Maahad Tahfiz Turath Negeri Pahang melakar sejarah apabila julung kali merekodkan Gred Purata Sekolah (GPS) 0.60 bagi keputusan Si...

Media Pilihan

Blogger Pahang

PDO. Dikuasakan oleh Blogger.